Assalamualaikum w.b.t
Salam sejahtera...
Penat badan pulan dari PCB masih belum hilang, namun hati berasa aman dan lega.... Betul kata Dato' Dr. Fadhilah Kamsah, bila kita memberi, kita akan berasa ceria. Tadi agak berdebar untuk menyampaikan taklimat yang bertajuk Syarat-syarat Kemasukan ke IPTA/IPTS dan Kolej untuk pelajar-pelajar HALUS (PELAJAR HARAPAN LULUS) yang dianjurkan oleh YKK dan diuruskan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Kelantan. Majoriti pelajar-pelajar yang hadir adalah dari kalangan pelajar yang kurang berkemampuan.
JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH KURSUS MOTIVASI DAN PEMBANGUNAN MINDA PELAJAR2 SEKOLAH ALIRAN CINA - SMJK (C) SEBAGAI SAHUTAN 1 MALAYSIA BAGI PROGRAM AL-FALAH PESISIR 2010
25 SEPTEMBER 2010 (SABTU)2.15 PETANGPANTAI CAHAYA BULAN (PCB) KOTA BAHARUTAJUK: SYARAT-SYARAT KEMASUKAN KE IPTA/IPTS DAN KOLEJ
Kebiasaannya, program YKK ini dianjurkan di UiTM Kelantan Sendiri, namun kali ni berubah tempat di Pantai Cahaya Bulan (PCB) Resort. Kelainan yang menambahkan debaran jantung aku tadi bila melihat pelajar-pelajar berbangsa cina turut menghadiri program ini. Selalunya aku sekadar menyampaikan taklimat kepada pelajar-pelajar bumiputera.
Alhamdulillah, lega kerana aku dapat memberikan sedikit sumbangan kepada hamba Allah berbangsa lain. Satu pengalaman yang cukup berharga. Taklimat yang aku sampaikan tadi agak menyimpang jauh dari tajuk yang diberikan. Aku lebih menekankan teknik-teknik dan kaedah yang perlu pelajar tahu untuk membuat pemilihan kursus. Teori A.I.M. yang diperkenalkan oleh En. Imran Mohamed (Penolong Pendaftar HEA) aku huraikan selebar-lebar mungkin untuk pelajar faham betul-betul tentang kepentingan memilih program yang sesuai. Nanti, sekiranya berkesempatan, berkelapangan dan diizinkanNya aku akan huraikan lebih mendalam berkaitan Langkah-langkah pemilihan yang betul
Program MOTIVASI tersebut yang dijalankan selama dua hari adalah bertujuan untuk memberi semangat kepada pelajar SPM yang bakal menduduki peperikaan pada bulan November nanti. Pelbagai tip-tips terakhir diberikan untuk pelajar-pelajar ini sebagai persediaan kepada perjuangan besar pada peringkat umur mereka ini. Terkenang semula waktu aku dulu-dulu...bermacan-macam perasaan yang muncul sebelum menghadapi peperiksaan.
Terlupa, adik bongsu aku Nor Afiqah sedang bertungkus lumus membuat persediaan terakhir untuk menghadapi peperiksaan PMR (Penilaian Menengah Rendah). Adik! berusaha sungguh-sungguh, tanggungjawab mu sekarang adalah untuk berjuang menghadapi peperiksaan PMR. Selesaikan amanah ini dengah penuh tangguhgjawab.
umpama mimpi dalam mimpi




