Followers

Fan Page Facebook

Sunday, October 31, 2010

Lawatan Pemantauan Pilihan Raya Kecil Dun Galas, Gua Musang VS Perlawanan Akhir Piala Malaysia

Assalamualaikum w.b.t.


Fuhh.... Penat betul, baru sampai rumah balik dari Gua Musang.  Selamat orang lain yang drive.  Ulang tayang balik.  Tadi, lepas habis selesai proses peperiksaan, aku terus balik rumah dan bersiap-siap.  Tak tukar pakaian pun.  Lebih kurang jam 6:40 petang, aku bergerak dengan teman naik MYvi kontot tuh...

Dalam 2jam perjalanan, baru sampai ke Dun Galas.  Pusing punya pusing pekan lama Gua Musang, baru lah terjumpa Pejabat Ar-Rahnu YaPEIM yang berada di tingkat atas bangunan Tabung Haji.  Tapi, suasana meriah sungguh.  Semanggat betul rakyat Dun Galas nak menghadapi Pilihan Raya Kecil Dun Galas, Gua Musang.  

Poster-poster, banner dan bendera penuh.  BN VS PAS.  Saja lalu satu pondok berkempen.  Penuh orang ramai berpusat kat situ... semakin dekat, semakin pelik tengok.  

Rupan-rupanya ada screen besar kat situ.  Terlupa pulak aku, sebelum perlawanan dua penjuru BN VS PAS 4haribulan Oktober nanti, malam ni ada perlawanan penting antara Kelantan dan Negeri Sembilan yang mengulang sejarah Piala Malaysia musim lepas. Mesti orang dah tak hirau pasal parti bila pakat-pakat dok sorak bola.... Sampai kat rumah tadi, suatu perkara berbeza dengan musim lepas adalah juara Piala Malaysia berpihak kepada Kelantan dengan 2 jaringan dan Negeri Sembilan hanya menyumbat 1 gol pendahuluan.  Tahniah untuk Kelantan.  

Sebenarnya, aku bukan bertujuan membuat lawatan pilihan raya di Dun Galas, Gua Musang pun. Aku pergi Gua Musang nak survey tempat kerja teman serumah aku yang baru dapat bertukar dai Ar-Rahnu YaPEIM Cawangan Jerantu ke Gua Musang.  Misi dah tercapai, tapi tak sangka pulak dapat buat pemantauan terus.  hehehehe...

Sekarang tengah dok pening mencari rumah sewa di Gua Musang.  Pening-pening, sebab mahal-mahal jugak rumah kat situ walaupun agak terpencil tempatnya.  

Apa-apa pun semua rakya Kelantan dapat cuti percuma 4hari bulan nanti, untuk mereka keluar mengundi.  Disaat-saat akhir ni aku just nak ucapkan selamat berusaha untuk kedua-dua parti.  Kalah atau menang, rakyat yang pegi mengundi.  Semua yang akan terjadi adalah adat perlawanan.  Macam perlawanan Piala Malaysia malam ni.  Siapa sangka Kelantan boleh menundukkan negeri Sembilan.

Aku penat, nak tido dulu. Chow!!!!

p/s:  Saja nak kempen, sapa-sapa nak beli buku secara online jemputlah ke kedai maya aku: 
banyak buku-buku menari kat situ.  Penerbit-pernerbit buku terkenal pun ada kat situ.  hehe..dah penat pun sempat lagi buat promosi..

Good Night!

umpama mimpi dalam mimpi

0 Mempunyai Kelembutan Hati:

Kemaskini Senarai Blog 2011 [klik gambar dibawah]

Kemaskini Senarai Blog 2011 [klik gambar dibawah]
Sapa nak nak masuk dalam senari blog saljuhumairah 2011 sila tinggalkan link korang
Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger