Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November 8, 2009

LIRIK BEST SIOT [Asyik-Damasutra]

Saja suka-suka kongsi lirik lagu yang penuh makna.

Dengan bahasa kalimah yang sama Puji dan memuja Dilindung dan dibuka Rahsiakan tetap rahsia Indah bukan rupa Harum bukan bunga Manis bukan gula Panas bukannya bara Cintakan tetap cinta Sejak aku kenali Cintamu yang suci Aku telah berjanji Tak berpaling lagi Akan aku genggam api Hingga jadi besi Dan nyata sebati Gelap bukan malam Terang bukan siang Satu tak terbilang Hanyut tak terenang Waktu tak terasa Rindu tak terkata Asyiknya cinta Dan hanya kepadamu Kuserah jiwa ragaku Walau berjuta seteru Tak kuragu

KEPUTUSAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2009

Keputusan Akhir Piala Malaysia 7 November 2009

Gomo Kelate Gomo vs N9

Rekod tanpa kalah N9 dalam Piala Malaysia musim 2009 menyaksikan Rizal menjulang Piala Malaysia. Negeri Sembilan beraksi dengan cemerlang dengan menyumbat 3 gol termasuk satu sepakan penalti menewaskan penjaga gol veteran Kelantan Halim Napi. Tekanan bagi negeri Kelantan yang sudah sekian lama tidak beraksi di peringkat akhir Piala Malaysia mempamerkan corak permainan yang kucar-kacir terutama dibahagian pertahanan. Kelibat berbisa Indra Putra kurang menyerlah sehingga diganding dengan Khalik Jamlus pada babk kedua perlawanan. Namun sepakan percuma Indra Putra di minit-minit terakhir berjaya membolosi gawang Negeri 9 menjadi pengubat jiwa lara penyokong kelantan seramai 65,000 orang yang membanjiri stadium. Pemain terbaik Piala Malaysia telah dianugerahkan kepada Syukur Adan yang cukup berpengalaman ke peringkat akhir secara personal.

Bagi aku pengalaman ke peringkat akhir telah membezakan mutu permainan malam ni.…