Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera..
Aku menjenguk dari lubang tingkap lepas bunyi bising tadi...jelas sekali kelibat api yang terbakar..
Aku yang menyorok, takut-takut... Salam Merdeka, Merdeka yang masih belum? Jiwa? Otak? Cara?
Fasa ke-3 bulan mulia dah bermula... dah cukup ke nafsu dibuli dan dihentak... berani lagi ke si budak nafsu ni bermain lagi lepas tamat bulan mulia ni??? Tanda tanya yang hampir kelihat dikesepuluh keakhiran ni... Jom kita lihat siapa yang kena...
Kawan aku ada kata Malam ni kita merdeka:
Ada apa hari esok? Cuti? Teringat ayat-ayat bilal masjid Kampung Belukar tadi.. ayat yang sama dia berkata semalam... Imam tua puan ada cakap jugak dalam versi berbeza sebelum tarawih dan solat hajat penghujung ramadhan dan hari merdeka.
“Esok, jangan lupa pukul 9:00pagi siang daging” ringkas jer...
“InsyaAllah” serentak dengan Ust. Bakar sambil aku meneguk soya ais..
Erm...Esok??? dah buat temu janji..tapi peluang di Masjid Belukar lebih bermakna.
Bila dunia dan akhirat bertembung... akidah menjadi tunjang penentu... tauhid dalam latifah rabbaniyyah mesti bertindak membelasah si budak nafsu..
”Janji boleh dimungkiri kah? “ tanya aku kepada latifah....
Yeah! Aku akan buat dua-dua.... indah rasanya bila hati berteleku di atas sejadah cinta...
JEMPUTAN UNTUK SEMUA
ESOK! 31 Ogos 2010 BERSAMAAN 21 RAMADHAN 1431 ulang tahun negara merdeka fizikal... Ada majlis berbuka puasa di Masjid Kampung Belukar Machang. Tok Imam pesan.. “Jangan Malu & Segan..Datang jer....”
Kepada siapa yang berkelapangan datang awal pagi pukul 9...ada gotong royong siang daging.. Indahkan..kalau dapat menjamu orang untuk berbuka puasa.... Aku? Kalau tak dapat siang daging...dapat makan berbuka di Masjid insyAllah... semoga Dia permudahkan dan menunjukkan jalan...
p/s: dah lama tak posting...rasanya memang bulan ramadhan sangat sibuk...umpama mimpi dalam mimpi
0 Mempunyai Kelembutan Hati:
Post a Comment