Yes memang aku nak kasi hadiah Top-up percuma untuk geng-geng blogger yang cepat dan tangkas. Kepada blogger yang menjadi pembaca pertama entry nih bakal mendapat top-up percuma dari aku. Maknanya kepada blogger yang lambat bertindak, terlepaslah peluang untuk dapat top-up free nih. Sebab ada satu jer...yang aku tawarkan
Sebenarnya ada al-kisah sedih disebalik hadiah top-up ni. Aku pun bukannya kaya sangat nak bagi free top-up. Makan gaji bulan-bulan jer. Rasanya towkey kedai top-up pon tak bagi hadiah top-up percuma kat customer-customer dia.
Kisahnya begini, malam semalam lepas balik bercanda dari Pantai TOk Bali Pasir Puteh, aku godek-godek handphone lama dalam beg. Aku terjumpa simcard yang aku rasa aku beli 2tahun lepas. Tapi, disebabkan aku dah berpindah ke Kelantan selepas dapat kerja baru. Aku telah meninggalkan no nih sunyi dan sepi sendirian. Tambahan pulak handset (Nokia 5300 ) masa tuh kerap tidak sihat sehingga merasakan ingin dicampak ke dalam gaung di puncak banjaran titwangsa (tempat aku stop setiap kali balik Kampung ikut Grik). Atau nak kasi gajah yang lalu lalang di Grik pijak sehingga lumat. Tapi sayang lah plak. So, aku pun simpan elok-elok lebih kurang setahun sehingga semalam aku on balik guna handset jenis CSL (ayah aku punya, dia dah tak pakai sebab aku kasi yang lain kat dia). Tapi malang sungguh, tak boleh buat panggilan. Sayangnya kredit dalam tuh banyak lagi (tak yah lah bagi tau berapa jumlah, nanti korang curi plak handset tu).
Rugi lah plak, kalau aku hidupkan balik, boleh call awek ker..takpun kacau awek orang lain ker.
Dengan penuh keyakinan, aku pun bergerak pantas menaiki kenderaan yang dipanggil arnah oleh adik aku menuju ke kedai top-up diluar UiTM. Aku pun mintak top-up RM10 jer dengan penuh harapan dapat hidupkan line balik. Terbayang-bayang nak call awek yang mana dulu... Lepas simpan kad Top-up tadi dalam wallet, aku pun bergegas pegi kedai minum, lepak dengan member-member.
Balik umah, aku pun gores dan menang. Eh,! bukan gores kad top-up tadi nak key-in dalam handset. Malang seribu kali malang, aku cuba sehingga 38 kali tetap tidak berjaya sebab line aku tuh dah sampai tarikh luput. Terpaksalah aku pergi UMOBILE center yang jauh nun di Time Square Kuala Lumpur untuk hidupkan kembali No. aku nih.. Kelantan - KL. Jauhnya, bila la aku dapat pergi.
So, bagi menghargai blogger2 yang menjadi pembaca pertama entry nih, aku hadiahkan no. pin kad Top-UP nih... Nilai dia hanya RM10 jer. Tapi tetap bernilaikan.... Ada tapi lagi, Top-Up nih hanyalah untuk UMOBILE. Aku beli top-up UMOBILE nih dulu saja jer.... Tapi dah tak boleh pakai line nih, aku bagi kat sapa-sapa yang bertuah.
Siapa cepat dia dapat!! aku yakin dan pasti, tak ramai sangat blogger yang guna prepaid jenis nih. Tapi bertuah lah sapa yang ada, kalau member korang ada, bagi lah kat dia. Sapa-sapa yang dah berjaya Top-Up bagi tahu aku. Senang aku nak maklumkan bahawa top-up nih dah ada orang guna. Tapi kalau memang tak de orang guna UMOBILE, korang share kat blog korang..kot-kot ada pembaca blog korang ada yang guna UMOBILE.
no. nya..0833 8906 3641 10
umpama mimpi dalam mimpi

0 Mempunyai Kelembutan Hati:
Post a Comment