Followers

Fan Page Facebook

Tuesday, November 24, 2009

Engkau Kah Dia



Pelan-pelan ia berlalu,

Merangkak-rangkak tersentap-sentap,

Aku menangis kah? Atau mengantuk yang berkuasa?

Oh.Tidak! Tidak....

Kenapa? Kenapa Masih tidak boleh?

Ya...aku buat2...bukanya asli,

Sedih...

Aku belum mampu menangis..

....................bagaimana???merintis..meratap dan merayu aku..


Syncronyzer cromozom

umpama mimpi dalam mimpi

Saturday, November 21, 2009

Story of the Legend-Kuda Laut Merentas Kota Sejarah [HONDA 5 SIRIP]


Dicelah-celah runtuhan air hujan yang menjunam kebumi aku memecut laju, merempit cilok-mencilok ditengah-tengah pinggiran bandaraya Kuala Lumpur merentasi lebuhraya Mahameru. Pecutan 120km/h seakan-akan 1200km/h Terasa seperti juara Cup Prix yang gagah mendahului dihadapan, telinga aku seolah-olah terdengar teriakan peminat-peminat yang memekik-terlolong memanggil-manggil nama aku yang realitinya hanyalah jutaan titis-titisan hujan rahmat memercik diatas penghadang angin helmet. Rasa bangga, bongkak deras menyelinap laju disetiap sudut ruang hati aku. Perasaan aku jauh terbang melayang membawa jiwa bertemankan tunggangan kuda kesayangan yang gagah perkasa.

Honda Ex5 bernombor pendaftaran pulau Pinang itu aku beli menggunakan duit gaji bersama-sama bantuan abah tujuh tahun lepas. Kiranya motor abah sebab sumbangan abah lebih dari bahagian aku.Second hand jer...tapi masih bertahan menjadi lagenda sehingga hari ini, buat aku ulang alik ke tempat kerja di Bukit Merah Lake Town resort.Tugas sebagai kakitangan di pusat peranginan memang memenatkan. Terutama ketika menjelangnya musim percutian, kerja-kerja di dapur cafe amat sibuk dan memenatkan bagi menyediakan perkhidmatan makanan yang terbaik, dan aku memerlukan kenderaan untuk pantas bergerak sekiranya ada on-call bagi menggantikan staff yang emergency. Supaya cepat. Erm...kerja swasta....

Dalam kekalutan kelam malam disirami hujan lebat, otak kiri aku mengimbas kembali perjalanan aku dari bekerja dikampung sehingga menjadi mahasiswa UiTM Shah Alam dan seterusnya berkhidmat sebagai pensyarah atau selayaknya tutor disebuah kolej swasta pinggir kota Raya metropolitan. Merata negeri di Malaysia aku jejakkan kaki dalam tempoh tersebut. Perlis, Kedah, Perak (lokasi tertumpahnya darah), Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, N.Sembilan, Melaka, Pahang, Johor dan Sabah. Namun, seumur hidup aku sehingga mencecah 24 tahun belum pernah lagi aku menjejak kaki ke Negeri Kelantan, termasuk juga Sarawak dan Terengganu. Otak aku ligat berpusing semenjak bermulanya perjalanan aku dari Shah Alam ke Gombak.

Khabar berita dari adik di kampung buat perasaan aku bercampur-baur. Mulanya gembira, terharu, sedih, dan berbagai-bagai lagi perasaan yang bermain-main dengan jiwa kelam aku. Surat rasmi yang sampai ke kampung tengah hari tadi masih lagi terngiang-ngiang diminda aku. Satu persatu aku pinta adik baca tadi. Dia baca penuh teliti sehingga titik yang terakhir untuk memuaskan permintaan aku didalam telifon. Mulanya, hanya gurauan berbekas dihati..tapi anak no.3 dari 4 orang adik beradik itu berjaya meyakinkan aku. Walaupun dia sering mempunyai masalah dengan aku atau aku sering memberi masalah kepada beliau. Kali ini dia benar-benar membuat aku percaya dan simpati terhadap apa masalah yang aku beri kerana kejujurann nya...

Aku menambah kelajuan kuda biru tua ku sehingga mencecah 130km/h. Kelajuan luar biasa bagi model kenderaan (kuda lagenda) milikku.. Rasanya mungkin proses pengubahsuaian engin dan penukaran karburator kepada model Modenas telah menambah sedikit percikan petrol semasa omboh menghentam blok seterusnya meningkat kemampuan enjin tunggangan aku ini. Hujan yang semakin menjadi-jadi lebatnya tidak menghalang aku untuk mencilo ditengah-tengah kelajuan kenderaan besar lain. Mana mungkin aku kalah dengan mereka. Ego yang berbaur nafsu lekas merosakkan hati aku. Mungkin kerunsingan otak mengosongkan pemikiran aku. Atau mungkin juga menjadi satu kepuasan nafsu yang teramat sangat ketika minda aku menjadi tepu.

"hang kena kerja di Kelantan" perlahan-lahan adik membaca barisan ayat yang membuat aku terkejut dan terpana seketika. Kerja menaip diteruskan juga, Business Plan yang boss suruh aku siapkan sabtu lepas menambah bebanan kerja aku. Quiz dan Assgmn student tak habis tanda lagi. 2Minggu lagi Kak Intan nak tengok, dan carry mark nak kena tampal kat opis. Budak-budak plak asyik bising-bising. Inbox hp sony ericson aku sentiasa penuh. Tak sempat2 nak delete. Kalau call aku tak jawab. Yelah..tengah merempit memang aku tak peduli. Cuma headphone disebalik topi keledar mendendangkan lagu dari kumpulan Dewa. Lagenda rock Indonesia.

Aku membelok naik ke "fly over" sentul link. Bunyi karburator menderu melantun kembali terkena tembok tepi. Jalan yang lapang memudahkan aku membuat pecutan maximum seolah-olah lap yang terakhir bagi menamatkan perlumbaan ini...

umpama mimpi dalam mimpiumpama mimpi dalam mimpi

Ibu dan Facebook (Full Version)

Hayati dengan penuh shahdu.... oh serafina ophelia

video yang sungguh menyayat hati..

"KENAPA SEMUA ORANG BALIK MINGGU NI?"
atas tak ada orang, depan tak ada orang,
kiri tak ada orang kanan tak ada orang jugak...
cuma dibawah kelihatan pakguard di bangsalnya...
berita menyatakan hujan sungguh dan sangat lebat,
terasa macam nak makan lepat plak.
mengharungi kehidupan penuh hujan sorang2 terasa sepi dan
ditemani sunyi,
"aku bersyukur kepada-Mu mengurniakan teman sepi ini..
tiada teman baik seperti ini,
teman yang pasti setia bila waktu terhenti dan memanggil mu.."
Sunyi amat baik untuk ku....

Sunday, November 15, 2009

Opick feat Amanda - Maha Melihat (Super HD Video Clip)

Salah satu lagu yang termuat dalam album Opick paling terbaru - DIBAWAH LANGIT MU.(next post i'll review the latest album from oPick.

Opick – Di Bawah LangitMu


Di bawah langitmu

Bersujud semua

Memuji memuja asmamu

Dan bertasbih semua

Makhlukmu tunduk

Mengharap cinta dan kasihmu


Cahaya ilahi

Hangatnya Di hati

Di langkah sejuta wajah

Terbata penuh salah

Jalani sang hidup

Terluka terhempas berdosa


Hitam putih jalan hidup

Pahit getir warna dunia

Tangis tawa rasa hati

Terluka atau bahagia

Rasa bangga sementara

Setiap duka tak abadi

Semuanya wajah kan dipuji

Pada Allah kita kan kembali



Lirik lagu Opick – Di Bawah LangitMu ini dipersembahkan oleh LirikLaguIndonesia.Net. Kunjungi DownloadLaguIndonesia.Net untuk download MP3 Opick – Di Bawah LangitMu.

Saturday, November 14, 2009

Damasutra - Asyik

Lagu nih memang layan... tambah2..lirik lagu dia yang menusuk kalbu...yang kelam...

LIRIK BEST SIOT [Asyik-Damasutra]


Saja suka-suka kongsi lirik lagu yang penuh makna.

Dengan bahasa kalimah yang sama
Puji dan memuja
Dilindung dan dibuka
Rahsiakan tetap rahsia
Indah bukan rupa
Harum bukan bunga
Manis bukan gula
Panas bukannya bara
Cintakan tetap cinta
Sejak aku kenali
Cintamu yang suci
Aku telah berjanji
Tak berpaling lagi
Akan aku genggam api
Hingga jadi besi
Dan nyata sebati
Gelap bukan malam
Terang bukan siang
Satu tak terbilang
Hanyut tak terenang
Waktu tak terasa
Rindu tak terkata
Asyiknya cinta
Dan hanya kepadamu
Kuserah jiwa ragaku
Walau berjuta seteru
Tak kuragu

Sunday, November 8, 2009

KEPUTUSAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2009



Keputusan Akhir Piala Malaysia 7 November 2009

Gomo Kelate Gomo vs N9

Rekod tanpa kalah N9 dalam Piala Malaysia musim 2009 menyaksikan Rizal menjulang Piala Malaysia. Negeri Sembilan beraksi dengan cemerlang dengan menyumbat 3 gol termasuk satu sepakan penalti menewaskan penjaga gol veteran Kelantan Halim Napi. Tekanan bagi negeri Kelantan yang sudah sekian lama tidak beraksi di peringkat akhir Piala Malaysia mempamerkan corak permainan yang kucar-kacir terutama dibahagian pertahanan. Kelibat berbisa Indra Putra kurang menyerlah sehingga diganding dengan Khalik Jamlus pada babk kedua perlawanan. Namun sepakan percuma Indra Putra di minit-minit terakhir berjaya membolosi gawang Negeri 9 menjadi pengubat jiwa lara penyokong kelantan seramai 65,000 orang yang membanjiri stadium. Pemain terbaik Piala Malaysia telah dianugerahkan kepada Syukur Adan yang cukup berpengalaman ke peringkat akhir secara personal.

Bagi aku pengalaman ke peringkat akhir telah membezakan mutu permainan malam ni. Bagi N9, mereka telah berdepan dengan perlawanan akhir dan beraksi dengan tenang. Manakala Kelantan sedikit teruja dan bermain dengan penuh debaran setelah sekian lama tidak beraksi diperingkat akhir. Buktinya banyak percubaan-percubaan merbahaya dari N9, dan Kelantan dapat menyesuaikan dengan keadaan dipenghujung perlawanan. Personally, player of the night patut bagi kat Aidil, 3 kali kena serang masih bertahan untuk masuk kembali beraksi di tengah padang. Banyak peluang muncul dan berjaya membuatkan perlawanan akhir tadi menarik dengan penuh aksi.

Apa-apa pun Sathia telah berjaya membawa kelantan ke peringkat akhir dan Wan Jamak membuktikan Negeri Sembilan mengekalkan kemenangan hingga menjulang piala Malaysia 2009. Kemenangan 3-1 melayakkan N9 menggenggam Piala Malaysia dengan penuh selesa.

Mungkin kemenangan N9 kali ni sebagai sejarah dan kekalahan malam ini merupakan permulaan bagi Negeri Kelantan untuk melonjak dimusim hadapan menerusi pengalaman beraksi diperingkat akhir mlm ni. Tahniah!!! Negeri Sembilan

Negeri Sembilan : 3
Kelantan : 1

umpama mimpi dalam mimpi

Friday, November 6, 2009

PROMOSI..PROMOSI...PROMOSI Mp3bloghitz - Siti Nurhaliza - Tahajjud Cinta + Perempuan Berkalung Sorban


Knapa ar? Apa kaitan Siti Nurhaliza dengan Filem terbaru dari seberang nih (Perempuan Berkalung Sorban) Apa-apa pun satu gabungan yang menarik.(http://mp3bloghitz.blogspot.com/) .

Saja jalan2 surf google time student exam tadi. Pastu terjumpa plak album terbaru siti nurhaliza Tahajjud Cinta. Actually aku tertarik dengan OST Perempuan Berkalong Sorban(Filem terbaru dari Indon) sila baca review dari Faisal Tehrani di sini (http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/11/perempuan-berkalung-sorban-dan.html)
Gambar dari : http://tehranifaisal.blogspot.com/

Filem Perempuan Berkalung Sorban nih aku dah terlepas tengok dulu sebelum terbaca review oleh Faisal Tehrani(FT). Itu pun ada sorang sahabat yang mengkhabarkan mengenai review tentang filem tersebut dalam blog FT. Ending of the movie terdengarlah soundtrack dari siti nurhaliza yang mendayu-dayu mendendangkan lagu ketika cinta.Syahdu betul movie nih. Sebenarnya filem nih diadaptasi dari novel yang aku pun belum baca lagi.

Tajuk lagu dia Ketika Cinta OST Perempuan Berkalung Sorban yang dicipta oleh Opick. Memandangkan aku meminati karya-karya opick, so aku pun tertarik lah dengan album terbaru siti nurhaliza nih. Lagu Ketika Cinta nih telah dinyanyikan oleh Opick sebelum nih, tapi dalam album baru siti nih, dia telah memberi kelainan sikit. Apa-apa pun karya Opick memang best lah. Layan..
Amaran


Sila dapatkan yang original album terbaru siti nih sebab ada lagu Opick, dan layan Filem Perempuan Berkalung Sorban (heroin nya Bawang Merah bagi sapa2 yang layan drama indon dulu "Bawang Putih Bawang Merah". comel siut dia pakai tudung)

Mp3bloghitz - Siti Nurhaliza - Tahajjud Cinta


1. Tahajjud Cinta.mp3

2. Asma Ul Husna.mp3

3. Ketika Cinta OST Perempuan Berkalong Sorban.mp3

4. Ya Rasulullah.mp3

5. Selawat.mp3

6. Pintu Rindu.mp3

7. Batasku Asaku OST Perempuan Berkalung Sorban.mp3

8. Ku Percaya Ada Cinta.mp3


petikan dari website:


http://www.sitizone.com/sz/index.php?option=com_content&view=article&id=103&Itemid=94


Tahajjud Cinta
Tahajjud Cinta is the fourteenth studio album from Malaysian pop singer-songwriter Dato' Siti Nurhaliza.This album was released on 9th September 2009 in stores all over Malaysia and was officially lauched on 10th September 2009. This is Siti Nurhaliza's first holistic album featuring songs of praises towards the creator. Engaging a well know composers Audi Mok, Eddie Marzuki, Tya Subiakto. Siti also too composed on of the song in this album. This album that has great potential to be one of the hit albums in the industry.
Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. (SNP) produced this album with Suria Records (SRC) as the distributor featuring 8 songs for music lovers.
Mentionable songs in this album will be Tahajjud Cinta, Pintu Rindu and Ku Percaya Ada Cinta.



Sumber: Siti Zone (Siti Nurhaliza Official Website)


Dapatkan yang original.


umpama mimpi dalam mimpi

Mp3bloghitz - Hujan - Mencari Konklusi

Mp3bloghitz - Hujan - Mencari Konklusi

umpama mimpi dalam mimpi

Thursday, November 5, 2009

Musim nya dah tiba


Hari ni Machang Dah masuk hari ke-3 hujan tak berhenti. Dengar kabar ada beberapa kawasan di Kelantan yang telah dinaiki air. Tadi, beberapa kakitangan HEA terpaksa pulang bimbang rumah mereka tenggelam. Kak Ana turut melaporkan bahawa lebuhraya Machang - KB sesak disebabkan beberapa kawasan dijalan utama telah dinaiki air. Menurut beberapa penduduk tempatan yang aku kenal semenjak hari lapor diri ke bumi serambi mekah ini, situasi sebegini adalah biasa malah merupakan nikmat dan rahmat. Aku masih ingin tarikh 15 Disember 2008, aku menjejak kaki untuk kali pertamanya di UiTM Kelantan Kampus Machang, hujan tak berhari-hari tanpa henti. Perasaan pelik menyelubungi hati aku tambahan lagi demam panas untuk 3 hari berturut-turut disebabkan sukar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan. Masa tue hidup aku hanya bertemankan Honda Ex5 kesayangan, nanti aku story sikit pasal kuda tunggan yang bakal menjadi lagenda pemerintahan 1Malaysia. So, disebabkan yang berkenderaan yang tak berbumbung, hari minggu aku dipenuhi dengan aktiviti melepak ditepi tingkap sebab hujan mungkin takkan berhenti fikir ku diwaktu tuh. Aktiviti merenung titisan air hujan memang best dan menambahkan kesyahduan. Tak ada lagi teman untuk ajak aku keluar naik kereta diorang. Tak ada lagi teman untuk bawak aku pegi makan mee kampung pek. Tak ada lagi teman berbual sambil layan capati+sardin+teh tarik.
Hanya wajah mak dan famly aku yang bermain-main di awang-awangan membayangi minda. Sempena menyambut musim tengkujuh yang telah tiba, aku tujukan lagu nih untuk mak aku dan famly aku dikampung serta seluruh ibu-ibu yang mengingati anaknya diperantauan.
Mak!dah lama aku tak balik kampung. Lepas raya puasa hari tue...aku belum mendapat nikmat cuti. InsyaAllah nanti aku pulang membawa bersama salinan permohonan cuti untuk dua minggu. Akan aku menuntut bela diatas hak mu ibu.

Satu Rindu

Album : Semesta Bertasbih
Munsyid : Opick feat Amanda
http://liriknasyid.com

Hujan teringatkan aku
Tentang satu rindu
Dimasa yang lalu
Saat mimpi masih indah bersamamu
Terbayang satu wajah
Penuh cinta penuh kasih
Terbayang satu wajah
Penuh dengan kehangatan

Kau ibu
Oh ibu
Alloh izinkanlah aku
Bahagiakan dia
Meski dia telah jauh
Biarkanlah aku
Berarti untuk dirinyaoh ibu oh ibu kau ibu

Terbayang satu wajah
Penuh cinta penuh kasih
Terbayang satu wajah
Penuh dengan kehangatan

Kau ibu
Terbayang satu wajah
Penuh cinta penuh kasih
Terbayang satu wajah
Penuh dengan kehangatan
Kau ibu oh ibu kau ibuoh ibu oh ibu
Hujan teringatkan aku
Tentang satu rindu
Dimasa yang lalu
Saat mimpi masih indah bersamamu
Kau ibu kau ibu kau ibu

http://www.liriknasyid.com/index.php/lirik/detail/4117/opick_feat_amanda-satu_rindu.html

umpama mimpi dalam mimpi

Wednesday, November 4, 2009

Detik Lalu~Jambatan Ini




Detik lalu,
Banyak yang duka,
Banyak lagi yang suka,
Wujudnya sukar,
Menikmati Nikmatnya yang indah,
Kabus yang menebal,
Untuk menyingkap sinaran sang cahaya,
Pandang yang dulu,
Tafsirkan bayang-bayang mu,
Gelap dibelakang mu,
Cahaya dihadapan mu,
Usah ditinggalkan kelam disebalik mu,
Nanti hilang punca meniti cahaya dihadapan mu,
Langkah mu langkah ku menuju yang satu,
Jeling detik yang lalu,
Hati-hati meniti jambatan hari ini,
Untuk menuju hari esok yang tak pasti,
Detik lalu untuk detik ini..
Kini aku melangkah di jambatan ini,


umpama mimpi dalam mimpi

Tuesday, November 3, 2009

Opick - Cahaya Hati


Dah lama nak review album nih, tapi belum berkesempatan.

Album nih dalam simpanan lebih kurang 7bulan yang lepas. Sempat rembat kat KB Mall masa pegi rambu-ramba. Ada 10 buah nukilan yang memberi kesan jika dihayati dalam sedalam mungkin. Membuat terfikir mujahadah sendirian.


1. HANYA ALLAH

2. CAHAYA HATI (NURUL QOLBI)

3. YA NABI SALAM

4. ALANGKAH INDAH

5. CINT SETULUS JIWA

6. HANYA HAMBA ALLAH

7. KETIKA CINTA

8. ALLAH YA NUR

9. TULAN LINDUNGILAH

10. RAMADHAN TIBA

Kata-kata yang terukir di kulit albu buat aku tertarik untuk menjiwai setiap bait lirik didalam nya.



"aku adlah angin, terkadng menjadi rumput, alang-alang, burung, ikan, dan batu... Menjadi bintang, matahari, bulan dan lautan... Menjadi apa saja yang di inginkan oleh - Mu.. Kau masukkan aku kepada malam, aku menjadi malam... Kau masukkan aku kepada siang, aku menjadi benderang... aku hanya ingin mencintai - Mu... Sekecil apapun rasa yang tumbuh Dalam pandan - Mu..." al-Fakir aunur Rofiq Lil Firdaus, 24 Jun 2008 Pulo Gebang - Jakarta Timur



satu lirik pilihan yang terkesan kelubuk hati:



2.Cahaya Hati (Nurul Qolbi)



Allah engkau dekat


Penuh kasih sayang


Takkan pernah engkau


Biarkan hamba Mu menangis


Karna kemurahan Mu


Karna Kasih sayang Mu


Hanya bila diri Mu


Ingin nyatakan citan


Pada jiwa jiwa yang rela


Dia kekasih Mu


Kau yang selalu terjaga


Yang memberi segala


Allah Rohman Allah Rohim


Allah Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi


Allah Rahman Allah Rohim


Allah Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi


Disetiap nafar disegala waktu


Semua bersujud memuji memuja asthma Mu


Kau yang selalu terjaga


Yang memberi segala


Setiap mahluk bergantung pada Mu


Setiap wajah mendamba cintu Mu cahaya Mu



~Opick~


umpama mimpi dalam mimpi

Monday, November 2, 2009

PAGI YANG GELAP - Tiada hidangan capati+sardin+teh tarik


Subuh ini,

Permulaan yang kecewa bagi episod itu,

Tiada embun pagi segar yang menitis dihujung daun,

Semuanya basah disimbah hujan,

Dingin membungkus tubuh, kemas dan kejap,

Hujan renyai menewaskan kalbu ini, "owh, mencari alasan bagi memenangkan nafsu yang

terbalik,"

Hujung mata menjeling.."5.03a.m." ah!awal lagi..

Penjuru ruang kotak itu direnung hanyut,

Berniat dlm hati "5.20a.m." sempat lagi,

Dikatakan itu niat, Tak tahu sebenarnya bisikan yang menjerat,

Lama engkau termenung membiarkan waktu tahjud meninggalkan jejak,

Detik yang diri berjanji "5.30a.m" sempat mengejutkan tumpuan mu,

Namun rantaian yang menjerat bijak betul menjerut kemas,


.................................

.................................

.................................


Dikau dah terpaut, asyiknya kalbu melayan sedapnya nafsu,

dilepasnya belenggu..."6.03a.m" membebaskan diri,

Hanya beberapa detik meninggalkan waktu,

Sedar yang terlambat,

Jihad yang terlepas,

Jemaah bersama-sama berjuang meninggalkan mu terjerat disitu,

Betul2 waktu yang membuatkan mu menyesal sampai mati,

Gelak dan hilaian tawanya bertambah merdu melihat mu kecewa berteleku,

Nafsu berpusing "JANGAN ENGKAU KECEWA DIWAKTU AJAL MU NANTI"

Santapan capati+sardin+teh tarik tiada lagi mengisi ruang pagi mu...



Renungan bersama,


sepotong hadis drpd Nabi Muhammad saw yang bermaksud:


"Ya Tuhanku, aku mohon supaya aku cinta kepadaMu dan cinta kepada orang yang mencintaiMu, termasuk orang yang sayang kepada semua amalan (aktiviti) yang boleh membawa kepada sayang kepadaMu." (Hadis riwayat Tirmidzi: 3341)

sumber: Misbah Em Majidy "Kisah Cinta Dalam Al-Quran"


umpama mimpi dalam mimpi

Sunday, November 1, 2009

TERlebih dan TERkurang 6 Bulan Kelepasan Dilambung Cermin Mimpi


Antara fantasi dan realiti aku,

Mengintai-ngintai tatkala menjeling,

Tersedu, sendirian cuba mengapai-ngapai sang angin,

Meraba-raba hati, sungguh jauh berlari-tarian hiba,

Tinggalkan sepi menjadi pemimpi,

Hanya kosong didalam sangkar hati,

Menyingkap realiti didalam fantasi,

Hari-hari muncul cermin sisi,

Nyata kelabu menutupi,

Jari menguis-nguis sedikit terusik,

Nyaris didekati menyentak pergi,

Hanyut bersama kembali ketepi,

Antara aku, aku lah yang malu,

Sendiri menyorok mendekati gelap,

Pepaku bongkak kukuh terbenam,

Gelapnya kelam menyelubungi sinar,

Tebalnya hitam sukar memancar,

Rebahnya jatuh tertiarap menyembam,

Lemah segala sesungguhnya arjuna,

Dicuba-cuba kelopak mata,

Sedikit sinaran sebalik awan,

Mimpikah cermin realiti antara fantasi,

Gopoh gelojoh menerkah cahaya,

Risau gelap kembali mencengkam,


-Minimizing Stereotyping Bias (McShane.Von Glinow - Organizational Behavior "Fourth Edition)


p/s:
-MOhon kemaafan setelah sekian baru membersihkan habuk dilaman blog usang ini.
-Telah lama menghimpit dan menjenguk, mencari, yang belum lagi pasti.
-Terima kasih kepada pengintai saljuhumairah.blogspot.com
-Thanks to all, thanks for everythings....
-I'll try my best untuk kembali menari lagi


umpama mimpi dalam mimpi

Cerita Terbaru

Kemaskini Senarai Blog 2011 [klik gambar dibawah]

Kemaskini Senarai Blog 2011 [klik gambar dibawah]
Sapa nak nak masuk dalam senari blog saljuhumairah 2011 sila tinggalkan link korang
Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger