Followers

Fan Page Facebook

Friday, April 30, 2010

Antara Kopi dan Teh

Nak jadi blogger tegar perlulah bangun awal walaupun cuti.  Sambil-sambil 'blogwalking' layan kopi "O" kaw panas dulu...saja jer nak kasi korang yang bekerja jelous...hehehe...hari ni ada sikit perbicangan setelah aku bancuk air kopi tadi..tiba-tiba pulak terdetik nak bangkitkan isu ni...

Ramai orang sering berkata begini:

"Jom minum kopi kat depan tu.."

tak pun,

"Nak singgah minum teh dulu"

Pagi, petang, malam sama jer..walaupun kita minum milo atau nescafe...pelik2..

Masyarakat Malaysia begitu sinonim dengan dua jenis minuman ini iaitu Kopi dan Teh.  Tak kira waktu, pagi ker, petang ker, malam ker, sahur ker memang tidak dapat dipisahkan dengan kedua-dua jenis minuman ini.  Ini telah terbukti bila kita melihat kebanyakkan minuman pra campuran kesihatan yang dah berlambak-lambak dipasaran dimonopoli oleh dua-duanya.  Berebut-rebut pengeluar minuman segera menghasilkan kopi dan teh sebagai minuman kesihatan tambahan.  Sehinggakan minuman ini memonopoli pasaran dan menenggelamkan minuman-minuman kesihatan lain.  Faktor lain jugak adalah harga minuman ini yang agak murah berbanding dengan 'suppliment' lain.

Macam-macam bahan diorang taruk kedalam minuman ni dari cendawan hingga lah ke cengkudu.  Bila ditanya, kata mereka kita boleh minum hari-hari sambil menjaga kesihatan.  Kenapa mesti air kopi dan teh?  Mereka jawab majoriti rakyat Malaysia minum kopi dan teh tidak kira waktu.  Tambahan bila dah berlambak dipasaran, makin ramailah yang terdorong untuk minum minuman ini.  Jika sebelum ini jarang-jarang, terpaksa diamalkan setiap hari sebab nak hidup sihat dan kuat.  

Persoalanya, sejauh manakah kopi dan teh menyumbang kepada kesihatan kita?  Sihat ke minum kopi dan teh ni?  Aku tak nak memenatkan otak memikirkan hal begini sebab bukannya tungas aku.  Aku tak ada bahan-bahan nak buat kajian.  Apa yang aku tahu hanya membaca hasil kajian orang lain dan kita nilaikan sendiri berdasarkan pengetahuan dan kefahaman kita.  Nak ikut orang lain jer, mereka pun tak pasti pakar atau tidak dalam bidang ini.  Biarlah orang yang bijak pandai memikirkan dan mengkaji.  

Yang penting minuman yang diminum tu halal kira air apa pun.  

Aku nak tanya korang, antara Kopi dan Teh yang mana lagi best?  Kita just boleh observe jer....hehehe.. Aku ada jugak buat perbincangan sikit di 'Muka Buku @Facebook'.  Macam-macam pandangan tapi agak melebihi kearah kopi jer..Tak tahu lah pendapat korang.



umpama mimpi dalam mimpi

Perempuan Makhluk Sensitif menjadikan "dua sejoli"

Posting kali ini adalah tindak balas semulajadi terhadap entry dari Najhebat.  Jika Najhebat suka menimbulkan kontroversi, spekulasi, dan diskriminasi sesama gender aku pulak suka mencari titik pertemuaan dan keseimbangan sesama gender. Kontrovesi yang membuatkan kita mencari dan pelajari.

Sukar untuk aku nyatakan secara jelas tentang hobi tidak rasmi aku ini.  Mungkin pengalaman telah mendidik aku menjadi serupa ini.   "Perempuan Makhluk Sensitif".  Itulah fitrah yang terpaksa dihadapi dan diredhai seadanya oleh kaum hawa.  

Perempuan dicipta menjadi sangat sensitif berbanding lelaki.  Sekali lagi aku ulang, "sangat senstif berbanding lelaki".  Ya...berbanding lelaki.  Mungkin ada yang melihat perkara ini dari sudut kekurangan dan ada juga yang memandang ia adalah kelebihan dan keistimewaan kaum hawa yang mulia disisi lelaki.

Aku nak quote sedikit hasil pembacaan aku berkaitan dengan kejadian makhluk sensetif ini sebagi sebahagian daripada bukti tentang kenyataan ini.  Bagi aku, sifat tersebut terlalu keistimewaan sehingga sukar untuk dijumpai didalam diri seorang yang bernama lelaki. Tak tahu korang setuju atau tidak dengan kenyataan ini.

Lelaki sukar mengingati perincian - Hal ini memang selalu berlaku.  Lelaki selalu lupa tarikh perkahwinan, hari jadi malah kadang kala umur anak atau tidak mungkin suatu hari nanti umurnya sendiri.  Selalu berasa diri masih muda.  Sebabnya, lelaki dan wanita menggunakan bahagian otak yang berbeza untuk membentuk ingatan.  Ini membuatkan lelaki sukar untuk mengingati perincian sesuatu perkara tetapi ingatannya lebih berbentuk visual.  - Utusan Malaysia. Khamis 29 April 2010.
Petikan berikut dapat memberi gambaran jelas tentang perbezaan ketara diantara lelaki dan wanita.  Dimana makhluk lelaki agak kurang sensetif didalam banyak perkara.  Ini yang membuatkan lelaki dan wanita boleh hidup bersama.  Itu yang dikatakan "Dua Sejoli".  Bayangkan lelaki kawin dengan lelaki dan perempuan kawin dengan perempuan yang menjadi penyakit sosial dalam masyarakat kita sekarang.  Teringat kata-kata abah waktu aku kecik dulu "Setiap kejadian di muka bumi pasti ada hikmah.  Kita sahaja perlu fikir menggunkan akal-fikiran yang dikurniakan".   Allah s.w.t. sahaja yang mampu membuka pandangan mata hati hamba-hambanya.

Jom layan lagu "Dua Sejoli" dari Kumpulan Dewa19 betul2 menusuk kalbu hati yang gelap.


Lyrics | Dewa lyrics - Dua Sejoli lyrics

Usap air matamu
Yang menetes di pipimu
Ku pastikan semuanya
Akan baik-baik saja

Bila kau terus pandangi
Langit tinggi di angkasa
Tak kan ada habisnya
S'gala hasrat di dunia

Reff :
Hawa tercipta di dunia
Untuk menemani sang Adam
Begitu juga dirimu
Tercipta tuk temani aku

Renungkan sejenak...
Arti hadirku di sini
Jangan pernah ingkari
Dirimu adalah Wanita

* :
Harusnya dirimu menjadi
Perhiasan sangkar maduku
Walaupun kadang diriku
Bertekuk lutut di hadapanmu...
Back to Reff, *, Reff :

Bukalah pintu jiwamu
Dengar bisikan sanubari
Semua adalah isyarat
Isyarat dari Sang Pencipta

P/S: Hayatilah dan selamilah bait-bait lirik yang cuba disampaikan oleh Ahmad Dhani and The Geng.

 umpama mimpi dalam mimpi

Jamal Abdillah : Penghujung Rindu (HQ Audio)



Lagi satu lagu lama yang penuh nostalgia yang mempunyai makna tersirat yang mendalam jika diselami dengan penuh kerohanian mata hati..


Aku suka lagu nih..ditambah dengan suara Jamal yang tak de orang boleh ganti. 
umpama mimpi dalam mimpi

Thursday, April 29, 2010

PELIK & UNIK 'Rumahku muziumku'

Sebelum aku tidur semalam sempat aku membaca berita-berita semasa sebagai pengetahuan.  Ada satu artikel yanga aku rasa penting untuk share dengan korang.  Terasa macam nak memiliki sebuah, tetapi bukan dengan barang2 antik, tapi aku nak sebuah rumah yang penuh dengan buku-buku.  Semua dinding rumah adalah rak buku sehingga ke dapur.  Supaya aku boleh ambik dan simpan dimana2 buku yang aku nak baca..

Sumber artikel adalah dari : Berita Harian Online

'Rumahku muziumku'
Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my
2010/04/25



<strong>Lampu tepi kapal dan lampu kereta lembu buatan 1880. Gambar kanan, peti suara berusia 100 tahun.</strong> <strong>Pintu gerbang ke rumah Nordin di Kampung Padang Temu, Melaka.</strong>

Ruang tamu dipenuhi koleksi barang antik dan bersejarah.
Sebanyak 1,600 koleksi antik, bernilai tinggi dipamerkan di kediaman pesara kerajaan

PENYAMBUT kata bermula dengan serangkap pantun, 'Kereta lembu rodanya dua, kereta kuda berkajang kain, banyak muzium di negeri Melaka, muziumku lain dari yang lain'. Pantun empat kerat itu tertulis di tepi pintu gerbang rumah milik milik Nordin Ali, 72.

Rumah itu dinamakan ‘Rumahku Muziumku’ terletak di Kampung Padang Temu, Melaka dan namanya saja sudah mempunyai daya tarikan tersendiri kerana slogan yang biasa didengar cuma ‘rumahku syurgaku’. Bagi penduduk tempatan, tentunya mereka sudah lali atau biasa dengan situasi itu yang berkaitan dengan sejarah kerana Melaka sendiri sudah melambangkan negeri sejarah kerana di situlah segala-galanya bermula.

Rumahku Muziumku itu cuma secebis daripada tarikan hasil tinggalan sejarah tetapi Nordin sebenarnya sudah mengumpul kira-kira 1,600 koleksi antik dan mempunyai nilai sejarah tinggi yang diperakui serta disokong Muzium Melaka.

Antara koleksi menarik pastinya peluru meriam Portugis yang berusia lebih 500 tahun, peluru meriam Belanda berusia 400 tahun serta pelbagai jenis senjata, koleksi pinggan mangkuk, alat muzik, koleksi lampu dan lampu antik.

Jika dikira nilai barangan antik itu, ia dianggarkan bernilai jutaan ringgit tetapi bagi Nordin, koleksi itu bukan untuk dijual tetapi untuk tatapan generasi muda akan datang dan hasratnya cuma satu, jika badan dikandung tanah, kekalkan warisan berkenaan untuk anak bangsa.
Rumah teres setingkat itu mempunyai susun atur tiga bilik yang dikhaskan dengan koleksi bilik pengantin Melayu Melaka, pengantin Baba dan pengantin chitty atau ‘chettiar’. Setiap bilik mempunyai koleksi lengkap pakaian pengantin dan aksesori penuh serta barang hantaran mengikut kaum masing-masing.

Ruang tamunya juga penuh dengan pelbagai koleksi, hanya mempunyai ruangan sempit untuk dilalui pengunjung hinggalah ke ruang dapur juga dipenuhi koleksi berkaitan alat tradisional Melayu seperti lesung, lampu minyak tanah dan botol kaca antik.

Timbul persoalan, jika semua ruang penuh dengan koleksi, di mana Nordin dan isterinya Maznah Ali, 50, tidur. Jawabnya ringkas: “Saya orang Melayu, mestilah tidur di bilik pengantin Melayu Melaka...setiap hari terasa macam pengantin,” katanya berseloroh.

Melihat kepada kudratnya, memang diakui datuk kepada 25 cucu dan moyang kepada lima cicit ini sebenarnya tidaklah terlalu kuat kerana dikategorikan sebagai warga emas, tetapi semangatnya cukup tinggi mempertahankan warisan bangsa.

Rutin harian Nordin lebih kepada mengemas, membuang habuk dan menunggu pengunjung datang kerana baginya semua itu suatu kebanggaan jika dapat berkongsi cerita, keistimewaan sesuatu barang dan bagaimana ia diperoleh.

Pesara Jabatan Pelajaran itu mengakui semuanya bermula sekadar hobi selepas mengumpul koleksi peribadi keturunannya terutama daripada arwah bapanya, Sidang Ali Talib, bekas ketua Kampung Padang Temu.

Antara koleksi warisan keluarganya ialah sukat gantang yang diwarisi sejak tiga keturunan serta padi kering yang berusia 25 tahun tetapi masih dalam keadaan baik.

Peluru meriam Portugis pula dibeli dengan harga RM30 daripada nelayan tempatan pada 2002 selepas tersangkut pada jaring ikan.

Ditanya himpunan antik mana yang paling disayangi, pantas Nordin menjawab sudah tentu pelita rumah api Belanda berusia 410 tahun, koleksi Al-Quran kecil berusia 310 tahun dan peti suara yang masih berfungsi dengan baik berusia 100 tahun.

Bagaimanapun, penulis lebih tertarik dengan mangkuk terapi tangan China yang digelar ‘Mangkuk Muzik Purba’ berusia 520 tahun. Mangkuk itu yang mempunyai dua pemegang tangan tembaga akan mengeluarkan bunyi jika digosok pada pemegangnya, manakala air di dalam bekas akan terpercik keluar mengikut getaran dan bunyi yang dihasilkan.

Di bahagian luarnya dilengkapkan dengan koleksi batu giling, tempayan klasik serta sebuah mesin kipas padi lengkap dengan peralatan membajak.

INFO: Koleksi senjata



  • Pisau Tek Peh (1920)


  • Parang Jawa (1946)


  • Pedang Portugis 1510




  • Serampang Dua mata




  • Lembing Melayu




  • Parang Bugis



  • Pedang Jepun.

    INFO: Koleksi antik





  • Seterika tangan Cina (1800)




  • Mesin jahit tangan (1920)




  • Kompas kapal Cina (1900)




  • Pasu antik (1400)




  • Bakul kuih seramik (1810)




  • Loceng ladang (1930)




  • Koleksi topi keselamatan

    INFO: Koleksi lampu dan pelita





  • Lampu tepi kapal (1880)




  • Pelita Minyak (1930)




  • Lampu minyak Indonesia (1960)




  • Lampu kereta lembu (1880)

    INFO: Koleksi Alat muzik





  • Ogan kaki lama




  • Trumpet (1920)




  • Gendang kecil




  • Dram (1950)



  • Kompang




  • Piano



  • Mandolin Cina (1930)




  • Lingkili Hawai (1950)




  • Sape Sarawak (1930).







  • umpama mimpi dalam mimpi

    Musim Peperiksaan yang penat...

    Ini adalah diari sudut hati yang sempit.  Kekadang aku menulis diari kecil aku kembalikan semangat perjuangan harmoni aku yang hilang untuk sekadar meluahkan bebanan yang menghempap jiwa..

    Seharian aku tak menatap blog aku hari ni...langsung tak update apa-apa.  Biasalah alasan yang selalu aku bagi, sibuk dan sibuk.  Kerja hakiki aku memang tidak dapat dielakkan dari berjalan kesana kesini.  Dalam kepala penuh dengan idea-idea gila dan tugasan-tugasan yang tertangguh.  

    Bidang pengurusan amat memeningkan kepala.  Segala teori-teori yang aku study di Universiti dulu 15% pun susah aku nak apply kat office.  Betullah apa yang orang selalu cakap, "pengalaman adalah guru yang terbaik".  Pengalaman yang cetek aku miliki cukup sukar untuk aku membuat keputusan.  Tambah-tambah keputusan yang segera.  Aku dah mula rambut aku sikit demi sedikit gugur.  Rasa macam nak botakkan jer kepala. Tapi itulah hakikat yang aku perlu harungi.  Terutama nak bayar hutang....PTPTN, KERETA, dan macam-macam lagi....
    So blog dapat membuatkan aku tinggal sebentar semua masalah yang berkumpul di kepala.  Bila aku mula mengadap laptop dan melayari blog-blog segala masalah di office aku letak sebelah....kebelakangan ni aku terpaksa blogging setelah lewat malam dan kadang kala berlarutan ke pagi.  Semuanya bila bermula musim exam.  Dulu, menduduki peperiksaan terasa susah.  Rupa-rupanya menguruskan peperiksaan lebih sukar dari menduduki peperiksaan. Hidup mula tidak teratur bila musim peperiksaan.  Aku risau perkara ini akan menjejaskan kerjaya aku.  Tapi aku masih lagi mampu bertahan dan tetap tidak akan meninggalkan dunia blog.

    Thanks to all blogger yang support aku.  I really need your support....lagi 2 minggu peperiksaan tamat.  Seperti seorang pelajar aku menunggu hari bertuah itu.. malah lebih lagi dari seorang pelajar.

    Posting ini sekadar memberi motivasi untuk diri sendiri yang lemah longlai.  Aku memerlukan semangat dalam diri yang tersembunyi.....


    umpama mimpi dalam mimpi

    Wednesday, April 28, 2010

    EDISI CANTIKAN BLOG BERSAMA AIZ Part 3 (tanya kepada yang pakar warna)

    Fuh!..Selesai kerja. 

    Tepat pukl 1:30A.M. tadi Aku baru jer sudah menyiapkan tugasan office yang berlebihan sehingga menyebabkan aktiviti 'blogwalking' terbantut untuk hari ini.  Sekarang baru sempat aku menghadap blog yang kesunyian.  Mohon maaf kepada blogger-blogger yang menunggu jelajah trafik dari aku.  Tak pe, bak kata blogger sensasi Uncle "Dahulukan yang utama dari yang utama". InsyAllah sempat lagi aku membalas kunjungan trafik korang yang tertangguh tadi sebelum aku melelapkan mata.  Mungkin aku tak sempat nak komen.  Esok masih ada lagi tugasan penting yang akan diselesaikan. Aku perlukan rehat.

    So..pagi ni aku tak nak cerita panjang, just sekadar untuk menyatakan penghargaan yang tidak terhingga dan perasaan teruja dengan pandangan AIZ "Si Budak Warna" seorang blogger muda yang suka warna terhadap blog (http://saljuhumairah.blogspot.com) aku yang entah apa entah ni.  Thanks alot kerana beliau sudi untuk berkunjung dan memberi pandangan.  Sebagai maklumat, budak kacak AIZ ni merupakan seorang peminat warna.  Kat sini aku quote information dari blog dia. 

    welcome! Saya Aiz, seorang yang amat meminati warna. Setelah lama terjebak dengan bidang design graphic, saye rasa inilah masanya untuk saye kongsikan apa yang saye tahu.. So, please Support me k.. thanks !

    2 hari lepas aku ada membuat permohon beliau untuk mengenai design layout dan warna blog aku melalui posting dia yang menawarkan "consultation" percuma kepada blogger-blogger yang berminat untuk dikomen.  Sila klik  sini. Nak tengok syarat-syarat untuk memohon pandangan dan pendapat beliau terhadap blog korang jugak.


    Antara komen beliau adalah berkaitan layout blog aku.  Memang aku tidak nafikan susunan layout blog saljuhumairah ni agak berserabut dan memeningkan kepala hotak pengunjung.  Thanks AIZ, nanti dah selesai kerja hakiki aku di pejabat aku akan cuba membuat percaturan semula susunan gadget aku.

    Selain itu, beliau turut memberi pandangan terhadap penggunaan warna blog aku yang agak kurang menonjol dan mencadangkan aku menggunakan combination warna hijau dan kelabu.  Kat sebelah  ni adalah contoh design template yang beliau cadangkan untuk aku.  Cantik dan mencerahkan mata memandang.  InsyaAllah nanti aku akan cuba mencari.  Aku nak quote sikit pandangan beliau berkaitan warna blog aku. 

    Warna keseluruhan kurang menyerlah... jika nak guna warna hijau... u boleh guna warna macam bawah ni... lihat gabungan warnanya... Barulah kandungan blog akan menyerlah ... Hijaukan cerah... so gabungannya mestilah dengan yang gelap... kelabu gelap ni memang sesuai sangat dikahwinkan dengan ijau... nampak lebih profesional.. :))  So itu jelah yang aiz rasa u kene ubah.. :) all the best bro.. hehe - AIZ
    So apa korang tunggu lagi, korang pun boleh. Mintak ar dia komen blog korang untuk menabahkan seri dan kecantikan blog korang seterusnya dapat meningkatkan pengujung serta trafik jam di blog korang.  Aku adalah blogger ketiga yang mendapatkan khidmat nasihat beliau.  Klik kat sini untuk tengok syarat-syarat permohonan. Tak pun klik jer kat banner bawah ni.




    That's all untuk pagi ni, aku dah mengantuk.  Nak blogwalking jap.. tq AIZ. Ko memang budak kacak yang berwarna.

    umpama mimpi dalam mimpi

    Tuesday, April 27, 2010

    D'Village 'Chim Chum' (Makanan ala-ala Korean@Thai di Kelantan)

    Malam tadi selepas paper exam terakhir memasuki bilik gerakan peperiksaan aku bergegas balik.  Terus bersiap-siap untuk ke Kota Bharu.  Aku memulakan perjalan dari Bandar Machang ke Kota Bharu yang mengambil masa lebih kurang 45 minit bersama seorang kakitangan HEA En. Nazran Hakimy Nordin dan 2 orang pelajar dari Kolej TDM (Tun Dr. Mahathir).

    Pengurusan peperiksaan yang rumit agak memenatkan, terpaksalah En. Nazran memandu arnab kesayangan aku.  Asalnya malam semalam YDP(Yang Dipertua Kolej) Kolej TDM membuat panggilan menjemput aku untuk 'dinner' di Kota Bharu.  Katanya saja nak meraikan mantan JPK (Jawatan Kuasa Kolej) di Restoran D'Village.

    Kitaorang berhenti solat maghrib yang agak lewat di Masjid Telipon Kota Bharu.  Sebelum meneruskan perjalan ke Restoran yang dijanjikan yang terletak di Pengkalan Chepa.  Lokasi Restoran tersebut terletak di tepi jalan menuju ke 'Airport Sultan Ismail Petra', Pengkalan Chepa.

    Sebenarnya aku bukannya nak fokus kepada dinner tadi.  Tapi aku nak kongsi dengan korang menu istemewa restoran D'Village nih.  Makanan yang pertama kali aku jumpa di Kelantan ni telah diperkenalkan oleh Jurutera UiTM Kelantan En. Shahrizan Mohd Esman.  Tadi merupakan kali keempat aku berkunjung ke Restoran D'Village ni.  Kat sini korang boleh makan sebanyak mana yang korang mampu dengan harga RM15.00 untuk seorang ( Buffet Concept ). 

    Malam tadi setelah sampai di rumah, aku bergegas menghadap laptop untuk mencoretkan sedikit mengenai makanan yang aku anggap unik dan pelik.  Mungkin sebab aku jer yang belum pernah makan.  Tak tahulah kalau korang pernah makan makanan nih.

    Korang pernah dengar makanan "Chim Chum"? Kalau korang pernah makan steamboat, mungkin korang akan anggap ini adalah makanan yang sama.  Tapi menurut towkey Restoran ni ia sama dengan steamboat tapi tak serupa.  Menurut beliau juga, Chim Chum ni sukar untuk dijumpai di Malaysia kerana ia merupakan menu dari Thailand.  Namun, konsepnya sama dengan steamboat.  Korang perlu masik sendiri diatas dapur yang disediakan.  

    Korang boleh bakar dan rebus daging, ayam, sotong, isi ketam, fishball, kulat, sayur-sayuran dan lain-lain yang telah dipotong halus.  Kemudian cecah dengan sos manis atau pedas.  Selalunya aku akan campurkan kedua-dua jenis sos ni.   Untuk lebih feel, korang perlu menggunakan 'chop stick' untuk menunjukkan korang ni hebat.  Tapi kalau tak reti, guna garfu dan sudu dah la...

    Dapur untuk korang main masak-masak

    Selain itu, ada jugak menu lain aku tak lepas kalau berkunjung ke sini iaitu som tam.  Salad tradisional yang menggunakan mangga.  Sedap som tam kat sini.  Menu yang tak termasuk dalam pakej 'buffet' ni yang unik dan pelik adalah Pulut Pauh dan Durian.  Menu orang dulu yang mencampurkan puluk kukus, gula dan santan lemak yang dimakan bersama-sama Pauh (Mangga yang berlemak manis) dan Durian.  Harga menu ni tak termasuk dalam pakej buffet tadi iaitu RM5.00 sepinggan.


    Masukkan semua bahan-bahan
    Selalunya aku akan menghabiskan masa di Restoran ni lebih 2jam.  Sebab kena makan slow-slow sampai pecah perut.  

    Dinner tadi telah ditaja oleh Mantan JPK Kolej TDM yang sporting.  Kenyang sampai tak larat nak jalan.  Janji dengan En. Nazran nak 'drive' pulang.  Tapi apakan daya ku, nak pegang stereng pun tak mampu.  
    Fav aku adalah isi ketam yang merah tu

    Thanks to Izwan (YDP Kolej TDM) and Da' Gang.  Aku beransur pulang ke Machang tepat pukul 10.30malam meninggalakan pelajar-pelajar kolej yang nak overnight di Kota Bharu katanya.  Enjoy student life.  Enjoy..enjoy jugak..jangan lupa exam..
    Makan lah sampai pecah perut

    p/s: aku nak tidor, esok exam lagi..... penatnya musim peperiksaan.  Sebelum aku terlelap ada pantun 2 kerat untuk korang.

    Gendang gendut tali kecapi,
    Buncit sudah perut tapi melantak tak ingat mati.

    umpama mimpi dalam mimpi

    Monday, April 26, 2010

    Tukang urut lari bogel

    Terkejut beruk aku baca Harian Metro Online hari ni.  Mulanya just nak cari berita terkini berkaitan  Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor semalam.  Alih-alih terkeluar pulak berita yang cukup memalukan.  Bukan nak memalukan sesiapa tapi aku nak berfikir tentang situasi yang berlaku sekarang.  

    Pendedahan yang dibuat oleh Harian Metro ini mungkin mendapat pelbagi reaksi negatif dan positif dari pelbagai pihak.  Namun, jika difikirkan kes yang didedahkan ini hanya sebahagian yang dilaporkan atau yang tertangkap.  Bagaimana pula yang masih senang-senang bersembunyi dibalik tabir?

    Terlalu mudah untuk rakyat Malaysia sekarang membuat benda larangan.  Tanpa perlu keluar Negara kita boleh berfoya-foya suka hati.  Mungkin suatu hari nanti kat belakang rumah jer.  Aku terfikir generasi akan datang.  Aku belum ada anak lagi.  Sekarang pun aku dah pening.!!!  Pecegahan boleh dilakukan tapi mampukah kita nak halang? Melainkan kita berdoa dan meningkatkan ilmu dalam hati.
    Sumber: myMetro
    Oleh Abdullah Wahab
    abwahab@hmetro.com.my
    2010/04/26
     
    KLANG: Memalukan apabila seorang tukang urut wanita warga asing yang sedang memadu asmara dengan pelanggannya di sebuah spa di bandar ini, bertindak melarikan diri dalam keadaan bogel sebelum diberkas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang, di sini, kelmarin.
    MALU...tukang urut warga asing yang ditahan dalam operasi di sebuah
 spa malam, kelmarin.
    MALU...tukang urut warga asing yang ditahan dalam operasi di sebuah spa malam, kelmarin.
    Dalam operasi bermula kira-kira jam 10 malam dan berakhir tiga jam kemudian itu, polis menahan lima wanita Indonesia dipercayai terbabit dalam aktiviti tidak bermoral manakala dua lagi sempat melarikan diri.

    Siasatan polis mendapati spa terbabit mempunyai lesen sah untuk menjalankan perniagaan rumah urut, bagaimanapun pemilik terbabit dipercayai menyediakan khidmat seks kepada pelanggannya sekali gus menyebabkan mereka mampu meraih pendapatan lumayan selain mendapat permintaan menggalakkan daripada pelanggan.

    Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, pusat spa terbabit sudah dua kali diserbu pihak berkuasa, namun pengusahanya tetap berdegil dengan menjalankan aktiviti tidak bermoral.

    “Ketika pemeriksaan dibuat, kelima-lima wanita berusia lingkungan 20-an gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri dan kita percayai mereka tidak mempunyai dokumen sah.

    “Semua mereka kemudian dibawa ke IPD untuk tindakan lanjut. Kami juga akan mengambil tindakan ke atas pemiliknya yang didapati terbabit dalam aktiviti tidak bermoral,” katanya di sini, semalam.

    Difahamkan, harga ditawarkan untuk khidmat urutan adalah RM100 manakala caj tambahan berjumlah RM50 dikenakan ke atas pelanggan bagi menyentuh beberapa bahagian tubuh tukang urut warga asing itu.

    Turut ditemui ketika serbuan itu, kondom yang belum dan sudah diguna bertaburan di atas lantai.

    Ketika serbuan, terdapat tujuh tukang urut berada di dalam bilik masing-masing bersama pelanggan, bagaimanapun sebaik menyedari premis mereka diserbu, mereka bergegas melarikan diri.
    Lima daripadanya diberkas sebelum polis mengarahkan mereka supaya menutup tubuh bogel dengan tuala.

    Mohamad berkata, turut ditahan dalam seruan itu seorang pelanggan, bagaimanapun dia dibebaskan sejurus keterangannya direkodkan.

    umpama mimpi dalam mimpi

    Sunday, April 25, 2010

    Kekalahan pertama Pakatan di negeri yang dikuasainya (Keputusan tidak rasmi dari Malaysiakini)

    Yang sebenarnya aku bukanlah seorang yang terlalu mengikuti perkembangan perjalan politik semasa di Malaysia.  Sebab aku just fikir pasal politik setiap 5tahun sekali jer. Lepas satu pilihan raya semua orang diam, semua orang menyepi dari membincangkan hal-hal politik. Tapi musim nih, dah berapa kali pilihan raya kecil?  Banyak betul.  Aku terasa seperti suasana politik sekarang berterusan tak henti-henti.  Habis satu pilihan raya sambung ke pilihan raya lain pulak.  Lepas ni belom pasti lagi kat mana pulak.

    Rakyat jelata Hulu Selangor khususnya yang  aliran politiknya BN meneruskan perayaan Hari Raya setelah berita terkini diumumkan di pusat mengundi.  Sumber ini memang boleh dipercayai sebab aku baru je baca berita Malaysia kini kejap tadi. Kalau korang nak baca perkembangan Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor 2010 klik kat sini.  

    9.10pm: Keputusan rasmi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon BN Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi.
    Tidak rasmi: BN menang di Hulu S'gor
    Pengundian tamat jam 5 petang. Proses pengiraan bermula jam 6 petang. Manakala keputusan dijangka diumumkan sekitar jam 9.30 malam.
    Laman sumber maklumat Malaysiakini mencatat perkembagan pilihan raya ni dari pukul 6.10 petang tadi.  Kemenangan BN kali ini macam kemenangan hero filem Hindustan sebab pada pengiraan awal, jumlah undian lebih memihak kepada PKR.  Namun setelah jam 7.36petang lebih banyak peti undi dikira, keputusan memihak kepada BN. Dimana BN mendahului dengan majoriti yang agak besar. 


    umpama mimpi dalam mimpi

    PEPERIKSAAN ADALAH PERJUANGAN (Fenomena Ganjin Menjelang exam)

    Peperiksaan merupakan aktiviti yang digeruni menjadi sebahagian daripada hidup kita yang tidak dapat dielakkan.  Tak kiralah peperiksaan secara formal atau tidak formal.  Debaran menghadapi peperiksaan sudah cukup membuatkan aku gila dulu.  Terasa macam nak pegi mengorat awek cun yang dah lama aku minat.  Nak tercabut jantung.

    Bermula minggu lepas, UiTM Kelantan terasa Aura kegelapan peperiksaan seakan-akan menyelubungi blogger-blogger yang masih bergelar student seolah-olah pandangan mata kabur disaluti kabus tebal.  Blog-blog agak jarang dikemaskini dan hasil karya penulisan menjadi hambar.  Perasaan menghadapi peperiksaan sukar untuk digambarkan sama seperti orang yang memendam rasa rindu dan dendam kekadang melebihi waktu bercinta.  Jangan berasa pelik jika perkara-perkara paranormal luar jangka berlaku dalam musim peperiksaan.  Antara fenomena ganjil penuh mistik yang menghantui pelajar-pelajar termasuk aku dulu
    • Tiba-tiba selera makan bertambah-tambah,
    • Perasaan mengantuk semakin menjadi-jadi dan mata pantang melihat bantal,
    • Alahan bila melihat nota-nota kecil yang bertimbun,
    • Alahan terhadap kedai-kedai mamak bila malam menjelang,
    • Tiba-tiba rajin menelaah buku-buku motivasi Cara-cara Mengatasi Stress,
    • Tiap-tiap malam telefon mak,
    • Awek telefon tiba-tiba "bad mood",
    • Tiba-tiba badan menjadi demam,
    • Alam menjadi gelap seakan-akan tiada matahari muncul,
    • dan macam-macam lagi perkara pelik...
    Fenomena-fenomena inilah yang perlu ditempuhi dan menjadi seorang yang juara.
    Pelbagai ragam kita boleh lihat.  Bermacam-macam method atau kaedah yang diaplikasi oleh pelajar-pelajar untuk menghadapi peperiksaan.  Seolah-olah nak berperang diantara hidup dan mati.  Berbagai-bagai persediaan dilengkapkan demi satu perjuangan.  3 minggu tempoh peperiksaan terasa lambat.  Walaupun cuma 5 hari jer paper exam.  Rasa macam hidup ini serba tak kena. Itu tak kena, Ini tak kena. 

    Aku fikir 3 tahun bersamaan 6 semester menempuhi debaran musim peperiksaan tamatlah bila aku graduate nanti.  Tapi sekarang, situasi yang sama masih lagi aku perlu tempuhi.  Sememangnya takdir Qada' dan Qadar telah menetapkan aku dan peperiksaan tidak dapat dipisahkan.  Setelah memilih kerjaya sebagai Penolong Pendaftar Hal Ehwal Akademik (Bahagian Rekod dan Peperiksaan) debaran lebih terasa menjelang minggu peperiksaan.  Malahan, debaran menguruskan peperiksaan lebih kencang dan lebih awal berbanding menjadi seorang pelajar dulu... Terasa sikit demi sedikit rambut aku gugur...

    So..kepada semua blogger-blogger tegar yang sedang menempuhi fenomena-fenomena exam aku nak ucapkan selamat menduduki peperiksaan dengan jayanya.. Semoga mendapat ketenangan didalam dewan pepeperiksaan.  "Utamakan tawakal, lebihkan usaha".
    Aku nak share 78 tips2 untuk study (Study Tips) yang aku jumpa. Sila klik sini!
    Pastu nih ada beberapa taktik exam yang aku masih lagi ingat:
    1. Step pertama yang korang kena buat adalah baca keseluruhan soalan sebab kadang-kadang soalan itu sendiri dapat memberi gambaran jawapan bagi soalan-soalan lain.
    2. Tetapkan masa untuk setiap soalan yang betul-betul yakin dapat menjawab.  Jangan membazirkan masa anda memikirkan soalan-soalan yang sukar.
    3. Selalu ingat perkataan ni "First impression is the last impression".  Jawab soalan yang betul-betul diyakini dahulu mengikut urutan. Sebab pemeriksa adalah manusia biasa seperti kita jugak.
    4. Underline the key-word (point-point penting).  Sebabnya sekiranya pemeriksa nak cepat mungkin dia hanya merujuk kepada key point tersebut untuk mengetahu tahap pelajar tersebut. nak banyak lagi klik kat sini.
    L/P: Semoga berjaya...
    umpama mimpi dalam mimpi

    Saturday, April 24, 2010

    Selamat Hari Raya untuk Esok (Zentrum: Pakatan 51.7 peratus, BN 48.3 peratus)

    Malam ni tempat pukul 12:00 malam orang ramai di hulu selangor terpaksa berhenti membuat persiapan untuk berhari-raya  esok.  Kalau ada lemang yang belum bakar rebus sudahlah.  Ketupat kalau tak sempat nak anyam beli jer terus ketupat adabi segera.  Rebus jer...dah siap... Jangan lupa perangat kuah sate... Rasa macam betol-betol nak raya lah pulak.  syahdu betul....
    Dikesempatan ini Aku nak ucapkan "Selamat Berhari Raya" untuk semua yang terlibat dengan Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor esok.  Marilah kita beramai-ramai meraikan pertembungan antara Datuk Zaid Ibrahim yang mewakili PKR dan P Kamalanathan dari BN esok dijangka sengit.

    Sama-samalah kita berhari raya esok...semoga berjaya untuk kedua-dua calon..
    Menurut sumber (MalaysiaKini
    Kajian Zentrum Future Studies Malaysia, mengenai Analisis Kajian Mikro Persepsi Kepercayaan Politik menunjukkan Pakatan Rakyat yang diwakili PKR berada di hadapan dengan sokongan 51.7 peratus berbanding 48.3 peratus yang diperolehi Barisan Nasional.
    Perbezaan tipis 3.4 peratus itu masih membimbangkan kedua-dua Pakatan dan BN apabila menuju penghujung kempen yang mungkin akan pengaruhi bagaimana pengundi membuat keputusan esok.

    Keputusan kajian yang diperolehi sebelum tengah malam semalam menunjukkan BN memperolehi 51.4 peratus sokongan manakala Pakatan pula mendapat sokongan 48.6 peratus pengundi.

    Ia akan menjadi menarik bagaimana keputusan malam terakhir hari ini sebelum pembuangan undi samada dapat memberi gambaran jelas siapa mendahului.

    Kajian Zentrum juga menunjukkan 72 peratus penduduk kawasan bandar bergantung pada media baru. Manakala kajian juga menunjukkan media baru berjaya menembus 42 peratus ke kawasan pendalaman.

    Beberapa faktor mempengaruhi corak mengundi setelah tempoh berakhir kempen hampir tamat iaitu:

    • pengaruh dan kehadiran pemimpin berpengaruh,
    • pengaruh media baru dan tradisional,
    • pengaruh atmosfera demokrasi seperti ugutan kepada kakitangan awam, masyarakat dan keluarga serta,
    • pengaruh budaya dalam isu agama.

    Kajian juga menunjukkan faktor yang akan menentukan kemenangan seseorang calon bergantung pada faktor pengundi yang akan keluar mengundi. Ia mengambil kira faktor umur dan jantina mereka.
    Berita penuh di Malaysiakini. Klik sini.
    umpama mimpi dalam mimpi

    Free Ebook I How To Create Blog Using Wordpress and Blogger

    Blogger Otai [Otakworks] yang dah berkecimpung 4 tahun dalam dunia blogging nih telah berjaya menyiapkan E-book pertama nya dalam bahasa English yang berjudul "How to Create Blog eBook".  Jom kita ramai-ramai support eBook di download sebagai rujukan.  

    Nih ayat-ayat cintanya untuk support eBook dia:

    Support us by writing about this ebook at your blog and don't forget to subscribe to us.You also can support us by placing the below code at your blog and your blog and we will place your blog at our partner page.

    eBook nih sangat berguna sebab diolah secara ringkas dan mudah difahami. Respect lah mamat nih.  Klik link kat bawah nih untuk menerjah blog beliau.

    Free Ebook I How To Create Blog Using Wordpress and Blogger


    How to Create Blog eBook


    Download This


    umpama mimpi dalam mimpi

    AIZ! TOLONG CANTIKKAN BLOG SAYA...

    Tadi masa aku riadah di petang hari berjoging dari blog ke blog aku terjumpa satu tawaran menarik dari blog AIZ DESIGNER SAID.  Blog dia warna merah mcm blog REd Mummy. 

    Dia ada menawarkan perkhidmatan consultation percuma berkaitan warna dan design blog korang.  Memandangkan aku baru jer ubah design template sesuailah dengan dan masa tawaran AIZ.

    Kat sini aku nak quote sikit tentang beliau:
    welcome! Saya Aiz, seorang yang amat meminati warna. Setelah lama terjebak dengan bidang design graphic, saye rasa inilah masanya untuk saye kongsikan apa yang saye tahu.. So, please Support me k.. thanks !

    Kalau korang pun nak blog korang di komen oleh pakar graphic nih ada syarat yang perlu korang ikut atau click jer kat entry blog dia nih: AIZ! TOLONG CANTIKKAN BLOG SAYA...

    kuti syarat-syaratnya :
    1. Buat satu entry " AIZ! TOLONG CANTIKKAN BLOG SAYA... "
    2. Senaraikan sebab-sebab u all nakkan pendapat dari aiz..
    3. Pastu, tinggalkan link entry di tempat komen di bawah...

    SEBAB-SEBAB AKU NAK AIZ PUNYA PENDAPAT
    1. Aku baru ubah template
    2. Aku tak nak syok sendiri dengan apa yang aku fikir
    3. Aku tak pandai design
    4. Aku malas fikir dan sibuk dengan kerja kat office
    5. Aku menykor kerja-kerja amal AIZ
    6. Kalu boleh AIZ tolong komen bab susunan layout aku yang berterabur...mcm lembab jer loading..
    7. Itu jer kot...aku rasa...

    umpama mimpi dalam mimpi

    Berubah! Susah ker?

    Kesinambungan kepada entry aku beberapa hari yang lepas (DON'T JUDGE A NOTEBOOK BY IT COVER...??)
    berkaitan perubahan template yang aku lakukan adalah merujuk kepada perubahan dalam diri aku sendiri.  Terdetik untuk aku meluahkan apa yang tersirat disebalik entry Muhasabah Cinta (MUHASABAH CINTA - Kenapa Kita Suka Cari Kesalahan Orang??) semalam.  Semuanya berkaitan dengan perubahan.. Aku mahu berubah.  Ya..aku mahu berubah!...

    Dari sudut blogging, aku bukannya mahu melakukan perubahan hanya pada template tapi keseluruhan  ruang pemikiran gila aku.  Orang cakap, kalau nak berubah perlu sikit demi sedikit.  Supaya perubahan yang dilakukan berterusan dan memberi impak yang positif.

    Ya, aku bermula dengan  template yang berbeza dari dahulu, kalau korang perasan kerana template yang menarik dapat membuatkan blogger lain bertapak lebih lama di blog anda  Kemudian aku akan cuba menyusun-atur layout yang  agak bersepah sebelum ini.  Ia dapat memudahkan pengunjung meneroka blog page kita.

    Namun ada perkara yang lebih utama dari perkara-perkara tadi walaupun ia adalah faktor-faktor sampingan yang menarik ramai pengujung.  Merujuk kepada blog otai-otai kebanyakan ringkas tetapi berkesan.  Banyak blogger-blogger berkunjung untuk mengetahui posting terkini tanpa perlu penat berjalan-jalan menjemput melalui "blogwalking". Salah satu blog yang aku respect adalah SaifulIslam.com yang telah memulakan aktiviti blogging pada awal kewujudan blog.  Ketika itu aktiviti blogging masih belum popular.  Aku follow blog ini dari dulu sampai sekarang kerana postingnya amat berkesan dan memberi motivasi dalam kehidupan hari aku.  Setiap entry beliau tak pernah aku terlepas.  Memang ramai pengunjung yang bertandang ke blog beliau setiap hari. Kenapa? Kenapa ini boleh berlaku? Sedangkan aku terpaksa berpenat lelah tercungap-cungap berlari-lari kesana kesini memanggil blogger datang bertandang ke Saljuhumairah.

    Apa yang aku dapat kesan daripada mereka (blogger otai) adalah interaksi atau komunikasi dua hala diantara blogger dan "Author".  Ini terjadi daripada posting yang berguna dan memberi kesan yang mendalam kepada hati pembaca.  Blogger-blogger otai ini bijak menyusun kata-kata dalam berinteraksi dengan audience yang datang dari pelbagai lapis masyarakat.  Adakah ini satu bakat penulisan, aura semulajadi bila mereka mula menaip atau perkara yang boleh dipelajari  dan latih tubi yang mantap selain rajin.
    Kembali semula perubahan yang sedang aku lakukan dalam diri dan blog aku.  Aku aka cuba mengubah teknik atau gaya penulisan yang agak merapu sebelum ini kepada penulisan yang lebih berguna untuk tatapan dan bacaan pengunjung.  Tanpa mengharapkan apa-apa aku cuba untuk menulis dengan lebih berkualiti dari masa kesemasa.  Tak salah rasanya untuk menjadi lebih maju dari sekarang.  Tidak kisah bakat atau aura aku hanya berusaha untuk memperbaiki mutu penulisan supaya berguna dimasa hadapan.  Mungkin hasil tulisan aku di ruang maya ini aka berguna dimasa hadapan selain diselit dengan hiburan-hiburan lirik lagu yang mengisi ruang jiwa aku yang kosong.

    Aku nak berubah.....!!!! InsyaAllah aku cuba....

    umpama mimpi dalam mimpi

    Lirik Lagu Ketika Cinta Bertasbih - MELLY GOESLAW

    Aku baca koleksi Novel Ketika Cinta Bertasbih 1 dan 2 nih rasanya setahun yang lepas.  Karya Habiburrahman El Shirazy memang penuh keberkatan bermula dengan Novel Ayat-ayat Cinta yang telah pun difilemkan...namun agak kurang persamaan dengan messege yang ingin disampaikan.  Baru cukup setahun dah keluar Movie dia, dan filem ini dapat memberi gambaran yang tepat serta hampir sama dengan novelnya.  Lagu temanya berjudul sama dengan tajuk filem.

    Macam biasa soundtrack dari seberang memang mantap.  Ditambah pulak dengan vokal Melly Goewlaw.  Syahdu terasa, seolah-olah ada taman yang dihiasi dengan lampu-lampu yang berwarna warni dan dipenuhi dengan rama-rama yang beterbangan di sudut-sudut taman.

    Ketika Cinta Bertasbih Lyrics

    (Feauring Amee)


    Bertuturlah cinta mengucap satu nama
    Seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku
    Cinta yang bertasbih mengutus hati ini
    Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu

    [*]
    Bisikkan doaku dalam butiran tasbih
    Ku panjatkan pintaku pada Maha Cinta
    Sudah diubun-ubun cinta mengusik rasa
    Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit

    [**]
    Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
    Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
    Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
    Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta

    Back to [*][**]

    Cinta
    Back to [**]

    Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
    Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta
    Ketika cinta bertasbih



    Melly Goeslaw widget by 6L &
    umpama mimpi dalam mimpi

    Friday, April 23, 2010

    MUHASABAH CINTA - Kenapa Kita Suka Cari Kesalahan Orang??

    Majoriti orang sering menunding, mencari-cari apa kesalahan orang lain.  Mulut tidak mudah diam untuk berbicara hal-hal yang menyakitkan dan merosakan hati.  Kalau korang perasan ramai betul sekarang seboleh-boleh dan sedaya upaya mungkin membongkar dan menghebohkan kesalahan yang orang lain lakukan tanpa sedar dan mengaku kesalahan yang diri sendiri pernah buat.

    Macam tu jugak kehidupan sosial didalam organisasi tempat aku kerja sekarang.  Pagi-pagi lagi datang dah dengar bebebal seorang kakitangan yang menceritakan keburukan kakitangan orang lain.

    Tak ada kerja dah ker? Kenapa kita suka mengkaji secara detail kesalahan orang?  Pelik-pelik...apakah yang dah hilang dari diri kita?  Kalau korang perasan aku pun sedang melakukan perkara yang sama dengan apa yang aku bebelkan hari ni.  Aku pun sedang melihat kesalahan dia.  Tengok! Aku sendiri buat apa yang aku bebelkan.  Tak boleh ker kita hidup saling sayang menyayang, cinta mencinta, kasih mengasihani...

    Apa yang tidak kena?  Aku sering jugak mencari-cari apa yang sudah tiada dalam hati kita?  Asal lahir kedunia, suci bersih dan putih.  Dulunya hati kita rapat dan dekat dengan pencipta alam... Sekarang? dah 26 tahun aku wujud.  Aku terasa seolah-olah makin jauh dan meningglkan pergi.  Semuanya berkaitan dengan hati.. Adakah hati aku sakit? 

    Ada bahan bacaan yang aku jumpa berkaitan penawar penyakit hati.  Banyak dibicarakan manusia sekarang sering bimbang dan risau tentang kesihatan fizikal.  Tapi jarang sangat manusia fikir dan bimbang dengan kesihatan rohani iaitu hati.  Aku bukan mahir dalam bidang ini, tapi aku tertarik dengan satu perkataan yang sering dibincangkan dalam penawar hati adalah "CINTA".  Aku masih mencari apa itu kaitan hati dan cinta yang menjadi topik utama dalam kehidupan kita setiap hari?..

    Aku masih mencari..

    Jom kita layan lagu menarik, lirik yang memuhasabah diri aku...






    Edcoustic – Muhasabah Cinta
    Intro  : Dm   C    F
    Bb    Gm  A
    Dm                                 A
    Wahai Pemilik Nyawaku
    Dm                                Gm
    Betapa lemah diriku ini
    C                           F
    Berat ujian dariMu
    Bb                                    A
    Kupasrahkan semua padaMu
    Tuhan baru kusadar
    Indah nikmat sehat itu
    Tak pandai aku bersyukur
    Kini kuharapkan CintaMu
    Reff :
    Gm                                         C
    Kata-kata cinta terucap indah
    F                                         Bb
    Mengalir berdzikir dikidung doaku
    Gm                   A                           Dm
    Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
    Gm                                      C
    Butir-butir cinta air mataku
    F                                            Bb
    Teringat semua yang Kau beri untukku
    Gm                    A                  Bb
    Ampuni khilaf dan salah selama ini ya ilahi
    A                             Dm
    Muhasabah cintaku
    Tuhan kuatkan aku
    Lindungiku dari putus asa
    jika kuharus mati
    Pertemukan aku denganMu


    umpama mimpi dalam mimpi

    Wednesday, April 21, 2010

    Processor AMD Phenom II X4 vs. Intel Core i5 (Penjalan mencari sebuah laptop siri 1)


    Aku masih lagi dalam dilema dalam proses pembelian laptop.  Jika sebelum ini otak  aku masih berputar-putar untuk memilih antara LAPTOP atau DESKTOP.  Setelah dikenalpasti keperluan kerjaya aku yang lebih banyak travel berbanding melepak di office maka aku lebih memerlukan sebuah komputer riba walaupun pada hakikatnya aku lebih meminati untuk memiliki sebuah DESKTOP yang berkuasa tinggi (tahap kuasa kuda).
    Memandangkan kuasa beli dan pendapatan bulanan yang bukan pada tahap orang-orang kaya yang menyalakan api rokok menggunakan duit kertas RM50. aku perlu teliti didalam membuat pemilihan.  Bagi aku perkara utama bagi pemilihan sebuah komputer@laptop adalah processor nya yang berkuasa tinggi.  Ia merupakan teras atau tunggak utama bagi sebuah komputer@laptop.

    Semenjak meninggalkan dunia kolej@hostel, pengetahuan aku agak terhad dan terkebalakang.  Tambahan pula sekarang aku tinggal agak jauh dari bandar.  Seperti yang aku tahu Dua (2) jenama utama processor gergasi yang menguasai pasaran adalah AMD dan Intel. Berdasarkan pembacaan dan maklumat dari kedai-kedai komputer, banyak saranan menyuruh aku menggunakan Processor Intel Core i5. Manakala Processor AMD Phenom IIX4 lebih kepada sebuah desktop yang membuatkan air liur aku meleleh tanpa sedar.  Pening lagi..

    AMD vs. Intel

    Berdasarkan pengalaman lepas, aku dah guna kedua-dua jenis dan jika ditanya yang mana bagus? AMD ker Intel lebih power? Bagi aku setelah beberapa tahun lepas keupayaan (performance) kedua-duanya masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.  Bagi pengguna Intel, mereka lebih selesa dengan daya tahan  lasak dan tahan panas.  Manakala AMD lebih kearah keupayaan grafik.  Semua ini bukanya fakta, tetapi berdasarkan pengalaman kedua-dua PC aku dulu dan hasil bacaan didalam forum-forum diinternet serta video yang diupload oleh pakar di youtube.

    Memang tidak dapat dinafikan keinginan aku untuk sebuah desktop masih lagi membuak-buak.  Namun aku terpaksa mementingkan kerjaya.  InsyaAllah nanti dah banyak duit aku kumpul baru nak beli sebuah desktop yang power gila.  Dan pada pihak aku yang jahil bab komputer nih, aku memilih AMD dari Intel.  Sebab boleh main game tanpa sekatan.  Pengalaman dulu lah!  Desktop AMD aku menyebabkan aku dapat mencipta rekod peribadi main game tanpa henti selama 12 jam.

    Kat sini aku nak share 2 video di youtube yang compare antara kedua-dua jenis processor ini.  Mungkin pengguna atau peminat Intel bakal naik darah.  Tapi masing-masing ada keselesaan sendiri yang mana lebih sesuai.. Layan video nih. 




    AMD vs. INTEL - DUAL CORE STRESS TEST! cool new!!


    Blogger-blogger yang hebat-hebat....bantu aku dan tolong aku. AMD vs Intel?
    Keputusan pemilihan process aku bagi tahu nanti... Jasa korang amat aku hargai...

    umpama mimpi dalam mimpi

    Monday, April 19, 2010

    DON'T JUDGE A NOTEBOOK BY IT COVER...??

    Assalamualaikum w.b.t.

    Hari ini, aku mulakan posting dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.. Setelah 3 hari aku tak berhadapan dengan blog kerana sibuk dengan dengan kerja-kerja yang tertangguh:-
    • Mesyuarat Jawatan Kuasa Akademik
    • Mesyuarat Akademik
    • Jadualwaktu Kuliah
    • Travel ke Shah Alam dengan misi yang penting.
    • dll
    Sibuk sangatkah aku? Sibuk ker ar? aku fikir, aku lah orang yang paling sibuk..tak ada lagi dalam dunia ni yang paling sibuk melainkan aku.  
    Ya..sibuk dengan fana yang bakal musnah dan lupa alam selepas yang akan kekal sempurna...

    Aku fikir-fikir, aku teliti semula....aku check semua...ada yang tidak kena dengan jiwa aku sejak kebelakangan ini.  Terlalu banyak berangan sehingga aku sibuk dengan semua benda yang tiada apa-apa.  Sehingga aku terlupa yang mana utama, yang mana penting, yang mana patut disibukkan lagi..

    So aku rasa ada benda yang patut diubah. Ada perkara yang perlu dimurnikan.

    Aku ingin berjalan...terus berjalan dan berjalan lagi... so..aku mengambil keputusan untuk meninggalkan ia pergi...membiarkan ia menjadi sejarah didalam memori yang lalu.  Da' Next Level aku telah tiada.  Kalau sapa-sapa yang sering berkunjung ke saljuhumairah.blogspot.com mungkin akan perasan yang aku dah ubah template... ya, aku telah berubah.  Bagi aku, blog menggambarkan situasi tuan empunya.  Keputusan yang aku tetapkan adalah meninggalkan kegelapan lalu menuju mencari pencerahan.... Moga aku tidak lagi lupa, lalai dan busy dengan kerja-kerja dunia yang bakal musnah tak lama lagi.

    tinggalkan saja kenangan itu disini..
    Da' Next Level 

    Ya! aku nak berubah...namun perjuangan blogging tetap akan diteruskan....terima kasih kepada blogger2 yang sering berkunjung ke saljuhumairah.blogspot.com walaupun hari yang aku tak update. Terima kasih kerana menyokong perjuangan aku menulis blog.  Kunjungan korang semua menunjukkan tanda sokongan korang.  Tq...

    Aku fikir lagi..Kenapa aku menulis blog? Kenapa aku create blog nih dulu ar? Nanti ar aku jawab kemudian.... terasa macam nak berblog dengan cara yang lebih berfaedah lah pulak...

    walaupun dalam kesbukan yang dibuat2..sempat lagi aku tukar template..hehe..hehehe.. stress baru lepas meeting...lepas ni kena persiapkan diri dengan peperiksaan akhir pelajar pulak...

    Topik lain..
    Aku dalam proses nak beli sebuah laptop peribadi tanpa menggunakan pejabat punya.  Tujuan utama adalah untuk melancarkan lagi urusan kerja-kerja pejabat aku yang banyak tertangguh yang sering aku bawa balik ke rumah.

    Korang ada cadangan ker? Baru-baru ni aku ada pergi ke PC-COM Kota Bharu di KBMALL.. Banyak yang menarik perhatian.  Cuma aku betul-betul 'confuse' dengan jenama mana yang terbaik dan peningkatan kuasa processor yang terlalu banyak pilihan.  Semuanya memeningkan aku.

    Setakat ini aku hanya membuat short listed hanya 3 jenama yang aku berminat dan mampu untuk dimiliki iaitu:-
    • HP
    • ACER
    • TOSHIBA
    Selain itu aku jugak ada dapatkan senarai lengkap harga dan butiran terikini notebook dari beberapa kedai di Lowyat.net.  Cuma sekarang aku betol2 pening jenama mana yang terbaik untuk dimiliki?

    Senarai harga terkini (19/April/2010) notebook. click untuk download..

    http://images.lowyat.net/pricelist/aoneplus_laptop.pdf
    http://images.lowyat.net/pricelist/czone_notebook.pdf
    http://images.lowyat.net/pricelist/cycom_notebook.pdf

    http://images.lowyat.net/pricelist/startec_notebook.pdf
    So..aku masih dalam dilema...mana yang terbaik....

    umpama mimpi dalam mimpi

    Saturday, April 17, 2010

    Lirik Lagu Extravaganza – Bunkface

    Setiap lagu dari band Bunkface mesti ada kelainan dan pembaharuan.  Kekadang lirik diorang nih banyak motivasi.
    Lirik Lagu Extravaganza – Bunkface
    Semangat baru..
    Perjuangan yang satu
    Dan matlamat hidupku..
    Hanya untukmu..
    Tapi keadaanmu..
    Berikan aku..
    Berikan aku satu petanda..
    Prasangka.. Aku kalah……
    Rasa resah jangan kau percaya..
    Dalam hatimu.. (dalam hatimu)
    Rasa resah jangan kau percaya..
    Kata hatimu.. (kata hatimu)
    .
    Wo oh oh
    wo oh oh
    wo oh oh
    wo oh oh
    Persepsi diri..
    Ada maksud sendiri..
    Dan propaganda ku rasa..
    Luar biasa….
    Tapi keadaanmu..
    Berikan aku..
    Berikan aku satu petanda..
    Prasangka.. Aku kalah lagi……
    Korus:
    Rasa resah jangan kau percaya..
    Dalam hatimu.. (dalam hatimu)
    Rasa resah jangan kau percaya..
    Kata hatimu.. (kata hatimu)
    Wo oh oh
    wo oh oh
    wo oh oh
    wo oh oh
    Extravaganza
    Extravaganza
    Extravaganza
    Extravaganza
    Rasa resah jangan kau percaya..
    Dalam hatimu.. (dalam hatimu)
    Rasa resah jangan kau percaya..
    (kata hatimu)
    wo oh oh
    wo oh oh
    wo oh oh
    wo oh oh


    umpama mimpi dalam mimpi

    Cerita Terbaru

    Kemaskini Senarai Blog 2011 [klik gambar dibawah]

    Kemaskini Senarai Blog 2011 [klik gambar dibawah]
    Sapa nak nak masuk dalam senari blog saljuhumairah 2011 sila tinggalkan link korang
    Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger