Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 28, 2010

Apa Blogger Terlampau buat depan PC DI HARI CUTI?

Apa korang buat waktu cuti ar? Selasa dan Rabu lepas, aku cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan, tak tahu apa nak buat. Selalunya aku akan pergi jalan-jalan ke Kota Bharu atau makan ikan bakar fresh di Tok Bali.  
Tapi cuti kali ni tinggal aku sorang-sorang jer.  Almaklumlah kampung aku jauh, so semua orang kat sini balik kampung masing-masing.  Sunyi jer terasa...nak pegi mana-mana tak ada kawan. Selalunya hari-hari begini kerja.  So sebagai blogger taraf tadika, ni jer jer perkara yang aku buat dari pagi sampai petang, dan malam posting new entry seterusnya tido.
1.  Bangun pagi, perkara pertama sebelum gosok adalah check trafik kat Nuffnang dulu dan senyum sampai ke telinga.  Graf bar ada yang naik, ada yang turun.
Alhamdulillah masih ramai blogger yang datang berkunjung..aku amat hargai sangat2 walaupun silent reader atau menyatakan hye di bahagian chatbox.  InsyAllah aku akan berkunjung ke blog yang meninggalkan jejak.
2.  Kemudian, aku akan bukak blog aku sendiri saljuhumairah

Sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan 30 Mac

Hari ni sunyi jer rasa,
Tak ramai orang yang datang, Tak ada orang yang bertandang, Tak ada orang lalu lalang.. Rupa-rupanya ramai sungguh orang sambung cuti 5 hari terus.. Aku jer masih disini....menunggu sebab tak dapat balik kampung...huhu..Sedih betul lah.. 2 Hari kitorang cuti Selasa dan Rabu.. Ramai orang Sambung terus sampai hari sabtu...


Selalunya kalau hari keputeraan Sultan Kelantan disambung, mesti ada lampung hiasan dipintu gerbang jalan yang sangat cantik diwaktu malam.  Tapi aku tak sempat nak pergi ke Kota Bharu kali ini.




Nik Rasanya pintu gerbang ke Airport.
Sumber : GoogleSumber: GoogleSumber : http://www.bharian.com.my/articles/SambutanHariKeputeraanSultanKelantan30Mac/Article/
Sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan 30 Mac

2010/03/21KOTA BHARU: Sambutan Hari Keputeraan ke-60 Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra, diteruskan dengan acara penganugerahan diadakan pada 30 Mac ini. 

Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, berkata penganugerahan itu akan diteruskan sempena…

SENARAI LAGU TERBAIK KUMPULAN DEWA 19 BESERTA LIRIK

Masing-masing ada kenangan dan kenangan aku adalah lagu-lagu Dewa 19.

Aku tak pasti kenapa, pertama kali aku mendengar alunan irama dan lirik lagu yang ada roh dari kumpulan Dewa 19 (Offical Web Site untuk baladewa : http://dewa19.com ) terus jatuh hati.  Masa tu baru SPM.  Lagu pertama yang membuatkan aku mengumpul koleksi-koleksi lagu dewa adalah Roman Picisan.  Lagu dan lirik terbaik bagi aku adalah Dua Sejoli dan Arjuna, tapi rasanya semua lagu Dewa 19 memang terbaik yang kebanyakannya dihasilkan oleh komposer seberang yang terkenal Ahmad Dhani.(Ahmad Dhani pun dah ada blog sendiri : http://ahmaddhani.seleb.tv) Disini aku senaraikan lagu-lagu terbaik dan lirik kumpulan Dewa 19 yang aku rasa menjadi lagenda dalam sejarah zaman pengajian aku.  Bila dengar lagu-lagu ni membuatkan mengimbau semula nostalgia zaman pengajian yang seolah-olah baru semalam aku tempuhi.

Click Untuk memaparkan Lirik Lagu tersebut.(Sumber ; http://www.lyricsfire.com/viewlyrics/Dewa-19/Dua-Sejoli-lyrics.htm) …

Apa yang Pompuan Tak Suka?

Seperti yang aku janjikan pada posting yang lepas, Entry berkaitan Apa yang Pompuan tak Suka? telah aku fikir-fikirkan...Memandangkan aku bukan seorang perempuan dan  belum ada isteri, aku tak dapat nak buat kajian lebih terperinci berkaitan naluri seorang yang bernama perempuan. 
So aku hanya menyenaraikan beberapa perkara hasil pemantauan, pembacaan dan sedikit sesi interview bersama rakan-rakan Apa yang lelaki jangan buat?  Kalau hendak diikutkan, terlalu banyak perkara yang perempuan tak suka...:
Jangan jadi terlampau pengecut/takut sbb perempuan tak suka kalau seorang lelaki yang tidak boleh menjadi pemimpin kepada dia.Jangan terlalu ego didalam semua situasi yang mana kadang-kadang lelaki perlua juga menonjolkan perasaan lemah lembut.Jangan terlalu mengongkong dalam semua aspek sehingga semua perkara perlu dipantau..tetapi dah dijadikan yang lelaki perlu menjaga perempuan,,kenalah pantau..Jangan suka "cuci mata" dihadapan dia, pantang betol perempuan kalau lelaki jeling…

Apa Yang Lelaki Tidak Suka VS Apa Yang Perempuan Patut Buat

Lelaki dan Perempuan begitu banyak perbezaan walaupun hakikatnya memang semua orang tahu lelaki dan perempuan boleh hidup bersama atas asas perbezaan tersebut.  Realitinya lelaki dan perempuan sering bertelagah diantara satu sama lain kerana perbezaan-perbezaan yang sememangnya semulajadi.

Oleh itu, jika semua lelaki dan perempuan sering mencari perbezaan masing-masing dunia tidak akan aman.  Kita patut sedar yang perbezaan antara lelaki dan perempuan lah yang mewujudkan keseimbangan alam.  Disebabkan perbezaan jugak, genarasi bertambah atau anak dilahirkan.  Namun, tetap jugak berlaku perkelahian antara lelaki dan perempuan.  Ini kerana ramai yang jarang mencari titip persamaan antara lelaki dan perempuan.  Kita tidak sedar yang kadang-kadang disebabkan satu titik persamaan yang kecil akan memusnahkan berjuta-juta perbezaan yang lain dan seterusnya lelaki dan perempuan dapat hidup bersama didunia.

Aku sering membuat diri sendiri sebagai bahan kajian terhadap apa-apa masalah.  Sejak 2…

Follow Up Buat Duit dengan Enjin Pencari MYLOOK

Beberapa hari yang lepas, satu entry ( berkaitan Enjin Pencari (Mylook) yang boleh menjana duit.  Dimana kita hanya perlu menggunakan enjin pencari ini limited 5kali jer sehari dan promote kepada kawan-kawan untuk register jugak.  Enjin pencari ini menawarkan bayaran sebanyak $0.22 sen setiap kali kita  searching.

Pada awalnya sedikit keraguan terdetik dihati. Namun, setelah 2 hari aku register aku check semula akaun dan mendapati nilai earning telah bertambah.  Walaupun agak sedikit, keraguan dihati semakin pudar.  Namun teknik penjanaan kewangan melalui enjin pencari ini masih lagi didalam proses kajian.  Sila rujuk semula entry lepas disini.

Setakat ini aku hanya dapat earning sebanyak $3.74 jer. Jika sapa-sapa yang dah register boleh lah tengok balik korang punya share di MYLOOK.



umpama mimpi dalam mimpi

KELEBIHAN / KEBAIKAN KAD KREDIT

Kad Kredit! Yeah, Masih lagi berkaitan dengan posting lepas.  Thanks to all blogger yang respond dengan isu Kad Kredit yang aku bincangkan semalam.  Sedikit sebanyak komen-komen blogger2 dapat mempengaruhi aku didalam membuat keputusan Ya atau Tidak untuk kad kredit. 

Dalam entry semalam bertubi-tubi aku memberi hentaman terhadap penggunaan kad kredit dalam kehidupan kita.  Tanpa ada belas aku membelasah cukup-cukup dengan menceritakan keburukan-keburukan sekiranya mengguna kad kredit tanpa memandang mahupun menjeling sedikit pun dari sudut positif.  Aku cuba menyekat perbincangan semalam dengan memihak secara berlebih-lebihan dari sudut pandangan negatif.  
Sebenarnya setiap ciptaan masing-masing ada kelebihan dan kelemahan yang tersendiri.  Bergantung kepada penilaian kita sendiri. Hari ini, aku cuba menyenaraikan beberapa kelebihan dan kebaikan kad kredit.  Mungkin ada tambahan dari blogger-blogger yang lebih berpengalaman.  Ini hanya sedikit hasil "brainstorming" aku yang …

Bagus ker kalau guna kad kredit?

Bagus ker kalau guna kad kredit? Persoalan yang sering kali menerjah ke minda aku walau kadang-kadang ia hilang ditelan kesibukan dunia.  Sebenarnya aku didalam dilema, nak guna ke tak nak?
Rata-rata member-member yang sama grad  dengan aku kebanyakannya suma dah pakai kad kredit.  Kelihatan kad kredit seolah-olah sudah menjadi keperluan didalam kehidupan yang palsu ini, bukan lagi kehendak.  Pada hemat aku jugak, penggunaan kad kredit adalah ketagihan berhutang untuk hidup dengan kemewahan dan kemegahan tanpa sanggup bersusah payah dan malas untuk memikirkan cabaran serta menyelesaikan masalah dengan cara mudah.  
KAD KREDIT ;   "PROSES MENANGGUHKAN MASALAH SEKARANG UNTUK DIKUMPULKAN DAN DATANG SEMULA DIMASA HADAPAN"

Majoriti pengguna kad kredit memandang kehidupan didunia adalah untuk bersenang-senang dan bagi aku, bila kita guna kad kredit, kita hidup dengan penuh lakonan dan hipokrit.  Yelah, bila kita menghadapi masalah kewangan, kita selesaikan dengan cara berhutang deng…