Bulan mulia untuk kita manfaatkan sepenuhnya. Satu ibadah yang bukan sahaja hanya untuk menahan lapar dan dahaga, malahan lebih besar maknanya daripada itu.
Setiap kali ramadhan tiba, kenangan nostalgia zaman kanak-kanak pasti menjengah. Ingat lagi, setiap kali waktu berbuka semakin hampir, aku sering ditugaskan untuk menghantar makanan yang mak masak lebih untuk jiran-jiran dan mereka pasti menukar kepada makanan lain. Sedih jugak bila terkenangkan tok aku yang dah tiada baru tahun lepas. Al-fatihah untuk roh nya. Semoga rohnya mendapat tempat yang mulia disisi Allah s.w.t.
Dulu-dulu jugak, bila tiba puasa aku pasti tanya abah.
"Kenapa kita kena puasa?" soalan bodoh budak tadika...
"Sebab baru lah kita tahu menghargai makanan dan nikmat yang telah kita terima selama ni.." abah selalu profesional dalam setiap jawapannya mengikut tahap umur aku. Masa tu aku akan faham yang bila posa abah akan cerita orang-orang susah yang tak dapat makan, macam ni lah dia rasa. So, dapat menginsafkan aku menghargai makanan. Jawapan profesional abah menyebabkan aku faham sangat-sangat erti puasa waktu tu. Tak ke mampus aku nak fikir sekiranya abah aku terang mengikut teori dalam kitab. Berpusing kepala aku.
Tapi bila dah besar panjang baru aku terkenang semula. Bila aku dah belajar maksud puasa sebenar, walaupun tak tahu sedalam-dalamnya hakikat sebenar puasa tapi aku bertambah faham akan erti yang abah cuba sampaikan dulu.
Bila kita kata makan itu penting dan nikmat yang tidak terhingga. Tetapi bukannya penting kepada makanan itu, tetapi kepda pencinpta makanan itu sendiri untuk kita syukuri. Betapa bijaksananya abah memikirkan jawapan yang rasional pada peringkat umur aku waktu tu.
Dulu-dulu jugak, bila waktu petang lepas asar, aku pasti ikut abah naik motor buruknya pergi beratur ambil bubur lambok di masjid. Bukanya mak tak mampu nak masak, tetapi abah kata nak ambik berkat bubur lambok yang yang dimasak beramai-ramai di masjid dalam kawah. Abah aku jugak sering membahasakan bubur lambok sebagai "kanji".
Banyak lagi kenangan yang terindah bila bulan ramadhan menjelma. Sekarang aku dah tinggal jauh, dah dua tahun lepas permulaan puasa aku di kelantan. Tak ada lagi orang nak masak makanan kegemaran aku. Tak dapat lagi aku nak menyebukkan diri di dapur menyiapkan juadah berbuka.
p/s; aku rindu nak balik berbuka puasa di kampung.
Lagu tema bulan ramadhan yang menimbulkan kesyahduan dalam hati..menguatkan aku berpuasa dirantauan.
Harapan Ramadhan
Artist: Raihan
Song Category: Nasyid
Song Category: Nasyid
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
umpama mimpi dalam mimpi




