Followers

Fan Page Facebook

Friday, December 18, 2009

BLACK & WHITE PHOTO CONTEST

Pergh.!!! 1st Time i'm join contest online..
Aku jalan2 siang tadi ramai giler blogger yang join contest nih..nampak cam menarik..rulez dia pun tak susah...

Dan..aku pun turut menyertakan diri bergaduh dgn blogger yang lain..tapi bukan sbb semua org dlm dunia nih join contest nih..tapi sbb tujuan asal tuan punya contest agak menarik. Nak tau click kat gambar bawah ni atau link nih: kak Ezzan Yusof
thanks ya..sekadar suka2..harap2 dapat ferari sebijik bleh pg jalan2..

Actly, aku tak suka bergambar sbb aku selalu pegang kamera, snap gambar org je lah..
so..tak banyak gambar aku dlm simpanan, paling bnyk pun gambar pasport balance masa mintak keja dulu2..
yang tinggal hanyak gambar curik nih..tak pasti camner bleh tersesat..


(gambar nih masa rumah aku sibuk2 dgn kenduri along aku kawin..ramai gila sedara-mara datang..biasalah 1st time kenduri..aku plak dok buat2 sibuk sbb nak jadi pengapit beliau, lebih bergaya dari pengatin..hehe)
umpama mimpi dalam mimpi

SALAM MAAL HIJRAH 1431H - SEJARAH TERCIPTA

i

1 MUHARAM 1431

Semalam aku terima beberapa sms yang menyentuh dari kawan-kawan yang masih ingat aku..dan aku sayang serta rindu mereka semua.. Disini aku nak abadikan msg2 yang bermakna sempena tahun baru hijra 1431..walaupun ada yang sekadar forward. Tapi ketulusan mereka dapat aku rasakan.

"begitu banyak kurniaanya bgitu sdikit syukur kita, bgitu keci dugaanya bgitu besar keluhan kita, begitu luas limpahanya bgitu sdikit keinsafan kita. Inilah detiknya detiknya mgubah langkah bertekad mcari keredaanya. Salam maal hijra 1431H"

"Ya Allah kau yang zahir pada segala sesuatu sehingga diri ini tdk merasa jauh pun dr mu..terasa sunguh ketenangan nya, kedamaiannya Ya Allah apabila aku mengerti mu. Dgn berkat bulan muharam ini kau ampunkan segala dosa, sgla maksiat, segala kejahatan2 yang kami lakukan sbnyak blngan apa yang dirankumi oleh ilmuMU, apa yang diliputi oleh kitabMU, apa yang ditulis oleh qalamMU."

"Salam maal hijrah 1431h. Tibalah sudah thn baru, semoga kita semua terpelihara drpd tipu daya dan runthan nafsu amarah. Semoga kita semua sentiasa brbuat kebajikan yb boleh mendekatkan diri kpdNya."

"YA ALLAH, dibulan muharam yang berkat ini, muliakan dan sayangi saudaraku ini. Bahagiakan keluarganya, sihatkan tubuh badanya, berkati rezekinya, kuatkan imannya. Beri kenikmatan ibadah, jauhkan dari fitnah. Suburkan benih KEISLAMAN dgn penuh rasa kasih sayang tanpa alasan, Amin. "Selamat Tahun Baru."

Sejarah tercipta



MALAYSIA (1)-VIETNAM (0)

EMAS UNTUK SUKAN SEA 2009

VIENTIANE – Malaysia mencatat sejarah menjuarai acara bola sepak Sukan SEA XXV selepas 20 tahun apabila mengalahkan Vietnam 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Utama Kompleks Sukan Nasional Laos di sini, semalam.

Jaringan sendiri pemain pertahanan Vietnam, Mai Xuan Hop pada minit ke-83 ketika cuba menahan serangan Malaysia memberikan anak buah K. Rajagobal kejuaraan pertama selepas kali terakhir melalukannya pada Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur.

Emas acara bola sepak semalam merupakan pingat emas ke-40 buat kontinjen negara semalam.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia mara ke perlawanan akhir acara bola sepak Sukan SEA ialah pada 2001 di Kuala Lumpur tetapi kalah 1-0 kepada Thailand menerusi gol masa tambahan.

Ini merupakan kali pertama Malaysia mengalahkan Vietnam sejak 2001 pada semua peringkat kejohanan Asia Tenggara termasuk Piala Tiger.

Kemenangan semalam turut menebus kehampaan setelah kalah kepada Vietnam 3-1 pada perlawanan peringkat kumpulan.

Vietnam yang turun selaku pasukan pilihan memulakan asakan sejak awal perlawanan, namun skuad negara kental bertahan daripada dibocori.

Malaysia bangkit memberi saingan dengan asakan kemas dengan kemasukan Zaquan Adha Abdul Razak, yang pulih daripada masalah mata di babak kedua.

Hantaran silang Norshahrul Idlan Talaha ditahan oleh pemain pertahanan Vietnam sehingga masuk ke gawang sendiri, yang memberikan jaringan kemenangan kepada Malaysia pada minit ke-83.

Mengulas kemenangan bersejarah itu, Rajagobal berkata, dia amat gembira kerana berjaya memberikan kemenangan acara bola sepak Sukan SEA selepas 20 tahun menanti.

Katanya, dia bangga dengan semangat dan kesungguhan pemain di sepanjang perlawanan sehingga berjaya menjelmakan kejayaan yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

“Kemenangan ini amat besar maknanya bagi saya. Saya amat gembira kerana kami akhirnya berjaya juga memberikan kemenangan yang kita sama-sama nantikan sejak sekian lama.

“Pujian harus perlu diberikan kepada para pemain yang memberikan segala-galanya di atas padang demi merealisasikan impian kita selama ini.

“Kemenangan ini adalah untuk rakyat Malaysia. Lebih penting emas yang kita menangi ini diharap akan mengangkat kembali martabat bola sepak Malaysia,” katanya. – UTUSAN

SUMBER : COPY AND PASTE FROM UTUSAN
umpama mimpi dalam mimpi

Thursday, December 17, 2009

set tren elektrik baru (Electronic Train Set)

Adus, hari ni terpaksa travel ke Shah Alam. Penyamaran sebagai Ajen oo7 bagi menyelesaikan misi organisasi yang penting. Doa kan kejayaan perjalanan. First time naik FireFly yang penuh dengan warna oren.
Teringin plak nak travel naik train nanti..
Gambar: Ikwan Munir
Set Tren Elektrik Baru (ELECTRONIC TRAIN SET) IPOH - KUALA LUMPUR
Wah...dah siap dah..pasni bleh la aku balik kampung naik train..menurut sumber train ni mengambil masa hanya 3 jam untuk sampai ke ipoh. Muatan untuk train baru nih sehingga 350 penumpang untuk satu perjalanan. Train ni akan beroperasi dari Ipoh - Kuala Lumpur.
Tapi malang btol, skang nih aku dah keja kat kelantan. Teringat plak zaman dulu2 travel naik motor Honda Ex5 jer dari KL ke Taiping tengah malam.
Apa2 pun nanti aku nak test gak.
Untuk maklumat lebih lanjut sila lawat laman nih : MALAYSIAN RAILWAY OFFICIAL WEBSITE




umpama mimpi dalam mimpi

Tuesday, December 15, 2009

KERETA-KERETA IDAMAN 2009





























Tadi time break sempat aku selak NEW STRAITS TIMES TUESDAY, DECEMBER 15, 2009.

PRIME NEWS. muka surat 4.




Ada berita tentang NST/MAYBANK CAR OF THE YEAR 2009 WINNERS
PEUGEOT 308 menang "OVERALL CAR OF THE YEAR 2009" AND "FAMILY CAR".

dalam paper tue cakap berkaitan keta ni "Priced at RM113,888, the Peugeot 308 Turbo was judged the best among its peers for its solid build and attractive price tag"

pemenang-pemenanga Bagi kategori lain

  1. Entry Level Car - HYUNDAI I10
  2. Compact Car - HONDA CITY
  3. Premium Compact Car - FIAT500
  4. Family Car - PEUGEOT 308 TURBO
  5. Executive Car - HONDA ACCORD 2.0 VTi-L
  6. Premium Executive Car - ALFA ROMEO 159
  7. Limousine - Jaguar XFR
  8. Premium Performance Car - MAZDA RX-8
  9. Luxury Performance Car - Nissan 370Z
  10. Midi MPV - PROTON EXORA
  11. Large MPV - HYUNDAI GRAND STAREX ROYAL
  12. SUV - MITSUBISHI PAJERO SPORTS 2.5L
  13. Premium SUV - AUDI Q5 2.0T
  14. Luxury SUV - VOLVO XC60 LE
  15. Twincab Pick-up truck - MITSUBISHI TRITON 205
  16. Good Design Award 2009 - TOYOTA PRIUS
  17. Safety Award 2009 - VOLVO XC60


  18. Maklumat Lanjut Mengenai berita nih sila click sini: NST/MAYBANK CAR OF THE YEAR 2009 WINNERS



umpama mimpi dalam mimpi

SURAT BUAT SAHABAT NUFF

SURAT BUAT SAHABAT NUFF (entry khusus untuk sahabat nuff)


" Ketenangan itu suatu hadiah buat hamba yang mencari Tuhannya di kala senang dan susah, just know you are the beloved to Him as long as you realize He is your ALLAH :). " - Penyejuk minda dari Muhammad Aminuddin Che Hashim di kala diri ini kebuntuan.


-Sesungguhnya ALLAH tidak pernah menzalimi hamba-hamba Nya,
akan tetapi, hamba-hamba Nya lah yang selalu menzalimi diri mereka sendiri- Surah Yunus, ayat 44.

Copy and paste from: http://nuruddinzenki.blogspot.com/2009/10/bunga-bunga-hikmah-di-musim-sibuk.html

To all member of Nuff.

Thanks for clicking my advs. Minggu nih saya tak dapat nak meneruskan perjuangan yang belum selesai buat semua sahabat. (ops click) .

Kesibukan masa memaksa untuk menyusun yang lebih utama. Rasanya dalam masa 3 hari je kot. Harap2 sahabat2 dapat memahami keadaan.hehehe...tak dapat click dalam tempoh tersebut. “teruskan perjuangan, tuntut hak kita” permisi....

Saturday, December 12, 2009

FILEM 9 NINE


Dua tiga menjak nih aku banyak btol menatap laptop menonton filem2 yang tertangguh..tapi sayang betol KETIKA CINTA BERTASBIH tersekat separuh jalan.

Hari nih nak preview skit pasal satu cite animasi "9". Simple jer tajuk dia. Cite fantasi yang menggambarkan dunia dah takde manusia hasil kerosakan yang dijanakan oleh mesin2 yang diciptakan manusia. Asalnya mesin2 tersebut diciptakan bagi memperkukuhkan lagi sistem pertahanan dan pentadbiran negara. Namun setelah disabotaj, semua mesin2 nih mengambil alih kuasa dan memusnahkan semua manusia dan bumi mengalami kehancuran yang amat sangat.

Tapi sorang saintis telah mencipta beberapa makhluk halus (robot kecik) yang baik dan mempunyai perasaan hasil daripada perasaan saintis tu jugak. Robot yang terakhir adalah yang ke-9. Dan boleh dikatakan filem ini menceritakan bagaimana robot yang kesembilan (9) nih menjadi hero memusnahkan sebuah robot yang paling besar. Robot besar nih seolah-olah mesin utama yang mencipta robot2 lain. Permulaannya mesin besar gedabak nih mati, tapi robot ke-9 nih tersalah percaturan dengan menghidupkan kembali mesin tersebut dan beberapa rakan2nya mati disedut robot besar tersebut.

Maka berbagai-bagi cara digunakan oleh 9 bersama-sama beberapa baki rakanya untuk menyelamatkan rakan merekan dan seterusnya memusnahkan mesin gedabak tersebut. Perjalan cerita yang menarik seakan-akan cite animasi sebelum ni "WallE".

Filem nih berjaya mencampur aduk berbagai-bagai perasaan aku termasuk sikap setia kawan, penting diri dan enjoy tahap melampau sehingga lupa dunia yang akhirnya sedih dengan ketidak berjayaan menyelamaatkan rakan2 mereka yang telah disedut tapi berjaya memusnahkan robot a.k.a mesin pembuat robot yang gedabak itu.

umpama mimpi dalam mimpi

ANUGERAH KECEMERLANGAN STAF UiTM KELANTAN

SEMUA KAKITANGAN UiTM KELANTAN DIJEMPUT MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS YANG GILANG GEMILANG DAN TERBILANG "ANUGERAH KECEMERLANGAN STAF UiTM KELANTAN 2009

ANUGERAH KECEMERLANGAN STAF UiTM KELANTAN 2009

TARIKH: 13 DISEMBER 2009/AHAD
MASA : 09:00 PAGI
TEMPAT: HOTEL RENAISSANCE KOTA BHARU


CLICK SINI UNTUK DOWNLOAD MAKLUMAT

umpama mimpi dalam mimpi

Friday, December 11, 2009

Papadom - Eksperimentasi Realiti


Menonton karya terbaru karya terbaru Afdlin Shauki membuatkan berkhayal sendirian sambil membayangkan aku sedang menyunyah papadom














Pengarah :

Memang patut filem nih banyak dapat anugerah. Dalam suasana kesedihan masih lagi mampu menonjolkan unsur lawak yang selamba kodok. Dari sudut duniawi siput sedutnya karya beliau dapat memberi kesan kepada bapak2 dan bakal2 bapak yang agak kesibukan. Beliau turut berjaya mengembangkan konseption satu dunia. Afdlin juga tidak membawa lawak splastik dari filem2 sebelum. Beliau berani dengan pemurnian identiti daripada meniru karya2 sebelum dan berjaya mempromosi papadom. Selain itu, filem ni turut membawa aku mengimbau nostalgila di UiTM Shah Alam yang mana hampir keseluruhan lokasi pengambaran di Kampus Induk UiTM Shah Alam. Lawak slumber dan berintelek hampir berjaya. Makanlah Papadom sambil menonton mesti layan...

Afdlin Shauki
Syarikat Penerbit : Tayangan Unggul Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 08 Oktober 2009
Durasi : 115 min
Audio : Stereo
Format : 35mm

Pengarah

Penulis:
:
(Lakon layar)
:
(Cerita Asal)
Lakonan:
:
Saadom (Pelakon Utama)
:
Miasara (Pelakon Utama)
:
Munirah (Pelakon Utama)
:
Professor Balqis (Pelakon Utama)
:
Hisham (Pelakon Pembantu)
:
Shasha (Pelakon Pembantu)
:
Yvonne (Pelakon Pembantu)
:
Mat (Pelakon Pembantu)
:
Hussin (Pelakon Pembantu)
:
Ali (Pelakon Pembantu)
:
Uncle Lim (Pelakon Pembantu)
Krew:
:
(Pengarah Fotografi)
:
(Pengarah Seni)
:
(Pereka Kostum)
:
(Muzik)
:
(Pereka Bunyi)
:
(Gaffer)
:
(Juruteknik Bunyi)
:
(Penyunting)
Penerbit:
:
(Penerbit Eksekutif)
Anugerah:
:
Filem Terbaik
:
Pelakon Lelaki Terbaik
:
Pelakon Wanita Terbaik
:
Cerita Asal Terbaik
:
Skor Muzik Asal Terbaik
Anugerah (Pencalonan):
:
Pengarah Filem Terbaik
:
Lakon Layar Terbaik
:
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
:
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
:
Penataan Seni Terbaik
Sinopsis:

Mampukah seorang lelaki menunaikan wasiat isteri tercinta? Itulah yang berlaku kepada Saadom, seorang ahli perniagaan nasi kandar yang berjaya di Pulau Pinang. Wasiat isteri agar menjaga anak mereka , Mia dengan baik telah mengubah diri Saadom. Daripada seorang lelaki yang sentiasa sibuk dengan dunia nasi kandarnya, Saadom menjadi seorang bapa yang begitu prihatin kepada setiap perkara yang berlaku pada Mia. Setelah menginjak usia remaja, Mia mula rimas dengan kasih sayang Saadom yang berlebih-lebihan. Kawan-kawan Mia juga rimas dengan Uncle Saadom yang sentiasa mengekori anaknya itu. Saadom sering memeluk dan mencium Mia, di hadapan kawan-kawannya. Mia sedikit malu. Waktu rehat, Saadom akan menghantar makanan kepada Mia dan kawan-kawannya di sekolah. Adakalanya kawan-kawan Mia menolak makanan tersebut kerana mereka mahu diet. Saadom sering juga melepak di dalam kawasan sekolah Mia, demi memastikan keseleamatan Mia. Adakalanya Saadom diminta keluar oleh Pengetua..

Masalah besar timbul apabila Mia perlu memilih universiti. Saadom mahu Mia memilih yang dekat-dekat sahaja, tetapi Mia pula mahu belajar jauh daripada bapanya. Mia mahu bebas daripada bapanya. Saadom jadi panik. Bagaimana dengan janjinya terhadap arwah isterinya yang telah mewasiatkan Saadom menjaga Mia dengan baik? Mampukah Saadom mendidik Mia hingga berjaya menggenggam segulung ijazah?!! Nantikan kemunculan 'Papadom' sebuah karya Afdlin Shauki di pawagam berhampiran anda....

Sumber copy and paste dari: http://www.sinemamalaysia.com.my/film/info/?id=Papadom_718

sipnopsis cite nih aku search thru google sampai ke laman web

http://www.sinemamalaysia.com.my

umpama mimpi dalam mimpi

Monday, December 7, 2009

~KERTAS`



[4]~Kertas~

Kertas terbang melayang-layang
Ingin digapai tidak tercapai
bawa bersama impian yang tak sampai

Kertas terbang putih bersih
belum tercoret tidak terlukis
terjengkit melompat-lompat

Nostalgia ria berputar
Berpusing berpintal ikut irama
bila tiada semua teringat
Termanggu sedih
Wajah berkepala lutut

Kertas kembali
Jatuh kesisi
Putih yang bersih lenyap
Semuanya aku conteng
Koyak dan hanyut

umpama mimpi dalam mimpi

Cerita Terbaru

Kemaskini Senarai Blog 2011 [klik gambar dibawah]

Kemaskini Senarai Blog 2011 [klik gambar dibawah]
Sapa nak nak masuk dalam senari blog saljuhumairah 2011 sila tinggalkan link korang
Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger