Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 20, 2010

Berpesta Sakan di Pendaftaran Pelajar Baru UiTM Kelantan Intake Julai - November 2010

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera...

Sabtu ini, bising, bingit.....terasa riuh tak seperti sabtu-sbtu yang lepas...


Dicelah-celah tingkap rumah aku melihat... Dari jauh aku nampak berduyun-duyun orang ramai memenuhi ruang UiTM Kelantan.. Motosikal tak ada, kalau tidak boleh sama join pesta menyambut kedatangan pelajar-pelajar baru yang medaftar hari ni.

Memang meriah pendaftaran kali ni.  Pelunjuran jumlah pelajar yang mendaftara telah meningkat kepada 2000 pelajar menyebabkan kepala agak pening sikit.

Untuk yang mendaftar dan melapordiri hari ni, aku ucapkan tahniah! Selamat menuju kepuncak kejayaan dan bersabar dengan perubahan/peralihan zaman remaja yang lebih mecabar dari biasa...

Malam ni ada taklimat pendaftaran untuk pendaftara akademik esok.  Taklimat ini bertujuan khusus bagi memudahkan dan melancarkan lagi proses pendaftaran esok.... Semoga semuanya berjalan dengan lancar...amin......

t  p/s: Gambar linkin park ni hanya sekadar hiasan jer...cuma nak ingatkan kepada …

Kata-kata Mutiara Yang Indah di Pagi Jumaat

Assalamualaikum...w.b.t. Dan salam sejahtera

Pagi-pagi jumaat ini sering membawa aku hanyut....terbang mengimbau nostalgia kampung..
Suasana yang tenang, aman dan damai mencengkam hati untuk pulang....

Masih terbayang dalam fikiran pagi jumaat yang penuh syahdu.....mata yang terpejam menambah lagi kabahagiaan jiwa ini...

Sama-sama lah kita hayati kata-kata hikmah ni..


p/s: aku merindui pagi jumaat....yang tenang...

umpama mimpi dalam mimpi

Wahai Pemandu Teksi, berhati-hatilah kamu..kamu sedang diperhatikan..

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera...

Permulaan kerja yang hebat bilamana terbaca petikan berita harian metro Online pagi ni... Tidak kusangka ini terjadi... Dulu aku pernah wat entry Wahai Gadis-Gadis Berhati-hatilah dengan Pakcik Teksi yang Belanja Karaoke!!! Elakkan diri anda dinodai..

Kali ini, pemandu teksi pulak perlu berhati-hati...kerana anda diperhati disetiap sudut...

Nak tahu lebih lanjut... Klik sini. Drebar Teksi Kena Cabul.


p/s: erm..tapi respect la kat pemandu tu, sebab dia terus drive ke balai polis...

umpama mimpi dalam mimpi

M. Nasir ~ Mustika

Koleksi lirik untuk personal...
Bila hilang tumpuan, aku suka menyelami apa yang terjadi....

M. Nasir


Mustika

Kau yang berselindung
Di balik sutra
Warnamu pelangi
Engkau mustika hati
Pesona cinta
Mahligai rindu
Malam dingin yang kejam
Aku tiada gentar
Kerna cintamu
Misteri alam yang terbongkar
Lena jadi sedar
Kerna kasihmu

Yang dulu ku cari
Rupa-rupanya ada di sini
Dan yang bermain di mimpi
Menjelmalah engkau dalam realiti

Dulu lalu depan mata
Tapi ku tak hirau
Ku Tak peduli
Tapi setelah ku tahu
Hanya engkau teman
Kau tak ku lepaskan

Mustika, oh... mustika
Mestikah aku menjadi penanti
Pelukan sakti cinta sucimu
Aku tak sabar menantikan esok hari
Bawalah daku bersamamu
Oh, mustika hatikuMustika, oh... mustika

p/s; kalau boleh aku nak muatkan apa saja yang kau suka..dalam blog ni...tapi tak terdaya.. Lagu ini antara lirik kegemaran aku..sebab aku dengar muzik kerana liriknya....

umpama mimpi dalam mimpi

Tiada apa-apa.... cuma jangan bertelingkah..

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

Hari ini, langsung tak berkomunikasi dengan blog.  Terasa lama jugak, tak menyambung silaturrahim dengan keluarga-keluarga blogger-blogger lain... dah terasa jauh tersisih..

Asyik post entry dan tutup laptop. "Blogwalking?" langsung tidak menyempat...

Seharian hari ini dipenuhi dengan Jadualwaktu Kuliah Pelajar.  Tak habis-habis dengan masalah....
Beginilah kerja..kan..

Kadang-kadang muncul salah faham dicelah-celah kemesraan.  Kadang-kadang terselit sedikit pertelingkahan....sesama ahli mesyuarat....erm...selami kata-kata hikmah ni...untuk motivasi diri... esok sambung lagi...kerja...kerja..dan terusan bekerja...

"Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan adalah dari hasil sebuah kemesraan"
Tapi, setiap yang berlaku ada hikmahnya...pasti ada yang kita perlu belajar....ada ilmu dimana-mana..


p/s: masing-masing ada warna yang mencorakkan
umpama mimpi dalam mimpi

UiTM Kelantan: Tawaran Hebat.."BUDGET HOSTEL" Hanya untuk Siswi UiTM Machang Sahaja...cepat..cepat!!!

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera...
Hye,...geng...

Kehangatan pendaftaran pelajar baru & lama ke IPTA semakin terasa bahangnya..Jumlah kemasukan yang meningkat secara mendadak semester ini buat aku pening kepala memikirkanya... deringan telefon yang tak pernah bosan berhenti berbunyi...muak aku mendengarnya..... terasa darah pekat mengalir dari telinga....

Telefon pejabat + 012 + 103! semuanya bergilir-gilir, sambung-menyambung silih berganti....

Sekarang pun tak berhenti berbunyi.... .......

So... memandangkan keperluan penginapan pelajar agak terhad, disini aku nak share dengan korang hostel untuk penginapan pelajar-pelajar yang tidak berjaya mendapat kemudahan kolej kediaman di UiTM Machang Kelantan.  

Hostel diselenggarakan sepenuhnya oleh kakitangan UiTM Kelantan bagi membantu pelajar dan pihak UiTM sendiri untuk menampung jumlah kemasukan pelajar baru yang melimpah-ruah..... aku...masih belum dapat berimaginasi lagi bagaimana hari pendaftaran pelajar baru..nanti.…

Perhatian: Khas Buat Para Suami, Berhati-hati dengan Kata-kata isteri anda!

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera..

Kadang-kadang aku nak ketawa...kadang-kadang aku tefikir jugak cerita ini penuh dengan ikhtibar...


Isteri minta cerai

Satu petang yang hening…aku (selamat bin dol ) duduk berehat2 di depan umah sambil menghisap rokok jenama Thailand (murah skit) huhuhu..sementara itu anak ku yang berusia 3 tahun sedang bermain2 di ruangan tengah…aku lihat dia tersenyum sorang2..ape lah yang dia pikir agaknyer…isteriku?ade kat dapur nun..memasak. bahagia kan famili ku ini…isteri ku mmg ckup rajin memasak, anak ku pulak petah berkata2 menghiburkan kami se famili..alahai…aku senyum sorang2 gak bangga memiliki famili ni….
Tgh aku dok senyum2 tetibe anak aku dtg…’abah..mak nak cerai…’
Aku tersentap..mata ku otomatik bepinar..rokok tetap maintain kt mulut..
Tetibe je dia nak minta pepisahan??? Aku ni bkn insan yang lemah,cukup nafkah zahir batin kat bini aku tuh.
Umah ni pun aku beli pakai nama dia…(aku beli je…dia yang bayar..hehehe) pas tu keta kt depan umah tu…

kisah tauladan..suami isteri bertukar jantina "jgn sesekali memperlekehkan tugas isteri"

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam sejahtera..

Selamat bercuti buat semua yang pekerja yang negerinya bercuti pada hari ini..tidak seperti aku yagn masih lagi di office..

Jom....disaat aku bekerja nih,, aku nak share dengan korang sedutan cerita ini "jgn sesekali memperlekehkan tugas isteri" yang aku rembat dari e-mail...... maklumlah dah lama pergi travel, tak berkesempatan nak baca e-mail2 yang bertimbun2... aku tak tahu email nih diorang rembat pulak dari blog sapa... aku just nak simpan email berharga yang aku dapat didalam blog peribadi aku ni....


kisah tauladan..suami isteri bertukar jantina

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari
pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari
untuk menanggung keluarga.
Satu malam ~~~~ Mat berdoa,’Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan…