Followers

Fan Page Facebook

Sunday, January 31, 2010

Kenapa Aku Nak Cemerlang?Korang Rasa?

Aku pernah baca satu buku motivasi keluaran PTS. Tajuk buku tersebut "POSITIF UNTUK BERJAYA".  Salah satu bab yang dibincangkan adalah Kenapa kita mesti cemerlang.  Antara salah satu sebab yang berkaitan dengan diri aku adalah:-
  • Kerana hendak maju dan meningkatkan taraf hidup.
  • Hendak menjana sumber kewangan.
  • Hendak senang dalam hidup dipaksa berjaya contohnya desakan ibu bapa supaya kita cemerlang dalam exam dan kerjaya.
dan banyak lagi...tapi aku rasa 3 list yang diatas adalah sebab utama bagi diri aku untuk cemerlang.  tapi setiap kecemerlangan yang hendak dicapai memerlukan motivasi.  Walaupun untuk cemerlang dalam menulis blog.  Setiap benda perlu cemerlang sebab walau apapun jawapannya, semua benda yang kita buat kita perlu berjaya. Mana ada orang buat sesuatu perkara untuk gagal.  Cuma berani atau tidak kita untuk menghadpai kegagalan.  So...tanpa motivasi yang tinggi sukar untuk kita mencapai objektif cemerlang.  Sebab tu kadang-kadang aku malas nak update blog. Sebab tak ada motivasi dalam diri. Sesetengah orang menganggap remeh perkara kecil ni. 
So kat sini dalam buku yang aku baca, ada menerangkan seseorang individu itu dapat dibahagikan dalam 3 golongan iaitu bermotivasi intrinstik, bermotivasi ekstrinsik atau tidak bermotivasi.  Bagi diri aku yang kecik ni, aku tergolong dalam ketiga-tiga golongan yang berubah-ubah mengikut situasi.  Nanti, aku akan terangkan lebih mendalam ketiga-tiga golongan ni.  Aku cuba memotivasikan diri balik waktu aku pergi jalan di pantai berhdapan UiTM Dungu, Terengganu semasa bengkel persediaan ISO (Prosedur Kerja) UiTM Kelantan di hotel UiTM Dungun. Beberapa shoot yang aku sempat ambil semasa berjalan-jalan di persisiran pantai dengan Mr. Lim (Pensyarah Akademi Bahasa)
Aku rasa motivsi dalam diri aku sedikit meningkat bila mendengar ombak menghempas pantai.

umpama mimpi dalam mimpi

0 Mempunyai Kelembutan Hati:

Kemaskini Senarai Blog 2011 [klik gambar dibawah]

Kemaskini Senarai Blog 2011 [klik gambar dibawah]
Sapa nak nak masuk dalam senari blog saljuhumairah 2011 sila tinggalkan link korang
Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger