hye..
Blogging? kenapa aku ada blog ar? kenapa aku bukak blog tiap hari? Aku sedang cuba mencari jawapan....
- Aku nak luahkan apa yang aku rasa? rasanya tak ada pun entry luahan perasaan yang aku buat..
- Mungkin aku nak dapat dapat duit? Baik aku buat blog bisnes..atau jual barang online..tak ada pulak aku dapat duit setelah 3tahun ada blog...
- Sebab ikut orang lain? orang lain ada blog..aku pun nak ada blog.. tak jugak, sebab aku mula blogging waktu tak seramai sekarang rakyat malaysia blogging...
- Sebab nak famous? kalau nak famous, baik aku buat entry menarik....dan kebanyakan entry yang aku post semuanya entry syok sendiri...
- Sebab aku suka menulis? tak pernah pulak aku menulis dalam buku sebelum ni..
- Mungkin aku traffik, ramai orang masuk blog aku? tak jugak..aku bukannya rajin "blogwalking" pun.
- Mungkin aku nak cari jodoh? sesuai ke cari jodoh melalui blog? rasanya dah ada jodoh yang dah mencari aku...hehehehe..
- Mengisi masa lapang? aku rasa banyak kerja yang wajib aku laksanakan... banyak tanggungjawab aku...sebab aku seorang pentadbir akademik..
- Adakah sebab nak menyampaikan maklumat? boleh dikatakan blog aku tak ada maklumat langsung...
- dan bermacam-macam lagi andaian yang aku cuba buat....banyak lagi yang aku terfikir....apakah sebab aku mempunyai bukannya satu, tapi 3 blog...
- Sebenarnya aku yang tergedik-gedik memberi gelaran "Salju" kepada diri aku sendiri tidak mempunyai apa-apa objektif aku membina blog...tak ada langsung matlamat..
- Sejujurnya, aku adalah seorang yang "ego"! Ego dengan diri sendiri.... aku hanya sekadar ingin mencuba..ya..mencuba sesuatu yang baru...terutama yang berkait rapat dengan ilmu teknologi maklumat...
- Adakah aku perlu muhasabah diri semula...? kenapa aku memiliki sebuah blog?
Aku rasa nak berhenti blogging lah... boleh tolong tak? Macam mana ye nak berhenti blogging?
Tiba-tiba semangat menjadi hilang...terbang melayang...
umpama mimpi dalam mimpi



