Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 16, 2010

Kata-Kata Hikmah 8 [Zikir]

Assalamualaikum w.b.t.

Kata-kata hikmah untuk hari ini adalah:



p/s: Harap dapat berkongsi fikiran dan sumber sekiranya ada...
Setiap hari satu entry kata-kata hikmah sebagai peringatan untuk diri aku dan untuk semua supaya sama-sama kita berfikir.....

umpama mimpi dalam mimpi

Merempit Biar Berpada [Nostalgia Hati Keras & Kering]

Hye..geng..blogger...
Petang nih aku nak balik kampung..hehehe...dah dua bulan beb tak balik... Rindu pulak dengan pokok padi.  Dah banyak ker pokok padi aku berbuah ar? Agak-agak dan masak kot...hehe! Apalah yang aku merepek nih.... Tiap kali aku nak balik kampung mesti aku teringat waktu kerja kat Gombak dulu.  Aku naik motor Honda EX5 jer... Motor yang banyak sungguh berjasa waktu aku belajar dulu kala.. That's why aku abadikan gambar kesayangan hati aku tuh kat banner atas blog aku nih.... Dulu2 dia lah awek sejati aku....macam-macam aku buat eksperimen kat dia...lebih kurang macam rempit jugak lah.. Tapi bukan rempit sejati..Macam Farid Kamil dalam filem Rempit....
Setiap kali nak balik kampung dulu aku mesti service ala kadar ikut apa yang aku tau.... Pelik nya jiwa rempit aku adalah aku suka merempit sorang-sorang.  Aku tak suka ramai-ramai, lainlah kalau konvoi....Pernah suatu ketika aku balik dari Gombak pergi Taiping Perak pukul 12:30 malam baru bertolak... waktu tu malam …

Seorang Anak Sanggup Tetak Leher Ibu Sendiri

Biar ibu terbaring berlumuran darahHari ni office terasa sedikit aman...proses pemarkahan dah sampai tempoh akhir...Esok mesyuarat pengesahan dan pembentangan....So... sempatlah aku selak berita online... nanti aku  ketinggalan maklumat pulak..... Ada satu berita nih, tergamak seorang anak yang berselisih faham dengan ibu dia sanggup menetak dengan parang, bukan saja dileher, tapi anggota badan lain pun dia tetak jugak.. mak dia dah la berumur 65 tahun dah.... Gila betul... Ya..Memang gila... Menurut Laporan berita yang aku baca dia ni agak mental sikit....ada sakit la....sebab lepas dia buat benda tu di boleh releks jer duk sebelah mak dia....pastu pegi serah diri... Korang baca sendiri lah kat sini... Sila klik sini...
 p/s; Mohon banyak perlindungan dari Tuhan, kita tak tahu masa depan kita macam mana nanti..... setakat nih mak dia masih stabil dan sedang dirawat di hospital Pakar Sultan Sultanah Fatimah.

umpama mimpi dalam mimpi

Kata-Kata Hikmah 5

Assalamualaikum w.b.t. semua,

Macam biasa setiap malam satu kata-kata hikmah untuk satu entry sebagai pedoman untuk difikirkan..kata-kata hikmah hari ini adalah:



p/s: Harap dapat berkongsi fikiran dan sumber sekiranya ada...
Setiap hari satu entry kata-kata hikmah sebagai peringatan untuk diri aku dan untuk semua supaya sama-sama kita berfikir.....

~ mulai hari khamis, encik Salju akan bercuti, masa untuk pulang kekampung....setelah selesai proses akhir pengurusan peperiksaan bagi peringkat kampus cawangan.  Tak sabar nak jumpa famly...esok malam aku akan berangkat dengan memandu seekor arnah yang comel... Esok aku nak buat minor check arnab aku.. Doakan perjalan aku selamat pergi dan pulang....

~insyAllah setiap hari satu automatik entry akan aku post secara berkala disebabkan dikampung sukar untuk mendapatkan bekalan internet yang cukup...harap korang semua berkunjung ke blog aku untuk setiap entry yang telah aku jadualkan....~so..aku tak dapat membuat kunjungan "blogwalking&qu…

'Piala Dunia bukan untuk pasukan terbaik' The One' Argentina, Diego Armando Maradona."

Hye geng blogger..
Sebelum balik office baca isu semasa dulu..baru la otak tak beku dengan takanan kerja..hehe..

Baca tajuk pun dah teruja nak tahu.... ini lah kata-kata keramat "The One' Argentina, Diego Armando Maradona."

"PIALA DUNIA BUKAN UNTUK PASUKAN TERBAIK"
Dia kata, "Saya memberitahu pemain bahawa pengorbanan selama 30 hari untuk mengucup Piala Dunia tidak dapat dibandingkan dengan kehidupan sebagai seorang lelaki"~ Jurulatih Argentina

Selanjutnya baca artikel dari berita harian online hari ni.  Klik Sini.

P/S: Sekiranya pasukan itu hebat, belum pasti ia adalah pemenang.  Sekiranya pasukan itu menang, belum pasti ia betul-betul hebat.....yang pasti Brazil akan menang Piala Dunia 2010. 

Jangan terlampau fanatik... cukup sekadar sahaja...............

umpama mimpi dalam mimpi

MENINGGALKAN DAN DITINGGALKAN KEKASIH YANG MANA LAGI PEDIH?

Hye..geng blogger...

Semalam aku ada create satu tajuk forum....kat GB... Saja jer nak bangkitkan isu nih, sebenarnya aku jarang create apa-apa kat forum... Tapi semalam nak test market... try klik sini. untuk tengok isu yang dibincangkan..

"MENINGGALKAN DAN DITINGGALKAN KEKASIH YANG MANA LAGI PEDIH?"

Aku buat tajuk ala-ala emosi sikit, ramai jugak geng2 blogger yang respond... Bermacam-macam jenis jawapan.  Ada yang emo tiba-tiba, ada yang rasional dan profesional, ada yang jawab biasa-biasa jer...dan macam-macam lagi lah..... Korang check lah sendiri...

Antara komen yang best:


Apa-apa pun, tq...to all blogger yang respond...tak kisah apa pun pandangan korang aku hargai sangat-sangat.  Kesimpulan yang aku dapat hasil pemikiran kolot aku nih adalah, perasaan pedih meninggalkan dan ditinggalkan nih berbeza-beza mengikut situasi.  Bergantung bagaimana seseorang itu meninggalkan orang yang dia sayang dan bagaimana seseorang itu ditinggalkan.... Sesiapa yang berada ditempat itu …

Apa Yang Pelik Dengan Ular TERPanjang ni?

Hye, geng blogger...

Time break nih sempat lagi aku post entry...
Lepas godek-godek e-mail tadi aku jumpa gambar ular terpanjag...cuma aku tertarik dengan gambar ular nih....

Korang tengok betul-betul.....klik gambar tuh bagi besar sikit...


Ada banyak lagi gambar-gambar ular dalam email aku tuh...tapi aku tak tahu kenapa gambar betul-betul buat aku teruja dengan makhluk sepesis ular nih...
p/s: hati-hati dengan ular....ada apa dengan ular? Tanya Ust Ismail Kamus....... umpama mimpi dalam mimpi

Award yang kreatif...dari DDY...

Hari tu kena tag....pagi nih tiba-tiba dapat award...
Dari blog cute ddy.. 

Rasa cam tak layak jer...dapat kreatif award plak tuh.. thanks a lot...... Award nih pun creative gak...siap boleh bergerak-gerak lagi tuh...

Aku campur-campur bahasa sebab aku copy and paste jer dari blog ddy.




Award kreatif nih ada maksud-maksud tersendiri...tq to the creator of this award....

PENCIL yang besar Menunjukkan kesenian yang begitu peka terhadap blog anda dan mencerminkan sesuatu nilai penghasilan.
FILEM bergerak tanpa henti Menunjukkan AWARD ini di FOWARD kepada bloggerist yang betul-betul layak menerima.
LOGO bulat berkelip-kelip     Jika di perhatikan betul-betul, ia adalah manusia yang berkepalakan monitor komputer. ini membawa maksud anda adalah seorang yang begitu bijak menguasai dunia alam maya ke globalisasi.


I just copy it down from Syima blog and she's copy it from eddy blog. Hehehe~ kata ddy dalam blog dia...dan aku dapat dari ddy. ....

So now, I'm giving away the award to the others people…

Kata-Kata Hikmah 4

Assalamualaikum w.b.t.

Kata-kata Hikmat untuk hari ini adalah:


Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Perumpamaan orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang yang hidup dan yang mati."
Hadith Riwayat Bukhari ~ Sumber Majalah Milenia Muslim Bil.68 April 2008 

 p/s: Harap dapat berkongsi fikiran dan sumber sekiranya ada...
Setiap hari satu entry kata-kata hikmah sebagai peringatan untuk diri aku dan untuk semua supaya sama-sama kita berfikir.....
umpama mimpi dalam mimpi

Antara negara Amerika, Jepun, Thailand dan Malaysia yang mana paling bijak...?

Diantara negara Amerika, Jepun, Thailand dan Malaysia yang mana paling bijak...?


Assalamualaikum w.b.t.
Morning....

Pagi-pagi lagi baca entry menarik Bro Ben...
Simple jer tajuk dia, tapi perbincangan yang sangat mendalam....Korang try baca nih Bagaiman Aku Melakukannya?
Lepas habis baca perbincangan Ben, buat aku terfikir.  Betullah apa yang dia kata sebelum nih, entry dia nampak simple, tapi terselit macam-macam idea bagi orang berfikir.... Lepas tu aku pun komen...dah komen terasa panjang pulak...so aku pun jadikan sebagai entry untuk pagi nih..

aku suka part Jepun and Amerika..
kalau kita fikir-fikir balik..

Antara Amerika, Jepun, Thailand dan Malaysia, Negara mana paling Bijak?

Mestilah Malaysia kan? Kenapa?


Amerika cipta produk..

Jepun memperbaiki produk menjadi lebih canggih..

Thailand menciplak produk supaya lebih murah tak perlu beli dari Jepun dan Amerika..

Malaysia pulak????? menggunakan produk dari ketiga-tiga negara tersebut.... Kita lah yang paling bijak..tanpa perlu be…

Kata-Kata Hikmah 3 ~ Berzikir

Assalamualaikum w.b.t.

Pagi-pagi nih bersama-sama kita fikir sebagai panduan dan peringatan:


Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Dan berzikirlah dengan menyebut (nama) Tuhan mud pada dalam diri mu dengan merendahkan diri dan rasa takut (melanggar perintahNya), dan dengan tidak mengeraskan suara di waktu pagi dan petang dan jangan lah kau termasuk orang yang lalai (tentang itu). Surah al-A'raf (205) ~ Sumber Majalah Milenia Muslim Bil.68 April 2008
 p/s: Mohon pembetulan dan nasihar sekiranya ada kekhilafan......
Setiap hari satu entry kata-kata hikmah sebagai peringatan untuk diri aku dan untuk semua supaya sama-sama kita berfikir.....

umpama mimpi dalam mimpi

LAGENDA ULAR BERKEPALA LIMA [5]

Tersebut lah kisah dihulu perkampungan Afrika wujud lah seorang pendekar lagenda, Awang Ketumbit nama diberi.  Lincah begocoh lagi pantas beradu.  Pantang ada musuh, disitu pasti ada Awang..Kehebatan beliau bermain parang teramatlah terkenal akan Awang ketumbit di seluruh pelosok Jajahan Negeri Naga Bontot berasap.....  Dara, teruna, makcik, pakcik, pondan, andartu mahupun yang baru lahir semuanya kenal-kenal belaka akan Awang Ketumbit.....
Dipendekkan cerita, suatu hari gempar gempita selurh rakyat jelata akan kehilangan kuasa berlawan Awang Ketumbit.  Awang ketumbit menjadi lemah tidak berdaya.  Hilang semua kuderatnya walaupun mengangkat jari telunjuk.  Teman wanita Awang Ketumbit Serai yang cantik jelita lagi setia itulah yang menjaga segala makan minum Awang.  Sekiranya Awang mengidam hendak menjamah mangga muda, Serai lah yang makan sebab Awang tidak mempu mengunyah.  Namun, Serai seorang yang sangat baik hati dan berani.  Setiap hari, Serai pasti mencari perigi untuk medapatkan …

Tribute to akademi fantaghiro findin the fabulous day to day...

Semalam aku dapat satu award nih... award nih memang pelik...  Tq cik Mala@ MIss Havoc..
 Ni lah rupa cik Mala.... Gambar tadi dia menyamar jer...Mala adalah sebelah kanan berbaju putih..
Memandangkan aku dah jadi follower kepada blog nih, tuan empunya rumah telah memaksa semua followernya mengambil award tersebut dan buat satu entry khas...berkaitan blog tersebut..

Blog beliau very simple, bila aku masuk jer blog akademi fantaghiro nih, mata mesti bertukar kepada merah dan hitam..... ala-ala gotic.... kadang-kadang pening lalat jugak aku... tapi blog nih kadang-kadang kelakar tahap cipan.. rasanya cipan pun tak kelakar mcm blog nih...

Erm aku follow blog nih sebab dah dia kata di miss havoc... so aku nak tau sejauh mana havoc nya...

Kat sini aku nak paste award yang dia kasi aku.  Kepada blogger yang belum mempunyai award atau teringin mengumpul award boleh la amik award nih!  then tampal kat blog korang.  Ia terbuka kepada siapa-siapa pun.....


p/s: Tidak terhad..untuk blogger...ambik j…

Tiada Kata Yang Tak Terucap...

Erm.....selamat hari Ahad...Eh!Eh!.... "Selamat Hari Guru"
Tanggal 16 Mei...

Untuk semua guru yang pernah memberi ilmu untuk aku, dan semua guru-guru di Dunia...  Tak kisah guru secara formal, tidak formal, tepi jalan, tengah jalan, dalam mimpi luar mimpi, dalam tidur, dalam jaga...yang masih hidup mahupun yang telah meninggal.....aku tahu semua ilmu Allah itu engkau sampaikan dengan tulus ikhlas dari sudut hati mu...

Hanya..doa yang dapat aku panjatkan kesejahteraan hidupmu di dunia dan akhirat sana...
Perjuangan mu tersangat mulia....semoga kita semua mendapat redhaNya...
Lirik lagu hanya mengimbau kenangan indah bersama mu.....
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa…

Kata-Kata Hikmah 2

Kata-kata Hikmah 2:

Sama-sama kita fikir... selama ni kita asyik pandang kepada orang yang cemerlang jer....

p/s: Aku?  langkah tak pernah berhenti walau banyak perkara yang menarik diri ini pergi...kadang sekali sekala aku terjatuh..namun aku harap supaya aku tak pernah berhenti usaha untuk bangun kembali...
k
umpama mimpi dalam mimpi

Ubat Boleh Dipercayai ke? Semua ubat adalah sampah!!!

Nah! amik ko! Boleh ker berkata begitu?? aku ada alasan mengapa begitu berdasarkan ilmu yang jahil ini....

Hari ni aku hanya melayan perasaan fizikil aku yang lemah.  Lepas balik dari Kuala Krai, aku singgah di Bandar Machang dan keadaan pening-pening lalat.  Walau Naluri hati kecil aku berat menyatakan supaya jangan singgah.  Tapi lepas pengaruh beberapa bisikan lain, aku melangkah longlai masuk keruang yang penuh dengan ubat-ubatan itu.

1jam aku habiskan dalam tuh.  Apalah aku nih!.  Aku dah pesan dalam diri tadi suapaya jangan singgah, tapi ko nak singgah jugak.  Aku keluar dari farmasi setelah sejam berlalu dengan bayaran sebanyak RM86:61sen dengan 7 jenis barangan.  Nah amik ko!  Lebih daripada shoping d TESCO.

Gila betul! aku demam biasa jer...tapi shoping ubat yang bukan2... Yang sebenarnya, aku pantang masuk ke ruang yang penuh berisi dengan ubat-ubatan.  Kalau boleh aku nak borong semua dan nak pastikau semua jenis makanan kesihatan tersebut ada dalam rumah aku.  Walaupun pad…