Bermula khamis 11/02/2010 selepas tamat mesyuarat bersama Timbalan Pengarah Akademik dan kakitangan pentadbiran akademik aku bergerak keluar dari UiTM tepat pukul 5:00 P.M. bersama Asraf dan Wani. Kami sampai di kedah lewat malam. Kali pertama rasanya aku menjejak kaki ke Alor Star (rumah asraf). Tiba di rumah tepat pukul 4:00pagi.
Esok bangun pagi, tanpa bicara aku bergerak dengan famly pergi Pengkalan Hulu rumah tok. Tiba dirumah pukul 2 pagi. Tido lewat lagi..fuh...penatnya..
Hari sabtu keesokan, aku bawak famly pegi ke Yan, Kedah. Ziarah mesra ke rumah mertua along. Sampai rumah pukul 1 pagi. Lewat lagi...
Ahad pulak, agenda diteruskan ke Batu 8, Changkat Jering Perak dan terus menziarahi rumah Tok Wan dan Maklong. Lepak lama-lama sampai pukul 9 malam. Sampai rumah, turunkan famly terus pegi Bagan Serai ada perjumpaan dengan alumni sek. ren. dulu. Balik rumah pukul 12.30pagi...adusss lewat lagi...
Pagi isnin aku rehat, layan TV. Tengah hari abah balik, dia ajak aku pegi kenduri kawin. Lepas zohor, zaiful anuar ajak aku pegi taiping. Jalan jem, lepak rumah hafiz. Main bowling, makan yong taufu belakang bomba sampai pukul 12.30 malam. Tak ada jugak ruang aku rehat.. Tak pe lah, lama tak jumpa member. Bukan senang semua cuti...
Pagi hari selasa aku bangun seperti biasa. Jadual dalam otak aku hari ni, pukul 3.00 petang aku akan bertolak ke Shah Alam menuju ke INTEKMA jumpa En. Imran dan geng-geng AR yang lain. Aku sengaja rehat sampai pukul 12.00 tengah hari.. Abah balik dari pekan, telefon paksu, telefon along. Terus ajak aku pegi kedah. Perjalanan ke Kedah agak lama lebih kurang 3jam setengah. Jitra jauh jugak. Tak apalah...bukan selalu aku balik kampung...
Urusan di Kedah selesai pukul 9.00 malam. Aku terpaksa membatalkan rancangan dinner dengan En. Imran di Shah Alam, sebab aku tiba di Perak drop down famly pun dah pukul 12.00malam. Aku rehat sekejap sebelum terus memandu pukul 12.30 malam.
Perjalan diteruskan dan aku mesti tidur disetiap hentian. Sehinggalah aku sampai di Shah Alam pukul 4.15 pagi.
Bangun pagi makan di INTEKMA hotel. Aku teruskan lagi perjuangan memandu menuju ke Melaka untuk menyertai MESYUARAT BERSAMA TIMBALAN PENDAFTAR bagi membincangkan masalah yang berkaitan dengan akademik. META-6.
Lepak di Hotel BayView. Mesyuarat berlangsung selama 4hari. Aku sempat pegi naik boat pusing2 sungai Melaka. Agak enjoy dengan Mesyuarat tersebut walau tak ada aktiviti yang gempak sebab dapat kongsi cerita mengenai masalah-masalah akademik dengan AR dari Cawangan dan Fakulti lain.
Hari Sabtu, hari terakhir mesyuarat dan sesi penggulungan mesyuarat oleh TNC Akademik. Semua selesai pukul 1.00petang. Aku dengan En. Imran gerak dari Kampus Bandaraya Melaka.
Driver bertukar-tukar sehinggalah sampai di UiTM Kelantan tepat pukul 11.00malam. Perjalan non-stop hanya untuk solat dan isi minyak mengambil masa 10jam dari Melaka ke Kelantan. Panas punggung tak terasa sebab dah kebas.
Itulah hakikat yang aku telah tempuhi seminggu yang lepas. Hari Ahad, masuk kerja lewat sikit sebab penat giler. Nasib baik masuk kelas sebab tak leh tido kat rumah. Kontraktor buat bising ya amat, renovating rumah fellow yang kat atas.
Apa-apa pun best pegi melaka. For the 3rd times pegi sana. Nanti aku cerita pulak apa yang best kat melaka.
umpama mimpi dalam mimpi
0 Mempunyai Kelembutan Hati:
Post a Comment