Followers

Fan Page Facebook

Wednesday, March 31, 2010

Apa yang Pompuan Tak Suka?

Seperti yang aku janjikan pada posting yang lepas, Entry berkaitan Apa yang Pompuan tak Suka? telah aku fikir-fikirkan...Memandangkan aku bukan seorang perempuan dan  belum ada isteri, aku tak dapat nak buat kajian lebih terperinci berkaitan naluri seorang yang bernama perempuan. 

So aku hanya menyenaraikan beberapa perkara hasil pemantauan, pembacaan dan sedikit sesi interview bersama rakan-rakan Apa yang lelaki jangan buat?  Kalau hendak diikutkan, terlalu banyak perkara yang perempuan tak suka...:

  1. Jangan jadi terlampau pengecut/takut sbb perempuan tak suka kalau seorang lelaki yang tidak boleh menjadi pemimpin kepada dia.
  2. Jangan terlalu ego didalam semua situasi yang mana kadang-kadang lelaki perlua juga menonjolkan perasaan lemah lembut.
  3. Jangan terlalu mengongkong dalam semua aspek sehingga semua perkara perlu dipantau..tetapi dah dijadikan yang lelaki perlu menjaga perempuan,,kenalah pantau..
  4. Jangan suka "cuci mata" dihadapan dia, pantang betol perempuan kalau lelaki jeling perempuan lain dihadapan dia.
  5. Jangan menipu sehingga terkantoi, kalau tak kantoi tak pe..hehehe..
  6. Jangan terlalu perasan sehingga kembang lobang hidung. (Kontrol hensome/macho)
  7. Jangan lupa beri perhatian kepada perempuan walaupun perkara yang kecil yang diucapkan kerana perempuan just nak perhatian bukanya solution pun.  Perempuan suka dibelai berbanding lelaki yang suka survive.
  8. Jangan terlalu mementingkan diri sendiri. Jarang lelaki yang mementingkan diri sendiri sebab lelaki banyak tanggungjawab. Jarang-jarang ada lelaki yang suka pentingkan diri.
  9. Jangan bersikap terlalu cemburu.  Sehinggakan menuduh tanpa usul periksaan walaupun perempuan nih agak emosi sikit.
  10. Jangan terlalu berfikiran logik atau rasional sepanjang masa kerana perempuan lebih emosi sukar atau lambat untuk menerima kenyataan yang berunsur logik.
  11. Jangan menjadi seorang yang panas baran dan menengkeng tak tentu pasal.
  12. Jangan menjadi seorang yang pengotor dan suka bersepah-sepah sampai cari barang pun tak jumpa.
  13. Jangan terlalu mementingkan kawan-kawan sehingga lupa perempuan yang berada disisi.
  14. Jangan terlampau gelojoh.
  15. Jangan merokok.
  16. Hargailah perempuan walaupun kata-katanya kadang-kadang tidak masuk akal, kerana dia hanya perlukan penghargaan, tetapi lepas tu bagi pandangan dan ulasan.
  17. dan banyak lagi...............tak tersenarai....
Harap pembetulan jika ada kesalahan..


umpama mimpi dalam mimpi

0 Mempunyai Kelembutan Hati:

Kemaskini Senarai Blog 2011 [klik gambar dibawah]

Kemaskini Senarai Blog 2011 [klik gambar dibawah]
Sapa nak nak masuk dalam senari blog saljuhumairah 2011 sila tinggalkan link korang
Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger