oIS2fYbWQ2DeA6S7iNSKMc-18dE

Buku Terbaru Untuk Di miliki

IKLAN BERBAYAR

Pengikut

Apesal Tak Baca?

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Jumlah Kunjungan

IKLAN BERBAYAR. BERMINAT? EMAIL: inersisham84@gmail.com

Ahad, 25 April 2010

Kekalahan pertama Pakatan di negeri yang dikuasainya (Keputusan tidak rasmi dari Malaysiakini)

Yang sebenarnya aku bukanlah seorang yang terlalu mengikuti perkembangan perjalan politik semasa di Malaysia.  Sebab aku just fikir pasal politik setiap 5tahun sekali jer. Lepas satu pilihan raya semua orang diam, semua orang menyepi dari membincangkan hal-hal politik. Tapi musim nih, dah berapa kali pilihan raya kecil?  Banyak betul.  Aku terasa seperti suasana politik sekarang berterusan tak henti-henti.  Habis satu pilihan raya sambung ke pilihan raya lain pulak.  Lepas ni belom pasti lagi kat mana pulak.

Rakyat jelata Hulu Selangor khususnya yang  aliran politiknya BN meneruskan perayaan Hari Raya setelah berita terkini diumumkan di pusat mengundi.  Sumber ini memang boleh dipercayai sebab aku baru je baca berita Malaysia kini kejap tadi. Kalau korang nak baca perkembangan Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor 2010 klik kat sini.  

9.10pm: Keputusan rasmi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon BN Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi.
Tidak rasmi: BN menang di Hulu S'gor
Pengundian tamat jam 5 petang. Proses pengiraan bermula jam 6 petang. Manakala keputusan dijangka diumumkan sekitar jam 9.30 malam.
Laman sumber maklumat Malaysiakini mencatat perkembagan pilihan raya ni dari pukul 6.10 petang tadi.  Kemenangan BN kali ini macam kemenangan hero filem Hindustan sebab pada pengiraan awal, jumlah undian lebih memihak kepada PKR.  Namun setelah jam 7.36petang lebih banyak peti undi dikira, keputusan memihak kepada BN. Dimana BN mendahului dengan majoriti yang agak besar. 


umpama mimpi dalam mimpi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Badge

Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger