Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April 25, 2010

Virus Slot TV3 : Adamaya Sudah Menular dan semakin panas

Mampukah Maya menahan panahan cinta lamanya???Berjayakah Dani menambat kembali hati Maya??Apakah tindakan Adam dalam menepis dugaan dalam rumahtangganya?? Pelbagai persoalan, pelbagai kontroversi..Hanya di Adamaya : Slot Akasia TV3..on Sunday  Tak perlulah aku ceritakan pasal drama ni.  Pasti semua orang lagi teror dari aku.
Ramai betul peminat drama Adamaya nih.  Rata-rata aku blogwalking, jalan-jalan dari blog ke blog semuanya menceritakan slot TV3 terbaru nih: Adamaya yang semakin hari semakin panas.  Selalunya drama jiwa nih dipelopori oleh kaum hawa jer, tapi virus drama nih telah menular kedalam jiwa kaum adam.  
Pengaruh Adamaya nie betul-betul memberi impak situasi semasa negara kita.  Tak habis dengan dunia online menceritakan isu Adamaya, dunia offline aku pun menceritakan benda yang sama. Hinggakan sorang member aku yang sebelum nih tak tengok TV pun.  Namun kewujudan Slot Drama terbaru TV3 nih telah mengubah persepsi nya.  Terpacak depan TV, member msg pun lambat reply. …

Perkosa depan isteri

Cerita sensasi MyMetro-Sukar untuk diberi penjelasan secara jelas tahap nafsu lelaki binatang ini.  Mungkin hati gelap dia dah berkarat tak ada perasaan langsung.  Pagi yang cuti ini aku menyelak-nyelak harian metro online sambil meneguk air kopi panas.   Macam biasa Harian Metro mesti ada cerita-cerita sensasi tahap ganas.  
Tapi berita hari ini diluar jangkaan pemikiran aku.  Tak tahu kalau sebelum ini ada kes seperti ni. Seorang wanita pegawai bank diperkosa dalam rumah depan isteri sendiri - Mula cerita, seorang lelaki yang pergi shoping di Bukit Raja/Klang dengan Isteri dan Anaknya telah terjumpa kenalan lama lelaki ini yang berumur lewat 20-an.  Malang sungguh nasib perempuan ini bila mengikuti kenalan lelakinya bersama keluarga untuk makan malam dirumah mereka.  
Dipendekkan cerita dalam tempoh yang singkat, orang tua terkutuk ni sempat lagi mengambil peluang terhadap perempuan malam ini.  Saat anak dan isterinya kat atas boleh dia buat projek kat bawah.  Jenis apakah orang ini.…

Pesta Buku Kelantan 2010

Start Time:Monday, April 26, 2010 at 9:00am End Time:Sunday, May 2, 2010 at 10:00pm Location:Dewan Jubli Perak MPKB, Kota Bharu
Dikesempatan cuti esok aku nak pegi Pesta Buku Kelantan 2010.  Tak kisah lah, jalan jem ke, ramai orang ker, atau apa2 fikiran negatif yang menerjah tetap akan aku tangkis.  Dah lama aku tak merasai hidup yang penuh dengan obsesi buku.  Memandangkan aku dah terlepas Pesta Buku Antarabangsa di PWTC Kuala Lumpur, kali ini aku takkkan biar ia berlalu.
Budget dalam RM200.00 cukup kot untuk aku shoping habis-habisan buku esok.  Kalau niat dihati, aku akan habiskan semua buku-buku baru yang dijual di pesta buku esok. Maklumlah, dari Machang nak ke KL jauh.  Nak dapat buku-buku terkini susah.

Lukisan Pena: Terpaksalah aku cuti blogwalking untuk esok.  Tak pe, boleh punch kad malam malam. umpama mimpi dalam mimpi

Permohonan dan Semakan Ke UiTM dibuka semula bagi Kemasukan Julai 2010

Memandangkan aku ni kakitangan yang cakna (hehe..masuk dalam bakul angkat sendiri)
Kepada bakal mahasisa@pelajar lepasa SPM/STPM/Diploma dan Ijazah yang terlepas tarikh permohonan ke Universiti lepas peluang anda untuk membuat permohonan untuk kemasukan sesi Julai 2010 masih lagi terbuka.

Untuk maklumat lebih lanjut sila rujuk di laman web UiTM berikut: http://www.online.uitm.edu.my

IKLAN TAWARAN PENGAJIAN BAGI SESI JULAI 2010

Semakan Permohonan ke UiTM. Sila Klik DI SINI
Permohonan adalah dibuka kepada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi kemasukan sesi Julai 2010 secara sepenuh masa atau separuh masa melalui program-program pengajian seperti berikut:

1. Program Profesional - Lepasan SPM/STPM/Diploma/Ijazah Sarjana Muda Setaraf
(Permohonan Dibuka Semula Pada 21 April 2010 Sehingga 29 April 2010 - 8.00 a.m)
2. Ijazah Sarjana Muda - Lepasan Semester Akhir Diploma UiTM / Kolej Bersekutu UiTM

Selamat Hari Buruh 1 Mei 2010

Simple jer posting kali ni, aku tak nak buat karangan budak sekolah lagi.  Esok cuti.  Mesti penuh orang di KB Mall, tak dapat lah aku nak pegi window shoping walaupun banyak SALE!  kat KL pulak ada Konsert Ungu.
Di kesempatan ini aku nak ucapakan kepada semua rakyat bumi
"SELAMAT HARI BURUH 1 MEI 2010"Setiap kali hari pekerja mesti aku ingat kat abang long aku,"Selamat Hari Lahir ke-28" untuk abang aku Faizal Mohamad TwonTawi

P/s: blogging pun kerja jugak. so kena sambut tapi tak boleh cuti dari "blogwalking".  Rasa macam baru jer habis study, baru jer daftar kerja semalam. Rupa-rupanya dah 2kali aku sambut "Happy Labor Day" sebagai pekerja yang makan gergaji setiap bulan.  Selamat tidak bekerja.  Kesian kepada pekerja yang terpaksa bekerja.  Korang nak tahu sejarah hari pekerja sila klik kat sini. umpama mimpi dalam mimpi

UNGU live in KL di ERA

Pertama kali aku terpaut dengan band ungu ni waktu dengar lagu Andai ku Tahu.  Tersentuh rasanya jiwa dan hati yang kotor ini.  Sok ada konsert di Staduim Bukit Jalil sempena cuti Hari Buruh yang dianjurkan bersama oleh Radio Era dan SRC (Syarikat Rakaman).  


Kalau tak ada exam, dah lama aku pegi.  Diorang nih pun buat konsert time-time exam.  Aku copy and paste infor ni dari laman era. Klik sini.

Ungu, sebuah band rock gergasi dan paling terkenal di Indonesia akan turun ke Malaysia dengan sebuah konsert terbesar di Stadium Nasional Bukit Jalil!
Band ini telah ditubukan di Jakarta, Indonesia pada tahun 1996 dengan vokalis asal dan gitaris, Pasha, pemain gitar Enda & Onci, pemain bass Makki, pemain keyboard Gats dan pemain dram Rowman.
Ungu cukup dikenali dengan single berapi mereka seperti "Demi Waktu", "Tercipta Untukku", "Andai Ku Tahu" dan "Kekasih Gelapku" bakal didendangkan semasa cuti Hari Buruh pada 1 Mei 2010.
Ungu mula dikenali di Ma…

Antara Kopi dan Teh

Nak jadi blogger tegar perlulah bangun awal walaupun cuti.  Sambil-sambil 'blogwalking' layan kopi "O" kaw panas dulu...saja jer nak kasi korang yang bekerja jelous...hehehe...hari ni ada sikit perbicangan setelah aku bancuk air kopi tadi..tiba-tiba pulak terdetik nak bangkitkan isu ni...

Ramai orang sering berkata begini:

"Jom minum kopi kat depan tu.."

tak pun,

"Nak singgah minum teh dulu"

Pagi, petang, malam sama jer..walaupun kita minum milo atau nescafe...pelik2..

Masyarakat Malaysia begitu sinonim dengan dua jenis minuman ini iaitu Kopi dan Teh.  Tak kira waktu, pagi ker, petang ker, malam ker, sahur ker memang tidak dapat dipisahkan dengan kedua-dua jenis minuman ini.  Ini telah terbukti bila kita melihat kebanyakkan minuman pra campuran kesihatan yang dah berlambak-lambak dipasaran dimonopoli oleh dua-duanya.  Berebut-rebut pengeluar minuman segera menghasilkan kopi dan teh sebagai minuman kesihatan tambahan.  Sehinggakan minuman ini memon…

Perempuan Makhluk Sensitif menjadikan "dua sejoli"

Posting kali ini adalah tindak balas semulajadi terhadap entry dari Najhebat.  Jika Najhebatsuka menimbulkan kontroversi, spekulasi, dan diskriminasi sesama gender aku pulak suka mencari titik pertemuaan dan keseimbangan sesama gender. Kontrovesi yang membuatkan kita mencari dan pelajari.
Sukar untuk aku nyatakan secara jelas tentang hobi tidak rasmi aku ini.  Mungkin pengalaman telah mendidik aku menjadi serupa ini.  "Perempuan Makhluk Sensitif".  Itulah fitrah yang terpaksa dihadapi dan diredhai seadanya oleh kaum hawa.  
Perempuan dicipta menjadi sangat sensitif berbanding lelaki.  Sekali lagi aku ulang, "sangat senstif berbanding lelaki".  Ya...berbanding lelaki.  Mungkin ada yang melihat perkara ini dari sudut kekurangan dan ada juga yang memandang ia adalah kelebihan dan keistimewaan kaum hawa yang mulia disisi lelaki.
Aku nak quote sedikit hasil pembacaan aku berkaitan dengan kejadian makhluk sensetif ini sebagi sebahagian daripada bukti tentang kenyataan ini.�…

PELIK & UNIK 'Rumahku muziumku'

Sebelum aku tidur semalam sempat aku membaca berita-berita semasa sebagai pengetahuan.  Ada satu artikel yanga aku rasa penting untuk share dengan korang.  Terasa macam nak memiliki sebuah, tetapi bukan dengan barang2 antik, tapi aku nak sebuah rumah yang penuh dengan buku-buku.  Semua dinding rumah adalah rak buku sehingga ke dapur.  Supaya aku boleh ambik dan simpan dimana2 buku yang aku nak baca..
Sumber artikel adalah dari : Berita Harian Online
'Rumahku muziumku'
Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my
2010/04/25


Ruang tamu dipenuhi koleksi barang antik dan bersejarah. Sebanyak 1,600 koleksi antik, bernilai tinggi dipamerkan di kediaman pesara kerajaan
PENYAMBUT kata bermula dengan serangkap pantun, 'Kereta lembu rodanya dua, kereta kuda berkajang kain, banyak muzium di negeri Melaka, muziumku lain dari yang lain'. Pantun empat kerat itu tertulis di tepi pintu gerbang rumah milik milik Nordin Ali, 72.
<a href="http://a…

Musim Peperiksaan yang penat...

Ini adalah diari sudut hati yang sempit.  Kekadang aku menulis diari kecil aku kembalikan semangat perjuangan harmoni aku yang hilang untuk sekadar meluahkan bebanan yang menghempap jiwa..
Seharian aku tak menatap blog aku hari ni...langsung tak update apa-apa.  Biasalah alasan yang selalu aku bagi, sibuk dan sibuk.  Kerja hakiki aku memang tidak dapat dielakkan dari berjalan kesana kesini.  Dalam kepala penuh dengan idea-idea gila dan tugasan-tugasan yang tertangguh.  
Bidang pengurusan amat memeningkan kepala.  Segala teori-teori yang aku study di Universiti dulu 15% pun susah aku nak apply kat office.  Betullah apa yang orang selalu cakap, "pengalaman adalah guru yang terbaik".  Pengalaman yang cetek aku miliki cukup sukar untuk aku membuat keputusan.  Tambah-tambah keputusan yang segera.  Aku dah mula rambut aku sikit demi sedikit gugur.  Rasa macam nak botakkan jer kepala. Tapi itulah hakikat yang aku perlu harungi.  Terutama nak bayar hutang....PTPTN, KERETA, dan macam-…

EDISI CANTIKAN BLOG BERSAMA AIZ Part 3 (tanya kepada yang pakar warna)

Fuh!..Selesai kerja. 
Tepat pukl 1:30A.M. tadi Aku baru jer sudah menyiapkan tugasan office yang berlebihan sehingga menyebabkan aktiviti 'blogwalking' terbantut untuk hari ini.  Sekarang baru sempat aku menghadap blog yang kesunyian.  Mohon maaf kepada blogger-blogger yang menunggu jelajah trafik dari aku.  Tak pe, bak kata blogger sensasi Uncle "Dahulukan yang utama dari yang utama". InsyAllah sempat lagi aku membalas kunjungan trafik korang yang tertangguh tadi sebelum aku melelapkan mata.  Mungkin aku tak sempat nak komen.  Esok masih ada lagi tugasan penting yang akan diselesaikan. Aku perlukan rehat.
So..pagi ni aku tak nak cerita panjang, just sekadar untuk menyatakan penghargaan yang tidak terhingga dan perasaan teruja dengan pandangan AIZ "Si Budak Warna" seorang blogger muda yang suka warna terhadap blog (http://saljuhumairah.blogspot.com) aku yang entah apa entah ni.  Thanks alot kerana beliau sudi untuk berkunjung dan memberi pandangan.  Sebagai m…

D'Village 'Chim Chum' (Makanan ala-ala Korean@Thai di Kelantan)

Malam tadi selepas paper exam terakhir memasuki bilik gerakan peperiksaan aku bergegas balik.  Terus bersiap-siap untuk ke Kota Bharu.  Aku memulakan perjalan dari Bandar Machang ke Kota Bharu yang mengambil masa lebih kurang 45 minit bersama seorang kakitangan HEA En. Nazran Hakimy Nordin dan 2 orang pelajar dari Kolej TDM (Tun Dr. Mahathir).
Pengurusan peperiksaan yang rumit agak memenatkan, terpaksalah En. Nazran memandu arnab kesayangan aku.  Asalnya malam semalam YDP(Yang Dipertua Kolej) Kolej TDM membuat panggilan menjemput aku untuk 'dinner' di Kota Bharu.  Katanya saja nak meraikan mantan JPK (Jawatan Kuasa Kolej) di Restoran D'Village.
Kitaorang berhenti solat maghrib yang agak lewat di Masjid Telipon Kota Bharu.  Sebelum meneruskan perjalan ke Restoran yang dijanjikan yang terletak di Pengkalan Chepa.  Lokasi Restoran tersebut terletak di tepi jalan menuju ke 'Airport Sultan Ismail Petra', Pengkalan Chepa.
Sebenarnya aku bukannya nak fokus kepada dinner tadi…

Tukang urut lari bogel

Terkejut beruk aku baca Harian Metro Online hari ni.  Mulanya just nak cari berita terkini berkaitan  Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor semalam.  Alih-alih terkeluar pulak berita yang cukup memalukan.  Bukan nak memalukan sesiapa tapi aku nak berfikir tentang situasi yang berlaku sekarang.  
Pendedahan yang dibuat oleh Harian Metro ini mungkin mendapat pelbagi reaksi negatif dan positif dari pelbagai pihak.  Namun, jika difikirkan kes yang didedahkan ini hanya sebahagian yang dilaporkan atau yang tertangkap.  Bagaimana pula yang masih senang-senang bersembunyi dibalik tabir?
Terlalu mudah untuk rakyat Malaysia sekarang membuat benda larangan.  Tanpa perlu keluar Negara kita boleh berfoya-foya suka hati.  Mungkin suatu hari nanti kat belakang rumah jer.  Aku terfikir generasi akan datang.  Aku belum ada anak lagi.  Sekarang pun aku dah pening.!!!  Pecegahan boleh dilakukan tapi mampukah kita nak halang? Melainkan kita berdoa dan meningkatkan ilmu dalam hati. Sumber: myMetro Oleh Ab…

Kekalahan pertama Pakatan di negeri yang dikuasainya (Keputusan tidak rasmi dari Malaysiakini)

Yang sebenarnya aku bukanlah seorang yang terlalu mengikuti perkembangan perjalan politik semasa di Malaysia.  Sebab aku just fikir pasal politik setiap 5tahun sekali jer. Lepas satu pilihan raya semua orang diam, semua orang menyepi dari membincangkan hal-hal politik. Tapi musim nih, dah berapa kali pilihan raya kecil?  Banyak betul.  Aku terasa seperti suasana politik sekarang berterusan tak henti-henti.  Habis satu pilihan raya sambung ke pilihan raya lain pulak.  Lepas ni belom pasti lagi kat mana pulak.
Rakyat jelata Hulu Selangor khususnya yang  aliran politiknya BN meneruskan perayaan Hari Raya setelah berita terkini diumumkan di pusat mengundi.  Sumber ini memang boleh dipercayai sebab aku baru je baca berita Malaysia kini kejap tadi. Kalau korang nak baca perkembangan Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor 2010 klik kat sini.  
9.10pm: Keputusan rasmi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon BN Datuk Zaid …

PEPERIKSAAN ADALAH PERJUANGAN (Fenomena Ganjin Menjelang exam)

Peperiksaan merupakan aktiviti yang digeruni menjadi sebahagian daripada hidup kita yang tidak dapat dielakkan.  Tak kiralah peperiksaan secara formal atau tidak formal.  Debaran menghadapi peperiksaan sudah cukup membuatkan aku gila dulu.  Terasa macam nak pegi mengorat awek cun yang dah lama aku minat.  Nak tercabut jantung.
Bermula minggu lepas, UiTM Kelantan terasa Aura kegelapan peperiksaan seakan-akan menyelubungi blogger-blogger yang masih bergelar student seolah-olah pandangan mata kabur disaluti kabus tebal.  Blog-blog agak jarang dikemaskini dan hasil karya penulisan menjadi hambar.  Perasaan menghadapi peperiksaan sukar untuk digambarkan sama seperti orang yang memendam rasa rindu dan dendam kekadang melebihi waktu bercinta.  Jangan berasa pelik jika perkara-perkara paranormal luar jangka berlaku dalam musim peperiksaan.  Antara fenomena ganjil penuh mistik yang menghantui pelajar-pelajar termasuk aku dulu Tiba-tiba selera makan bertambah-tambah, Perasaan menga…