Assalam, hye..selamat pagi..
sempat lagi posting entry sebelum turun ke pejabat... Ye lah, laporan cuaca hari ni menggambarkan aku bakal sibuk sampai ke malam. Hari isnin.... kan....
Dalam kesibukan kita-kita mengejar traffik dan menulis entry, kekadang sedikit terlupa kepada yang masih dalam kekurangan. Pagi isnin nih, aku nak ajak aku sendiri dan blogger-blogger tegar semalaya...hayati dan muhasabah diri sejenak sebelum memulakan tugas dan tanggungjawab...
Aku bukan siapa-siapa, sekadar ingin berkongsi perasaan bila merenung gambar ini....
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Sesiapa berbuat baik maka kembali kebaikannya itu kepada dirirnya, dan siapa berbuat jahat, maka kembali kejahatannya itu kepada dirinya."
(Quran Surah al-Israk 7)





