Nak jadi blogger tegar perlulah bangun awal walaupun cuti. Sambil-sambil 'blogwalking' layan kopi "O" kaw panas dulu...saja jer nak kasi korang yang bekerja jelous...hehehe...hari ni ada sikit perbicangan setelah aku bancuk air kopi tadi..tiba-tiba pulak terdetik nak bangkitkan isu ni...
Ramai orang sering berkata begini:
"Jom minum kopi kat depan tu.."
tak pun,
"Nak singgah minum teh dulu"
Pagi, petang, malam sama jer..walaupun kita minum milo atau nescafe...pelik2..
Masyarakat Malaysia begitu sinonim dengan dua jenis minuman ini iaitu Kopi dan Teh. Tak kira waktu, pagi ker, petang ker, malam ker, sahur ker memang tidak dapat dipisahkan dengan kedua-dua jenis minuman ini. Ini telah terbukti bila kita melihat kebanyakkan minuman pra campuran kesihatan yang dah berlambak-lambak dipasaran dimonopoli oleh dua-duanya. Berebut-rebut pengeluar minuman segera menghasilkan kopi dan teh sebagai minuman kesihatan tambahan. Sehinggakan minuman ini memonopoli pasaran dan menenggelamkan minuman-minuman kesihatan lain. Faktor lain jugak adalah harga minuman ini yang agak murah berbanding dengan 'suppliment' lain.

Macam-macam bahan diorang taruk kedalam minuman ni dari cendawan hingga lah ke cengkudu. Bila ditanya, kata mereka kita boleh minum hari-hari sambil menjaga kesihatan. Kenapa mesti air kopi dan teh? Mereka jawab majoriti rakyat Malaysia minum kopi dan teh tidak kira waktu. Tambahan bila dah berlambak dipasaran, makin ramailah yang terdorong untuk minum minuman ini. Jika sebelum ini jarang-jarang, terpaksa diamalkan setiap hari sebab nak hidup sihat dan kuat.
Persoalanya, sejauh manakah kopi dan teh menyumbang kepada kesihatan kita? Sihat ke minum kopi dan teh ni? Aku tak nak memenatkan otak memikirkan hal begini sebab bukannya tungas aku. Aku tak ada bahan-bahan nak buat kajian. Apa yang aku tahu hanya membaca hasil kajian orang lain dan kita nilaikan sendiri berdasarkan pengetahuan dan kefahaman kita. Nak ikut orang lain jer, mereka pun tak pasti pakar atau tidak dalam bidang ini. Biarlah orang yang bijak pandai memikirkan dan mengkaji.
Yang penting minuman yang diminum tu halal kira air apa pun.
Aku nak tanya korang, antara Kopi dan Teh yang mana lagi best? Kita just boleh observe jer....hehehe.. Aku ada jugak buat perbincangan sikit di 'Muka Buku @Facebook'. Macam-macam pandangan tapi agak melebihi kearah kopi jer..Tak tahu lah pendapat korang.
umpama mimpi dalam mimpi
0 Mempunyai Kelembutan Hati:
Post a Comment