Petang tadi pukul 5:30 petang En. Imran, En. Aidil, En. Nazran Hakimy dan aku bergerak ke Gua Musang. Hujan agak lebat, selamat naik Honda City baru En. Imran...lancar sikit perjalanan....
Kami pergi dengan misi bantuan akademik untuk penduduk Gua Musang. So esok tak dapat masuk office, banyak lagi lah kerja-kerja pejabat bakal tertangguh.....
Sebelum 'check in' hotel, sempat lagi kami singgah dinner di KFC Gua Musang. Maklumlah, Machang tak ada KFC.
Kami stay di sebuah hotel yang agak popular di Gua Musang KESEDAR INN, Gua Musang Kelantan. Kat sini aku nak share sikit maklumat berkaitan hotel ni yang mungkin berguna untuk sapa-sapa yang nak pergi ke Gua Musang tercari-cari tempat penginapan....mungkin Kesedar Inn boleh jadi pilihan korang.
Maklumat ni aku amik di kaunter receptionist tadi....
Lokasi:
Di Bandar Lama Gua Musang, bersebelahan Istana Hinggap
Di tengah-tengah perhubungan antara:
Pantai Timur - Terengganu & Pahang.
Tengah - Kuala Lumpur & Selangor.
Utara - Perak & Pulau Pinang
3 Jam - Ke Kota Bharu & Kuala Terengganu
4 Jam - Ke Kuala Lumpur & Selangor
11/2 Jam - Ke Cameron Highland
Ke Kesedar Inn
Sampai di simpang Kualal Krai, dari Kota Bharu belok kanan dan dari Kuala Lumpur/Ipoh terus ke simpang Caltex, belok kiri melalui jalan KESEDAR Inn kira-kira 200 meter. (kalau guna GPS lagi mudah..cadangan software Garmin..hehehe...)
Harga bilik untuk tahun 2010
1. Chalet - VIP (RM270:00)
2. Chalet - A (RM170:00)
3. Chalet - B (RM150:00)
4. Deluxe (RM140:00)
5. Superior (RM110:00)
6. Standard:
- 2 Double (Family) RM110:00
- 1 Double / 2 Single RM50:00
- 3 Single RM70:00
Semua harga untuk KESEDAR Inn ini termasuk cas perkhidmatan dan cukai kerajaan. Cas tambahan akan dikenakan sebanyak RM10:00 untuk tambahan tilam.
Kakitangan perkhidmatan awam dan pesara diberikan diskaun sebanyak 15%.
Kalau korang tak faham dengan penerangan aku nih, boleh la hubungi bahagian pemasaran KESEDAR Inn:
KESEDAR Inn Sdn. Bhd.
18300 GUA MUSANG, KELANTAN.
TEL: 09-0121229 / 491
FAX : 609-9122131
EMAIL : innkesedar@yahoo.com
umpama mimpi dalam mimpi





