Followers

Fan Page Facebook

Tuesday, August 31, 2010

JOM RAMAI-RAMAI, JAMUAN BERBUKA PUASA DI MASJID BELUKAR MACHANG ESOK...31 RAMADHAN 2010


Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera..
Aku menjenguk dari lubang tingkap lepas bunyi bising tadi...jelas sekali kelibat api yang terbakar..
Aku yang menyorok, takut-takut... Salam Merdeka, Merdeka yang masih belum? Jiwa? Otak? Cara?

 Fasa ke-3 bulan mulia dah bermula... dah cukup ke nafsu dibuli dan dihentak... berani lagi ke si budak nafsu ni bermain lagi lepas tamat bulan mulia ni??? Tanda tanya yang hampir kelihat dikesepuluh keakhiran ni... Jom kita lihat siapa yang kena...
Kawan aku ada kata Malam ni kita merdeka:

Ada apa hari esok? Cuti? Teringat ayat-ayat bilal masjid Kampung Belukar tadi.. ayat yang sama dia berkata semalam... Imam tua puan ada cakap jugak dalam versi berbeza sebelum tarawih dan solat hajat penghujung ramadhan dan hari merdeka.
“Esok, jangan lupa pukul 9:00pagi siang daging” ringkas jer...
“InsyaAllah” serentak dengan Ust. Bakar sambil aku meneguk soya ais..
Erm...Esok??? dah buat temu janji..tapi peluang di Masjid Belukar lebih bermakna. 
Bila dunia dan akhirat bertembung... akidah menjadi tunjang penentu... tauhid dalam latifah rabbaniyyah mesti bertindak membelasah si budak nafsu..
”Janji boleh dimungkiri kah? “ tanya aku kepada latifah....
Yeah! Aku akan buat dua-dua.... indah rasanya bila hati berteleku di atas sejadah cinta...
JEMPUTAN UNTUK SEMUA
ESOK! 31 Ogos 2010 BERSAMAAN 21 RAMADHAN 1431 ulang tahun negara merdeka fizikal... Ada majlis berbuka puasa di Masjid Kampung Belukar Machang. Tok Imam pesan.. “Jangan Malu & Segan..Datang jer....”
Kepada siapa yang berkelapangan datang awal pagi pukul 9...ada gotong royong siang daging.. Indahkan..kalau dapat menjamu orang untuk berbuka puasa.... Aku? Kalau tak dapat siang daging...dapat makan berbuka di Masjid insyAllah... semoga Dia permudahkan dan menunjukkan jalan...
p/s: dah lama tak posting...rasanya memang bulan ramadhan sangat sibuk...

umpama mimpi dalam mimpi

Friday, August 20, 2010

PERCUMA: Permohonan ke UiTM untuk Sesi Disember 2010 - April 2011 telah dibuka

Assalamualaikum w.b.t.


Balik kampung adalah tarbiah dan muhasabah yang tidak sengaja...

Yea! Sekarang aku kat Kampung... Mencari ketenangan yang semakin menghilang... Selamat ada cyber cafe' baru berkonsepkan islam kat pekan Semanggol nih... dapat jugak aku menjenguk saljuhumairah.

Sebagai seorang kakitangan yang bertanggungjawab rasanya perlu untuk aku sebarkan maklumat ni.  Walau dah lama iklan ni keluar tapi rasanya masih ramai yang tak tahu..

Daftar Pengguna dan Katalaluan.(<< klik sebelah kiri untuk daftar dahulu)
Atau layari laman web nih: http://online.uitm.edu.my

PERCUMA: Permohonan ke UiTM untuk Sesi Disember 2010 - April 2011 telah dibuka


PANDUAN :

  • Permohonan ini adalah PERCUMA. Tidak memerlukan pembelian No. Pin daripada mana-mana bank.
  • Pemohon dikehendaki mendaftar pengguna dan katalaluan ("password") di menu Daftar Pengguna dan Katalaluan.
  • Pemohon dinasihatkan agar membaca peraturan dan syarat kelayakan kemasukan SEBELUM mengisi borang permohonan.
  • Memilih program yang sesuai dengan minat dan kelayakan pemohon.
  • Memilih program yang memenuhi syarat minima kelayakan kemasukan yang ditetapkan sahaja.
  • Menyenaraikan pilihan program mengikut keutamaan.
  • Mendapatkan penerangan dan khidmat nasihat tentang program yang dipohon.

MAKLUMAN :

Pelajar yang didapati memberi maklumat salah / tidak benar / manipulasi maklumat dalam borang permohonan kemasukan berkaitan dengan :
  • Kewarganegaraan Malaysia,
  • Status Bumiputera
  • Kelayakan / keputusan peperiksaan
Akan diambil tindakan berikut :
  • Ditarik balik tawaran
  • Ditamatkan pengajian serta merta
  • Dikenakan tindakan undang-undang
Calon tidak dibenarkan membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan bagi menyokong atau memajukan tuntutan terhadap tawaran yang telah ditarik / dibatalkan.
Maklumat ini akan disemak secara terperinci mulai hari pendaftaran sehingga tamat tempoh pengajian.
Bagi pemohon baru anda dikehendaki untuk mendaftar dahulu bagi memasuki permohonan atas talian ini.

Maklumat lanjut layari :
http://online.uitm.edu.my/

umpama mimpi dalam mimpi

Monday, August 16, 2010

Serabut....

Assalamualaikum w.b.t.

Jari-jemari ini pantas menari diatas papan kekunci komputer... Menaip apa yang tidak pasti.  Saraf dalam otak kembang dan mengecut dengan pantas....hinggakan terasa seolah-olah semuanya berselirat.... urat-urat dahi timbul menonjolkan belang tarung pendekar laut.... semuanya menegang... semuanya menjadi serabut.. mata hitam mengecil merenung jauh kedalam skrin monitor komputer.... nampak semuanya bulat..bulat..bulat..dan berterusan bulan...


"weih ramli apa yang ko buat tuh?" teguran slumber supian al-gojo sewaktu melintasi pintu pejabat ramli...

"Ops..tak de apa-apa" Ramli yang terkejut ungka cuba berlagak seakan-akan slumber jugak...

"Ko tak puasa ek?Bior betul Ramli..selama ni aku ingat ko orang baik-baik" supian al-gojo menuduh...sambil melangkah masuk kedalam..

"Aku puasa lah....apa ni main tuduh-tuduh orang tak puasa.. siasat lah dulu..." Ramli menafikan tuduhan tak berasas Supian al-gojo....

"Nak siasat apa pulak..?..dah terang lagi bersuluh...dalam mulut ko tuh apa?" Supian al-gojo merobek-robek mulut Ramli yang pipinya kembung sebelah.... Ramli terkejut dengan tindakan drastik Supian al-gojo yang tiba-tiba jer menajadi agresif..... disamping lebih menyebabkan dia terkejut, kelihatan separuh papan kekunci komputer dia hilang... separuh lagi bersemburan keluar dari mulutnya...Ramli sendir tak sedar..Ramli tak tahu...macam mana kekunci komputernya berada dalam mulut... Supain al-gojo menjadi hero penyelamat...hari tu...

Cuba sebaik mungkin menjadi yang terbaik...
Sedaya upaya mungkin menjadi sempurna...
Bersungguh dan sungguh-sungguh menjadi hampir gila...
Cuma tak sampai angkat senjata..menghunus parang...
Aku serabut....................... rupanya aku berusaha menjadi apa orang lain nak...
Bukan menjadi apa yang pencipta pertanggungjawabkan...

p/s:  Tunggu sampai saraf meletup dalam medula oblogata...bertebaran putihnya isi tengkorak menjadi virus disekeliling...

Atau, otak tersembur...terbang melayang menjadi debunga halus yang mulus cantik menghiasi sekeliling...

umpama mimpi dalam mimpi

Al-Fatihah untuk yang telah pergi

Assalamualaikum w.b.t.

Semalam lepas program KACA aku segera menghubungi 'mak' kat kampung.  Tak tahan sangat, sebab dalam program KACA aku asyik menggasak geng-geng kaca group aku dengan emosi perasaan dan kasih sayang ibu bapa.  Lastly aku aku yang terasa... aku yang ter emosi..tapi dah lama benar aku tak pulang ke habitat asal...dah lebih 3 bulan...

Lama jugak aku berborak dengan mak.

"Mak masak apa nak berbuka nanti?" saja aku nak menambah beban perasaan aku lagi..
"Kueh keria jer..." mak aku jawab slumber...
"Nanti simpan untuk abangngah sikit..hehe.." saja nak buat lawak, tapi sedih sebenor-benornya...

"Kelmarin waktu sahur pagi jumaat, Ustaz Ramli yang dok mengajar di Masjid Gunung Semanggol dah meninggal" mak aku menyampaikan berita yang buat aku terkejut..

"Ramai yang datang solat jenazah untuk arwah.." mak aku sambung menambah syahdu aku dengar...

Semua kenangan di Masjid Semanggol bersama Ustaz Ramli muncul tiba-tiba dalam fikiran macam screen tv...aku terdiam seketika..
Ada kisah bergambar tentang Masjid Gunung Semanggol klik sini: http://artmelayu.blogspot.com/2007/09/masjid-mosque-of-gunung-semanggol.html


Mulia sungguh dia meninggal, waktu sahur, sedang berzikir, pagi jumaat dan dalam bulan ramadhan...

p/s:  Al-Fatihah untuk arwah Ustaz Ramli
~perjuangan belasah nafsu sampai lebik perlu diteruskan di bulan mulia ni...


umpama mimpi dalam mimpi

Saturday, August 14, 2010

KACA sesi JULAI - NOVEMBER 2010 UiTM KELANTAN

Assalamualaikum  w.b.t.

Hari ni ada program KACA anjuran Unit Kaunseling dan Kerjaya Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Kelantan....
Perancangan aku nak balik kampung terbantut. Erm..mungkin ada hikmah disebaliknya..

Salam perkenalan Geng-geng KACA Sesi Julai - November 2010.

Apa itu KACA?

Nanti lepas berbuka program tersebut habis aku cerita apa itu KACA.

umpama mimpi dalam mimpi

Bau Mulut orang yang berpuasa lebih Wangi daripada Haruman Kasturi di sisi Allah

Assalamualaikum w.b.t.

Salam Ramadhan dan selamat bersahur semua.  Seperti yang aku janjikan semalam, aku teringin untuk berkongsi bersama risalah percuma yang aku baca dari Masjid Kampung Belukar, Machang semalam.

Ya, kali ini, aku ingin memetik beberapa isi penting daripada risalah yang diedar percuma oleh Jabatan Agama Islam Kelantan.

Allah s.w.t. telah menjadikan bulan Ramadhan sebagai satu bulan yang mulia berbanding bulan-bulan yang lain dengan beberapa kelebihan dan keistimewaan, antaranya ialah:
  • Bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada haruman kasturi di sisi Allah s.w.t.
  • Para malaikat memohon keampunan untuk orang yang berpuasa sehingga dia berbuka.
  • Syurga dihias setiap hari pada bulan Ramadhan.
  • Syaitan-syaitan dibelenggu sepanjang bulan Ramadhan.
  • Pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup.
  • Terdapat pada bulan ini Lailatul Qadar yang mana ianya lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa yang tidak mengambil peluang untuk membuat kebaikan dan beramal padanya maka dia telah melepaskan semua peluang kebaikan.
  • Orang-orang yang berpuasa akan mendapat keampunan pada malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan.
  • Pada setipa malam Ramadhan tersenarai di sisi Allah s.w.t. nama-nama hamba-Nya yang bebas daripada api neraka.
 p/s: Begitulah banyaknya keistimewaan dan kelebihan-kelebihan yang terdapat didalam bulan Ramadhan untuk umat manusia direbuti.  Peringatan-peringatan yang aku catatkan disini sebetulnya adalah bertujuan khusus untuk diri aku senderi yang daif lagi miskin ini dan aku ingin kongsi bersama rakan-rakan yang sudi membaca dibulan yang mulia nih.  Asyik menaip benda merapu jer.
umpama mimpi dalam mimpi

Lirik Lagu Dewa – Pangeran Cinta

Lirik Lagu Dewa – Pangeran Cinta

Pangeran Cinta - Dewa
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
Detik-detik berganti dengan detik
Menit pun silih berganti
Hari-hari pun terus berganti
Bulan-bulan juga terus berganti
Jaman-jaman pun terus berubah
Hidup ini juga pasti mati

Reff : Semua ini pasti akan musnah
Tetapi tidak cintaku padamu
Karena aku sang pangeran cinta

Malam malam diganti dengan pagi
Pagi pun jadi siang
Tahun-tahun pun berganti abad
Yang muda pun pasti menjadi tua
Musim-musim pun terus berganti
Hidup ini juga pasti mati

Tak akan ada yang abadi
Tak akan ada yang kekal
rrepeat reff


p/s: hayati betul-betul lirik nih, lihat sedalam-dalamnya..
sumber dari http://liriklaguindonesia.net/d/dewa/laskar-cinta/dewa-pangeran-cinta/

umpama mimpi dalam mimpi

Friday, August 13, 2010

Ramadhan bulan Untuk Membelasah Nafsu

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat petang yang indah...

Tadi aku pergi solat jumaat di Masjid belukar. Suasana solat jumaat dibulan Ramadhan ni sungguh berbeza dibulan-bulan biasa. Bertepatan bagi mengingati penduduk, imam tua masjid Belukar menyampaikan khutbah berkaitan puasa. Tumpuan aku agak separuh sedar separuh lena walaupun mata celik. Tapi banyak jugak yang aku dapat.Antaranya, imam tersebut ada menyebut yang bulan ramadhan adalah satu bulan untuk kita mendidik dan mengajar nafsu. Dengan kata lain, menurut tafsiran minda cetek aku ni, bulan ni lah kita belasah secukup-cukupnya nafsu durjana yang kita tatang dan manja-manjakan sangat.....
Masjid Belukar Machang

Selesai menunaikan yang wajib, aku menyambung pula amalan-amalan sunat lain yang aku ingat sewaktu bersama-sama abah ke masjid di kampung dulu.

Sembelum melangkah keluar, sempat aku bersamlam dengan Ust. Bakar dan membaca edaran risalah oleh Jabatan Agama Islam Negeri Kelantan.

Maksudnya: { Bulan Ramadah, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (di antara yang hak dan yang batil)}. [Al-Baqarah: 185]

Risalah ini sebagai satu tazkirah tentang beberapa kelebihan bulan Ramadhan serta apakah amalan yang sepatutnya diisi sepanjang bulan mulai ini.
Aku memulakan pembacaan risalah tadi. Perenggan pertama pun dah cukup bererti.  Nanti aku sambung lagi isi kandungan risalah ini. Ingat! risalah ini adalah keluaran Jabatan Agama Islam Negeri Kelantan. Bukan karangan aku sendiri.  Sama-samalah kita muhasabah diri dibulan suci ini.

p/s: Jom belasah nafsu kita secukup-cukup nya supaya ia mengambil ikhtibar dan berkelakuan baik setelah berlalunya bulan ramadhan ini.

umpama mimpi dalam mimpi

Marhaban Ya Ramadhan - Bulan Mulia Menjelang Lagi Nostalgia puasa Vol. 1

Assalamualaikum w.b.t.

Bulan mulia untuk kita manfaatkan sepenuhnya.  Satu ibadah yang bukan sahaja hanya untuk menahan lapar dan dahaga, malahan lebih besar maknanya daripada itu.

Setiap kali ramadhan tiba, kenangan nostalgia zaman kanak-kanak pasti menjengah.  Ingat lagi, setiap kali waktu berbuka semakin hampir, aku sering ditugaskan untuk menghantar makanan yang mak masak lebih untuk jiran-jiran dan mereka pasti menukar kepada makanan lain.  Sedih jugak bila terkenangkan tok aku yang dah tiada baru tahun lepas. Al-fatihah untuk roh nya.  Semoga rohnya mendapat tempat yang mulia disisi Allah s.w.t.

Dulu-dulu jugak, bila tiba puasa aku pasti tanya abah.
"Kenapa kita kena puasa?" soalan bodoh budak tadika...

"Sebab baru lah kita tahu menghargai makanan dan nikmat yang telah kita terima selama ni.." abah selalu profesional dalam setiap jawapannya mengikut tahap umur aku.  Masa tu aku akan faham yang bila posa abah akan cerita orang-orang susah yang tak dapat makan, macam ni lah dia rasa.  So, dapat menginsafkan aku menghargai makanan.  Jawapan profesional abah menyebabkan aku faham sangat-sangat erti puasa waktu tu.  Tak ke mampus aku nak fikir sekiranya abah aku terang mengikut teori dalam kitab.  Berpusing kepala aku.

Tapi bila dah besar panjang baru aku terkenang semula.  Bila aku dah belajar maksud puasa sebenar, walaupun tak tahu sedalam-dalamnya hakikat sebenar puasa tapi aku bertambah faham akan erti yang abah cuba sampaikan dulu. 

Bila kita kata makan itu penting dan nikmat yang tidak terhingga.  Tetapi bukannya penting kepada makanan itu, tetapi kepda pencinpta makanan itu sendiri untuk kita syukuri.  Betapa bijaksananya abah memikirkan jawapan yang rasional pada peringkat umur aku waktu tu.

Dulu-dulu jugak, bila waktu petang lepas asar, aku pasti ikut abah naik motor buruknya pergi beratur ambil bubur lambok di masjid.  Bukanya mak tak mampu nak masak, tetapi abah kata nak ambik berkat bubur lambok yang yang dimasak beramai-ramai di masjid dalam kawah.  Abah aku jugak sering membahasakan bubur lambok sebagai "kanji".

Banyak lagi kenangan yang terindah bila bulan ramadhan menjelma. Sekarang aku dah tinggal jauh, dah dua tahun lepas permulaan puasa aku di kelantan.  Tak ada lagi orang nak masak makanan kegemaran aku. Tak dapat lagi aku nak menyebukkan diri di dapur menyiapkan juadah  berbuka.

p/s; aku rindu nak balik berbuka puasa di kampung.



Lagu tema bulan ramadhan yang menimbulkan kesyahduan dalam hati..menguatkan aku berpuasa dirantauan.

Harapan Ramadhan

Artist: Raihan
Song Category: Nasyid
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
 


umpama mimpi dalam mimpi

Tuesday, August 10, 2010

Balik MACHANG Pukul 9.10 dari SUBANG..

Pulang semula ke Habitat ke dua... lambat betul nak tunggu malam...



Ada sapa-sapa nak datang ambil kat KB ke?

umpama mimpi dalam mimpi

Movie Pendek Lawak + Seram Student UiTM

Mula-mula layan macam seram..
Last-last..aiseyh....lawak lah pulak...

Layan jer lah...



p/s: Cerita ni dulu-dulu popular zaman sekolah...cikgu-cikgu rajin cerita.

umpama mimpi dalam mimpi

TARIKH AKHIR GUGUR TARAF UiTM Shah Alam...

Esok last day untuk semua pelajar UiTM buat validasi merangkap tarikh akhir untuk pelajar yang gugur taraf.

Semoga semua pelajar-pelajar uitm dah selesaikan apa-apa yang belum selesai.

-bayar yuran
-daftar kursus (sila berjumpa dengan petugas di kaunter HEA untuk membuat pendaftaran kursus)

Esok, balik Machang.. nak tengok rumah baru..apa dah jadi dah...

~malam esok naik firefly..harap-harap tak macam Airasia... kalau tau lewat lagi...

umpama mimpi dalam mimpi

Sunday, August 8, 2010

Aku Di Shah Alam

Belum sempat aku nak berehat di rumah baru pindah, dah kena travel.

Rasanya baru semalam aku drive dari Dungun.  Sekarang dah di Shah Alam.

Esok ada bengkel. 

 Di Dungun masa bengkel pemantapan kakitangan HEA Bos aku bertanya "sham, tak balik kampung ke?"

Erm...sampai sekarang aku masih lagi memikirkan jawapan yang sesuai untuk soalan tu.

Nak mintak cuti untuk balik kampung, tak terkeluar suara, macam tersangkut di anak tekak.  Kalau cuti pun, nanti segala-gala nya aku kena tanggung jugak, aku kena jawab jugak. Baik aku selesai dulu apa yang sepatutnya..

Sampai bila ia akan selesai??? banyak lagi persoalan-persoalan yan masih bermain-main congkak dalam otak aku.

p/s:  setiap kali di shah alam, kenangan zaman study pasti terbayang....

umpama mimpi dalam mimpi

Travel lg-yg tak sudah2


Mas memang menepati masa. Dlm jadual 4.35, tapi 4.15 dah masuk.compare airasia, hurm fikir sendiri.

Friday, August 6, 2010

Kursus Pemantapan Pentadbiran AM HEA-MAYANGSARI DUNGUN..vol.2


Hari n masuk hari ke-2 kursus. Proses pendaftaran pelajar dh sampi ke penghujung.. Sedikit terasa lega untuk semua kakitangan pentadbiran HEA.

Jelas kelihatan wajah ketenangan masing2 dalam sesi ceramah kerja adalah ibadah, bersama ust. Wan Anuar..(pensyarah bahasa arab uitm Dungun)

Beliau banyak bercerita, Kadang bila ust menyentuh isu2 lawak dalam ibadah, Ada yang bergelak ketawa sampai keluar air mata.

Pagi tadi sesi kursus diteruskan dengan slot motivasi teamwork dalam kerja..oleh en. Nazori (kaunselor UiTM Dungun).

Petang ni lepas solat jumaat kami semua diberi masa bebas untuk bersiar-siar di Mesra Mall Kertih Terengganu.

Geng2 perempuan macam biasa ar dgn aktiviti shoping yang tak habis2. Aku ajak beberapa geng lelaki main bowling.malam n sambung lagi sesi motivasi dalam kerjaya.

Ikan Terubuk Masin


Mahal jugak ikan n.

Thursday, August 5, 2010

Video Pelajar Tumbuk Cikgu ..Slumber jer Budak Sekolah Tumbuk Cikgu ni

video ni memang panas sekarang...
Kalau koran tengok,korang nilai lah sendiri...zaman sekarang...

Kita kena banyak belajar, belajar dan belajar lagi...
Terkenanglah pulak cikgu aku dulu-dulu...
Tak terkira banyaknya ilmu yang mereka beri, sehingga aku masih mampu untuk berdiri sekarang..



p/s: masing-masing nilai diri sendiri...

umpama mimpi dalam mimpi

Video Lawak gila.. Lelaki Lembut!

Jom layan video ni...
Mamat ni tak de tulang ke? Lembut gila badan dia atau skill @ teknik...

Layan jer...



p/s: tak tau ni di panggil tarian apa...

umpama mimpi dalam mimpi

KURSUS PEMANTAPAN KAKITANGAN PENTADBIRAN HAL EHWAL AKADEMIK UiTM Kelantan - MAYANGSARI RESORT

Hari ni pukul 11.00pagi tadi semua kakitangan pentadbiran HEA UiTM Kelantan tak ada.
So..kepada semua yang ingin berurusan perlu tunggu hari ahad... hari ni jugak hari akhir pembayaran yuran untuk gugur taraf.

Semua menginap di Mayang Sari Resort, Dungun. More info about Mayang Sari Resort Klik sini. >>;The Mayangsari Resort

3 hari 2 malam terpaksa menjadi orang dungun.  Lokasi kursus berdekatan sangat dengan UiTM Kampus Dungun.


p/s:  harapa kursus ni dapat memberi ketenangan sebelum kesibukan melanda.

umpama mimpi dalam mimpi

Best Japan Drama... My Boss My Hero Pun Ranking No. 11 jugak....

Entry lepas aku search "Best Korean Drama"... witch Yoo Hee ranking No.11...
My Boss My Hero - Drama Jepun pun ranking No. 11 jugak... Kalau korang nak check drama fav korang ranking yang ke Brapa, masuk web nih. >> Beststuff

Bagi aku "My Boss My Hero" memang best dengan lawak sempoi hero di Sakaki Makio yang merupakan seroang ketua Gangstar YAKUZA, terpaksa masuk belajar balik ke sekolah sebab nak menggantikan ayah dia yang dah tua dalam organisasi kongsi gelap keluarga mereka.

Korang bayangkan, macam mana seorang gangstar masuk belajar sekolah balik.... lawak betul.... Korang layan lah sendri.  Ada info sikit pasal drama ni.. klik kat sini >>My Boss My Hero Google Search


704
people
Hana Yori DangoHana Yori Dango TV109
277
people
GokusenGokusen TV51
261
people
Nobuta Wo ProduceNobuta Wo Produce TV41
178
people
One Litre of TearsOne Litre of Tears TV39
124
people
Proposal DaisakusenProposal Daisakusen TV20
108
people
KurosagiKurosagi TV19
104
people
Nodame CantabileNodame Cantabile Books, Music, TV24
104
people
Detective Conan (J-Drama)Detective Conan (J-Drama) TV6
87
people
Hana KimiHana Kimi TV11
77
people
Devil beside YouDevil beside You TV41
76
people
My Boss, My Hero DramaMy Boss, My Hero Drama Film, TV15


p/s: Bila tengok semula drama My Boss My Hero teringat zaman study dulu-dulu... nanti kalau berkesempatan aku search pasal drama ni.

Tuesday, August 3, 2010

Best Korean Drama (ranking drama korea terbaik).... Witch Yoo-hee no.11... Drama Korea kegemaran korang no. brapa?

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera...

Dah lama benar aku tak online...nak buat camno..dah memang kerja aku asyik travel...minggu ni nak pegi Dungun pulak ada kursus pemantapan...

Dalam kesibukan, aku hanya sempat layan drama-drama korea dan jepun jer...dapat jugak melawanan perasaan stress yang hampir2 membunuh aku...

Dalam aku dok blogwalking baca entry-entry terkini aku terjumpa satu senarai "BEST KOREAN DRAMA"...

Satu drama jer yang aku cari, WITCH YOO HEE....  drama korean yang sempoi gila..kalah bollywood... kredit untuk pengarah.... ranking drama ni rupanya no.11.

Kalau koran nak tengok ranking drama korea yang lain...klik kat website nih.. http://bestuff.com/category/korean-drama.

Kat bawah ni aku just copy and paste sampai drama Witch Yoo Hee jerk... nanti aku cari plak ranking drama jepun.


630
people
Princess HoursPrincess Hours TV106
369
people
My GirlMy Girl TV69
268
people
The 1st Shop of Coffee PrinceThe 1st Shop of Coffee Prince TV53
240
people
K-drama Full HouseK-drama Full House TV31
211
people
Boys before FlowersBoys before Flowers TV88


197
people
Boys over Flowers Korean VersionBoys over Flowers Korean Version TV47
194
people
GoongGoong TV29
188
people
Full HouseFull House TV24
163
people
My Name Is Kim Sam SoonMy Name Is Kim Sam Soon TV16
160
people
A.N.JELL (You're Beautiful)A.N.JELL (You're Beautiful) Film19
102
people
Witch Yoo-heeWitch Yoo-hee TV25

p/s: terasa ingin bercinta pulak bila layan drama korea.

umpama mimpi dalam mimpi

Cerita Terbaru

Kemaskini Senarai Blog 2011 [klik gambar dibawah]

Kemaskini Senarai Blog 2011 [klik gambar dibawah]
Sapa nak nak masuk dalam senari blog saljuhumairah 2011 sila tinggalkan link korang
Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger