Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 17, 2010

Masa untuk Berbengkel Untuk ISO 9001:2008

Banyak giler PEMILIKAN PROSEDUR PENGURUSAN yang aku dapat.  Rasa tak tertanggung bagi memegang amanah tersebut.  Prosedur yang dicipta belum tentu aku berjaya melaksakan apatah lagi aku nak menjawab dengan Auditor.  Itu Auditor aku dah bergoyang lutut, kalau di depan Allah s.w.t. nanti??

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah bantu lah aku memegang amanah ini dengan penuh tanggungjawab..

BENGKEL SEMAK SEMULA DAN PEMURNIAN PROSEDUR PENGURUSAN DAN PROSEDUR OPERASI KUALITI UiTM KELANTAN 2010.

Unit Pengurusan Kualiti, Bahagian Penyelidikan & Jaringan Industri mengadakan Bengkel Semak Semula Dan Pemurnian Prosedur Pengurusan dan Prosedur Operasi Kualiti UiTM Kelantan 2010

Tarikh : 21-23 Januari 2010 (Khamis - Sabtu)
Masa : Seperti didalam Tentatif yang dilampirkan
Tempat : Hotel UiTM Dungun, Terengganu

Bengkel ini adalah selaras dengan Audit Pengawasan dan Audit Persijilan Semula ISO 9001:2008 yang akan berlangsung pada 14-15 Mac 2010

Kesimpulan program: 
Khamis Malam Taklimat Bengkel dan perasm…

MANAJEMEN MENANGIS - DR. BENI KURNIAWAN & ISTIMEWA BUAT IBU

Dah lama rasanya aku tidak dikurniakan perasaan menangis dan sebak.  Semenjak faham dan mengenali dunia yang penuh cabaran ini, seingat aku, perasaan sebak dan menangis aku hanyalah berpunca dari seorang wanita yang sangat aku cintai dan rindui "MAK".  Ya, mak aku sendiri, selain dari beliau tidak pernah aku rasa kenikmatan menangis dan sebak yang amat sangat. Bagi aku, aku mempunyai hak untuk menangis seperti mana wanita-wanita dan makhluk-makhluk lain yang dikurniakan perasaan menangis walaupun keegoan seorang lelaki cukup tebal dalam jiwa hitam aku.  Namun aku bangga menjadi seorang lelaki yang menangis.  Sebab menangis tidak boleh dibuat-buat sesuka hati atau berharap ia datang dengan sendiri.


Rasa-rasanya dah lama aku tidak melukiskan coretan mengenai buku-buku atau novel-novel yang dulu nya menjadi topik bualan utama coretan LUKISAN PENA@SALJUHUMAIRAH.  Rindu ayng menebal terhadap makhluk yang dinamakan buku membuatkan aku seriang menyimpan dendam dan memendam rasa terh…