Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 8, 2010

KACA sesi JULAI - NOVEMBER 2010 UiTM KELANTAN

Assalamualaikum  w.b.t.

Hari ni ada program KACA anjuran Unit Kaunseling dan Kerjaya Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Kelantan....
Perancangan aku nak balik kampung terbantut. Erm..mungkin ada hikmah disebaliknya..

Salam perkenalan Geng-geng KACA Sesi Julai - November 2010.

Apa itu KACA?

Nanti lepas berbuka program tersebut habis aku cerita apa itu KACA.

umpama mimpi dalam mimpi

Bau Mulut orang yang berpuasa lebih Wangi daripada Haruman Kasturi di sisi Allah

Assalamualaikum w.b.t.

Salam Ramadhan dan selamat bersahur semua.  Seperti yang aku janjikan semalam, aku teringin untuk berkongsi bersama risalah percuma yang aku baca dari Masjid Kampung Belukar, Machang semalam.

Ya, kali ini, aku ingin memetik beberapa isi penting daripada risalah yang diedar percuma oleh Jabatan Agama Islam Kelantan.

Allah s.w.t. telah menjadikan bulan Ramadhan sebagai satu bulan yang mulia berbanding bulan-bulan yang lain dengan beberapa kelebihan dan keistimewaan, antaranya ialah:Bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada haruman kasturi di sisi Allah s.w.t.Para malaikat memohon keampunan untuk orang yang berpuasa sehingga dia berbuka.Syurga dihias setiap hari pada bulan Ramadhan.Syaitan-syaitan dibelenggu sepanjang bulan Ramadhan.Pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup.Terdapat pada bulan ini Lailatul Qadar yang mana ianya lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa yang tidak mengambil peluang untuk membuat kebaikan dan beramal padanya ma…

Ramadhan bulan Untuk Membelasah Nafsu

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat petang yang indah...

Tadi aku pergi solat jumaat di Masjid belukar. Suasana solat jumaat dibulan Ramadhan ni sungguh berbeza dibulan-bulan biasa. Bertepatan bagi mengingati penduduk, imam tua masjid Belukar menyampaikan khutbah berkaitan puasa. Tumpuan aku agak separuh sedar separuh lena walaupun mata celik. Tapi banyak jugak yang aku dapat.Antaranya, imam tersebut ada menyebut yang bulan ramadhan adalah satu bulan untuk kita mendidik dan mengajar nafsu. Dengan kata lain, menurut tafsiran minda cetek aku ni, bulan ni lah kita belasah secukup-cukupnya nafsu durjana yang kita tatang dan manja-manjakan sangat.....
Masjid Belukar Machang
Selesai menunaikan yang wajib, aku menyambung pula amalan-amalan sunat lain yang aku ingat sewaktu bersama-sama abah ke masjid di kampung dulu.

Sembelum melangkah keluar, sempat aku bersamlam dengan Ust. Bakar dan membaca edaran risalah oleh Jabatan Agama Islam Negeri Kelantan.

Maksudnya: { Bulan Ramadah, bulan yang di da…

Marhaban Ya Ramadhan - Bulan Mulia Menjelang Lagi Nostalgia puasa Vol. 1

Assalamualaikum w.b.t.

Bulan mulia untuk kita manfaatkan sepenuhnya.  Satu ibadah yang bukan sahaja hanya untuk menahan lapar dan dahaga, malahan lebih besar maknanya daripada itu.

Setiap kali ramadhan tiba, kenangan nostalgia zaman kanak-kanak pasti menjengah.  Ingat lagi, setiap kali waktu berbuka semakin hampir, aku sering ditugaskan untuk menghantar makanan yang mak masak lebih untuk jiran-jiran dan mereka pasti menukar kepada makanan lain.  Sedih jugak bila terkenangkan tok aku yang dah tiada baru tahun lepas. Al-fatihah untuk roh nya.  Semoga rohnya mendapat tempat yang mulia disisi Allah s.w.t.

Dulu-dulu jugak, bila tiba puasa aku pasti tanya abah.
"Kenapa kita kena puasa?" soalan bodoh budak tadika...

"Sebab baru lah kita tahu menghargai makanan dan nikmat yang telah kita terima selama ni.." abah selalu profesional dalam setiap jawapannya mengikut tahap umur aku.  Masa tu aku akan faham yang bila posa abah akan cerita orang-orang susah yang tak dapat makan,…

Balik MACHANG Pukul 9.10 dari SUBANG..

Pulang semula ke Habitat ke dua... lambat betul nak tunggu malam...



Ada sapa-sapa nak datang ambil kat KB ke?

umpama mimpi dalam mimpi

TARIKH AKHIR GUGUR TARAF UiTM Shah Alam...

Esok last day untuk semua pelajar UiTM buat validasi merangkap tarikh akhir untuk pelajar yang gugur taraf.

Semoga semua pelajar-pelajar uitm dah selesaikan apa-apa yang belum selesai.

-bayar yuran
-daftar kursus (sila berjumpa dengan petugas di kaunter HEA untuk membuat pendaftaran kursus)

Esok, balik Machang.. nak tengok rumah baru..apa dah jadi dah...

~malam esok naik firefly..harap-harap tak macam Airasia... kalau tau lewat lagi...

umpama mimpi dalam mimpi

Aku Di Shah Alam

Belum sempat aku nak berehat di rumah baru pindah, dah kena travel.

Rasanya baru semalam aku drive dari Dungun.  Sekarang dah di Shah Alam.

Esok ada bengkel. 

 Di Dungun masa bengkel pemantapan kakitangan HEA Bos aku bertanya "sham, tak balik kampung ke?"

Erm...sampai sekarang aku masih lagi memikirkan jawapan yang sesuai untuk soalan tu.

Nak mintak cuti untuk balik kampung, tak terkeluar suara, macam tersangkut di anak tekak.  Kalau cuti pun, nanti segala-gala nya aku kena tanggung jugak, aku kena jawab jugak. Baik aku selesai dulu apa yang sepatutnya..

Sampai bila ia akan selesai??? banyak lagi persoalan-persoalan yan masih bermain-main congkak dalam otak aku.

p/s:  setiap kali di shah alam, kenangan zaman study pasti terbayang....

umpama mimpi dalam mimpi

Travel lg-yg tak sudah2

Mas memang menepati masa. Dlm jadual 4.35, tapi 4.15 dah masuk.compare airasia, hurm fikir sendiri.