5 Watak Utama dalam Dunia Penulisan Di Malaysia Paling aku respect dah jumpa di Facebook...

5 Penulis yang paling aku sanjung hasil karya mereka aku dah jumpa dalam FB....

3daripadanya adalah personal akaun..2 lagi adalah fanclub....

1. Merah Silu @ Rasyid @ Radzee Shafee (Pengarang yang membawa aku kealam dunia nya...yang menulis novel tentang kisah cerita perjalanannya sendiri..cuba bayangkan selalunya kita baca novel yang direka..tetapi ini adalah kisah beliau yang sebenar dan dia masih hidup meneruskan berjuang..mengarang, menerbit sendiri..releks jer..)

2. Faisal Tehrani (Koleksi Novel Dia adalah paling banyak setakat ni aku simpan, sempat berjumpa dan bergambar di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008)

3. A. Samad Said (Tinggi bahasa bukunya, jumpa dia di Mid Valley dengan isterinya tengah shoping)

4. Ramlee Awang Mursyid (RAM) (Karya yang menjadi hiburan hati aku...antaranya Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijang sang Pencinta dan Cinta Sufi)

5. Abdul Latip (Kini mengarang sejarah-sejarah islam dalam bentuk novel sehinggakan aku menjadi teruja dengan cara penceritaanya)

P/S: teruja rasanya..tambah-tambah bila mereka membalas komen... korang klik kat tulis berwarna merah untuk pergi ke FB mereka yang berjasa ini.

umpama mimpi dalam mimpi

Ulasan