Banyak kelebihan raja segala hari ni yang sering aku lupa.....hasil daripada pemantauan ke beberapa blog dan webpage... Kat sini aku nak kumpulkan sebahagian maklumat yang aku baca....aku amik sikit jer dari pada webpage tersebut..selebihnya korang baca di webpage tersebut...
A. MYSARA NEWRIE (blogger yang bernamaa Mysara)
1. Berlakunya hari kiamat.
2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
3. Penghulu segala hari.
4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
5. Kebaikan dengan memotong kuku.
6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
Selanjutnya korang klik kat entry dia kat sini.
B. http://permai1.tripod.com/hari1.html
1. Pernikahan antara Adam dan hawa
2. Pernikahan antara yusof dan zulaikha
3. Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi syuaib a.s
4. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan khadijah khuwailid.
5. Pernikahan antara nabi sulaiman a.s dengan Ratu balqis dari negeri Saba'
6. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar.
7. Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan fatimah az-zahra
Selanjutnya serang webpage dia kat sini.
B. Maf.mod.gov.my ~Kapt Hapidi bin Hussin Rahsia Jumaat)
Amalan Sunat Hari Jumaat
Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.
Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan
Kerjakanlah sembahyang tahiyatul masjid dan yang paling afdhal hendaklah menunaikan sembahyang itu empat rakaat dengan membaca setiap rakaat sesudah Fatihah dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Dalam sebuah hadis dinayatakan: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga"
Selanjutnya baca kat sini.
p/s: sebagai peringatan dan renungan untuk diri aku..yang dah lama hanyut dan lalai..
umpama mimpi dalam mimpi




