Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April 18, 2010

Selamat Hari Raya untuk Esok (Zentrum: Pakatan 51.7 peratus, BN 48.3 peratus)

Malam ni tempat pukul 12:00 malam orang ramai di hulu selangor terpaksa berhenti membuat persiapan untuk berhari-raya  esok.  Kalau ada lemang yang belum bakar rebus sudahlah.  Ketupat kalau tak sempat nak anyam beli jer terus ketupat adabi segera.  Rebus jer...dah siap... Jangan lupa perangat kuah sate... Rasa macam betol-betol nak raya lah pulak.  syahdu betul.... Dikesempatan ini Aku nak ucapkan "Selamat Berhari Raya" untuk semua yang terlibat dengan Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor esok.  Marilah kita beramai-ramai meraikan pertembungan antara Datuk Zaid Ibrahim yang mewakili PKR dan P Kamalanathan dari BN esok dijangka sengit.
Sama-samalah kita berhari raya esok...semoga berjaya untuk kedua-dua calon.. Menurut sumber (MalaysiaKini)  Kajian Zentrum Future Studies Malaysia, mengenai Analisis Kajian Mikro Persepsi Kepercayaan Politik menunjukkan Pakatan Rakyat yang diwakili PKR berada di hadapan dengan sokongan 51.7 peratus berbanding 48.3 peratus yang diperolehi Barisan …

Free Ebook I How To Create Blog Using Wordpress and Blogger

Blogger Otai [Otakworks] yang dah berkecimpung 4 tahun dalam dunia blogging nih telah berjaya menyiapkan E-book pertama nya dalam bahasa English yang berjudul "How to Create Blog eBook".  Jom kita ramai-ramai support eBook di download sebagai rujukan.  Nih ayat-ayat cintanya untuk support eBook dia:Support us by writing about this ebook at your blog and don't forget to subscribe to us.You also can support us by placing the below code at your blog and your blog and we will place your blog at our partner page.eBook nih sangat berguna sebab diolah secara ringkas dan mudah difahami. Respect lah mamat nih.  Klik link kat bawah nih untuk menerjah blog beliau.Free Ebook I How To Create Blog Using Wordpress and Blogger
How to Create Blog eBook

Download This

umpama mimpi dalam mimpi

Berubah! Susah ker?

Kesinambungan kepada entry aku beberapa hari yang lepas (DON'T JUDGE A NOTEBOOK BY IT COVER...??) berkaitan perubahan template yang aku lakukan adalah merujuk kepada perubahan dalam diri aku sendiri.  Terdetik untuk aku meluahkan apa yang tersirat disebalik entry Muhasabah Cinta (MUHASABAH CINTA - Kenapa Kita Suka Cari Kesalahan Orang??) semalam.  Semuanya berkaitan dengan perubahan.. Aku mahu berubah.  Ya..aku mahu berubah!...
Dari sudut blogging, aku bukannya mahu melakukan perubahan hanya pada template tapi keseluruhan  ruang pemikiran gila aku.  Orang cakap, kalau nak berubah perlu sikit demi sedikit.  Supaya perubahan yang dilakukan berterusan dan memberi impak yang positif.
Ya, aku bermula dengan  template yang berbeza dari dahulu, kalau korang perasan kerana template yang menarik dapat membuatkan blogger lain bertapak lebih lama di blog anda  Kemudian aku akan cuba menyusun-atur layout yang  agak bersepah sebelum ini.  Ia dapat memudahkan pengunjung meneroka blog page kita.…

Lirik Lagu Ketika Cinta Bertasbih - MELLY GOESLAW

Aku baca koleksi Novel Ketika Cinta Bertasbih 1 dan 2 nih rasanya setahun yang lepas.  Karya Habiburrahman El Shirazy memang penuh keberkatan bermula dengan Novel Ayat-ayat Cinta yang telah pun difilemkan...namun agak kurang persamaan dengan messege yang ingin disampaikan.  Baru cukup setahun dah keluar Movie dia, dan filem ini dapat memberi gambaran yang tepat serta hampir sama dengan novelnya.  Lagu temanya berjudul sama dengan tajuk filem. Macam biasa soundtrack dari seberang memang mantap.  Ditambah pulak dengan vokal Melly Goewlaw.  Syahdu terasa, seolah-olah ada taman yang dihiasi dengan lampu-lampu yang berwarna warni dan dipenuhi dengan rama-rama yang beterbangan di sudut-sudut taman. Ketika Cinta Bertasbih Lyrics(Feauring Amee)


Bertuturlah cinta mengucap satu nama
Seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih mengutus hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu

[*]
Bisikkan doaku dalam butiran tasbih
Ku panjatkan pintaku pada Maha Cinta
Sudah diubun-ubun …

Processor AMD Phenom II X4 vs. Intel Core i5 (Penjalan mencari sebuah laptop siri 1)

Aku masih lagi dalam dilema dalam proses pembelian laptop.  Jika sebelum ini otak  aku masih berputar-putar untuk memilih antara LAPTOP atau DESKTOP.  Setelah dikenalpasti keperluan kerjaya aku yang lebih banyak travel berbanding melepak di office maka aku lebih memerlukan sebuah komputer riba walaupun pada hakikatnya aku lebih meminati untuk memiliki sebuah DESKTOP yang berkuasa tinggi (tahap kuasa kuda). Memandangkan kuasa beli dan pendapatan bulanan yang bukan pada tahap orang-orang kaya yang menyalakan api rokok menggunakan duit kertas RM50. aku perlu teliti didalam membuat pemilihan.  Bagi aku perkara utama bagi pemilihan sebuah komputer@laptop adalah processor nya yang berkuasa tinggi.  Ia merupakan teras atau tunggak utama bagi sebuah komputer@laptop.
Semenjak meninggalkan dunia kolej@hostel, pengetahuan aku agak terhad dan terkebalakang.  Tambahan pula sekarang aku tinggal agak jauh dari bandar.  Seperti yang aku tahu Dua (2) jenama utama processor gergasi yang menguasai pasara…

DON'T JUDGE A NOTEBOOK BY IT COVER...??

Assalamualaikum w.b.t.
Hari ini, aku mulakan posting dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.. Setelah 3 hari aku tak berhadapan dengan blog kerana sibuk dengan dengan kerja-kerja yang tertangguh:- Mesyuarat Jawatan Kuasa AkademikMesyuarat AkademikJadualwaktu KuliahTravel ke Shah Alam dengan misi yang penting.dllSibuk sangatkah aku? Sibuk ker ar? aku fikir, aku lah orang yang paling sibuk..tak ada lagi dalam dunia ni yang paling sibuk melainkan aku.   Ya..sibuk dengan fana yang bakal musnah dan lupa alam selepas yang akan kekal sempurna...
Aku fikir-fikir, aku teliti semula....aku check semua...ada yang tidak kena dengan jiwa aku sejak kebelakangan ini.  Terlalu banyak berangan sehingga aku sibuk dengan semua benda yang tiada apa-apa.  Sehingga aku terlupa yang mana utama, yang mana penting, yang mana patut disibukkan lagi..
So aku rasa ada benda yang patut diubah. Ada perkara yang perlu dimurnikan.
Aku ingin berjalan...terus berjalan dan berjalan lagi... so..aku mengambi…