Followers

Fan Page Facebook

Thursday, May 21, 2009

Checklist ke3[Persediaan Kewangan]

minit

minit

minit


minit

minit

minit

minit

tadi mesyuarat lagi. fobia betul aku dgn perkataan 'minit'. Tugas sbg pencatat minit memang berat a.k.a. setiausaha..berat-seberatnya.. "minit mesyuarat" perlu segera, supaya tidak lupa. Walaupun menggunakan perkataan minit..tapi penyediaanya berjam-jam, berhari-hari...adus..mak tolong...

~~~~~~~~~~

Checklist Sebelum berkahwi ke3 [Persediaan Kewangan]

"Tugas dan tanggungjawab utama suami ialah memberi nafkah kepada isteri mengikut kadar kemampuannya. Oleh itu seorang lelaki hendaklah mempunyai suber pendapatan yang tetap yang boleh menjamin nafkah keluarga diber secara bersambungan."Majalah SOLUSI Isu Perdana [ms:77]

aku taknak memberi ulasan panjang..sememangnya aku baru bekerja..tambahan sikap boros melampau yang membelenggu untuk menyimpan. Membeli perkara yang tidak sepatutnya tanpa dirancang menjadi musuh utama bila aku ada duit. Persediaan ke3 nih memang satu cabaran dan ujian yang paling utama buat masa ini. So..tak kan nak berhutang plak..walaupun boleh....berdikit2....lah wahai aku..

kalo duit aku banyak nih..aku dah kawin 1,2,3,4 dah...

umpama mimpi dalam mimpi

Wednesday, May 20, 2009

Mengapa kita bertemu dan Mengapa kita Berpisah?

"Mengapa perlu bertemu? Mengapa perlu berpisah?" - bagi pendapat jahil ambo mudah jer... tujuan bertemu adalah untuk berpisah....simple. Tak akan adanya berpisah jika tidak bertemu... Bertemu pasangan nya berpisah. Aku anggap ia sebagai pasangan ideal yang mantap. Sebab dalam dunia ni kebanyakan nye ada pasangan masing-masing. Tapi hati aku masih menjadi rahsia??? Milik siapakah hati ku ini...[adus..jiwang karat bt0l lah...]

Abu : "eh..sham ko merepek apa nih..?"
Ramli : "asyik cite pendapat peribadi ko yang merepek jer..."
Lokman : "Tak de keja lain ker?"
Kasturi : "hati ko tuh pun bukanya milik ko pun"
Pok beh : "ikut suka hati ko lah"

Aku: "habis yang korang nih tak merepek ker?
~ pastu Abu, Ramli, Lokman, Kasturi dan Pok beh bergaduh sesama sendiri. Mereka saling tarik menarik rambut walaupun Kasturi rambutnya botak.

Aku: "weih jangan bergaduh sebab aku...aku tahu lah aku ni macho [riak yang melampau menyebabkan hati mati].

~ Pergaduhan diteruskan tanpa mempedulikan "aku".
Aku : "ape-ape jer lah..suka hati korang lah...yang penting bakal ada pasangan terhangat dipasaran tidak lama lagi. Mungkin hati aku milik pasangan ni...
MPV PRODUA VS MPV PROTON [EXORA]

Eh..dulu ko cakap hati ko milik TOYOTA SEG? Apa cite ni bro...ko memang hipokrit[salah satu ciri-ciri orang munafik-masyaAllah...Ya. Allah jauhilah aku dengan sifat begini] la..tak tetap pendiri langsung lah...Tak suka lah aku org macam ko nih...kata Lokman kepada Kasturi. Pertengkaran diantara mereka berlanjutan sehingga pukul 3 pagi..

(cite diatas tiada kaitan langsung dgn yang hidup dan mati)-degar khabar angin melalui tenet...produa bakal melancarkan MPV PRODUA mereka yang tidak pasti lagi ketetapan tarikh nya...dan sebenarnya Abu, Ramli, Lokman, Kasturi dan Pok beh adalah watak yang sama dengan watak Aku)

Berdasarkan sejarah silam dan pendapat2 skunder...performance PRODUA lagi mantap dari PROTON. Taktahu lah sejauh mana signifikanya kata2 ini..Orang cakap lah...aku tolong menyampaikan apa yang orang cakap jer..[cis..tak nak mengaku..lagi sekali hipokrit-teruk betul la ko ni sham..kata aku kepada sham]

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Cite lain dari yang lain plak..

Balik kepada entry sebelum nih..seperti yang dijanjikan..cheklist KE-2 PERSEDIAAN SEBELUM BERKAHWIN: 2.Persediaan Fizikal

"Bakal pasangan perlu mempunyai kesihatan yang baik, tiada penyakit yang berbahya atau berjangkit, untuk membolehkan masing-masing dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna. Penting juga untuk memiliki kemampuan seksual yang normal. Ia amat penting dalam menjamin kegahagiaan rumah tangga, disamping merupakan faktor utama untuk mendapatkan zuriat." [Majalah SOLUSI-Isu Perdana ms:77]

Related to me: Alhamdulillah buat masa sekarang aku tiada masalah serius, tetapi tiadak pasti lagi untuk 1 saat dari sekarang.

Bagi aku, kesihatan amat penting dimana mak dan abah aku sering menjaga kesihatan kami sekeluarga dan kadang kala melarang untuk beberapa perkara dan mengikut peraturan2 yang ust2 sarankan. Mereka juga sering berbicara secara terbuka dan profesional mengenai hal2 berkaitan kesihatan fizikal mahupun batin. Alhamdulillah..aku bersedia dari sudut ini tetapi tidak sepenuhnya mungkin ilmu kesihatan agak kurang dan bukan bidang aku.

So..tindakanya aku perlu memperhalusi perkara ini dgn merujuk kepada pakar2 yang lebih ahli didalam bidang ini. Mencari untuk pencerahan.

umpama mimpi dalam mimpi

Monday, May 18, 2009

Tribute to WARKAH CINTA BERBAU SYURGA


cover terkini..

Teruja rasanya....

Pernah dulu2 aku review buku "Warkah Cinta Berbau Syurga" yang aku habiskan di Sabah. Thanks to Nurul Huda kerna telah meminjamkan buku berharga tersebut dan turut memperkenalkan aku dengan gaya karangan ala-ala "ayat-ayat cinta" versi Malaysia. Best! Susunan jalan cerita yang menarik sehingga sebaris dengan penulis-penulis ternama. Dulu buku nih cover dia lain, yang terkini cover dia ungu.

cover lama..

Aku bukan nak merepek meraban jalan cerita buku ni, sebab aku dah review dah dulu. Tapi sungguh tidak tersangka. Petang opis yang sibuk tadi, sempat aku menemuramah kakak kepada penulis buku tersebut (a. ubaidillah alias). Dapat jugak tahu serba sedikit tentang beliau secara ringkas. Seorang ust/guru YIK, motivator, aktivis amal, dan pengarang majalah islam RIO untuk sekolah2 setakat ni.......umpama mimpi dalam mimpi.

Karya beliau terkini "Mengintai Cinta Khalifah" bakal diterbit pada 3 June 2009 oleh PTS Litera Sdn Bhd. Sila rujuk web page PTS.

Petikan yg aku cilok dari web page tersebut mengenai buku terbaru dari A. Ubaidillah Alias:

"Imran, remaja yang tercari-cari erti sebuah legasi demi memimpin cintanya menuju syurgawi. Dia cuba menyelami hakikat khalifah yang makin kabur. Dalam diam, jiwanya sentiasa memugar cinta Laila yang prejudis terhadap agamawan. Kerana cinta dia berusaha mengubah persepsi Laila. Namun, Laila tetap dengan pendiriannya. Ketika itu, hadirlah Nanda Gracer iaitu seorang Gadis asing yang mengheretnya ke dalam perdebatan antara kebenaran Islam dan kejahatan orientalis. Imran tekad menghadapi argumentasi itu dan merubah pandangan Nanda. Dalam diam, Nanda terpesona terhadap karisma dan kemantapan ilmu Imran. Dalam menggapai cinta Laila dan hambatan cinta Nanda, adakah Imran akan memperkukuhkan dirinya sebagai Khalifah Tuhan di muka bumi?"

Credit to PTS

3 Blog dibawah naungan beliau:

  1. http://majalahrio.blogspot.com/
  2. http://ustazcinta.blogspot.com/
  3. http://hatiseorangsuami.blogspot.com/
  4. Blog rasmi : http://cairostudent.blogspot.com/
"semoga maju jaya dalam perjuangan"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cerita lain....berkaitan dengan entry semalam.
Thanks to all my friend yang banyak memberi pandangan. Berdasarkan checklist semalam [Persediaan Sebelum Berkahwin], pertama adalah mengenai Persediaan Minda dan Kerohanian:

"Pasangan yang ingin berkahwin perlu bersedia secara ninda untuk memikul tanggungjawab sebagai suami/isteri. Setiap pasangan juga perlu bersifat matang. Dan mempunyai pengetahuan asas hal-ehwal rumah tangga. Begitu juga dengan kemahiran berkomunikasi, menguruskan sumber (masa, wang dan tenaga) dan bersedia menghadapi masalah." - Petikan Majalah Solusi [Isu Perdana] m/s 77.

Related to me: Berdasarkan persediaan minda dan kerohanian rasanya aku belum cukup sedia untuk menikmati syurga "dunia" yang digemparkan oleh ustaz miqdat.

Sudut spiritualnya aku masih lemah untuk menahan marah.

Komunikasi yang kurang mantap terutama untuk menjadi pendengar yang baik.

Dan...masih belum matan secukupnya..seakan-akan kebudak-budakkan terutama didalam membuat keputusan mengejut.

~~so..realiti nya checklist pertama aku dah gagal. Aku masih memerlukan lagi 60% untuk melengkapi apa yang aku ingin capai..So..untuk tidak menjadi jahil selamanya..aku perlu mencari pencerahan bagi kes ini. Kajian selanjut haru disegerakan... Esok kita lihat sejauh mana aku bersedia untuk checklist kedua.

HANYA SUKA-SUKA BUKAN BENAR-BENAR SUKA


"You complete the opposite of me..."-JIM CARRY

"Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian......"

"Sikit-sikit lama-lama jadi bukit...."

Semua2 yang diatas tak de kaitan pun dgn entry nih..saje jer..wat gempak sikit...Actulally,Aku baru jer..selesai menonton cite pinjaman dari taukey cd: che-deal . Tajuk nya...[JIM CARREY-YES MAN]... Best, bagi aku cite ni cite motivasi. Agak-agaknya sesuai ditonton orang yang sedang kecewa. Impak cite ni betul2 dipengaruhi dengan watak Jim Carry yang gile2. Aku tak nak komen panjang2, akhir cite, Jim Carry dapat gak couple walau dah kecewa dgn kegagalan cinta dgn isterinya. Best tapi ada jgk part2 yang biasa filem Hollywood buat menyebabkan jadi tak best sikit...whateva, jalan cite mantap.

Tq...che-deal sbb bagi pinjam..cadangan yang bagus..TQvm2...

~~~~~~~~
cite lain plak..

Trutt...trutt....trutt...

"Hello, Assalamualaikum.."
"eh! abah!"

~~~~~~~bla...bla...bla...~~~~~~~
~~~~~~bla..bla..bla..~~~~~~~~

[ayat-ayat last abah..!]:

abah: "abang hang dah dalam perancangan, hang kena kumpul duit lah...kena usaha. Abah nak support tak dak.."
"hang jangan dok tunggu lama-lama...kerja dah ada, belajar pun dah habis...kalau nak sambung tunggu dulu lah..."
"jangan dok enjoy saja..beli bukan-bukan" "simpan duit!" sedikit tegas dipenghujung perbualan...kata2 atau boleh jugak dikatakan arahan lelaki yang ku sanjung memang akan aku semat kemas-kemas di minda.

Tapi arahan kali ni agak sukar ditempuhi..walaupun cabaran assignment masa study dulu aku rempuh bagai pahlawan melayu terakhir..namun tugasan yang abah bebankan kali nih...teramat sukar. Aku mengerti sangat-sangat niat hati abah, tak ingin aku ketinggalan dan menyesal di kemudian hari. Seperti yang pernah terjadi sesetengah sepupu-sepupu yang agak kelewatan.

From Collages


Yang utamanya....dah cukup bersedia ker...or mampukah aku. Aku berasa masih lagi manusia kecil yang baru belajar berjalan. Masih lagi menagih belaian mak aku... Tak puas lagi nak manja dgn mak..tambah plak lepas habis form6 dulu tak pernah tinggal lama-lama kat umah..asyik keja...keja...keja...keja...keja...dan keja lagi...

Tak mcm "abang" atau "tyco" bagi kami adik beradik.Dia maybe dah bersedia nak berkeluarga kot..otai....mesti boleh punya...

Tapi niat dalam hati ada gak secebis impian yang tidak pasti...mungkin mimpi didalam mimpi...

[dalam gambar]Kelmarin aku kira-kira duit simpanan aku dalam tabung...agak-agak cukup ker buat hantaran?rasanya nak isi minyak kereta pegi meminang pun tak mampu sponsor. Total aku kira semalam lebih kurang RM97.50 jer.... Lagi RM3 baru cukup RM100.00. Sengaja aku bentukkan huruf S.H. [saljuhumairah]...lastly..habis duit simpanan aku dirampas dengan kejam oleh blogger asing Towkey-Wong. Gambar menunjukkan tanggas brutalnya merampas semua duit simpanan aku...dan dimasukkan kedalam uncang emas beliau. Sadis betullah...alamatnya lambat lagilah aku bleh siapkan assignment yang abah bagi. Tak pe lah...bagi laluan kat abang dulu. Tapi jeles plak, dalam laci kat opis agak2 tebal jugak kad kawin member2 hantar. "Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian"

So..here i just want to share apa yang aku baca dalam Majalah SOLUSI [ISU PERDANA]..semoga bermanfaat untuk semua yang dah kawin dan belum kawin...(aku kasik point2 penting jer..huraian buat sendiri..mcm takbiasa buat karangan darjah 6 plak..)

PERSEDIAAN SEBELUM BERKAHWIN:-

-Persediaan Minda dan Kerohanian
-Persediaan Fizikal
-Persediaan Kewangan
-Persediaan Sosial

~teringat plak fahri dalam buku Ayat-ayat Cinta...perancangan strategik beliau yang ditampal di dinding dan usaha beliau cari duit nak kawin. Lastly, pihak perempuan support suma...wah best betul kalo ada pompuan meminang dan sponsor...mcm anak raja. Tapi nak ker aku jadi mcm tu. Orang selalunya
HANYA SUKA-SUKA BUKAN BENAR-BENAR SUKA DI ALAM REALITINYA..


PS:ENTRY yang tidak bermaksud apa-apa, melainkan hanya realiti perkongsiaan hidup....mungkin agak terpengaruh dengan filem Jim Carrey "YES MAN" atau status abang aku. Apa-apa jer lah...Tqx
umpama mimpi dalam mimpi
Posted by Picasa

Sunday, May 17, 2009

SELAMAT HARI GURU......thanks to my student norah fadhilah

Selesai kusus TOT[Training of Trainer]..thanks kpd kawan2..semua..harap jumpa lagi..

Pagi sabtu tadi aku bangun agak awal lain dari sabtu yang biasa... Setelah penat beberapa perkara terasa hari ni pagi sabtu yang ceria. Hampir habis semua kerja rumah yang tertangguh aku selesaikan. Basuh baju[mesin basuh jer], mop lantai, kemas perabot, buang sampah, dan seangkatan dengan nya.

Rasanya dah lama aku meninggalkan rutin mingguan nih..Mungkin disebabkan beberapa perkara yang menghalang, terutamanya "MALAS". Musuh utama "orang melayu"[sila rujuk blog sri sufi-ada sajak besh] yang semakin hari semakin menebal rasanya sikap nih.

"tak ada yang best sangat pagi cuti begini" kata hati kecil ku yang nipis iman. Sedangkan, setiap pagi, setiap hari merupakan satu rahmat dan kurniaan yang tiada taranya.

Pagi tadi, Aku terkejut beruk ketika sedang sibuk dengan aktiviti kerja rumah..tiba2 jer hp nokia 018 berbunyi sbgai tanda sms masuk. Hp ni boleh dikatakan pasif setiap hari tiba2 berbunyi, pagi2 plak tu... seingat aku tak de ramai yang tahu no. nih...dah lama tak berfungsi..melainkan masa aku berkhidmat di Kolej Unikop.

Aku biarkan jer..setelah selesai semua..aku check sms tadi yang sengaja ditangguhkan.. Terkejut beruk sebentar hati aku..

sms - "Selamat hari guru termia kasih di ats ksbran dan keperihatinan d kala mendidik sy. sgala tnjuk ajar xakn sy persiakan. Iklas dari nOrrah fadhilah."


sms - "sama2 semoga berjaya dunia dan akhirat..thanks kerna mengingati, dan menghargai serta memberi kerjasama semasa saya mendidik kamu." - ringkas aku membalas.

terkedu hati aku seketika...lupa plak hari ni hari guru..masih ada yang ingat...rupanya. Walaupun tak selama mana menjadi pendidik... Khayalan melayang jauh mengimbau semula kenangan KOLEJ UNIKOP. Satu persatu detik suka dan duka menjelma dalam benak....bermula dari sesat jalan mencari tempat interview hingga lah aku menghantar surat berhenti..."organisasi pertama ku jejak lepas tamat ijazah" [rujuk semula entry2 sebagai pendidik]

[kEnang-kenangan berkhidmat sebagai penyarah tegar di KOLEJ UNIKOP Gombak, aku,norbaizura & amirul hakim johari-dah jadi koordinator dah pun]

mulianya seorang pendidik... "selamat hari guru" - kepada korang...juga semua guru didunia....... thanks jugak kepada cikgu sek. rendah. gunung semanggo, sen. menengah gunung semanggol, sek. men. dr. burhanuddin, uitm shah alam....banyak aku dapat walau masih banyak lagi yang kurang..

[tempat bermulanya aku menapak kaki selepas tamat ijazah]

cikgu,
engkau bukanlah lilin,
engkau pelita,
engkau bukan lagi membakar diri,
engkau bukan lagi membunuh diri untuk kami,
engkaulah penyumbang sejati dalam dada,
engkaulah bukti aku berdiri disini,
engkaulah abah dan mak kedua kami,

umpama mimpi dalam mimpi

Tuesday, May 12, 2009

Erm...


Log Off for a while ......... So..sorry......

Cerita nostalgila dulu2.....zaman sekolah men. a.k.a. sblm merdeka..

The Successful Story of a Bright Girl



umpama mimpi dalam mimpi

Sunday, May 10, 2009

Aku dah penat dengan semua nih....nak rehat sebentar


Aku : "awak, nampak kurang sikit lah...rupa dah macho'..mcm shah rukh khan" [ayat aku reka dan tambah sendri...realiti sebenar aku guna ayat lain..tapi lebih kurang jer maksud nya]

Pelajar : "kenape?" [kebingungan!!!..tak sabar2 nak masuk dewan kot]

Aku : "Pelajr mana nih?]

Pelajar : "sini lah...." [ringkas..masih bingung]

Aku : "owh..saya ingat pelajr dari Oxford, Cambrige, tak pun UUM, eurm..mcm student USM pun ada gak.." betul pelajar sini?"

Pelajar : "betullah..." [menunjukkan kad matrix]

Aku : "Eh..ada kat matrix...baru lah saya tahu..awak student sini..kalo student Oxford tak leh masuk dewan...takleh amik exam..."

Pelajar : "tak kan pelajar lain plak en."

Aku : "saya tak tahu..dah awak tak pakai kad matrix[buat2 mcm bangang sikit, padahal perli]
"dah ada kad, pakai lah..baru student pompuan kenal, " "baju masuk dalam, baru lah hensome..pasni mesti dapat banyak surat cinta"

Pelajar : "hehehe..." [tersimpul sipu ala2 kerang rebus"

Aku : "ha!...awak pun sama...awak pun...awak jugak... hari dah last paper..esok takde dah...nak balik kampung dah..bagi lah hensome sikit..mane tau ada yang tersangkut nanti bleh kawin terus cuti sem ni.."

[beberapa rangkap perbualan di pintu masuk dewan peperiksaan petang tadi...sebelum pelajar masuk untuk menamatkan peperiksaan Mei 2009 secara rasminya]

Garang jugak aku..yek!

Itu lah...pergi mana2 pun mesti ada peraturan..semua kena ikut...tak boleh sorang dua jer...nanti semua kena akibat nya..sama jugak dengan hidup didunia ni.. tapi aku hipokrit..aku sendiri kadang2 melanggari peraturan...peraturan dunia satu hal...peraturan hakikat diri pun kadang2 terbabas.. Kadang-kadang sedar kadang-kadang mengata orang jer.. "adakah kita hidup dan dilahirkan untuk melanggar peraturan??"

So...dalam menegur orang...lebihkan menegur diri sendiri...senang hati, semua berjalan lancar tadi..Alhamdulillah...bersyukur kehadrat Allah s.w.t. semoga takde apa yang berlaku...dan semua dipermudahkan sehingga akhir mesyuarat dan exam yang seterus-terusnya..


Ya..aku nak berhenti....
Tapi untuk seketika sebelum datang sem hadapan..
Alhamdulillah..semua dah selesai...
Exam dah habis...Semoga semua pelajar berjaya dengan jayanya...

Pasni proses yang kedua..
Perlu berhati-hati dan lebih teliti..
Proses memasukkan markah dan validasi LE..
Semoga semua pensyarah dapat menghantar skrip2 jawapan student sblm due date..

Aku gembira..walau tertekan..
Gembira kerna masih bergelumang didalam kancah akademik..
Bidang yang membuatkan aku sentiasa berlajar..
Berlajar untuk peningkatan kendiri..
Tapi..jujurnya agak stress...mungkin kerna belum biasa...
"alah bisa tegal biasa"orang cakap..la....

Tangungjawab besar dan berat..
Satu cabaran yang hebat..
Proses pembelajaran dan kematangan..


Fokus...[semoga ketenangan beroleh kejayaa]

umpama mimpi dalam mimpi

SHARE AND SHARING


[Pagi-pagi lagi aku bangun awal hari ni. Lepas habis memantau exam, aku ajak miji ilqam, fatah, dan yo. Kiteorang pegi makan nasi sebelah masjid kat Machang. Lepas balik, macam biasa aku bukak email…salah sorg staff aku forward email nih. Tak tahulah korang pernah baca atau tidak, kpd yang belum baca e-mail ni best. Kat hujung email dia ada nyatakan kalo sayang mak, forward email ni kpd rakan2. ]

"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.


1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu

2-4 orang : Kamu sayang ibumu

5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu

10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu

[Tapi aku memang tak suka forward email nih….dan aku jugak tak suka copy and paste dari email masuk blog.. tak ada originality..tapi buat jugak…so aku masukkan dalam entry ni untuk tatapan umum…semoga bermanfaat.. "Share and Sharing".]

Orang kata aku lahir dari perut mak..

(bukan org kata...memang betul)




Bila dahaga, yang susukan aku.... mak

Bila lapar, yang suapkan aku.... mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak


Bila bangun tidur, aku cari.... mak

Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak

Bila nak bermanja, aku dekati.... mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak



Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak

Bila nakal, yang memarahi aku.... mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak

Bila takut, yang tenangkan aku.... mak


Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak

Aku selalu teringatkan .... mak

Bila sedih, aku mesti talipon.... mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak

Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak

Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "


Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak

Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak


kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak



Yang selalu berleter kat aku... mak

Yang selalu puji aku.... mak


Yang selalu nasihat aku.... mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak



Aku ada pasangan hidup sendiri....



Bila seronok, aku cari....pasanganku

Bila sedih, aku cari.... mak


Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak


Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat.... emakku


Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak


Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"


Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku


Bila-bila... aku akan talipon pasanganku

Entah bila... aku nak talipon mak


Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak


Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?

mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........



Tapi kalau mak sudah tiada..... .....

MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....



Berapa ramai yang sanggup
menyuapkan ibunya....


berapa ramai yang sanggup
mencuci muntah ibunya.....


berapa ramai yang sanggup
mengantikan lampin ibunya.....


berapa ramai yang sanggup
membersihkan najis ibunya.......


berapa ramai yang sanggup
membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....



berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang
sembahyang JENAZAH ibunya......


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4..00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap waja h ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Aku Bukan Hisyam?-EVERYDAY IS MY MOTHERS DAY...

Angin monsun bertiup lembut, daun-daun kayu melambai-lambai sambil menari rancak. Disulam muzik gamelan yang telah dihip-hopkan sambil tapir mempersembahkan breakdance....rama-rama tergendik-gedik riang ria menari rongeng dipentas opera..Petang tadi, proses menghabiskan masa jalan2 ke Kota Bharu dengan Che-deal. Rutin yang alhamudlillah terlaksana sebualan sekali, kalau tak ke TESCO pasti ke KBMall atau kedua-duanya. Tapi td, hanya sempat ke KBMall, sebab pagi nya ada exam, selamat petang tak ada...

3 buah kedai utama pasti kami kunjungi waktu ke sana:
  • Speedy Video
  • Kedai buku
  • Kedai Elektrik Sengheng
Dah lama rasanya aku tak keluar dari dunia "machang" selain balik kampung tempoh hari. Tadi petang kami jalan-jalan pusing2 KBMall sampai malam, selamat jumpa jalan balik, kalau tak, pasti bemalam dikaki lima bertemankan cipan dan rama-rama. Diantara 3 buah kedai yang dikunjungi..kedai buku lah yang paling lama kami jelajah. Mungkin minat yang sama nak bukak kedai buku membolehkan kami lepak kat situ.

Mencuri pandang pengurusan kedai buku supaya boleh kami aplikasikan secara efektif nanti, tapi hakikatnya hanya membelek-belek dan memilik buku yang diminati jer.... Beli tak jugak. Che-deal sempat rembat beberapa helai buku untuk koleksi dan hadiah untuk isterinya, banyak jugak aku tengok [tak pe lah, dia bayar pakai VISA].

Aku? hanya sekeping buku cerita yang dalam nak beli, tak terbeli, dan akhirnya beli jugak.. "belajar dari para wali" serta sebuah "majmu' syarif" untuk panduan. Itu jer.... [aku tak de VISA]

Tapi aku tertarik dengan sebuah buku, tak beli, tapi tak tau kenapa aku pelik dengan buku ni... Tajuk dia "Aku bukan Hisyam". Habis..aku sape ar? Tak pasti lah plak...

buku nih takde kaitan pun dgn entry ni....yang pasti aku adalah aku...tapi tanpa mak aku, siapalah aku sekarang ni..hakikat dan ketentuan yang tidak dapat dinafikan bagi yang hidup... dalam agama pun kita diajar menghormati mak, sebelum abah. [terbayang lagu My Mother]
. Hakikat yang perlu diterima, mak adalah utama dalam hidup kita.

Kepada yang telah tiada, banyak2 lah berdoa untuk mereka dan perlu jugak untuk yang masih hidup. Kat umah aku panggil mak bukan ibu. So sajak pentingnya ibu aku gantikan dengan pentingnya mak...walau siapa pun dia.... "Syurga dibawah tapak kaki mak"

Mak,
Engkaulah segalanya...lebih dari blog ku,
Mak,
Mak Sawat,
Mak Jari,
Mak Pertiwi,
Mak Negara,
Mak Negeri,
Mak Pejabat,
Mak Kota,
ubat batuk caP Mak dan anak,
erm...........apa2 aje lah... sebagai anak yang degil...... aku sayang mak aku!!!


...............................yang lain lupa lah plak...tadi ingat jer....

"everyday is MY MOTHERS DAY"-dan jugak kpd mak2 bloggers sekalian...

umpama mimpi dalam mimpi

Saturday, May 9, 2009

TSUNAMI MENGGANAS....untuk sebuah TRANSFORMASI ILUSI

Siapakah gerangan empunya diri..adakah pendekar tangan berapi mengamuk lagi?

5hari 4malam aku meninggalkan opis...hampir2 membuatkan aku tergezut, terdiam, terpana dan terbata. Bagai taufan datang melanda...habis suma barang dalam opis bersepai. Pagi2 dtg Ingat nak bukak pintu opis, alih2 dengan dinding2 dah hilang...

Perubahan suatu penghijrahan...alhamdulillah nanti dapat la..opis baru yang lebih power and privarcy. hehehe....tapi dah tak ada sofa lagi...xleh la client nak merempat dalam bilik lagi. So kpd sapa-sapa yg dtg dipersilakan bersila mengikut adat istiadat melayu timur yang sungguh sopan dan santunya..

Teringat semula subject "Management of Change" yang giler tahap tapir susahnya..

Proses renovation and tranformasi untuk opis ni perlu:
  • untuk dapat opis baru.
  • untuk meningkatkan security dokumentasi.
  • untuk lebih berdikari.
  • supaya dapat makan meggi.
  • bleh tido sambil letak kaki kat atas meja.
Proses renovation and transformasi untuk opis ni tak perlu kerana:
  • Nyusahkan plak aku nak kemas barang.
  • habis bercampur aduk semua dokumentasi.
  • opis baru tak de dinding cermin..susah nak berkomunikasi dgn E.O...terpaksa guna phone.
  • rasa terkurung.
p/s: exam tinggal lagi 2 hari jer..untuk merdekakan diri...hehe..dah tumbuh tanduk dah...bleh gi melacong dlm negeri. nak ikut?

Sapo2 ada info tips2 nak hias opis baru nanti..share ler ek!


Rupa asal opis aku..yang telah menjadi sejarah.biarlah ia dalam kenangan
















Bakal jadi sejarah...opis baru yang belum sempurna.

umpama mimpi dalam mimpi

Friday, May 8, 2009

BUTTERFINGERS Mati Hidup Kembali

Just want to share this very 'gempak' vclip.....melodi sedap mcm cekodok panas.....untuk menghiburkan hati yang penat...sok exam lagi..tak dapat nak post...

BUTTERFINGERS MATI HIDUP KEMBALI LYRICS
jalan raya terlampau sunyi
untukku terus bermimpi
mataku belum mengantuk lagi
bawa kemana saja ku pergi

tunjukkan ku bulan gerhana
tiada siapa nak ku jumpa
bende yang tiada ku sangka ada
tak mengapa oh tak mengapa

malam semalam gundah gulana
hari ini hari mulia
tak pernah daku rasa begini
seperti mati hidup kembali

bawa ku hilang dari ingatan
hari ini sehingga esok

tak pernah daku rasa begini

seperti mati hidup kembali

angkasa penuh dengan bunyian
ku capai sebelah tangan
sebalik awan ada cahaya
bercahayalah selamanya

daku tertawa seorang diri
darah yang mengalir terhenti
fikiran ku melayang-layang
tiada siapa yang perasan

malam semalam gundah gulana
hari ini hari mulia
tak pernah daku rasa begini
seperti mati hidup kembali

bawa ku hilang dari ingatan
hari ini sehingga esok
tak pernah daku rasa begini
seperti mati hidup kembali

tak pernah daku rasa begini
seperti mati hidup kembali

kembali...

sumber...:

http://www.gugalyrics.com/BUTTERFINGERS-MATI-HIDUP-KEMBALI-LYRICS/444658/

Thursday, May 7, 2009

X-Men Origins: Wolverine

semua gambar x-men origins:wolverine bersumberkan google.com




Hari isnin lepas aku pg layan panggung cite X-MEN Origins:Wolverine.. layan habis...sound yang mantap, gambar menarik...filem superhero yang che-deal tak suka..

Cite ni betul2 gempak..walaupun kurang sikit layan filem yang suka menipu. Nak tau asal usul Wolverine bleh la layan. Hero yang ganas giler...tapi baik hati. Bagi aku, kesian kat mutan sorang ni, banyak kali ditipu....tapi aku lagi banyak kena tipu sebetulnya..


Kisahnya bermula sebagai seorang tentera setelah membunuh ayah nya sendiri..kemudian nak menjalani kehidupan manusia biasa dengan bekerja sbg lumberjack. Tapi ada org dengki sebab dia salah seorang mutan yang agak sempurna. Kekecewaan kematian isteri yang telah dicetuskan org jahat menyebabkan dia rela dijadikan senjata ke 10 weapon X. Setelah berjaya dijadikan bahan eksperimen..dia melarikan diri sbb terdengar perbualan untuk menghilangkan memori otaknya. Dia menjadi lebih power untuk membalas dendam dengan kematian isteri dia. Rupanya dia ditipu hidup-hidup oleh orang sekelilingnya...akhir sekali dia berjaya mengalahkan org jahat [senjata yang ke 11~wade] tetapi tetap hilang ingatan juga setelah ditembak dikepala. Memang mantaplah cite ni...dua kali tengok pun best lagi... nak lebih mantap..g tengok kat panggung..



umpama mimpi dalam mimpi

Wednesday, May 6, 2009

Lukisan Hati Merungkai Huru-hara keBobrokan Jiwa yang Mati

Maha suci Allah s.w.t. yang maha kuasa lagi maha mendengar rintihan hamba-hambaNya..
Beberapa hari lepas, jiwaku sering bercanda ria dengan keriuhan jeritan pemberontak-pemberontak ketenangan hati.. Rindu akan halaman buat aku hanyut dibuai khayalan nostalgia sepi. Seiringan rintihan dalam hati di malam sunyi..sunyinya sesepi malam kala berhentinya hujan. Langit kelam, bumi bersinar tumpahnya cahaya rambulan... kadang bersulam siulan cengkerik..

Kala semua itu berlaku..
Kala ia menghantui diri..
Kala jiwa merempat disudut hati..

Transformasi suasana sunyi melonjakkan hati mati ini, bila mana khabar gembira disampai meledakkan keriangan menyusup menyelinap kelubuk yang sebelumnya sepi...

"Pekej Pelancongan Ria" merubah detik hati... 5hari 4malam..saat-saat terindah kembali "bagai seribu pedang pulang kesarang"....

Mohon kemaafan semua, tanpa khabar aku meniggalkan pameran kertas lukisan ini kerna keinginan hati kuat mengalahkan jari-jemari untuk bercanda ria dengan key-board laptop pinjaman ini..

beberapa "cut and paste" dari realiti ke fantasi mati....



Nostalgia meresap sedalam-dalamnya......


























Impian jadi nyata umpama~baju batik hijau untuk abang "selamat hari jadi"






[
1MEI 2009]Dari MACHANG(kancil en.hakimi~thanks) ke TANAH MERAH (Transnasional~perjalanan yang lena) ke KUALA KANGSAR ke TAIPING (bus RED OMNIBUS~banyak kenangan diimbas semula...dah lama tak naik bas ni..agak2 dah 4@5 tahun) ke SEMANGGOL.

[2MEI 2009]
Menetap di Semanggol yang indah ~ marhaban kenduri kahwai, kuliah bersama abah dan abang

[3MEI 2009] Masih di Semanggol yang indah ~ peruntukkan untuk yang tercinta, hujan lebat mengimbas nostalgia riang ria

[4MEI 2009] Masih di Semanggol yang indah ~ perbincangan masa depan nan indah, menonoton wayang X-MEN ORIGIN bersama 2 rakan sek. menengah a.k.a. rakan sekerja dulu.(memang best dan layan..film of the year..

[5MEI 2009]
Perjalan pulang ~ SEMANGGOL (bas merah~RED OMNIBUS, ada bekalan cucur kodok mak buat pagi-pagi lagi...) ke Stesen bas Kamunting ke TANAH MERAH (Konsortium) ke MACHANG (Van sapu~melayang RM25..memang sapu bersih)

p/s: perjalanan sepenuhnya menggunakan kenderaan awam-bas. indah betul terasa..mak agak terkejut dengan kemunculan didepan pintu yang tidak dijangka. Masa nak balik, mak sorang jer yang hantar sampai ker bus stop...ada sikit lagi bekalan cucur kodok kesukaan...aku makan dalam bas gak samapai habis... Syukur Alhamdulillah..rindu yang terpendam direalisasikan realiti...

mimpi dalam mimpi

Cerita Terbaru

Kemaskini Senarai Blog 2011 [klik gambar dibawah]

Kemaskini Senarai Blog 2011 [klik gambar dibawah]
Sapa nak nak masuk dalam senari blog saljuhumairah 2011 sila tinggalkan link korang
Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger