Salam... geng
Siang tadi aku menjadi salah seorang yang bertugas sebagai penyambut tetamu bagi program Seminar Keintelektualan Islam yang bertemakan "LEGASI ULAMA' KELANTAN DI NUSANTARA" di hotel River View Kota Bharu.
Dengan bebanan kerja yang bertimbun dipejabat sempat lagi aku menyelit diseminar berguna ni. Dalam kesibukan aku tak sangka terjumpa dengan penulis novel Pembangunan Jiwa yang terkenal dengan buku "WARKAH CINTA BERBAU SURGA". Aku pernah review dulu berkaitan dengan novel ni....
Sila ruju entry aku ni: Tribute to Warkah Cinta Berbau Syurga
Sekarang ni aku dah memiliki 3buah novel dan 2buah buku motivasi karya beliau. Buku terbaru "KALA CINTA & WAHYU BERSATU" adalah hadiah istimewa sempena ulang tahun aku yang ke 26 oleh teman baik aku dari UMT...usaha datang jauh-jauh bagi buku...
3 novel beliau yang betul-betul menyentuh
Umur beliau tak jauh beza dengan aku, tapi respect la... hasil karya beliau sangat tersentuh....
Sedikit biodata beliau aku selitkan kat sini:
Nama: A. Ubaidillah Alias
Asal: Kelantan
Tarikh Lahir: 10 Disember 1981, Kampung Salor, Seberang Pasir Mas
Pengalaman: Guru Al-quran dan Guru Akademik di Maahad Tahfiz Sains, Tumpat. 2007 - Juali 2009.
Kini bertugas di Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan,
sebagai Penolong Pengurus Sumber Manusia (Bahagian Latihan)
Dari Kiri, Pensyarah Bahasa Pn. Norhaini Mat Lajis yang aku hormati penulisan beliau yang mantap... Tearcher, Puan Nik Ishah merangkap mak angkat aku yang sangat penyayang dan Jamilah atau Jam peminat novel seperti aku...
p/s: Tak sangka betul aku dapat jumpa A. Ubaidillah, penulis buku pertama yang aku jumpa dulu Faisal Tehrani...aku masih menyimpan hasrat untuk berjumpa dengan Ust. Saiful Islam, Ramlee Awang Murshid dan Habiburrahman El-Shirazy.
umpama mimpi dalam mimpi

















