Bagus ker kalau guna kad kredit? Persoalan yang sering kali menerjah ke minda aku walau kadang-kadang ia hilang ditelan kesibukan dunia. Sebenarnya aku didalam dilema, nak guna ke tak nak?
Rata-rata member-member yang sama grad dengan aku kebanyakannya suma dah pakai kad kredit. Kelihatan kad kredit seolah-olah sudah menjadi keperluan didalam kehidupan yang palsu ini, bukan lagi kehendak. Pada hemat aku jugak, penggunaan kad kredit adalah ketagihan berhutang untuk hidup dengan kemewahan dan kemegahan tanpa sanggup bersusah payah dan malas untuk memikirkan cabaran serta menyelesaikan masalah dengan cara mudah.
KAD KREDIT ;
"PROSES MENANGGUHKAN MASALAH SEKARANG UNTUK DIKUMPULKAN DAN DATANG SEMULA DIMASA HADAPAN"
Majoriti pengguna kad kredit memandang kehidupan didunia adalah untuk bersenang-senang dan bagi aku, bila kita guna kad kredit, kita hidup dengan penuh lakonan dan hipokrit. Yelah, bila kita menghadapi masalah kewangan, kita selesaikan dengan cara berhutang dengan harapan pendapatan hujung bulan akan dapat melunaskan semula. Walaupun kebanyakan masalah-masalah tersebut bukannya keperluan, tetapi hanya sekadar kehendak nafsu sahaja. Jika zaman dahulu, nenek moyang kita berhutang apabila berlaku kemudaratan yang amat sangat seperti tiada beras untuk dimasak dan makan.
So, zaman sekarang apa yang dapat aku simpulkan dalam penggunaan kad kredit adalah lakonan semata-matan, yang pada mata zahir, kita kelihata tiada masalah pada waktu tersebut, namun hakikatnya kita menunda atau menangguh masalah yang kita hadapi untuk simpanan masalah tersebut dimasa hadapan.
Back to the track, apa yang aku cuba bincangkan adalah penggunaan kad kredit secara kasar bukan pinjaman wang. Tapi mungkin aku juga tergolong dalam golongan hipokrit ini, siapa yang tahu. Semua yang terjadi bukan kuasa kita. Aku mohon perlindungan dari Nya.
Selain dari itu, aku juga takut untuk menghadapi stress kewangan daripada stress sebab hidup susah pada pandangan orang. Antara faktor-faktor kita menghadapi stress kewangan adalah:
1. PEMBELIAN TANPA DIRANCANG
Lazimnya bila memiliki kad kredit, ia memberi bayangan kepada kita bahawa masih terdapat banyak wang di dalamnya. Had kredit ini biasanya disalahtafsirkan sebagai satu indikator terhadap apa yang kita ada, dan apabila ia berlaku, ia boleh mendorong perbelanjaan di luar kawalan. Inilah bayangan kewangan yang berbahaya.
2. MEMBAYAR CAJ FAEDAH YANG TINGGI
Katakan, kita telah berbelanja tanpa dirancang menggunakan kad kredit sebanyak RM1,000 semasa jualan murah. Jika kita bayar kadar minimum setiap bulan, kita perlu selama 6 1/2 tahun untuk menjelaskan hutang itu dan pada akhirnya, jumlah yang kita sebenar telah membayar ialah RM1,650!. Cuba bayangkan apa yang boleh kita buat dengan wang lebihan itu.
3. PENIPUAN KAD KREDIT
Kemudahan kad kredit juga mendedahkan kita kepada sasaran penipuan. Antara petua untuk mengelak daripada terperangkap dalam penipuan kad kredit ialah: sentiasa menandatangani kad kredit sebaik sahaja anda menerimanya; jangan sekali-kali memberikan nombor kad kredit anda menerusi telefon; sentiasa mengawasi pemegang wang (cashier) apabila ia mengebas kad anda untuk pembelian anda kerana ia dengan mudah boleh mengebasnya dua kali untuk 'pembelian lain'.
So.............nak pakai ke tidak kad kredit ar?
Sudah menjadi perkara lumrah atau trend sekarang bila mula kerja dengan gaji level degree atau diploma tak sampai 6 bulan dah pakai kad kredit. Tambah-tambah lagi kakitangan kerajaan macam aku sekarang nih. Kalau bukan kita pegi daftar, ada jer orang yang baik hati budi tolong daftar dan isikan borang untuk kita setelah memberi tarbiah atau kuliah percuma dalam tempoh 2 jam dan lebih.
Aku cuba jugak mencari punca, buat survey secara rambang tidak formal dalam bentuk lisan kepada orang-orang sekitar pinggang aku. tanya sana, tanya sini, observe sana sini, korek sikit2 dari orang yang dah berpengalaman. Macam-macam alasan yang terkumpul dalam hardisk otak aku yang dah tepu ni. Antara alasan rambang yang popular dan berjaya aku retrieve semula dari simpanan otak aku adalah seperti:
'"Aku selalu travel, kadang-kadang dalam sebulan 3@4 kali meeting, mana nak cari cash. claim pun lambat dapat. Biasalah Gov. jalan sana - sini, tido hotel lagi, kalau bawak kereta sendiri, duit minyak mana nak korek?"
"Aku ada family, so kalau ada kecemasan kita perlukan duit segera macam anak sakit ke, bini nak beranak ke, ada kematian kena travel segera dan minyak dalam tank tinggal satu bar jer...tapi gaji tak masuk lagi.."
"Gaji aku bulan-bulan dah tetap, lagi pun kerja dengan Gov. susah nak buang kerja. So aku dikirakan seorang yang mampu, apa salah aku guna kemudahan yang ada. Lagi pun bukan semua orang layak apply kad kredit"
Dan berbagai-bagai alasan lain berlandaskan ilmu dunia untuk meyakinkan jugak hujah diorang bagi menggunakan kad kredit.
Sebenarnya soalan yang aku tanya simple jer..
"KO PAKAI KAD KREDIT KE? "
Kesimpulannya, kad kredit ini dapat menggalakkan kita berhutang dengan cara suntikan kewangan segera menlalui peningkatan kuasa beli pengguna. Mudahnya, apa bila kuasa beli kita meningkat, kita terpaksa memenuhi segala keperluan kita yang meningkat akibat daripada kuasa beli yang tinggi. Back to the basic, Siapa kita? kita dimana? apa tujuan kita hidup? selepas ini kita kemana?
(Rujuk hadis nabi daripada: http://www.zaharuddin.net/content/view/138/98/)
Nanti objektif aku bekerja susah payah hanya sekadar untuk membayar hutang sahaja.
Nampak macam mewah, tapi kemewahan bank sahaja. Semuanya milik bank.
umpama mimpi dalam mimpi





Assalam Bro..
BalasPadamDah pakai CC ke belum ni? CC ni ibarat api yg membantu kita dalam urusan seharian, cuma kalu tak dikawal tak kira ianya kecil atau besar, mendatangkan masalah. Gunalah secara maksima mengikut keperluan/kemampuan bagi meraih rebat dan hindarilah bayaran minima yg merupakan bibit2 keterhutangan kewangan serius.