Kad Kredit! Yeah, Masih lagi berkaitan dengan posting lepas. Thanks to all blogger yang respond dengan isu Kad Kredit yang aku bincangkan semalam. Sedikit sebanyak komen-komen blogger2 dapat mempengaruhi aku didalam membuat keputusan Ya atau Tidak untuk kad kredit.
Dalam entry semalam bertubi-tubi aku memberi hentaman terhadap penggunaan kad kredit dalam kehidupan kita. Tanpa ada belas aku membelasah cukup-cukup dengan menceritakan keburukan-keburukan sekiranya mengguna kad kredit tanpa memandang mahupun menjeling sedikit pun dari sudut positif. Aku cuba menyekat perbincangan semalam dengan memihak secara berlebih-lebihan dari sudut pandangan negatif.
Sebenarnya setiap ciptaan masing-masing ada kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Bergantung kepada penilaian kita sendiri. Hari ini, aku cuba menyenaraikan beberapa kelebihan dan kebaikan kad kredit. Mungkin ada tambahan dari blogger-blogger yang lebih berpengalaman. Ini hanya sedikit hasil "brainstorming" aku yang malas berfikir. Aku senaraikan jer...explaination korang buat sendiri:
- Tidak perlu membawa 'cash money' yang banyak.
- Kad Kredit atau Duit plastik lebih ringan dengan rupa bentuk yang nipis memudahkan pengguna menyelit dimana-mana
- Lebih selamat dari sudut kehilangan dan kecurian berbanding wang tunai yang sekiranya hilang jangan harap boleh guna lagi.
- Sekiranya pengguna sering travel ke luar negara, pertukaran mata wang tidak diperlukan lagi dan mumudahkan urusan jual beli
- Penggunaan disaat-saat kecemasa seperti iklan kad kredit dalam tv dulu yang seorang pengembara sesat dalam hutan dan terpaksa beli pisang banyak untuk monyet (kalau korang ingat lagi lah)
- Dapat mengurangkan pengaliran wang tunai secara fizikal dalam pasaran.
- Memudahkan urusan jual beli secara online
- Pengguna dapat rebet tunia.
- Meransang perkembangan ekonomi negara
- "Easy Payment Plan"-pengguna boleh membuat bayaran ansuran mudah tanpa faedah semasa membeli-belah.
- Dapat mata ganjaran yang boleh ditukar dalam betuk barang-barang dan lain-lain.
- Membolehkan pengguna berhutang sehingga 20 hari tanpa faedah dikenakan.
- Bila korang isi minyak tak perlu nak agak-agak isipadu penuh dalam tanki kereta/motosikal sebab dia stop sendiri bila dah penuh.
- Dapat banyak hadiah lumayan melalui cabutan bertuah dan promosi tahunan/bulanan.
Ini Hanya dari sudut pemantauan aku jer yang tidak pernah berpengalaman menggunakan kad kredit. Hutang PTPTN adalah...heheh..So, aku harapa sekiranya korang ada lagi tambahan dipersilakan memberi sumbangan...komen. Mana tahu dapat mengubah fikiran aku semula. Sebabnya aku dah sebulat suara dengan diri aku sendiri untuk belum lagi menggunakan kad kredit buat masa sekarang. Mungkin masih belum bersedia untuk menjadi seorang pengurus kad kredit peribadi. Almaklumlah baru 1tahun 1/2 menyelamai alam pekerjaan secara serius. An other alternative adalah penggunaan debit kad yang aku rasa lebih sesuai dengan aku buat masa sekarang. Mungkin dah ada anak bini besok baru boleh apply kredit kad.
Cuma aku nak tanya kad kredit bank mana yang lagi bagus perkhidmatan yang ditawarkan?
umpama mimpi dalam mimpi





