Followers

Fan Page Facebook

Saturday, June 26, 2010

Berpesta Sakan di Pendaftaran Pelajar Baru UiTM Kelantan Intake Julai - November 2010

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera...

Sabtu ini, bising, bingit.....terasa riuh tak seperti sabtu-sbtu yang lepas...


Dicelah-celah tingkap rumah aku melihat... Dari jauh aku nampak berduyun-duyun orang ramai memenuhi ruang UiTM Kelantan.. Motosikal tak ada, kalau tidak boleh sama join pesta menyambut kedatangan pelajar-pelajar baru yang medaftar hari ni.

Memang meriah pendaftaran kali ni.  Pelunjuran jumlah pelajar yang mendaftara telah meningkat kepada 2000 pelajar menyebabkan kepala agak pening sikit.

Untuk yang mendaftar dan melapordiri hari ni, aku ucapkan tahniah! Selamat menuju kepuncak kejayaan dan bersabar dengan perubahan/peralihan zaman remaja yang lebih mecabar dari biasa...

Malam ni ada taklimat pendaftaran untuk pendaftara akademik esok.  Taklimat ini bertujuan khusus bagi memudahkan dan melancarkan lagi proses pendaftaran esok.... Semoga semuanya berjalan dengan lancar...amin......

p/s: Gambar linkin park ni hanya sekadar hiasan jer...cuma nak ingatkan kepada pelajar-pelajar baru, masuk univerisiti bukannya bermakna korang bebas dan boleh enjoy sebab dah berjaya so... boleh buat apa sahaja...tapi it's time to prove that you're the best among the best.... "What you've done before".. selamat menjadi warga negara uitm...ini lah hukuman korang kerana telah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM, so korang kena belajar disini.....

umpama mimpi dalam mimpi

Friday, June 25, 2010

Kata-kata Mutiara Yang Indah di Pagi Jumaat

Assalamualaikum...w.b.t. Dan salam sejahtera

Pagi-pagi jumaat ini sering membawa aku hanyut....terbang mengimbau nostalgia kampung..
Suasana yang tenang, aman dan damai mencengkam hati untuk pulang....

Masih terbayang dalam fikiran pagi jumaat yang penuh syahdu.....mata yang terpejam menambah lagi kabahagiaan jiwa ini...

Sama-sama lah kita hayati kata-kata hikmah ni..


p/s: aku merindui pagi jumaat....yang tenang...

umpama mimpi dalam mimpi

Thursday, June 24, 2010

Wahai Pemandu Teksi, berhati-hatilah kamu..kamu sedang diperhatikan..

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera...

Permulaan kerja yang hebat bilamana terbaca petikan berita harian metro Online pagi ni... Tidak kusangka ini terjadi... Dulu aku pernah wat entry Wahai Gadis-Gadis Berhati-hatilah dengan Pakcik Teksi yang Belanja Karaoke!!! Elakkan diri anda dinodai..

Kali ini, pemandu teksi pulak perlu berhati-hati...kerana anda diperhati disetiap sudut...

Nak tahu lebih lanjut... Klik sini. Drebar Teksi Kena Cabul.


p/s: erm..tapi respect la kat pemandu tu, sebab dia terus drive ke balai polis...

umpama mimpi dalam mimpi

Wednesday, June 23, 2010

M. Nasir ~ Mustika

Koleksi lirik untuk personal...

Bila hilang tumpuan, aku suka menyelami apa yang terjadi....


M. Nasir


Mustika 

Kau yang berselindung
Di balik sutra
Warnamu pelangi
Engkau mustika hati
Pesona cinta
Mahligai rindu
Malam dingin yang kejam
Aku tiada gentar
Kerna cintamu
Misteri alam yang terbongkar
Lena jadi sedar
Kerna kasihmu

Yang dulu ku cari
Rupa-rupanya ada di sini
Dan yang bermain di mimpi
Menjelmalah engkau dalam realiti

Dulu lalu depan mata
Tapi ku tak hirau
Ku Tak peduli
Tapi setelah ku tahu
Hanya engkau teman
Kau tak ku lepaskan

Mustika, oh... mustika
Mestikah aku menjadi penanti
Pelukan sakti cinta sucimu
Aku tak sabar menantikan esok hari
Bawalah daku bersamamu
Oh, mustika hatiku
Mustika, oh... mustika

p/s; kalau boleh aku nak muatkan apa saja yang kau suka..dalam blog ni...tapi tak terdaya.. Lagu ini antara lirik kegemaran aku..sebab aku dengar muzik kerana liriknya....

umpama mimpi dalam mimpi

Tiada apa-apa.... cuma jangan bertelingkah..

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

Hari ini, langsung tak berkomunikasi dengan blog.  Terasa lama jugak, tak menyambung silaturrahim dengan keluarga-keluarga blogger-blogger lain... dah terasa jauh tersisih..

Asyik post entry dan tutup laptop. "Blogwalking?" langsung tidak menyempat...

Seharian hari ini dipenuhi dengan Jadualwaktu Kuliah Pelajar.  Tak habis-habis dengan masalah....
Beginilah kerja..kan..

Kadang-kadang muncul salah faham dicelah-celah kemesraan.  Kadang-kadang terselit sedikit pertelingkahan....sesama ahli mesyuarat....erm...selami kata-kata hikmah ni...untuk motivasi diri... esok sambung lagi...kerja...kerja..dan terusan bekerja...

"Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan adalah dari hasil sebuah kemesraan"

Tapi, setiap yang berlaku ada hikmahnya...pasti ada yang kita perlu belajar....ada ilmu dimana-mana..


p/s: masing-masing ada warna yang mencorakkan
umpama mimpi dalam mimpi

Tuesday, June 22, 2010

UiTM Kelantan: Tawaran Hebat.."BUDGET HOSTEL" Hanya untuk Siswi UiTM Machang Sahaja...cepat..cepat!!!

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera...
Hye,...geng...

Kehangatan pendaftaran pelajar baru & lama ke IPTA semakin terasa bahangnya..Jumlah kemasukan yang meningkat secara mendadak semester ini buat aku pening kepala memikirkanya... deringan telefon yang tak pernah bosan berhenti berbunyi...muak aku mendengarnya..... terasa darah pekat mengalir dari telinga....

Telefon pejabat + 012 + 103! semuanya bergilir-gilir, sambung-menyambung silih berganti....

Sekarang pun tak berhenti berbunyi.... .......

So... memandangkan keperluan penginapan pelajar agak terhad, disini aku nak share dengan korang hostel untuk penginapan pelajar-pelajar yang tidak berjaya mendapat kemudahan kolej kediaman di UiTM Machang Kelantan.  

Hostel diselenggarakan sepenuhnya oleh kakitangan UiTM Kelantan bagi membantu pelajar dan pihak UiTM sendiri untuk menampung jumlah kemasukan pelajar baru yang melimpah-ruah..... aku...masih belum dapat berimaginasi lagi bagaimana hari pendaftaran pelajar baru..nanti...

"Oo.pps....hp bunyi lagi... 012 pulak..!"

Sedikit keterangan berkaitan hostel ini....

"MIA Budget Hostel"

BERSIH...SELESA...MURAH...

MIA Budget Hostel ini menyediakan 11 buah bilik yang menempatkan 2 siswi 1 bilik.  Tempat sangat terhad! Hubungi segera untuk penempahan awal..... Hanya siswi (Pelajar Perempuan) sahaja diperlukan.

Antara kelebihan yang ditawarkan....

  • Lokasi strategik untuk pelajar yang berhampiran UiTM Machang
  • Berdekatan dengan banyak kemudahan-kemudahan asas untuk pelajar seperti
    • Cyber Cafe,
    • Kedai 24 jam 7 Eleven,
    • Bertempat diatas Wifi Cafe',
    • Pejabat Pos Mini,
    • Kedai Buku, Alat tulis dan kelengkapan pelajar Diploma Art & Design,
    • Kedai runcit,
    • Kedai telefon, dll....
  • Kelengkapan asas disediakan, semua kelengkapan masih baru.
  • Kadar Sewa yang murah dan berpatutan bagi seorang pelajar...
  • Kaedah pembayaran sewa boleh dirunding.
Hubungi segera pemilik hostel untuk rundingan dan pertanyaan selanjutnya.

No: 012-9618520 / 017-9797867

(Mia Budget Hostel)
NO. 4 LOT 1962,
TINGKAT 2, ANGGUN PUTRA,
PERSIARAN UiTM,
KAMPUNG TOK ULU SAT.
18500 MACHANG KELANTAN
umpama mimpi dalam mimi

Perhatian: Khas Buat Para Suami, Berhati-hati dengan Kata-kata isteri anda!

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera..

Kadang-kadang aku nak ketawa...kadang-kadang aku tefikir jugak cerita ini penuh dengan ikhtibar...


Isteri minta cerai

Satu petang yang hening…aku (selamat bin dol ) duduk berehat2 di depan umah sambil menghisap rokok jenama Thailand (murah skit) huhuhu..sementara itu anak ku yang berusia 3 tahun sedang bermain2 di ruangan tengah…aku lihat dia tersenyum sorang2..ape lah yang dia pikir agaknyer…isteriku?ade kat dapur nun..memasak. bahagia kan famili ku ini…isteri ku mmg ckup rajin memasak, anak ku pulak petah berkata2 menghiburkan kami se famili..alahai…aku senyum sorang2 gak bangga memiliki famili ni….
Tgh aku dok senyum2 tetibe anak aku dtg…’abah..mak nak cerai…’
Aku tersentap..mata ku otomatik bepinar..rokok tetap maintain kt mulut..
Tetibe je dia nak minta pepisahan??? Aku ni bkn insan yang lemah,cukup nafkah zahir batin kat bini aku tuh.
Umah ni pun aku beli pakai nama dia…(aku beli je…dia yang bayar..hehehe) pas tu keta kt depan umah tu mmg aku dah habis bayar pun khas utuk dia (kancil 660 thn 1999)hape lagi yang kurang..dengan panas kepala ni aku terjah dia kat dapur

‘YAH, APE KURANG KE KASIH SYG ABE KT AWOK?, APE ABG NI TAK HENDSOME LAGI KE SMPAI AWAK NAK MITA TUUUUI!!! TERGAMAK AWAK WAT ABG MACAM NIE…..!!!!’
Ape nie bang….susah sgt ke nak bagi?
YAH! AWAK JGN UJI SAYA!
Iye lah..lau berani buat lah…
YAAHHHHH……AWAK MELAMPAU! Kaki aku dah mengeletar,peluh menitik2,idung aku kembang kempis,kat telinge aku dah terdengar2 lagu Anang..jari jemari dah sejuk…sanggup kah aku ucapkan perkataan itu….
Iye..buat lah bang OIIIII…saya nak masak gulai ni g lah ambik serai tu cepat..boboi tak cakap kat awak ke…
HAH SERAI??????? Betuah punyer anak…pelat….
Ceyai Vs cerai…

p/s:
moral of the story adalah cuci telinga anda selalu.... teknik berkomunikasi berkesan amat penting dalam sebuah perhubungan.... tambah-tambah suami dan isteri.... p.ramlee pesan “sedangkan lidah lagi tergigit...apa pula, suami isteri”.....

aku copy and paste jer...dari email cerita ni, sebab cerita dia best....

umpama mimpi dalam mimpi

Sunday, June 20, 2010

kisah tauladan..suami isteri bertukar jantina "jgn sesekali memperlekehkan tugas isteri"

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam sejahtera..

Selamat bercuti buat semua yang pekerja yang negerinya bercuti pada hari ini..tidak seperti aku yagn masih lagi di office..

Jom....disaat aku bekerja nih,, aku nak share dengan korang sedutan cerita ini "jgn sesekali memperlekehkan tugas isteri" yang aku rembat dari e-mail...... maklumlah dah lama pergi travel, tak berkesempatan nak baca e-mail2 yang bertimbun2... aku tak tahu email nih diorang rembat pulak dari blog sapa... aku just nak simpan email berharga yang aku dapat didalam blog peribadi aku ni....


kisah tauladan..suami isteri bertukar jantina

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari
pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari
untuk menanggung keluarga.
Satu malam ~~~~ Mat berdoa,’Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu
supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk
sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah’
Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun
saja dari tidur, dia ber gegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak
dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu,
kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah. Pastu panaskan injin kereta dan
bergegas hantar anak-anak ke sekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang
dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais.
Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak
bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan.
Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor
sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.
Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapakan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu
cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur…. dan macam-macam pastu lagi.
Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe…
Bolehlah rasanya nak berehat sikit. Opps…. belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur…. … tak pasti pukul berapa.
Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,’Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu…. Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku
selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja’
Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,’Wahai Mat, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan
anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali….’
Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari???
…Beranaaak? ??……. Waaaaaa.. tak
nak, tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaak kkkk…!! !
~~~~~ ‘Bang, bang… Abangggg… apasal niii…..??’ Sergah satu suara di sisinya.
Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,’Nab, Nab kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami??
‘Laaaaa… tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni pompuan. Tentulah abang yang jadi suami….. Appa punya lawak pagi-pagi rabun ni…..’
Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah….. Nab terkedu , terlopong dan jadi bisu
seharian melihat gelagat suaminya….

 p/s: walaupun aku masih belum kahwin..tapi terasa dan emo lah plak...

umpama mimpi dalam mimpi

Saturday, June 19, 2010

Novel Berpetualan Ke Aceh2 - Membela Syiar yang Asal ~ aku dah habis..

Assalamualaikum w.b.t. & salam Sejahtera..

Aku dah selamat sampai di Machang pukul 10.00malam tadi... Penat betul setelah 5 hari di Shah Alam..akhirnya kembali..nak berehat kejap..letih bila tengok baju yang tak basuh dan rumah yang agak bersepah... dah 2 minggu tak merasa cuti..

Kerja..kerja dan terus bekerja...

Sepanjang aku di Shah Alam berjaya menghabiskan novel siri ke-2 BERPETUALANG KE ACEH yang bertajuk "Membela Syiar yang Asal".


Novel ini adalah kesinambungan kepada (BPKA) BERPETUALANG KE ACEH 1 yang bertajuk "Mencari Diri Dan Erti". Aku pernah review novel pertama RADZI SAPIEE ini dulu dalam entry yang lepas-lepas.  Klik kat BERPETUALANG KE ACEH - RADZI SAPIEE,  LAGI BERPETUALANG KE ACEH VOL.1 : Mencari Diri dan Erti. Ada video dan keterangan penulis..

Novel bersiri BPKA ini merupakan karya jujur penulis yang berdasarkan pengalaman pengebaraan beliau sendiri.

Novel pertama dulu menceritakan bagaimana Rasyid (watak utama novel BPKA) boleh mula berpetualang sehingga ke Aceh sehingga menempuhi pelbagai kesusahan dan dugaan.

Manakala novel ke-2 ini menyambung pengembaraan beliau dan merungka sejarah-sejarah alam melayu dan nusantara dengan menerangkan beberapa teori dan pandangan beliau sendiri hasil kajian dan pengalamannya.

Novel ini sunggu berkesan sehinggakan aku sendiri berasa seolah-olah bersama-sama beliau mengembara bersama didalam merungkai sejarah-sejarah yang tersembunyi atau sengaja disembunyikan oleh penjajah barat untuk melemahkan keturunan melayu yang gagah perkasa dulu.

Dibawah ini aku salin pantun dan keterangan mengenai novel ke 2 BPKA ini:


ADAM, IDRIS, NUH DAN SALIH,
ZAMAN BERZAMAN SIANG DAN MALAM,
MEMBAWA RISALAH SELAGI BOLEH,
INTIPATINYA SAMA, TAUHID DAN ISLAM,

IBRAHIM, ISMAIL, ISHAQ DAN YA'AQUB,
ZAMAN PERTENGAHAN KELUARGA NUBUWWAH,
DI SURAH BAQARAH FIRMAN TERMAKUB,
INILAH KETURUNAN PEMIMPIN YANG AMANAH,

YUSUF, MUSA, DAUD DAN SULAIMAN,
NABI BANI ISRAEL TERMASUK ZAKARIA,
SAMPAI KE ISA BERUBAHLAH ZAMAN,
PERALIHAN RISALAH KE KHATAMUL ANBIYA,

MUHAMMAD MUSTAPHA PENGHULU NABI,
SEMPURNAKAN RISALAH UNTUK SEKALIAN BERAMAL,
AHLUL BAIT DAN RAJA MENABUR BAKTI,
DI NUSANTARA INI MEMBELA SYIAR YANG ASAL,

PERLAK, SAMUDERA-PASAI, MELAKA, ACEH JUGA BERUAS DAN GANGGANEGARA, KESEMUA KERAJAAN INI ADA KAITANNYA DALAM MEMBELA SYIAR ISLAM YANG ASAL.  PERJALANAN DISAMBUNG DENGAN RASYID BERADA DI SEMPADAN BUMI SERAMBI MEKAH, KETIKA PERANG DAN DARURAT MASIH HANGAT DAN NYAWA BOLEH SENANG MELAYANG, DAPATKAH DITEMUI KAMPUNG HALAMAN SEJATI YANG DICARINYA SELAMA INI? ATAU MAUT PULA YANG MENANTI PEMUDA INI DIHADAPAN?


Sila layari blog penulis untuk keterangan lanjut dan maklumat untuk mendapatkan novel ini di


http://merahsilu.blogspot.com
http://berpetualangkeaceh.blogspot.com
Ini adalah gambar penulis dari facebook beliau ~ Radzi Sapiee

p/s: aku masih lagi hanyut berpetualang bersama Rasyid untuk siri novel yang ketiga...
umpama mimpi dalam mimpi

VIDEO = OPICK - BERSUJUD KEPADA ALLAH

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera...

Tak ada apa yang terkini, kerna aku masih lagi di Shah Alam...

Esok nak tengah hari baru nak bergerak ke Kelantan....Semoga perjalanan selamat..

Layan v.clip yang penuh bererti ini...


Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah
Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasannya
Semoga dirimu, semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmatNya
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah
Alhamdulillah wasyukurilah
Besyukur padamu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Indah dalam kebersamaan
Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmatnya
Alhamdulillah wasyukurilah
Besyukur padamu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Indah dalam kebersamaan
Alhamdulillah wasyukurilah
Besyukur padamu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Hilanglah semua perbedaan
Alhamdulillah wasyukurilah
Bersyukur padamu ya Allah
Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu

umpama mimpi di dalam mimpi..

VIDEO = OPICK - BERSUJUD KEPADA ALLAH

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera...

Tak ada apa yang terkini, kerna aku masih lagi di Shah Alam...

Esok nak tengah hari baru nak bergerak ke Kelantan....Semoga perjalanan selamat..

Layan v.clip yang penuh bererti ini...


Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah
Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasannya
Semoga dirimu, semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmatNya
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah
Alhamdulillah wasyukurilah
Besyukur padamu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Indah dalam kebersamaan
Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmatnya
Alhamdulillah wasyukurilah
Besyukur padamu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Indah dalam kebersamaan
Alhamdulillah wasyukurilah
Besyukur padamu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Hilanglah semua perbedaan
Alhamdulillah wasyukurilah
Bersyukur padamu ya Allah
Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu

umpama mimpi di dalam mimpi..

Friday, June 18, 2010

VIDEO KLIP DEWA 19 - LASKAR CINTA

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,

Entry ini adalah entry yang pernah aku post dalam blog yang dah mati...
Lama dah blog itu mati...biarkan..
biarkan saja ia pergi dan mati...

Yang penting lirik lagu dibawah perlu dihayati...
dan di selami sedalam-dalamnya..



Wahai jiwa-jiwa yang tenang... berhati-hatilah dirimu....kepada...
Hati-hati yang penuh...dengan...kebencian yang dalam.
Karena, sesungguhnya iblis..ada dan bersemayam..dihati..yang penuh
dengan benci...di hati...yang penuh dengan prasangka.

Reff: Laskar Cinta... sebarkanlah benih-benih cinta
musnahkanlah virus-virus benci
Virus yang bisa rusakkan jiwa dan busukkan hati.. Laskar Cinta..
Ajarkanlah ilmu tentang cinta
Karna cinta adalah hakikat
Dan jalan yang terang bagi semua.. umat manusia..

Jika.. kebencian meracunimu...kepada..manusia lainnya..
maka..sesungguhnya iblis..sudah berkuasa atas dirimu...
Maka... jangan pernah berharap..aku..akan mengasihi..menyayangi...
manusia-manusia..yang penuh..benci seperti kamu...

Back to Reff...

Wahai jiwa-jiwa yang tenang...jangan sekali-kali kamu..
Mencoba jadi Tuhan dengan mengadili dan menghakimi..
Bahwasanya kamu memang tak punya daya dan upaya..
Serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yang sejati..
Bukankah kita memang tercipta laki-laki dan wanita..
Dan menjadi suku suku dan bangsa bangsa yang pasti berbeda..
Bukankah kita memang harus saling mengenal dan menghormati..
Bukan untuk saling bercerai-berai dan berperang angkat senjata..



umpama mimpi dalam mimpi

Wednesday, June 16, 2010

Keputusan Permohonan ke Program Pra Diploma Perdagangan/Pra Diploma Sains/Pra Diploma Perakaunan TELAH DIBUKA..SILA SEMAK PERMOHONAN ANDA

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,

Sebagai rasa tanggungjawab seorang kakitangan, aku nak sebar-sebarkan maklumat penting ini.

Perhatian untuk semua pelajar lepasa SPM/Setaraf yang telah memohon untuk kemasukan ke Program Pra Diploma Perdagangan / Pra Diploma Perakaunan / Pra Diploma Perakaunan di UiTM.

Keputusan Permohonan ke Program Pra Diploma Perdagangan/Pra Diploma Sains/Pra Diploma Perakaunan ke UiTM TELAH DIBUKA..SILA SEMAK PERMOHONAN ANDA

Bagaimana hendak menyemak keputusan?

1) Sila layari laman web pengambilan UiTM : http://pengambilan.uitm.edu.my/


2) Klik bahagian bawah sekali bahagian "PENGUMUMAN PENTING" atau banner sebelah kanan "SEMAKAN STATUS PERMOHONAN"




3) Setelah pergi ke link seterusnya sila klik "SEMAK STATUS PERMOHONAN".





PENGUMUMAN
KEMASUKAN UiTM
 
SESI JULAI 2010
  1. Keputusan Permohonan ke Program Pra Diploma Perdagangan/Pra Diploma Sains/Pra Diploma Perakaunan termasuk program Pra di bawah Mengubah Destini Anak Bangsa boleh mula disemak pada hari Selasa 15/6/2010 jam 12:00 tengahari
3) Setelah masuk ke webpage baru, klik ke perkara nombor 3.
3)
Program Pra Diploma/ Diploma/ Asasi
 


4) Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan pelajar dan semak kemputusan.


Sekian.


umpama mimpi dalam mimpi

Tuesday, June 15, 2010

BOLEH Tolong tak? Rasa macam nak berhenti blogging la....~Salju

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera...

hye..

Blogging? kenapa aku ada blog ar?  kenapa aku bukak blog tiap hari? Aku sedang cuba mencari jawapan....

  • Aku nak luahkan apa yang aku rasa? rasanya tak ada pun entry luahan perasaan yang aku buat..
  • Mungkin aku nak dapat dapat duit? Baik aku buat blog bisnes..atau jual barang online..tak ada pulak aku dapat duit setelah 3tahun ada blog...
  • Sebab ikut orang lain? orang lain ada blog..aku pun nak ada blog.. tak jugak, sebab aku mula blogging waktu tak seramai sekarang rakyat malaysia blogging...
  • Sebab nak famous? kalau nak famous, baik aku buat entry menarik....dan kebanyakan entry yang aku post semuanya entry syok sendiri...
  • Sebab aku suka menulis? tak pernah pulak aku menulis dalam buku sebelum ni..
  • Mungkin aku traffik, ramai orang masuk blog aku? tak jugak..aku bukannya rajin "blogwalking" pun.
  • Mungkin aku nak cari jodoh? sesuai ke cari jodoh melalui blog? rasanya dah ada jodoh yang dah mencari aku...hehehehe..
  • Mengisi masa lapang? aku rasa banyak kerja yang wajib aku laksanakan... banyak tanggungjawab aku...sebab aku seorang pentadbir akademik..
  • Adakah sebab nak menyampaikan maklumat? boleh dikatakan blog aku tak ada maklumat langsung...
  • dan bermacam-macam lagi andaian yang aku cuba buat....banyak lagi yang aku terfikir....apakah sebab aku mempunyai bukannya satu, tapi 3 blog...
  • Sebenarnya aku yang tergedik-gedik memberi gelaran "Salju" kepada diri aku sendiri tidak mempunyai apa-apa objektif aku membina blog...tak ada langsung matlamat..
  • Sejujurnya, aku adalah seorang yang "ego"! Ego dengan diri sendiri.... aku hanya sekadar ingin mencuba..ya..mencuba sesuatu yang baru...terutama yang berkait rapat dengan ilmu teknologi maklumat...
  • Adakah aku perlu muhasabah diri semula...? kenapa aku memiliki sebuah blog? 

Aku rasa nak berhenti blogging lah... boleh tolong tak? Macam mana ye nak berhenti blogging?
Tiba-tiba semangat menjadi hilang...terbang melayang...

p/s: aku rasa aku sedang hanyut...dibawa arus revolusi dalaman diri sendiri..

umpama mimpi dalam mimpi

Terkedu, Terpana, Aku Terkejut terus menerus Teruja.. Pak Latip Datang Office

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Episod travel aku bermula lagi..hari ini langsung aku tak berkesempatan nak online.... Pukul 10malam tadi aku naik Firefly dari Kota Bharu dan tiba di Subang pukul 11.30malam..dan terus menginap di Hotel SunINN bandar Sunway. Selamat ada wifi free...sebab celcom brodband hanya dapat detect GPRS signal...

Terkedu, Terpana, Aku Terkejut terus menerus Teruja...

Ya..aku teruja...pagi yang hening...lepas makan pagi aku meneruskan kerja di pejabat.. Seperti yang dijanjikan En. Latip Talib nak datang ke Kelanta dalam entry semalam, salah seorang penulis novel sejarah sepenuh masa yang terkenal dari PTS tiba-tiba muncul di pejabat aku.  Tepat pukul 10pagi...langsung tidak awal dan tidak lewat...

Tiba-tiba aku menjadi tak tentu arah.... Penulis terkenal itu sudi untuk singgah di UiTM Kelantan...bermacam-macam yang aku sembang dengan beliau sementara menunggu Ust. Che Bakar. Tapi jadual kerja aku yang padat membuatkan aku tak sempat nak melayan beliau dengan baik. Lepas Ust. Che Bakar memberi beberapa penerangan ringkas berkaitan kertas kerja Tok Janggut kami minum di Kantin UiTM Kelantan.

Beliau seorang yang biasa, sanggup travel ke Kelantan dengan hanya menaiki keretapi dari Seremban dalam tempoh 12 jam.  Sangat merendah diri.... tak sangka dia adalah seorang penulis novel...

Malang betul, aku ada mesyuarat di Shah Alam... kalau tidak mungkin boleh bersama-sama beliau mengembara menjejaki Tok Janggut.  Bukan senang dia nak datang ke Kelantan. 

Sempat aku mintak tandatangan dan bergambar beberapa keping.... Nanti aku akan upload beberapa keping gambar yang sempat aku ambil...

p/s: berharapa semoga impian untuk melancarkan novel Tok Janggut di UiTM Kelantan menjadi kenyataan...aku ada catat sikit di wall pak latip..sukar untuk aku gambarkan perasaan ini..

Saljuhumairah Sakaki Makio
Saljuhumairah Sakaki Makio 
Salam P.Latip(baru tahu nak paggil "Pak")... terlewat nak bukak FB and online...sekarang dh di sunway tadi naik firefly..dan bermalam di hotel budget..selamat ada wifi kat sini..(ada mesyuarat di s.alam sampai 19hb)

1)terima kasih teramat sangat untuk tuan kerana sudi berkunjung ke UiTM Kelantan, Machang..sama-sama kita doa untuk majlis pelancaran buku tu..tak sabar-sabar..tadi dah bincang dengan pustakawan..ada jugak cadangan untuk dilancarkan semasa program minggu budaya membaca..

2)Saya mohon maaf yang tidak terhingga kerana tidak dapat memberi layanan yang baik... kerana saya terkejut..kerana saya agak sibuk dengan proses pendaftaran pelajar baru. Jadual hari kerja saya agak sibuk...melainkan hari jumaat dan sabtu agak kelapangan...

3)teruja jumpa tuan...sampai sekarang masih tak sangka..

4)dalam proses mengumpul novel tuan..sbb Faisal Tehrani & habiburrahman dah agak slow penghasilan buku.. rasa tercabar dengan adik saya yang dapat menghabiskan buku tuan.

5)rasa rugi saya tak dapat mengikuti tuan semasa berada di kelantan...bukan selalu tuan di bumi kelantan...terasa ingin juga menjelajah naik keretapi macam tuan..

6)rugi tak dapat pergi ke makam tok janggut @ haji mat hassan..

7)berharap dapat mengumpul semua 25 buah koleksi sejarah..

~hisham


umpama mimpi dalam mimpi

Monday, June 14, 2010

COFFEE-MATE - Nota Cinta Episod 3 dah Keluar

Ending yang best....

Coffee-Mate - Nota Cinta Episod 3.. CEPAT-CEPAT join kontest nih... Menarik sangat drama pendek nih.  Klik sini



p/s: Layan jiwang beb....tangkap lentok bro...

umpama mimpi dalam mimpi

Kata-kata Hikmah Hari ini (1 Rejab 1431)

Malam ni sebetulnya dah masuk 1 Rejab 1431 selepas masuk waktu Maghrib tadi.  Sebagusnya jugak, esok kena puasa..... Mampukah aku?

Tapi, aku tak tahu kenapa dengan diri ini.. Seolah-olah kehilangan Motivasi untuk bekerja... Terasa lemah seluruh anggota...banyak dosa kah? Memang tidak terhitung banyak nya...

Aku perlukan motivasi..Motivasi untuk meneruskan perjuangan hidup ini..


Aku pasti, Allah sentiasa menyayangi aku... aku saja sering melupakan Nya... Aku perlu menyayangi diri aku sendiri kerana Nya..

Motivasi penting untuk aku terus bergerak selagi nyawa belum terpisah.. terkenang pejuan-pejuan di Plasti-GAZA.Apakah motivasi mereka untuk meneruskan perjuangan...






umpama mimpi dalam mimpi

Sunday, June 13, 2010

"Robot Dance" Pelik Yang Pernah aku Tengok..

Ingat lagi waktu aku dulu-dulu, zaman muzik hip-hip tengah meningkat naik sehinggakan muzik techno yang meletup ketika tu hilang hanyut dibawa arus... Kira-kiranya zaman kegemilangan Muzik Hip-Hop era 90' yang menaikkan nama Too Phat, Teh Tarik Crew, Eminem, Dll...... 

Waktu tu jugak, ramai budak-budak remaja kalut nak main skateboard.... Sambil layan lagu Hip-Hop..Sukan xtreme tiba-tiba melonjak sehinggakan aku jugak kenal dengan Joe Ipoh (skater Malaysia yang meletup). 

Tiba-tiba jugak, BBoys ataupun penari yang selalunya menjadi penari latar bagi persembahan atau video klip Kumpulan Hip-Hop.  Biasalah revolusi muzik dari zaman ke zaman.... itu belum cerita bab underground pulak...rock kapak lagi, trash, metal dll..  Setiap kali berlaku revolusi muzik, pastu imej, gaya pemakaian dan fesyen turut dilanda arus perubahan..... erm...kalau nak cerita zaman muda-mudi di sekolah menengah tak habis kalau satu hari... Nostalgia-nostalgia tu jugak lah mengingatkan aku dengan kawan-kawan. 

Biarkan lah dengan arus perubahan zaman...yang pasti aku tetap disini dan bersyukur dengan nikmat Allah s.w.t. dan doa serta restu mak ayah aku...revolusi yang berlaku tak dapat mengubah hidup aku.. Masa depan tak tahu lagi apa yang akan berlaku..  Yang pastinya revolusi-revolusi ini semuanya melanda golongan remaja... Orang tua? erm..sikit-sikit kot..sebab orang dewasa dah tak sempat nak fikir sangat pasal semua benda tu... macam mana aku sekarang nih..dah tua..

Tapi dalam banyak-banyak lagu zaman muda-mudi dulu..ada satu band yang buatkan aku teringatkan kawan-kawan kelas tingkatan 6 semasa menuntu di Sek. Men. Keb. Dr. Burhanuddin. Kumpulan antarabangsa ini sekejap jer menonjol, tak lama, tapi karya yang diorang hasilkan memang terbaiklah... Nama diorang BOMFUNK MC. Tak minat sangat, tapi lagu-lagu diorang dapat mengingatkan semula nostalgia silam.. Antaranya adalah Freestyler, Uprockin' Beat, BBoys & Fly Girls, Dll. Video Klip diorang pun menarik.. Klik Sini.


Disebalik itu jugak, satu tarian yang tak kurang popular...banyak terdapat di Jepun..tak pasti sekarang famous tak lagi... aku panggil tarian ni tarian robot.... Robot Dance... ada jugak yang paggil tarian elektrik.. tapi wikipedia cakap:

The robot (or mannequin) is an illusionary dance style – often confused with popping – that attempts to imitate a dancing robot or mannequin. It was originated by Charles Washington – also known as "Charles Robot" – in the late 1960s,[1] and gained further fame after The Jacksons used the dance when they performed Dancing Machine
Rujuk sendiri kat sini

Macam mana tarian robot ni..layan video nih..:



p/s: Pelik kan tarian nih..macam nak tergeliat pun ada jugak...layan jer...jangan hanyut dan lalai dengan revolusi ciptaan manusia..


 Ketika umpama mimpi dalam mimpi

Nak balik dah, Korang nak Ikut? & Abdul Latip bin Talib Pengarang Novel Yang Ku Sanjung

Dah pukul 7 petang...aku masih di pejabat...melayan email-email dan jadual waktu kuliah yang tak sudah-sudah..

Tak ada apa yang nak aku coret... hanya sekadar "aku nak balik dah" Korang nak ikut?

Sebenarnya esok aku nak jumpa dengan seorang penulis terkenal tanahair..Itu yang terasa sukar untuk meninggalkan office...rasa macam nak tidur sini jer.  Sebenarnya aku baru jer kenal penulis ni.

Kenal ker?  Beliau adalah Abdul Latip bin Talib. Buku-buku karangan beliau sungguh terkesan dihati dengan menceritakan kisah-kisah tokoh islam terkenal.  Beliau mengolah semula cerita-cerita tokoh islam dalam bentuk novel yang menarik untuk dibaca...


Sedikit tentang penulis sanjungan aku ni yang aku salin dari facebook beliau: http://www.facebook.com/profile.php?id=1018376348#!/profile.php?id=1342311210&v=info

Abdul Latip bin Talib dilahirkan di Kampung Ulu Seperi Rembau Negeri Sembilan pada 2hb Jun 1954, pernah bekerja sebagai pegawai ladang FELCRA selama 20 tahun dan kini merupakan penulis sepenuh masa. Beliau menulis dalam pelbagai genre seperti sajak, cerpen, rencana, drama tv dan novel. Sehingga kini telah menghasilkan 20 buah novel kanak-kanak, remaja dan dewasa. Kini menumpukan penulisan novel sejarah dengan PTS. Antara karya yang telah diterbitkan Salahudin Penakluk Jerusalem 2007, Khalid Memburu Syahid 2007, Ikramah Penentang Jadi Pembela 2007, Tariq Menang atau Syahid 2007, Si Bongkok Tanjung Puteri 2007, Setelah Roboh Kota Melaka 2007, Abu Bakar Sahabat Sejati 2008, Sultan Muhamad al fateh 2008, Leftenan Adnan Wira bangsa 2008, Hikayat Amir Hamzah jilid 1, 2 dan 3 2008.Ketekalan beliau menghasilkan karya telah melayakkan beberapa buah karya beliau merangkul pelbagai anugerah. Antaranya Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Sayembara Cerpen Perpaduan, Hadiah Sastera Utusan dan Sayembara Cerpen dan Puisi Negeri Sembilan. Novel Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005. Randau Ruai memenangi Sayembara Menulis Novel Sarawak 2005 dan terbaru novel sejarah Perang Jementah dan datuk Moyang Saleh memenangi hadiah sayembara menulis novel sejarah Johor 2007.Abdul Latip yang kini menetap di Jelebu Negeri Sembilan pernah menerima Anugerah Sastera Negeri Sembilan 2005 dalam genre cerpen dan esei. Dan sekali lagi pada tahun 2007 dalam genre novel remaja.Beliau dikurniakan Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (PMC) oleh kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 2007.


Ini adalah blog beliau: http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fabdullatip.blogspot.com%2F&h=b90f7


p/s: teruja hati ini tiada kata yang hendak terucap... baru je kenal melalui facebook...insyaAllah dengan izinNya..dapat bertemu esok... hari tu waktu pegi KL..jumpa dengan A.Samad Said di KL Central...

umpama mimpi dalam mimpi

Loghat pantai timur vs loghat utara ..lawak-lawak..

Hari ni memang aku tak ada kerja lain dah..

Melainkan hanya copy and paste email office yang bertimbun-timbun untuk aku delete..

Sebelum aku delete semua baik aku simpan kat sini buat kenang-kenangan... Kalau simpan kat dalam hardisk pun nanti kena virus hilang jugak.. sekurang-kurangnya dapat jugak menghiburkan hatiku yang lara.. ini..

hehehehe...


Loghat mana lebih munasabah? 

Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan
loghat pantai timur?

Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah

Bahasa Melayu standard:
"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada."


Loghat Utara (kedah):
"Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".

Loghat Pantai Timur (kelate):
"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok."


KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah!
 p/s: salinan email..


umpama mimpi dalam mimpi

CERITA LUCAH LAGI......PASAL AYAM GAY PULAK... [CHCIKEN RUN]

Kenapa lah aku ni,
Sejak dua menjak ni asyik dapat cerita berunsur lucah jer...

Posting semalam aku dan buat koleksi cerita-cerita lucah dari email..hari ni bukak email, ada lagi...

Tak pe lah, menghilangkan ketegangan urat kepala yang serabut ni... Baru masuk pejabat hari ni. Bertimbun-timbun kerja yang tertangguh..

Layan jer lah cerita ni.. Kepada yang cuti hari ni, selamat bercuti.... Kasihanilah kami yang di pantai timur dan Kedah... terpaksa bekerja keras dihari ahad..

CERITA AYAM YANG MACHO 

Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Gunung Semanggul.tentang sebuah peternakan ayam. Disana ada 5 Ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan lak). 
Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu nganya. Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua 
menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai dirinya, mulalah diyer mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan seperti ini : 


Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku. 


Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan diri.Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja. 

Si ayam jalak tua : Eh a...berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua bercakap lam ati yer). Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang... O.klah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksennyer) so apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam. 

Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak loya beruk yer) 

Si ayam jalak tua : Dak'ah! Senang jer pertandingan lumba lari. Sambil tersenyum kambing, 

Si ayam jalak muda:Set 

Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter. 

Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan). 

Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda ditembak langsung oleh pemilik peternakan. 
Kenapa????? 

[jawapan ada di bawah] 

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Kata Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap kali aku beli dapat yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU" 

NiLAI MORAL : Jgn berlagak ngan org tua (depa banyak trick yer,) HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA... 

p/s: aku bukan pengumpul koleksi cerita lucah..tapi cerita ni lawak..ada yang tersirat disebalik yang tersurat kalau korang fikir betul-betul..nanti kalau ada masa aku cuba rungkaikan dan huraikan...tq kepada yang tak pernah jemu menghantar email..

umpama mimpi dalam mimpi

Cerita-cerita lucah yang diolah menjadi lawak

Korang pernah dapat e-mail berantai kan..... Setiap hari aku on komuter dan bukak e-mail office pasti penuh dengan e-mail berantai yang tak putus-putus...

Kadang-kadang menghiburkan dan menghilangka stress jugak...walaupun selalu menyemakkan..

Disi aku ada kumpulkan beberapa cerita yang agak lucah lawaknya..tapi menjadi lawak jenaka..

Cerita 1: Hadiah Harijadi


Pada Suatu Hari, Usop Jendul Nak Belikan Hadiah Harijadi Untuk Kekasih Barunya, Mek Ayu. So Si Usop Ni Pun Ajaklah Adik Perempuan Sepupunya Untuk Temankan Dia Shopping Kat SOGO. Oleh Kerana Mereka Baru Dua Bulan Berkawan, Jadi Si Usop Jendul Membuat Keputusan Untuk Membelikan Mek Ayu Satu Topi Kain Fesyen Baru Saje, Supaya Taklah Nampak Dia Beriya-Iya Sangat. Adik Sepupu Usop Pulak Pegi Beli Satu Seluar Dalam Hitam Berbunga-Bunga Baru Sebab Ada Sale Hari Itu. Masa Membayar, Dengan Tak Sengaja Cashier Dah Tertukar Kotak Topi Kain Hitam Tu Dengan Seluar Dalam Hitam Adik Sepupu Usop! 

Selepas Membayar Usop Jendul Pun Terus Pergi Kaunter Hadiah Dan Suruh Diorang Bungkus Tanpa Check Dulu. Kemudian Dia Balik Ke Rumah Dan Tulis Surat Untuk Mek Ayu Serta Mengeposkannya Bersama Hadiah Yang Dah Tersilap Tu. 

Surat Yang Dia Tulis Tu Berbunyi Cam Nie : 

Istimewa Untuk Kekasihku Mek Ayu, 

Usop Pilih Hadiah Nie Kerana Ayu Tak Pernah Pakai Bila Kita Keluar Jalan-Jalan Dan Selalu Mengadu Sebab Panas. Kalau Bukan Sebab Adik Sepupu Usop, Usop Dah Nak Beli Yang Lagi Jarang Supaya Kalau Berpeluh Tak Lembab Sangat. Tapi Usop Tengok Adik Sepupu Usop Pakai Yang Ada Bunga Tu Nampak Cantik Pulak. Usop Pilih Warna Hitam Tu Supaya Tak Nampak Kotor. Promoter Yang Jual Tu Tunjuk Dia Punya Dah Seminggu Tak Basuh. Nampak Elok Aje! Usop Suruh Dia Try Ayu Punya Sebab Saiz Promoter Tu Lebih Kurang Ayu Je. Memang Cantik Dan Menarik! Harapnya Ayu Suka Sebab Usop Rasa Memang Sesuai Dengan Ayu. Tak Sabar Rasanya Nak Tengok Ayu Pakai Depan Usop. Usop Harap Ayu Akan Pakai Untuk Usop Hujung Minggu Nie. 

Salam Sayang Untuk Kekasihku, Mek Ayu... 

P/S : Kalau Ayu Nak Pakai, Usop Nampak Stail Terbaru Ialah Dengan Melipat Bahagian Depan Dan Menampakkan Sedikit Rambut. 

Yang Menyayangimu, 

Usop Jendul 
Moral : Jangan Tergesa-Gesa Kalau Buat Apa-Apa Tu. Biar Lambat Asal Selamat. Kengkawan Tentu Dapat Bayangkan Apa Yang Usop Jendul Terima Bila Dia Bertemu Kekasih Barunya Mek Ayu Tu...!!

Cerita 2: Jelingan ayah...  

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu. 
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku 
membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai,kalau aku 
mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan 
semula gula-gula itu ke tempatnya semula. 

Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang 
rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. 
Aku yang 'konon'nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu. 
Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham 
maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu 
semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi. 
Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan 
tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah 
mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya. 


Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam. 

Cerita 3: Tiga kali je...

Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun. 

Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria. 

"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?" 

Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni" 

"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?" 

Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank" 

"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, "Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.." 

"Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami, " Kali ke 2 pulak?" 

"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?" si isteri menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si suami. "Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doctor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun.." 

"Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi...." 

Tan Sri pengsan kat situ jugak...



Cerita 4: Al-Kisah Si Koboi


Al-Kisah... 

Seorang Koboi Pulang Dari Sebuah Kota Dengan Menunggang Kudanya Melewati Gurun. Dia Dikejutkan Oleh Seekor Ular Yang Menghalangi Jalannya, Lalu Si Koboi Turun Dengan Pisau Ditangannya, Ketika Ditangkap Ular Itu Untuk Dibunuh Si Ular Berkata : 

Si Ular : "Jangan Bunuh Saya, Saya Adalah Seorang Pari-Pari". 

Si Koboi Terkejut, Dan Masih Ragu, Lalu Bertanya : 

Si Koboi : "Jika Kamu Pari-Pari Apa Yang Saya Minta Akan Dikabulkan ?". Tanya Si Koboi. 
Si Ular : "Jika Kamu Tidak Percaya Lepaskan Dulu Saya, Dan Apa Permintaan Kamu Wahai Koboi?". Kata Si Ular Itu. 

Lalu Si Koboi Melepaskan Si Ular Itu, Lalu Dia Berkata : 

Si Koboi : "Saya Mempunyai 3 (Tiga) Permintaan, Iaitu Yang Pertama, Saya Mahu Wajah Saya Hensem Macam Lionardo Dikopiko, Yang Kedua badan Saya Setegap Arnold, Yang Ketiga "Anu" Saya Sebesar "anu" Kuda Yang Saya Tunggangi Itu". Sambil Menunjukkan Jari Ke Kudanya. 

Si Ular Berkata Dengan Tenang : 

"Sonang Bai Tuuuu, Esok Kamu Boleh Lihat Dicermin Apa Yang Terjadi, Sudah Ya, Saya Pergi Tata Titi Tutu". Kata Si Ular Sambil Pergi Masuk Semak-Samun Dan Menghilang. 

Lalu Si Koboi Itu Naik Kudanya Meneruskan Perjalanan Menuju Rumahnya. Memang Hari Sudah Lewat Dan Sesampai Di Rumah Si Koboy Berdiri Di Depan Cermin Dan Berkata : 

"Besok Kalau Tidak Ada Perubahan Siaplahh!, Aku Potong Kepalamu Wahai Ularr!". Sambil Berjalan Dia Masuk Ke 
Bilik Dan "Z z Z z " Ketiduran. 

Keesokan Harinya Si Koboi Bangun Pagi-Pagi Dan Terus Menuju Cermin, Dan Apa Yang Terjadi, Si Koboi Tergezut Gorilla Dan Gembiraaa, Dilihatnya Wajahnya Mirip Lionardo Dikopiko Dengan Senyum Bangga, Lalu Dia Membuka Baju Melihat Badannya Sudah Berubah Dengan Otot Yang Menonjol, Dia Memperagakannya Gaya-Gaya Bodybuilder, Kemudian Dia Membuka Seluarnya Dan Dia Terkejut Triple King-Kong Sekali, Dan Berteriak : 

"Tidak-Tidak. Ini Tidak Mungkin, TIDAAAAAAAAAAAAAAAAK!!!!!!!". 

Ternyata Dia Lupa, Dan Baru Ingat Bahawa Kuda Yang Ditungganginya Semalam Itu Adalah Kuda Betina...!!. 


MORAL : Masa Kat Sekolah Dulu Tak Ambil Subjek Pendidikan Moral .



Cerita 5: Mat Punk

Seorang orang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil menikmati udara petang.. Tiba-tiba seorang anak muda bergaya punk duduk di sebelah si atok tersebut... 

Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut yang berdiri dicat jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam. Orang tua itu lama menatap si punk tersebut... 

Merasa terganggu dengan tatapan orang tua itu.. pemuda punk itu bertanya.. "Eh, pakcik.. kenapa tenung saya macam tu..? apakah dulu waktu muda pakcik tidak pernah buat kerja yang gila-gila?" 

Setelah menarik nafas panjang... orang tua itu menjawab.. "Tentu saja pernah. Dulu aku pernah mabuk teruk.. 

dan ketika mabuk itulah aku merogol seekor burung kakatua. jadi sekarang ini aku keliru... jangan-jangan kamu adalah anakku." 



p/s: layan.....
umpama mimpi dalam mimpi

Saturday, June 12, 2010

Tips 10 Alasan untuk kita menolak cinta secara sopan santu ikut budaya timur

Lelaki sering berbicara perkara yang tidak seiring dengan hatinya dan kadang kala lebih banyak menggunkan kiasa.  Berbanding wanita yang lebih banyak menggunakan isyarat badan "body language" untuk menyatakan sesuatu hasrat.

Di sini aku nak kongsi dengan korang 10 alasan yang sering digunakan oleh lelaki untuk menolak cinta seorang wanita.  Kalimat-kalimat ni sering digunakan bagi mengggantikan ayat "Kamu sangat membosankan"


  1. Kamu sudah ku anggap sebagai adik
  2. Beza usia kita terlalu jauh
  3. Aku tidak tertarik padamu bukan kerana penambilanmu
  4. Fikiranku sedang kacau sekarang
  5. Aku sudah punya kekasih
  6. Aku tidak suka bercinta
  7. Bukan kerana kamu, tapi aku yang bersalah
  8. Aku tidak suka bercinta dengan teman sepejabat
  9. aku ingin menumpukan perhatian pada karier
  10. aku masih ingin sendiri.


umpama mimpi dalam mimpi

Video Lelaki Mencuri Telefon Tanpa di Kesan

Berhati-hati lah dengan telefon bimbit korang...kita perlu tahu teknik-teknik semasa orang mecuri supaya mudah untuk membuat persediaan dan kelengkapan diri...

Jangan mudah mempercayai orang sebarangan.. Tak percaya tengok video ni betul-betul..


SMART THIEF !!





p/s: nampak macam baik jer...rupa-rupanya buat-buat tanya arah jalan jer...

umpama mimpi dalam mimpi

Sil Khannaz - Airmata Palestine

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua geng...

Baru tiba di Machang sebentar tadi..setelah selesai mesyuarat Penolong Pendaftar selama 2 hari di Intekma Resort, UiTM Shah Alam.  Penat seluruh anggota walaupun orang lain yang "drive".hehe..

Sejak dua menjak ni kekejaman Israel semakin meningkatkan keyakinan dan membenarkan kata-kata tok-tok guru dulu yang berpandukan dan berasaskan al-Quran..Otak ligat memusing semula Waktu aku berkesempatan menadah kitab secara tidak langsung di kampung...

Walaupun mereka hanya mengajar di masjid-masjid...pengetahuan dan ilmu Allah mereka kuasai sepenuh hati untuk disampaikan kepada generasi muda kita sekarang ini.

Isu kekejaman Israel telah diperkatakan bertahun-tahun dahulu...cuma ia tenggelam timbul di arena media semasa kita.  Sedangkan tok-tok guru yang mengajar kita telah lama memperjuangkan ilmu yang perlu digunakan untuk memerangi zionis.. atau menyampai ilmu untuk tidak turut terjebak dengan perangkap-perangkap didalam agenda zionis.... Kenapa tok-tok guru ni tak pergi serang sendiri? Sebenarnya ilmu adalah yang utama untuk kesedaran semua...kalau mereka pergi tiada lagi pewaris ilmu kebenaran yang membongkar  siapa sebenar Zionis....

Kita sahaja yang tidak mengambil kisah yang patut dikisahkan...khususnya aku yang serba serbi penuh dengan kelalaian dan kejahilan.  

Syahdu terasa hati bila terdengar alunan irama muzik yang dimainkan oleh kumpulan underground dari Malaysia yang dikaitkan dengan gejala-gejala negatif.  Tiada siapa yang tahu kebenaranya....tapi muzik ini membuatkan aku terasa sebak.. muzik yang ditujukan buat penduduk GAZA...



p/s: Lagu ini dimuatkan dalam album yang berjudul "Berdiri Antara Panji-Panji"..


umpama mimpi dalam mimpi

Cerita Terbaru

Kemaskini Senarai Blog 2011 [klik gambar dibawah]

Kemaskini Senarai Blog 2011 [klik gambar dibawah]
Sapa nak nak masuk dalam senari blog saljuhumairah 2011 sila tinggalkan link korang
Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger