Followers

Fan Page Facebook

Sunday, January 31, 2010

Kenapa Aku Nak Cemerlang?Korang Rasa?

Aku pernah baca satu buku motivasi keluaran PTS. Tajuk buku tersebut "POSITIF UNTUK BERJAYA".  Salah satu bab yang dibincangkan adalah Kenapa kita mesti cemerlang.  Antara salah satu sebab yang berkaitan dengan diri aku adalah:-
  • Kerana hendak maju dan meningkatkan taraf hidup.
  • Hendak menjana sumber kewangan.
  • Hendak senang dalam hidup dipaksa berjaya contohnya desakan ibu bapa supaya kita cemerlang dalam exam dan kerjaya.
dan banyak lagi...tapi aku rasa 3 list yang diatas adalah sebab utama bagi diri aku untuk cemerlang.  tapi setiap kecemerlangan yang hendak dicapai memerlukan motivasi.  Walaupun untuk cemerlang dalam menulis blog.  Setiap benda perlu cemerlang sebab walau apapun jawapannya, semua benda yang kita buat kita perlu berjaya. Mana ada orang buat sesuatu perkara untuk gagal.  Cuma berani atau tidak kita untuk menghadpai kegagalan.  So...tanpa motivasi yang tinggi sukar untuk kita mencapai objektif cemerlang.  Sebab tu kadang-kadang aku malas nak update blog. Sebab tak ada motivasi dalam diri. Sesetengah orang menganggap remeh perkara kecil ni. 
So kat sini dalam buku yang aku baca, ada menerangkan seseorang individu itu dapat dibahagikan dalam 3 golongan iaitu bermotivasi intrinstik, bermotivasi ekstrinsik atau tidak bermotivasi.  Bagi diri aku yang kecik ni, aku tergolong dalam ketiga-tiga golongan yang berubah-ubah mengikut situasi.  Nanti, aku akan terangkan lebih mendalam ketiga-tiga golongan ni.  Aku cuba memotivasikan diri balik waktu aku pergi jalan di pantai berhdapan UiTM Dungu, Terengganu semasa bengkel persediaan ISO (Prosedur Kerja) UiTM Kelantan di hotel UiTM Dungun. Beberapa shoot yang aku sempat ambil semasa berjalan-jalan di persisiran pantai dengan Mr. Lim (Pensyarah Akademi Bahasa)
Aku rasa motivsi dalam diri aku sedikit meningkat bila mendengar ombak menghempas pantai.

umpama mimpi dalam mimpi

Saturday, January 30, 2010

TOP-UP Percuma...Cepat-cepat sebelum orang lain Ragut

Yeah! Mesti blogger-blogger yang membaca tajuk entry nih tak percaya.  Top-up percuma dari saljuhumairah !!!  Dah buang tabiat ker aku ni.

Yes memang aku nak kasi hadiah Top-up percuma untuk geng-geng blogger yang cepat dan tangkas. Kepada blogger yang menjadi pembaca pertama entry nih bakal mendapat top-up percuma dari aku.  Maknanya kepada blogger yang lambat bertindak, terlepaslah peluang untuk dapat top-up free nih. Sebab ada satu jer...yang aku tawarkan

Sebenarnya ada al-kisah sedih disebalik hadiah top-up ni.  Aku pun bukannya kaya sangat nak bagi free top-up.  Makan gaji bulan-bulan jer. Rasanya towkey kedai top-up pon tak bagi hadiah top-up percuma kat customer-customer dia.

Kisahnya begini, malam semalam lepas balik bercanda dari Pantai TOk Bali Pasir Puteh, aku godek-godek handphone lama dalam beg.  Aku terjumpa simcard yang aku rasa aku beli 2tahun lepas.  Tapi, disebabkan aku dah berpindah ke Kelantan selepas dapat kerja baru.  Aku telah meninggalkan no nih sunyi dan sepi sendirian.  Tambahan pulak handset (Nokia 5300 ) masa tuh kerap tidak sihat sehingga merasakan ingin dicampak ke dalam gaung di puncak banjaran titwangsa (tempat aku stop setiap kali balik Kampung ikut Grik).  Atau nak kasi gajah yang lalu lalang di Grik pijak sehingga lumat.  Tapi sayang lah plak.  So, aku pun simpan elok-elok lebih kurang setahun sehingga semalam aku on balik guna handset jenis CSL (ayah aku punya, dia dah tak pakai sebab aku kasi yang  lain kat dia).  Tapi malang sungguh, tak boleh buat panggilan.  Sayangnya kredit dalam tuh banyak lagi (tak yah lah bagi tau berapa jumlah, nanti korang curi plak handset tu).

Rugi lah plak, kalau aku hidupkan balik, boleh call awek ker..takpun kacau awek orang lain ker.

Dengan penuh keyakinan, aku pun bergerak pantas menaiki kenderaan yang dipanggil arnah oleh adik aku menuju ke kedai top-up diluar UiTM.  Aku pun mintak top-up RM10 jer dengan penuh harapan dapat hidupkan line balik.  Terbayang-bayang nak call awek yang mana dulu... Lepas simpan kad Top-up tadi dalam wallet, aku pun bergegas pegi kedai minum, lepak dengan member-member.

Balik umah, aku pun gores dan menang. Eh,! bukan gores kad top-up tadi nak key-in dalam handset. Malang seribu kali malang, aku cuba sehingga 38 kali tetap tidak berjaya sebab line aku tuh dah sampai tarikh luput.  Terpaksalah aku pergi UMOBILE center yang jauh nun di Time Square Kuala Lumpur untuk hidupkan kembali No. aku nih.. Kelantan - KL. Jauhnya, bila la aku dapat pergi.

So, bagi menghargai blogger2 yang menjadi pembaca pertama entry nih, aku hadiahkan no. pin kad Top-UP nih... Nilai dia hanya RM10 jer. Tapi tetap bernilaikan.... Ada tapi lagi, Top-Up nih hanyalah untuk UMOBILE.  Aku beli top-up UMOBILE nih dulu saja jer.... Tapi dah tak boleh pakai line nih, aku bagi kat sapa-sapa yang bertuah.   

Siapa cepat dia dapat!! aku yakin dan pasti, tak ramai sangat blogger yang guna prepaid jenis nih.  Tapi bertuah lah sapa yang ada, kalau member korang ada, bagi lah kat dia.  Sapa-sapa yang dah berjaya Top-Up bagi tahu aku. Senang aku nak maklumkan bahawa top-up nih dah ada orang guna.  Tapi kalau memang tak de orang guna UMOBILE, korang share kat blog korang..kot-kot ada pembaca blog korang ada yang guna UMOBILE.


no. nya..0833 8906 3641 10

umpama mimpi dalam mimpi

Baru Faham Macam Mana Nak Bantu Adik Ammar

Mula-mula dok tengok banyak banner bantu Adik Ammar...
Dan tak tahu macam mana banner tuh bleh bantu adik Ammar..

Lepas godek-godek dan baca entry dari blog Noor Afzan baru lah clear...rupa-rupanya nuffnang akan pantau blog-blog yang meletakkan banner tuh kat dalam setiap blog. Dan setiap blog yang ada banner nih, akan diber RM1.

Lalu aku pun copy and paste post entry dari blog Noor Afzan nih..


 

So..sama-samalah kita meramaikan lagi membantu adik ammar dengan penuh ikhlas dan mudah.
Salam sejahtera semua.
Sekali lagi atas rasa tanggungjawab sesama insan, saya rasa terpanggil sekali lagi untuk meneruskan kempen Blogger We Care. Kali ini kita mempunyai kesempatan untuk membantu adik Ammar yang menghidapi penyakit jantung (PDA) sedangkan adik ini baru berusia 2 tahun!
Boleh hayati kisah ini lebih lanjut di blog Puan Asmaniza: Ammar Oh Ammar.
Setiap blog yang meletakkan ribbon di atas akan menjana RM1 kepada adik Ammar.
Ikut langkah ini:

  1. Copy dan paste ribbon diatas.
  2. Letakkan di blog masing-masing samada di sidebar or mana2 yg visible.
  3. Anda boleh resize saiz ribbon itu untuk kesesuaian blog anda.
  4. Biarkan ribbon tu selama seminggu di blog masing2 sehingga 1/2/2010
  5. Maklumkan kepada saya melalui komentar di bawah bahawa anda dah letakkan ribbon tersebut
  6. boleh juga maklum melalui twitter @kbsoccernet
  7. Follow Facebook Blogger We Care di sini untuk maklumat terkini kisah adik Ammar.


Moga usaha kita yang kecil ini mendapat keberkatan dan rahmat daripada-Nya

p/s: Blogger – I Care, You Care, We Care

umpama mimpi dalam mimpi

Wednesday, January 27, 2010

contesta gundammersz siri 1 [Aku Join Lagi Contest-sepcial untuk uncle]

Bosan betul dengan kesibukan kerja yang bertambah-tambah.  Dulu-dulu sebelum nih aku bosan sebab tak de kerja...tapi bila dah dapat ker?????Untuk hari ni sahaja 3 jenis meeting berbeza yang aku masuk.  Pening kepala dan serabut minda.  Tak tau nak fikir yang mana nak fikir dulu..

Lepas maghrib, macam biasa lah..jadi "silent blogwalking".  Baca entry-entry, posting-posting yang menarik untuk buka minda sikit dengan pandangan-pandangan orang lain. Nak post entry baru? Banyak sangat, janji dengan student nak buat entry tentang modul pelajar HEP pun tak buat lagi. Nak upload gambr-gambar modul dalam facebook pun belum lagi. Lastly aku buat keputusan join CONTEST GUNDAMMERSZ oleh blogger tegar UNCLE...posting paling mudah. Tak payah nak tunggu upload gambar.

Tengok macam mudah jer....tapi yang penting UNCLE janji nak kasi GUNDAM SET.  Yeah...UNCLE, mesti kasi gua GUNDAM SET tuh.. Gua dah join contest you.

So aku paste jer posting UNCLE kat sini.  Sapa nak join contest nih dan nak berebut gundam set gak bleh lah click kat link blog UNCLE nih.


new contesta dari uncle
-------------------------------------------------------------


setiap janji akan ditunaikan. korang mesti tertunggu2 apa
buah tangan dari unlce.
hahaha setakat uncle termampu.. segala skill dan kemahiran
berserta minat uncle yg begitu mendalam mengenai hobi
akan diterjemah dalam contesta ini.

------------------------------------------------------------
cara penyertaan?
senang jer..nampak mini banner kat bawah?
 
jgn risau peraduan ini berupa "sticky mode"
biler abis tarikh luput korang boleh buang
tapi uncle nak kc tau setiap bulan uncle nak buat contesta ni
hahahah korang letak ler banner uncle ni
sampai ke tua ek


cara-caranya


1. dah baca entry ni..korang save banner kat atas dan buat link " address uncle"

2. letak lah kat mana pun janji uncle nampak dan orang ramai nampak heheh

3. biarkan banner sehingga 2 minggu mulai tarikh sekarang hingga 10 Februari 2010

4. dan jgn lupa letak link korang kat comment uncle kat entri ini!!! (itu syarat utama tau!)

nak menang?
dengan cara cabutan bertuah.
uncle tidak berkompromi jik ada yg coba senget2 kat uncle,
menagih cinta sejati ke apa ke sebab bini uncle jadi hakim bersama .
selepas contest boleh laaa hahahah
keputusan hakim adalah muktamad dan
urusan cabutan bertuah akan dibuat secara telus.

hadiahnyer????
hadiahnya jika anda penggemar atau pengumpul model gundam.
inilah hadiah ekslusif untuk anda. hasil secara
langsung uncle bermula pada hari ni..uncle akan membuatnya sehingga
ke tamat tarikh yg diberikan.
uncle akan berikan camtu jer
tanpa mengena kan sebarang cas terselindung
dan dijamin sampai ke tangan korang tanpa scam !!

tak tau apa itu gundam?? klik sini

hahahah ikuti perjalanan uncle membuat gundam bermula
pada esok atau lusa..kepada yg berminat nak belajar..ini lah masa nya uncle curahkan kasih ehh silap..ilmu cara membuat model gundam dengan cepat dan chantek. ingat..tarikh tutup..


tarikh tutup 10 Feb 2010
-----------------------------------------------
Jom kita join ramai-ramai..support contest click kat : UNCLE



umpama mimpi dalam mimpi

Monday, January 25, 2010

JOM KITA MAKAN-MAKAN DAN TERUS MAKAN

Pagi tadi aku masuk pejabat lewat gila.  Mungkin penat tahap gaban balik dari Bengkel ISO di Hotel UiTM Dungun masih belum hilang.  Imbas kembali, sebelum aku buat keputusan nak pegi office pagi tadi, sempat aku sidai baju yang telah berjaya di kumpul sebelum aku pegi Dungun lagi... Pastu layan game zombie kejap sambil makan sotong salai campur gula yang sempat aku beli dalam perjalanan pulang semalam... Kejap jer rasa..lastly aku thumb print masuk pejabat pukul 12Tengah Hari..Patut dapat Cuti Tanpa Rekod sehari..tapi bosan giler mundar-mandir kat rumah.. Sorry to all blogger, aku tak sempat nak masuk Geng Blogger dan post entry baru.. Nant aku cuba masukkan gambar2 yang aku snap di Hotel UiTM Dungun.

Penat ber ISO aku layan e-mail2 yang dah beberapa hari tertangguh.  Harapan aku sebelum bukak e-mail sama jer...jangan ada projek urgent yang memaksa aku jadi serabut penuh kekalutan... Kat sini aku nak share gambar yang aku rembat dari satu e-mail nih...terkejut jugak aku bile bukak..tak pasti sumber ni dari mana..tapi aku bukak nak promosi, tapi just nak share perasaa aku jer..aku rasa memang orang yang send e-mail nih nak bagitau semua orang kot sebab tu dia wat spam..layan je lah..


























umpama mimpi dalam mimpi

Friday, January 22, 2010

Masa untuk Berbengkel Untuk ISO 9001:2008

Banyak giler PEMILIKAN PROSEDUR PENGURUSAN yang aku dapat.  Rasa tak tertanggung bagi memegang amanah tersebut.  Prosedur yang dicipta belum tentu aku berjaya melaksakan apatah lagi aku nak menjawab dengan Auditor.  Itu Auditor aku dah bergoyang lutut, kalau di depan Allah s.w.t. nanti??

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah bantu lah aku memegang amanah ini dengan penuh tanggungjawab..

BENGKEL SEMAK SEMULA DAN PEMURNIAN PROSEDUR PENGURUSAN DAN PROSEDUR OPERASI KUALITI UiTM KELANTAN 2010.

Unit Pengurusan Kualiti, Bahagian Penyelidikan & Jaringan Industri mengadakan Bengkel Semak Semula Dan Pemurnian Prosedur Pengurusan dan Prosedur Operasi Kualiti UiTM Kelantan 2010

Tarikh : 21-23 Januari 2010 (Khamis - Sabtu)
Masa : Seperti didalam Tentatif yang dilampirkan
Tempat : Hotel UiTM Dungun, Terengganu

Bengkel ini adalah selaras dengan Audit Pengawasan dan Audit Persijilan Semula ISO 9001:2008 yang akan berlangsung pada 14-15 Mac 2010


Kesimpulan program: 
Khamis Malam Taklimat Bengkel dan perasmian, pastu Jumaat Bengkel bermula pukul 8:00pagi sampai malam  dan Hari Sabtu pembentangan Prosedur sampai pukul 12:45t/hari. Pukul 2petang bergerak balik ke UiTM Kelantan.


Penant-penat...hari ahad masuk kerja balik.

 umpama mimpi dalam mimpi

Monday, January 18, 2010

MANAJEMEN MENANGIS - DR. BENI KURNIAWAN & ISTIMEWA BUAT IBU

Dah lama rasanya aku tidak dikurniakan perasaan menangis dan sebak.  Semenjak faham dan mengenali dunia yang penuh cabaran ini, seingat aku, perasaan sebak dan menangis aku hanyalah berpunca dari seorang wanita yang sangat aku cintai dan rindui "MAK".  Ya, mak aku sendiri, selain dari beliau tidak pernah aku rasa kenikmatan menangis dan sebak yang amat sangat. Bagi aku, aku mempunyai hak untuk menangis seperti mana wanita-wanita dan makhluk-makhluk lain yang dikurniakan perasaan menangis walaupun keegoan seorang lelaki cukup tebal dalam jiwa hitam aku.  Namun aku bangga menjadi seorang lelaki yang menangis.  Sebab menangis tidak boleh dibuat-buat sesuka hati atau berharap ia datang dengan sendiri.


Rasa-rasanya dah lama aku tidak melukiskan coretan mengenai buku-buku atau novel-novel yang dulu nya menjadi topik bualan utama coretan LUKISAN PENA@SALJUHUMAIRAH.  Rindu ayng menebal terhadap makhluk yang dinamakan buku membuatkan aku seriang menyimpan dendam dan memendam rasa terhadap makhluk itu "B.U.K.U".


Posting kali ini aku ingin mempromosikan sebuah buku bertajuk MANAJEMIN MENANGIS dari seberang (Indonesia) hasil nukilan DR. BENI KURNIAWAN.
Buku bernilai ini dipinjamkan oleh sahabat yang juga seorang Imam iaitu Ustaz Miqdat Aswad@Muqay.  Buku ini datang ke dalam hidup aku betul-betul sesuai dengan situasi aku yang pada permulaanya hanya memandang sebelah mata terhadapnya.  Permulaan ayatnya sudah membuatkan aku betul-betul mengharapkan kurniaan aliran air mata aku mengalir dan bertambah-tambah harapan sehingga penghujung bicara.  Konsep yang dan teknik penulisan Dr. Beni Kurniawanmesage yang ingin disampaikan dapat aku hadam dengan kefahaman sendiri.  Keseluruhan bicara lebih menjurus kepada ilmu tasawuf yang luas tapi diperjelaskan dan menambah tarikan dengan selitan kisah-kisah para sahabaat dan tabi'in selain peristiwa benar yang berlaku di Indonesia. membuatkan aku sayang untuk menutup buku ini bagi menamatkan pembacaan.  Pembacaan aku menjadi penuh teliti dan proses penghadaman juga agak perlahan kerana bahasa yang digunakan adalah Indonesia.  Walaupun agak merangkak, maksud dan


Petikan berguna dari buku ini yang memberi kesan "Maka menangislah sekarang sebelum terlambat, untuk memohon ampunan kepada Allah, selagi kita masih bisa menangis. Dan berbuatlah sesuatu sekarang, yang akan membuat orang menangis sepeninggalan kita nanti, dan kita akan dikenang sepanjang masa karena kebaikan kita, sebagaimana kata-kata Sayyidina Ali bin Abi Thalib berikut ini: 


Engkau dilahairkan ibumu dalam keadaan menangis
Sedangkan manusia di sekelilingmu tertawa bahagia
Maka berbuatlah sesuatu untuk satu hari
dimana kematian datang engkau meninggal dalam keadaan tersenyum bahagia
sementara orang lain menangis kepergianmu." 

Posting istimewa ini juga aku tujukan khas buat mak aku yang sangat aku rindu.  18 JANUARI tarikh keramat ulang tahun beliau "NORMAWATI BINTI OTHMAN".

Doa ibu & bapa


Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,
Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ibu ku,
Aku memohon kepada Mu semoga Ibuku dipanjangkan imurnya, dilimpahkan cahaya taufik dan hidayahMu serta dikurniakan anugerah iman yang yang tebal dihatinya...
Engkau jadikan dia hambaMu yang Solehah dan Ibu yang mithali
Engkau lindungilah ibu kami dari sebarang kejahatan..
Amin.....

aku bahagia menjadi lelaki yang menangis untuk mu ibu

 
umpama mimpi dalam mimpi

Saturday, January 16, 2010

TIPS TERKINI MENINGKATKAN TRAFIK BLOG ANDA (petua dari Seberang)

Mungkin pelbagai formula, tips, dan kaedah yang banyak diperkenalkan oleh bloger-bloger otai bagi meningkat jumlah trafik pengunjung ke blog anda.  Banyak juga e-book yang percuma dan berbayar bagi menerangkan kaedah terbaik dan mudah untuk meningkatkan jumlah pengunjung ke blog anda.

Diantara contoh-contoh laman terkenal yang memberikan tips-tips atau formula berguna bagi kita meningkatkan trafik adalah seperti
1. http://blog.mohdisa.com/tutorial/tips-meningkatkan-trafik-blog-anda/ 
2. http://hermanblogtips.blogspot.com/2009/06/tips-meningkatkan-trafik-blog.html
3. http://kumpulnet.com/tips-meningkatkan-trafik-dengan-linkreferral/
4. http://id.shvoong.com/internet-and-technologies/seo/1940846-tips-meningkatkan-trafik-blog-anda
5. http://innit.nuffnang.com/view.php?id=164113
6. http://saljuhumairah.blogspot.com/2010/01/tips-terkini-meningkatkan-.html


dan banyak lagi

atau daftar blog anda ke http://gengblogger.com/

Tapi satu formula yang baru ditemui yang boleh dikatankan kaedah surat berantai tradisional yang terkenal suatu masa dahulu lain dari yang telah saya temui. Setelah membaca secara teliti post dari blog  AD-DAI' formula ini boleh diyakini berkesan dan effektif walaupun menggunkan kaedah lama yang telah dilupakan. Menurut author blog AD-DAI' formula ini diambil dari blog seberang dan boleh lah cuba diaplikasikan oleh blogger-blogger baru dan menjana pendapatan nuffnang anda. Anda boleh copy and paste post ini sebagai panduan.

Perkara yang harus anda lakukan adalah mengikuti langkah-langkah berikut:-

1. Tulis posting artikel seperti posting saya ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yg menarik.

2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.

1. Panduan belajar Wordpress
2. Asli Softare
3. Lirik Musik Indo
4. Asing Music Lyrics
5. Free Templates
6. Jogja-Blogger
7. Tutorial Blogging | Internet Bisnis Online
8. pVidia Blog
9. Stop Dreaming Start Action (Jonru)
10. Bisnis di Internet
11. Blogging-Surfer
12. Tintalughahwi
13. Igauan
14. Ad-dai'
15. Da' Next Level

PERATURAN

1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

2. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu.
Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut,maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,62

YA LEBIH DARI 6 JUTA BACKLINK !!!

Bayangkan jika ini boleh berjalan dengan sempurna maka anda akan mendapatkan backlink maksimum 6,103,515,62 dari berbagai blog yang anda tidak akan pernah membayangkan sebelumnya.Jika ada pengunjung ke blog anda dari Link List yang disebutkan di atas maka anda akan secara automatik mendapatkan lalu lintas ke web / blog anda juga.

Ingat! Aturan permainan,link blog anda harus mulai dari urutan (No.15), sehingga hasil anda dapat Maksimum backlink. Jangan salahkan saya jika anda tidak mengikuti formula ini dengan betul dan link anda tiba-tiba berada di urutan No.1 dan menghilang di daftar link. Jadi mulai urutan adalah di bahagian bawah (No.15).

OK..SELAMAT MENCUBA..SEMOGA SAMA-SAMA BERJAYA.

artikel asal : AD-DI'
umpama mimpi dalam mimpi

Friday, January 15, 2010

TAATI IBU BAPA

Petang tadi aku bukak e-mail, terus jadi emosi lepas baca satu e-mail nih.
So...just nak share dgn korang semua..mana tahu dapat memberi manfaat..


Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku...ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel? aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ?ibu
Bila merajuk? yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan? yang paling cepat marah..ibu
Bila takut? yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk? yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon? Ibu
Bila seronok? orang pertama aku nak beritahu?Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu!"
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang selalu peluk dan cium aku.... Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk? Ibu

Aku sudah ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok? aku cari pasanganku
Bila sedih? aku cari Ibu
Bila berjaya? aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal? aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti? aku bawa pasanganku
Bila sibuk? aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu?
aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu ?.. aku ingat pasanganku
Selalu? Ibu ingat kat aku
Bila..bila? aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. ?aku nak talipon Ibu
Selalu ?aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja... bolehkah kau kirim wang
untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah". Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan
Tapi....
Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi..
bukan lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan!
Hanya yang termampu Al-Fatihah..!

Ketika ditanya oleh seorang sahabat daripada kaum Ansar mengenai masih adakah tanggungjawabnya terhadap ibu bapa yang sudah meninggal dunia, Rasulullah menjawab dengan sabdanya bermaksud:
“ Ada , iaitu berdoa, beristighfar untuk kedua-duanya, menyempurnakan janji, memuliakan sahabat taulan kedua-duanya dan menyambungkan silaturahim yang tidak sempat dijalinkan oleh kedua-duanya.”
(Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah). umpama mimpi dalam mimpi

Thursday, January 14, 2010

Bercanda Di Jeram Linang Pasir Puteh


Ptg semalam Lepas habis kerja, en.imran, en.aidil, en.nazran hakimy dan aku telah mengkalutkn diri bergegas ke Jeram Linang untuk bersantai-santai sambil mandi-manda.ktorg bwk bekalan makanan yg banyak kononnya nak menghilangkan keserabutan kepala hotak yang semakin hari semakin tepu dan beku.walaupun dah lewat, aktiviti persegaran kepala dgn kesejukan air jeram yg mencapai tahap beku tidak menghalang ktorg bercanda ria. Menghayati kecantikan alam flora ciptaan Maha Pencipta sungguh menyamankan. Asyiknya jiwa membuatkan ktorg hanyut di alam fana. Jeram nih xjauh sangat dari uitm. Ktorg blah dr situ agak2 dh nk masuk maghrib, pintu gate pun dh nk tutup. Nanti ktorg plan nk pg lepak pantai plak. Penat btol keja. Tp penat lg mandi.

Wednesday, January 13, 2010

Cukup ke ar?


Aku ingt nak beli tank sebijik,pastu nk bakar.selamat hr asyura untk semua warga uitm kelantan esok.khamis 14/jan/2010. Sambutan akhir muharam peringkt kampus negeri.

Monday, January 11, 2010

My wife is a gangster.


Aku duk pening2 lalat dlm meeting sambutan maa'l hijrah.mengacau bubur asyura ala pantai timur. Bubur asyura kelantan memang lain dr yg pernah aku makan.al maklumlah aku ni dr utara.majoriti menyatakan makan dr kelantan manis2,tp bab bubur asyura, pedas plak.kalo kt utara manis gler.siap dgn pisang(2nd time aku join majlis asyura)
-penat gler td melayan masalah2 akademik.dah lama gler aku xblogg.semenjak stdnt daftar.tegang urat medula oblogata.ㄆㄎ

Cerita Terbaru

Kemaskini Senarai Blog 2011 [klik gambar dibawah]

Kemaskini Senarai Blog 2011 [klik gambar dibawah]
Sapa nak nak masuk dalam senari blog saljuhumairah 2011 sila tinggalkan link korang
Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger