Followers

Fan Page Facebook

Wednesday, April 29, 2009

SELSEMA KHINZIR - agak sopan bunyinya... SWINE INFLUENZA

"SELSEMA BABI" "SWINE INFLUENZA" Sebuah isu yang semakin panas dan meningkat naik... agak meletop sejak kebelakangan ini. Isu ini hampir-hampir menguasai pasaran dan mendapat ranking tertinggi. Ambo kurang arif, tapi mengikuti jugak perkembangan virus yang agak membimbangkan....

"Buat masa sekarang sudah 150 jiwa telah menjadi korban akibat selsema babi. Negara-negara yang terjejas ialah Mexico, AS, Kanada, EU, New Zealand dan yang terkini di Thailand. Kebanyakan kes selesema babi yang disebabkan virus H1N1 - yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia, berlaku di kalangan golongan yang berumur 45 tahun ke bawah. "

"
Gejala dan tanda jangkitan virus itu adalah demam, batuk, sakit badan serta susah bernafas, selain dikesan berlaku di kalangan mereka yang mempunyai kaitan dengan ternakan babi. Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi virus babi itu dan belum jelas bagaimana virus selesema manusia sekarang ini dapat melindunginya. Saintis mengatakan ia penemuan sejenis virus baru dan ia boleh merebak daripada manusia kepada manusia."



Persoalanya..
1- Adakah ia Bala diatas kerosakan yang telah dilakukan oleh umat manusia,
2- Ujian/dugaan untuk meningkat tahap iman kita,
3- Atau Proses menghapuskan dosa-dosa.....

Segalanya didunia ini adalah dari Allah s.w.t. dan setiap satu nya ada hikmah yang tersurat dan tersirat untuk kita semua berfikir dan mengkaji. Kita perlu menghadapi setiap yang datang dengan ilmu dan iman. Jika dilihat semula, manusia akan melalui proses pembelajaran secara tidak langsung melalui pemikiran dan kajian setiap yang datang.

Dari satu sudut pemikiran yang jahil...Ia juga merupaka satu komunikasi diantara pencipta dan hambaNya. Rujuk semula karangan Faisal Tehrani "BILA TUHAN BERBICARA". Nukilan yang membawa kita (manusia) berfikir dengan setiap yang berlaku didunia untuk mendekatkan diri kita dengan pencipta. Buku yang sangat menarik penuh dengan monolong 3 orang berlainan yang berbeza. Kisah yang bersandar kan dari Ashabul Kahfi.

Judul : Bila Tuhan Berbicara
Pengarang : Faisal Tehrani
Penerbit : Al-Ameen Serve Sdn. Bhd.
Genre : Novel Drama
Mukasurat : 374 halaman
Cetakan Pertama : 2007
ISBN : 9833991235

P/S: Doa mendepani selsema babi - bersumberkan dari blog FAISAL TEHRANI click sini!
umpama mimpi dalam mimpi

AMARAN - MERBAHAYA


Kepada semua pelajar UITM, sila lalukan pra-pendaftaran untuk keselamatan.
Thanks kepada ustaz miqdat kerana membantu untuk KOLEJ TAR



umpama mimpi dalam mimpi

THANKS TO taman kirana lagenda

Setelah beberapa hari menghadapi masalah internet...ini yang pertama kali. Maaf kepada semua... Perkhidmatan CELCOM memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata indah...pikir lah sendiri

Thanks to TAMAN KIRANA LAGENDA kerana telah mengurniakan darjat kebesaran blogging yang pertama. Award yang penuh dengan warna-warni kehidupan adalah yang pertama tertampal disini. Thanks again to kirana. saya panggil award ni sebagai "pelangi hati"


umpama mimpi dalam mimpi

Sunday, April 26, 2009

Lagi-lagi makan..

"engkau keja nak wat pe?" "tak bosan ke keja tiap hari?"
salah seorang teman rumah sewaktu di Gombak bertanyakan persoalan umum yang dia sendiri tahu. Dia sendiri buat...

"aku nak cari makan" jawapan umum jugak..sbb malas nak melayan soalan giler..xkan nak bagi jawapan details..

"habis engkau belajar tinggi-tinggi, habis duit banyak nak makan jer..?" saja..taktik soalan untuk mengenakan aku..

"habis, ko fikir betul-betul..awal2 pagi apa yang ko cari..? " "dah tengah hari pun sama gak, sampai malam... esok benda yang sama balik" saja jawab kurang ajar sikit...sbb dia memang kena jawab macam tu....

"benda lain ko tak cari ker?"

"benda lain cari bila tak makan, wat keja pun sementara tunggu waktu makan..kalau tak mesti makan jer.." "mula2 ko lahir pun makan dulu.." "orang belajar rajin2 nak score, nak dapat keja bagus, nak duit, duit nak cari makan..takde duit takde lah makan..bila tak de makan, takde lah benda2 lain.."

"releks ar..bro...jom g makan.hehe....ko belanja aku.." aku tersengih-sengih macam kerang busuk..

"aku puasa time ni..hahaha..."aku gelak tanpa sebab...sambil menumbuk perut aku sendiri.. sebab aku sedang berborak kosong dengan diri aku yang sorang lagi.. diri aku adalah teman sejati yang setia menemani..dia selalu datang bila aku sendiri, membaca buku, naik motor, dan lain2 lagi..

sememangnya makan bagi aku ada dua maksud....makanan jasmani dan rohani... orang selalu mementingkan makanan jasmani lebih dari rohani. sama seperti kesihatan. orang teramatlah bimbang dengan kesihatan fizikal, tapi tidak menghiraukan kesihatan rohati atau pun hati kalbu yang seni...termasuklah diri aku yang hina ni.. entry kali masih lagi dengan makan...

satu petikan hadis dari majalah MILINIA MUSLIM yang membuatkan aku berhenti makan seketika sebelum aku sambung semula...mengunyah

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Lombong penyakit adalah perut yang sentiasa padat oleh makanan, maka sebaiknyalah diisi satu pertiganya untuk makan, satu pertiga untuk minuman, satu pertiga untuk pernafasan" Hadith diriwayat oleh At-tirmidhi

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman"
(Quran Surah Al-Maidah:88)
aku tak reti nak tafsir..sebab bukan ahli dan aku tak belajar bidang ni...kalau ada yang membantu alhamdulillah.. tak mu guna ayat sendiri, salah nanti aku jugak yang tanggung sendiri... yang pasti nya semenjak pertukaran kerjaya.. tabiat makan aku menjadi pelik sukar nak bendung. berat badan bertambah, nafsu dimanja-manja, terutama bila ada apa-apa mesyuarat atau majlis keraian, impaknya badan lesu menjadi malas segalanya..tambahan lagi sibuk yang tak berkesudahan...perjalan tidak lagi normal..bila lah nak kembali asal...

Mudah betul dipengaruhi oleh situasi, keadaan geografi, dan tabiat makan disini. Cobalah pagi2 tak makan nasi.tapi...... nak cari kueh-mueh pun susah kat sini...adus...lapar gak pagi2 ni..pas jemput en.aidil tadi...


umpama mimpi dalam mimpi

Saturday, April 25, 2009

KISAH CINTA PONG YANG GEBU..

"abg long!cepat2.. mak balik dah..."

aku berlari ke muka pintu meninggalkan abg long bersama rancangan SURIA BAJA HITAM sebaik mendengar bunyi tongkat basikal mak. Aku tau, mesti ada roti pong dalam raga.. memang itu lah yang dibawa pulang tiap kali mak balik mengaji kitab. Memang aku tak dapat menyembunyikan perasaan teruja bila mak balik. Mungkin bagi ku, roti pong adalah upah untuk aku ngn abg long bila mak tinggalkan kami kat umah...

Tapi Muka abg long selamba tenang menatap t.v.

bukan nya dia tak suka mak balik,
bukan nya dia tak suka roti pong,
bukan nya dia terlalu taksub dengan SURIA BAJA HITAM...rasanya aku lagi taksub dari nya...

tapi abg long memang begitu,
dari dulu hingga kini abg long memang begitu,
abg long memang tenang dalam apa jua situasi,
banyak beza dia dan aku,
Aku bukan nak bercerita abg long, tapi abg long dan roti pong memang signifikan.

Entry ni khusus buat ROTI PONG...tapi terselit jugak abg long..mungkin dah lama tak jumpa dia, tak borak2 dengan dia...dulu masa study ktorang berjiran di shah alam...dia banyak dipergunakan..semua masalah rujuk kat dia..tak pernah belajar berdiri atas kaki sendiri...

ROTI PONG-nama yang tertera di plastik pembungkus... nama saintifik beliau adalah CHEERLY CAKE. Roti yang senaraikan halal (sila rujuk website http://www.halal.gov.my list no. 57) Roti pong bukannya roti paung (aku belum pernah tengok dan rasa). Roti ni rasanya agak manis dan gebu, aku selalu gambarkan roti pong ni macam roti dorayaki dalam cite kartun doraemon. Roti pong ni, ada kismis kat tengah-tengah dan disalut gula pasir yang mungkin ditabur secara rawak di badan dia.. yang paling penting, roti pong ni gebu...

Kegebuan roti pong masih lagi tersimpan dalam memori hardisk otak aku. Selalunya kami makan roti pong ni petang2, cecah dengan air kopi, kadang2 teh-O nipis-senipis-nipisnya... Mak memang suka bancuh teh-O nipis. Kadang-kadang abah juga turut serta dengan kami lepas penat balik dari bendang(sawah). Timing mak balik mengaji dan abah balik dari bendang(sawah) selalunya sama, macam berjaji plak. Sedangkan abah tak pakai jam tangan bila pegi bendang. Masa tu, aku rasa betul2 bahagia, bahagianya kanak-kanak kecil dengan keluarga. Kebahagiaan kami menyantap roti pong datang seminggu sekali jer (sabtu). Disitu terjalinnya seri cinta kami sekeluarga ...mak, abah, abg long n aku...(dua org adik belum lagi) Kami gelak ketawa ramai2... ada jer cerita lawak terselit dari abah..dan mak tukang gelak... abah hanya tersenyum bila mak ketawa...

disebalik tu abah sempat lagi memberi semangat, motivasi dan mendidik dalam bentuk tidak fomal..Aku masih ingat kata abah masa tengah mengunyak roti pong(masa tu kecik lagi, tak faham sangat, sek. pun belum lagi(baru tadika)....sedap betul roti pong):

"nanti dah besaq belajar rajin-rajin, tak payah pegi bendang, kerja bagus2... ada duit hangpa beli lah kat abah kubota (mesin pembajak tanah). takpayah abah mencangkul lagi"

"erm..nanti abgngah beli kat abah..kubota, mesin padi, bleh abah bawah abgngah naik"

"abgngah nak jadi apa dah besaq nanti" soalan yang selalu mak yang tanya kat aku..

"abgngah nak kerja pejabat" jawapan yang sama setiap kali soalan seperti itu ditanya kepada aku. waktu tu aku belum lagi mengerti apa itu pejabat....tapi, 1000kali soalan, hanya itu lah jawapan yang terpancul dari aku. Mak pun selalu cerita... aku nak keja pejabat masa kecik2..

abah dan mak tergelak ketawa, abg long masih tenang, diam, mungkin dia mengerti. berbeza dgn aku, segalanya suka...tiada pernah muncul duka...

masa tu abah tengah menghirup kopi-o. baju abah kotor dengan lumpur/selut. kulit abah terbakar kena pancaran matahari. banyak kesan darah dikaki, bekas gigitan pacat... muka abah nampak penat tapi ceria.. tersenyum menampakkan gigi... terbayang wajah abah yang tenang seperti abglong. aku hormat abah, walau aku banyak menyusah kan dia. bukan menyenangkan..

tapi itulah perkataan yang aku bawak dan jaja dalam diri aku sampai besar..

"nanti aku nak kerja pejabat, nak beli kubota kat abah"bersama-sama mengunyah roti pong yang gebu...

Ya Allah, Engkau ampunkanlah dosa abah aku, dosa ibu aku, Engkau terimalah doa mereka..temukanlah mereka kedalam syurga Mu ya Allah..Engkau bahagiakanlah kami sekeluarga...

Masa berubah, sedikit menjadi angkubah keadaan aku. Aku dah berhijrah, abang jugak...skang, dia dah jadi pensyarah di POLITEKNIK ENGKU OMAR ipoh.

Aku..? aku dah menetap di KELANTAN.... namun roti pong tetap meninggalkan kesan dihati.. mungkin roti pong berbeza definisi yang tergambar di kepala aku...dengan orang lain.. definisi roti pong bagi aku terlalu panjang untuk di tafsir...ada ker sapa2 yang pernah makan roti pong?

ihsan cilok gambar dari blog http://ibuammar.blogspot.com/2009/02/cerita-roti-pong.html yang mungkin mempunyai kenangan jugak dengan roti pong. thanks cilok tanpa kebenaran.


p/s: thanks to nurul huda yang kini berada di bandar halaman, kerana telah bersusah payah mendapatkan buku2 yang dikirim dan menjadi wakil ke KLIBF 2009. dapat jugak dia bergambar dengan Faisal Tehrani..siap pakai songkok, baru balik dari solat jumaat kot.

umpama mimpi dalam mimpi

Friday, April 24, 2009

MASIH lagi EMOsi - Menginsafi Kematian ..satu titik penamat 'dunia'





MASIH lagi EMOsi - Menginsafi Kematian ..satu titik penamat 'dunia'

Sekitar di perkuburan...beberapa keping gambar tarmizi - semoga jadi anak soleh..

pagi tadi..en.imran, kimi dan ambo mengikuti program fardhu kifayah (solat jenazah) di rumah tarmizi... dan terus tidak melepaskan peluang bersama-sama ke tapak perkuburan membantu proses terakhir menghormati jenazah ibu tarmizi..

beberapa kakitangan HEA juga membantu mencangkul tanah. ambo turut menggerakkan tulang 4 kerat sebagai penghormatan terakhir... suasana di perkuburan agak hening dengan cuaca yang cantik panas terik sehingga keringat membasahai baju batik(pinjam en.aidil)

bergilir-gilir memegang cangkul sehingga proses menalkin mayat... proses menalkin jenazah di sini dilalkukan sepenuhnya dalam bahasa arab. tidak seperti beberapa sesi pengkebumian yang pernah ambo tempuhi sebelum ni ditempat ambo(semanggol).. lain tempat, lain kaedah. di kawasan ambo talkin dibaca dalam bentuk campuran bahasa supaya manusia yang hidup menginsafi kematian yang berlaku.(memahami apa yang terkandung disebalik talkin)

*bagi ambo, proses talkin merupakan salah satu proses/kaedah dakwah di tanah perkuburan bagi menginsafi kematian tersebut. Memang kejadian mati itu salah satu dakwah utuk manusia berfikir, namun masih ada manusia yang belum jelas dengan itu, dan perlu di beri pencerahan dengan berdakwah di samping proses pengkebumian. Dakwah tersebut lebih terkesan dari ceramah fomal yang sama untuk menyampaikan perkara yang berbeza... "dakwah boleh dilakukan dengan pelbagai cara dan kaedah" - masih terdapat perbezaan pendapat bagi isu talkin.

.......................................

malam, lepas maghrib...kami bertiga ambo, en.imran dan kimi(hakimi tinggal di rumah ambo sementara sebab rumah dia di kota bharu)bergerak ke bandar machang dan singgah solat isya" di masjid pakistan di tepi jalan berhampiran hopital machang. Satu program yang dianjurkan bila berlaku kematian adalah tahlil(beratib -istilah yang dipanggil di sini). Uniknya disini ia dilakukan selama 7malam selepas kematian, berbeza dengan tempat ambo hanya 3 malam.

*mengikut kefahaman ambo, tahlil = satu program berzikir kepada Allah dengan menghadiahkan kepada arwah sebagai salah satu sedekah yang sepatutnya berterusan sampai bila-bila. Sebab bila seseorang itu meninggal, maka terputuslah segala nya, melainkan 3 perkara amalannya, anak yang soleh dan sedekah jariah yang pernah dilakukan semasa hidup.

lagi satu pengalaman baru bagi ambo, ialah program tahlil ini dipenuhi orang sehingga terpaksa berhimpit-himpit tiada ruang. Berbanding ditempat ambo yang kurang sambutan melainkan hadirin yang hadir ke surau/masjid sahaja.

Sesi bertahlil/beratib ditamatkan dengan bacaan doa kepada arwah. Malam tadi sungguh bertuah kerana, orang yang membaca doa adalah Yang Berhormat Wakil Rakyat ADUN kawasan Machang sendiri. Ambo tak kenal sangat dan nama beliau pun ambo tak pasti, cuma terdengar perbualan orang kampung... unik dan bertuah diberi peluang...

semoga roh arwah aman di alam sana.....

ambo penat betul..sok masih lagi exam pelajar....nak rehatkan badan..nak bukak bilik kebal…

Wednesday, April 22, 2009

trut..trut..trut...

ada pesanan ringkas dari hp nokia

[jom]-ringkas dari en.imran

ring..ring...ring..{EN.IMRAN HEA-tertera di screen hp}

"hello, assalamualaiku.."
aku menjawab panggilan

"jom, aku kat bawah dah"..."ok2..sebentar..."sambil menyelak langsir tingkap bilik.

..................................

"Dia sakit biasa je semalam, takleh tdo" "so bawak pg hospital Machang, suspek jantung dia"
"dah check apa semua, doktor kata tak de pe2...normal sebab sama bacaan degupan jantung dengan baccan kat hospital Kota Bharu"

"pihak hospital terpaksa tahan dia kat hospital..sebab nak buat pemeriksaan lanjut, itu jer.."


"last sekali saya borak dengan dia semalam" "Petang semalam saya balik sebab bapa saudara saya dari penang datang nak ziarah mak kat hospital, tak tau wad kat mana.""dalam kul 7:00petang mak suh saya balik tengok abah kat rumah""tu lah kali terakhir saya bercakap dengan dia"

.......................

"lepas saya solat zohor kat office tadi sedara saya call, lepas tu nurse plak call suruh datang" "saya pun bergegas...sampai sana dalam keadaan koma dah..bibir dia suma dah biru.." "saya sorang saja waris yang ada masa tu..." "lebih kurang pukul 3:30petang dia dah tak dak"

"bila simpan?"

"erm pagi sok"

beberapa penerangan dan perbualan ringkas dengan mizi..tak banyak sangat berbual dengan dia, boleh dikatakan hanya 20% saja perbualan saya dengan tarmizi tertumpu kepada arwah. yang lain nya lebih kepada keadaan kat office... saya taknak menyentuh sangat hal2 sensetif dalam keadaan begini..lagi pun saya tidak berapa kenal dengan arwah, dan tak pernah lihat arwah..kisah sakit yang ditanggung oleh ibunya lebih kurang setahun lepas..

wajah beliau tenang seperti sekala... rasanya lebih tenang dari hari-hari sebelum... segala dalam imaginasi aku mengenai beliau sebelum sampai berbeza sama sekali.... walaupun jawatan tarmizi di pejabat dibawah seliaan saya, tapi pergaulan kami agak rapat, tiada sangat perbezaan.. baik di pejabat mahupun di luar pejabat. mungkin disebabkan tahun kelahiran kami sama....lagi pun saya kami serupa, belum punya tanggungjawab keluarga sendiri... semenjak aku kenali, beliau seorang yang rajin(jughus-bahasa kelantan) . selalu pegi hantar dan ambil ibu beliau di sekolah.. dan selalu nuga menemai ibunya ke hospital. Tambahan dia anak sulung, dan 2 orang adik lelakinya melanjutkan pelajaran...sorang di UiTM S.Alam dan sorang lagi IKBN. ....sedikit ringkasan beberapa maklumat mengenai tarmizi..

tadi.....jiran wanita agak ramai menziarahi.. lama jugak aku dengan en.imran berborak dengan nya...

setelah ramai waris dari jauh berkumpul, en.imran memberi isyarat untuk beransur. tarmizi sedang menguruskan proses memandikan jenazah. saya terpaksa memohon diri tanpa sempat berjumpa dengan dia sebagai menjaga adab menziarahi jenazah....

"esok pagi lepas semua urusan peperiksaan ok, kita datang.." en.imran mengingatkan...
"erm..insyaAllah"

Semoga semua urusan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar..ameen....

miji..demo lah perintis kat adik2 demo.....
saat kita pasti tiba..persiapkan diri..(untuk diriku sendiri dan sesiapa yang sudi membaca coretan ini...)

sejarah...tak sampai 12jam 3entry telah di publishkan... sebagai motivasi diri, mengingati mati dan luhan jiwa berdosa ini....

sama2 lah hayati 3 nasyid yang betul2 menyentuh....

sama-sama kita sedekah Al-fatihah untuk arwah..semoga ditempatkan di kalangan hamba-hamba Allah yang beriman..



kurang sesuai dengan lirik..tapi...sedih sangat...



lagu fav aku...



umpama mimpi dalam mimpi

Baru jer pagi tadi...


this entry special to one of my staff yang baru jer..kehilangan ibu nya yang tercinta..

Al-fatihah...(sedekah untuk arwah ibu kepada TARMIZI BIN MOHAMAD-kakitangan HEA )

Baru jer pagi tadi ambo membaca e-mail tentang rindu pada ibu..
Baru jer pagi tadi ambo panggil beliau dan forward e-mail tu untuk bacaan beliau...
Baru jer pagi tadi borak-borak dengan dia mengenai ibu beliau..
Baru jer pagi tadi mizi bergurau senda..
Baru jer pagi tadi.....

Harap beliau dapat menempuhi ujian dan dugaan ini dengan penuh kesabaran dan hikmah. Setiap manusia pasti bertemu dengan nya bila sampai waktu ajalnya.. tidak akan berkurang dan terlebih sededik pun..sememangnya sudah tertulis sejak azali...hikmah disebaliknya yang perlu kita fikirkan bersama..

"berat mata memandang, berat lagi bahu memikul" Takziah......

“Ya, saya sudah bertunang. Bertunang dengan kematian sejak saya dilahirkan,” jawap seorang insan solehah yang jamilah di ketika yang lain."
-salah satu petikan dari blog kematian

Bersama-sama lah kita tatapi artikel daripada HARUN YAHYA mengenai hikmah kematian
sumber: http://www.harunyahya.com/indo/artikel/042.htm

HIKMAH KEMATIAN

Kehidupan berlangsung tanpa disadari dari detik ke detik. Apakah anda tidak menyadari bahwa hari-hari yang anda lewati justru semakin mendekatkan anda kepada kematian sebagaimana juga yang berlaku bagi orang lain?

Seperti yang tercantum dalam ayat “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (QS. 29:57) tiap orang yang pernah hidup di muka bumi ini ditakdirkan untuk mati. Tanpa kecuali, mereka semua akan mati, tiap orang. Saat ini, kita tidak pernah menemukan jejak orang-orang yang telah meninggal dunia. Mereka yang saat ini masih hidup dan mereka yang akan hidup juga akan menghadapi kematian pada hari yang telah ditentukan. Walaupun demikian, masyarakat pada umumnya cenderung melihat kematian sebagai suatu peristiwa yang terjadi secara kebetulan saja.

Coba renungkan seorang bayi yang baru saja membuka matanya di dunia ini dengan seseorang yang sedang mengalami sakaratul maut. Keduanya sama sekali tidak berkuasa terhadap kelahiran dan kematian mereka. Hanya Allah yang memiliki kuasa untuk memberikan nafas bagi kehidupan atau untuk mengambilnya.

Semua makhluk hidup akan hidup sampai suatu hari yang telah ditentukan dan kemudian mati; Allah menjelaskan dalam Quran tentang prilaku manusia pada umumnya terhadap kematian dalam ayat berikut ini:

Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)

Kebanyakan orang menghindari untuk berpikir tentang kematian. Dalam kehidupan modern ini, seseorang biasanya menyibukkan dirinya dengan hal-hal yang sangat bertolak belakang [dengan kematian]; mereka berpikir tentang: di mana mereka akan kuliah, di perusahaan mana mereka akan bekerja, baju apa yang akan mereka gunakan besok pagi, apa yang akan dimasak untuk makan malam nanti, hal-hal ini merupakan persoalan-persoalan penting yang sering kita pikirkan. Kehidupan diartikan sebagai sebuah proses kebiasaan yang dilakukan sehari-hari. Pembicaraan tentang kematian sering dicela oleh mereka yang merasa tidak nyaman mendengarnya. Mereka menganggap bahwa kematian hanya akan terjadi ketika seseorang telah lanjut usia, seseorang tidak ingin memikirkan tentang kematian dirinya yang tidak menyenangkannya ini. Sekalipun begitu ingatlah selalu, tidak ada yang menjamin bahwa seseorang akan hidup dalam satu jam berikutnya. Tiap hari, orang-orang menyaksikan kematian orang lain di sekitarnya tetapi tidak memikirkan tentang hari ketika orang lain menyaksikan kematian dirinya. Ia tidak mengira bahwa kematian itu sedang menunggunya!

Ketika kematian dialami oleh seorang manusia, semua “kenyataan” dalam hidup tiba-tiba lenyap. Tidak ada lagi kenangan akan “hari-hari indah” di dunia ini. Renungkanlah segala sesuatu yang anda dapat lakukan saat ini: anda dapat mengedipkan mata anda, menggerakkan badan anda, berbicara, tertawa; semua ini merupakan fungsi tubuh anda. Sekarang renungkan bagaimana keadaan dan bentuk tubuh anda setelah anda mati nanti.

Dimulai saat anda menghembuskan napas untuk yang terakhir kalinya, anda tidak ada apa-apanya lagi selain “seonggok daging”. Tubuh anda yang diam dan terbujur kaku, akan dibawa ke kamar mayat. Di sana, ia akan dimandikan untuk yang terakhir kalinya. Dengan dibungkus kain kafan, jenazah anda akan di bawa ke kuburan dalam sebuah peti mati. Sesudah jenazah anda dimasukkan ke dalam liang lahat, maka tanah akan menutupi anda. Ini adalah kesudahan cerita anda. Mulai saat ini, anda hanyalah seseorang yang namanya terukir pada batu nisan di kuburan.

Selama bulan-bulan atau tahun-tahun pertama, kuburan anda sering dikunjungi. Seiring dengan berlalunya waktu, hanya sedikit orang yang datang. Beberapa tahun kemudian, tidak seorang pun yang datang mengunjungi.

Sementara itu, keluarga dekat anda akan mengalami kehidupan yang berbeda yang disebabkan oleh kematian anda. Di rumah, ruang dan tempat tidur anda akan kosong. Setelah pemakaman, sebagian barang-barang milik anda akan disimpan di rumah: baju, sepatu, dan lain-lain yang dulu menjadi milik anda akan diberikan kepada mereka yang memerlukannya. Berkas-berkas anda di kantor akan dibuang atau diarsipkan. Selama tahun-tahun pertama, beberapa orang masih berkabung akan kepergian anda. Namun, waktu akan mempengaruhi ingatan-ingatan mereka terhadap masa lalu. Empat atau lima dasawarsa kemudian, hanya sedikit orang saja yang masih mengenang anda. Tak lama lagi, generasi baru muncul dan tidak seorang pun dari generasi anda yang masih hidup di muka bumi ini. Apakah anda diingat orang atau tidak, hal tersebut tidak ada gunanya bagi anda.

Sementara semua hal ini terjadi di dunia, jenazah yang ditimbun tanah akan mengalami proses pembusukan yang cepat. Segera setelah anda dimakamkan, maka bakteri-bakteri dan serangga-serangga berkembang biak pada mayat tersebut; hal tersebut terjadi dikarenakan ketiadaan oksigen. Gas yang dilepaskan oleh jasad renik ini mengakibatkan tubuh jenazah menggembung, mulai dari daerah perut, yang mengubah bentuk dan rupanya. Buih-buih darah akan meletup dari mulut dan hidung dikarenakan tekanan gas yang terjadi di sekitar diafragma. Selagi proses ini berlangsung, rambut, kuku, tapak kaki, dan tangan akan terlepas. Seiring dengan terjadinya perubahan di luar tubuh, organ tubuh bagian dalam seperti paru-paru, jantung dan hati juga membusuk. Sementara itu, pemandangan yang paling mengerikan terjadi di sekitar perut, ketika kulit tidak dapat lagi menahan tekanan gas dan tiba-tiba pecah, menyebarkan bau menjijikkan yang tak tertahankan. Mulai dari tengkorak, otot-otot akan terlepas dari tempatnya. Kulit dan jaringan lembut lainnya akan tercerai berai. Otak juga akan membusuk dan tampak seperti tanah liat. Semua proses ini berlangsung sehingga seluruh tubuh menjadi kerangka.

Tidak ada kesempatan untuk kembali kepada kehidupan yang sebelumnya. Berkumpul bersama keluarga di meja makan, bersosialisasi atau memiliki pekerjaan yang terhormat; semuanya tidak akan mungkin terjadi.

Singkatnya, “onggokkan daging dan tulang” yang tadinya dapat dikenali; mengalami akhir yang menjijikkan. Di lain pihak, anda – atau lebih tepatnya, jiwa anda – akan meninggalkan tubuh ini segera setelah nafas anda berakhir. Sedangkan sisa dari anda – tubuh anda – akan menjadi bagian dari tanah.

Ya, tetapi apa alasan semua hal ini terjadi?

Seandainya Allah ingin, tubuh ini dapat saja tidak membusuk seperti kejadian di atas. Tetapi hal ini justru menyimpan suatu pesan tersembunyi yang sangat penting

Akhir kehidupan yang sangat dahsyat yang menunggu manusia; seharusnya menyadarkan dirinya bahwa ia bukanlah hanya tubuh semata, melainkan jiwa yang “dibungkus” dalam tubuh. Dengan lain perkataan, manusia harus menyadari bahwa ia memiliki suatu eksistensi di luar tubuhnya. Selain itu, manusia harus paham akan kematian tubuhnya - yang ia coba untuk miliki seakan-akan ia akan hidup selamanya di dunia yang sementara ini -. Tubuh yang dianggapnya sangat penting ini, akan membusuk serta menjadi makanan cacing suatu hari nanti dan berakhir menjadi kerangka. Mungkin saja hal tersebut segera terjadi.

Walaupun setelah melihat kenyataan-kenyataan ini, ternyata mental manusia cenderung untuk tidak peduli terhadap hal-hal yang tidak disukai atau diingininya. Bahkan ia cenderung untuk menafikan eksistensi sesuatu yang ia hindari pertemuannya. Kecenderungan seperti ini tampak terlihat jelas sekali ketika membicarakan kematian. Hanya pemakaman atau kematian tiba-tiba keluarga dekat sajalah yang dapat mengingatkannya [akan kematian]. Kebanyakan orang melihat kematian itu jauh dari diri mereka. Asumsi yang menyatakan bahwa mereka yang mati pada saat sedang tidur atau karena kecelakaan merupakan orang lain; dan apa yang mereka [yang mati] alami tidak akan menimpa diri mereka! Semua orang berpikiran, belum saatnya mati dan mereka selalu berpikir selalu masih ada hari esok untuk hidup.

Bahkan mungkin saja, orang yang meninggal dalam perjalanannya ke sekolah atau terburu-buru untuk menghadiri rapat di kantornya juga berpikiran serupa. Tidak pernah terpikirkan oleh mereka bahwa koran esok hari akan memberitakan kematian mereka. Sangat mungkin, selagi anda membaca artikel ini, anda berharap untuk tidak meninggal setelah anda menyelesaikan membacanya atau bahkan menghibur kemungkinan tersebut terjadi. Mungkin anda merasa bahwa saat ini belum waktunya mati karena masih banyak hal-hal yang harus diselesaikan. Namun demikian, hal ini hanyalah alasan untuk menghindari kematian dan usaha-usaha seperti ini hanyalah hal yang sia-sia untuk menghindarinya:

Katakanlah: “Lari itu sekali-kali tidaklah berguna bagimu, jika kamu melarikan diri dari kematian atau pembunuhan, dan jika (kamu terhindar dari kematian) kamu tidak juga akan mengecap kesenangan kecuali sebentar saja.” (QS. 33:16)

Manusia yang diciptakan seorang diri haruslah waspada bahwa ia juga akan mati seorang diri. Namun selama hidupnya, ia hampir selalu hidup untuk memenuhi segala keinginannya. Tujuan utamanya dalam hidup adalah untuk memenuhi hawa nafsunya. Namun, tidak seorang pun dapat membawa harta bendanya ke dalam kuburan. Jenazah dikuburkan hanya dengan dibungkus kain kafan yang dibuat dari bahan yang murah. Tubuh datang ke dunia ini seorang diri dan pergi darinya pun dengan cara yang sama. Modal yang dapat di bawa seseorang ketika mati hanyalah amal-amalnya saja.


umpama mimpi dalam mimpi

PAGI EXAM YANG SEGAR/Subject: Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal... (kelakar)


Actually ambo tak berminat nak blogging kat office dan jarang2 menaip entry masa kerja..rasanya tak pernah lagi..melainkan pas pukul 5:oopetang..atau sebelum pukul 8:00pagi...

Hari ni ambo datang awal office...tak pasti semangat apa yang muncul..
Perbualan dengan mak semalam..masih lagi terngiang-nginag.... macam-macam ktorang borak..asalnya nak call adik jer pasal grammar english dia....Lepas jer bukak bilik kebal dan keluarkan apa yang patut,trus check e-mail berkaitan kat lotus note..

..pas satu email...ke satu email...lebih kurang 4 email yang kebanyaknya formal (internal email)...
last email(informal email) yang ambo terima tajuk dia agak kurang menarik...tapi ambo baca gak untuk mengetahui... cite dia agak lain dari email2 yang ambo pernah dapat... tapi memang terasa, kesan nya sedikit demi sedikit walaupun nampak macam biasa saja...tapi ambo baca slow2...lastly memang rasa cam nak terjatuh air mata...tapi tak tau lah bagi org lain... lagi pun dah lama tak balik kampung...

rindu sangat kat famly...mungkin emosi menguasai diri(terus terang memang ambo anak manja dan susah sikit hidup berdikari)..

walau hakikatnya ambo tak suka copy and paste kat dalam blog, tapi kalo boleh nak kongsi perasaan membaca email ni dan semoga semua mendapat manfaat dari nya...so ambo share email yang ambo dapat ni... hayati lah jalan cite nya..

Subject: Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal...

Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ......
kengkadang siaran indonesia ...
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ...
ampon kan kiter....
Mak.....
Jam 4.30 pa gi 19/08/2006
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. ......
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan .....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan
nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. ..
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ...?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
Kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang... s
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil



surat ini berjaya 'menyentuh' banyak hati..selain mampu mengingatkan jasa ibu kita
di Malaysia, ia mampu menaikkan semangat kita utk terus berusaha dalam lapangan
masing2,dgn izin Allah s.w.t. InsyaAllah..

Juga sesuai dihadiahkan kpd anak2(bg yg sudah memiliki cahaya mata) supaya anak2
kita sentiasa lembut hatinya kesan daripada mmbaca surat ini ,insyaAllah. ..
Terima kasih saudara umarzahrawi kerana menghantar surat ini kepada iLuvislam.com.
Surat ini saya bacakan ketika majlis penutup Islamic Awareness Week di Kolej Yayasan
UEM suatu masa dulu. Ramai yang menitiskan air mata ketika itu.


tajuk email dia ada word *kelakar tapi sampai sudah ambo tak jumpa kelakar dimana...
i'm homesick....
umpama mimpi dalam mimpi

KEMBALI LAGI...


Rasanya baru jer semalam ambo g ambil en. Aidil turun bas....dalam 1 misi...aleh2..tadi malam dah g antar dia pulak naik bas... hari ni en.aidil untung sikit dapat naik bas SANI...

actually penat sangat exam hari ni..tak ada idea dah...nak menaip..penat menguasai minda yang lemah..baru hari ke dua...ada 19hari lagi untuk ditempuhi...

kepada en.aidil selamat pulang dan balik...

what eva..selami lah lirik best nih..
punya erti yang sungguh tersirat dan tersurat..
mungkin sukar untuk difahami..
tapi yang bagi ahlinya mungkin sudah melalui dan mengenali..
bagiku..masih lagi mencari-cari..



apa-apa pun jangan sendiri..pergi cari yang murshid..sebagai panduan dan pedoman untuk menempuhi...
insyaAllah ditemui..


Tajuk/Lirik Lagu: Sesat Dalam Rindu
Penyanyi: Damasutra

Ku resah mencarimu dengan akal
Dengan bersama sifat-sifat pinjaman
Kau ku rasakan semakin menjauh
Tersesatlah aku dalam rindu mu

Ku satukan firasat mencari mu
Dan ku terlontar di penghujung alam
Kau masih tidak dapat ku jejaki
Betapa malangnya nasib ku

Kerana mu ku tinggalkan segalanya
Sendiri aku terpedaya
Punya akal dan firasat yang tidak ke mana
Hanya jalan yang sengsara

Zahir musnah bagi yang mimpi
Zahir ada rahsia mencari
Lalu ku selami di dalam diri
Dibawa arus nafas ku
Asal serah janji dahulu
Mula hidup pasti mula cinta

Engkau kasih ada di sini
Engkau kasih ada menanti
Kau kasih aku jua kasih

sape yg faham lain..maka lain lah jadinya...
umpama mimpi dalam mimpi

Tuesday, April 21, 2009

1 MISI (BAB: 16, MS 308) 1511H [KOMBAT]

RUANG UDARA WASHINGTON DC, 20.26 PM

"Enta nampak apa di bawah, Ameen?"
"Radar menunjukkan, emm manusia, ramai sungguh. Kita tak patut lepaskan tembakan." Muhammad Ameen di hadapan menyambut pertanyaan Emrullah di kokpit belakang.

[Jangan tembak apa-apa dulu. Ini arahan.] Perintah Habib bergema dalam kepala. Arahan itu keluar dari Madinah.

Komander Imraan mencelah. [Betul, itu semua pemberontak yang baru tiba. Khabarnya, tentera dah lepaskan tembahkan kepada 5000 perusuh.]

[Mereka berbunuhan sesama sendiri.] Komander Zinnera mencelah dari Madinah.

[Tahniahlah Habib dan salim, sandiwara kalian menampakkan hasil.] Komander Mohamad menambah.

Pesawat berlegar seketika. Muhammad Ameen memandang ke luar. Cyper dipandu sarcos, supersonik dan Mikraj memenuhi ruang angkasa Amerika, tanpa diusik. Seakan kerja mudah. Komander Ali dan Sarjan Baser melintas di hadapan. Bagaikan dapat dilihat, Muhammad Ameen melambai dan membuat tabik hormat.

[Bab:16, ms. 308] 1511H [KOMBAT]
.......

RUANG MAYA DIANTARA MASA MAYA MACHANG : KUALA LUMPUR

"Hello komander hisham, lokasi dimana.?"

"Hello..holla... lokasi kedai Komander Khalid, makan roti canai dengan Sarjan Shah & Prebet Faizal"

"zzz...trrrr...broommm...brooommm" "Komander Aidil, turut serta bersama kontigen saya Komander Miqdat dan DSP Safri" "DSP Safri ketua teknologi minda kita yang baru..yang dulu dah Syahid..Alhamdulillah"

"Komander Hisham, berita kejap dengar, kejap tak dengar..ad gangguan ker"

"Komander Aidil..talian diganggu dengan kehadiran gewe BPF baru masuk.." "Sarjan Shah..Memperkenalkan gewe ni menggantikan T>A. baru BPF" "lagi satu, rasanya sebab saya tengah kunyah roti canai ni...dan straw air laici Komander Miqdat menghalang laluan talian keluar..talian masuk boleh komander Aidil..." "Thats why, komander aidil kurang pendengaran.."

"zzzztrrrttttttrot..trot..trot..."

"zztt...Komander Aidil lokasi..."
"Komander Aidil, komunikasi minda lebih pantas rasanya....zzzt.."
"Ok Komander Hisham...kita switch.."
"Siap sedia..."

"Baik..berita faham...handphone bahaya Komander Aidil....zzt..."

Beralih komunikasi minda maya....
Komander Aidil:[cip minda Aktif..!!]
Komander Hisham:[cip minda Aktif..!!]
Komander Aidil: accepted ok
Komander Hisha:deny..deny..zzt...psst.. accepted ok

[Komander A, lokasi tepat..?] .. [KL nak naik bas dah..Komander S].. [ok..faham komander A] .... [ambil saya kul 4lbh..] ...[ok roger...]...[jangan tido plak...]...[beres boss]..

...............
  • Sedutan dari salah sebuah karya Faisal Tehrani 1511H [KOMBAT]... nukilan yang belum berjaya menewaskan 1515 (Nyemah Mulia)...tapi betul2 membangkitkan semangat juang dan motivasi yang tinggi anak-anak muda belia. Jalan cerita dan plot yang mendebarkan dan strategi peperangan islamic. Menggambarkan keagungan Agama Islam yang terbaik disisi Nya...

  • Petikan yang diawahnya..merepek jer...hehehe..

SILA DAPATKAN
1511H [KOMBAT]-FAISAL TEHRANI
dipasaran.... BEST...BEST..


p/s: harap2 satu misi malam ni berjaya...membawa pulan En. Aidil kepangkal jalan dengan selamat..

Thanks to my friend...kerna menghadiahkan buku yang diimpikan..masa majlis perpisahan di Kolej UNIKOP....sahabat sekelas, satu study group, satu tempat kerja...skang dah dapat kerja goverment...tahniah..semoga berjaya hidup..and all UNIKOP staf, X-UNIKOP "GOOD LUCK" 1511H [KOMBAT] membangkitkan semangat JIHAD..

umpama mimpi dalam mimpi

Sunday, April 19, 2009

TOYOTA COROLLA SEG

Semalam aku bermimpi...cilok mencilok dengan Toyota SEG....bila la...nak dapat...
Belum sampai masa lagi kot...Baru dapat dalam mimpi... tak pelah.. nanti bleh ajak tuan muqay buat drift kat kota bharu...lumba highway machang....huhu..


Malam Ku Bermimpi

Malam ku bermimpi
Hai dengan satu bintang
Berkata-kata ku di jendela
Ku lihat kanda tersenyum memandang
Asmara bergelora
Meresap ke dada

Malam ku terlihat
Oh sekuntumlah bunga
Baunya harum menarik hati
Tak sanggup menahan rasa asmara
Meresap mendalam
Mengusik di jiwa

Sayang jauh di balik awan
Wajahmu tetap berseri-seri
Laksana bulan sedang mengambang
Menawan dan menggoncang dalam kalbu

Oh angin meniup
Bawa daku ke sana
Hasratku ingin bersama-sama
Tak tahan rasa hati menderita
Gelora asmara
Selalu menggoda

karangan jiwa tan sri p.ramli

Actually entry hari ni just nak remaind esok dah exam..teringat nostalgia dulu2, bila nak exam ni lah kena hilangkan stress sebelum berjuang esoknya... Malam n sepatutnya tak study dah...dengar lagu...layan perasaan..telefon mak.....borak2..gayut2......sebab nak tido awal.. Tapi skang dah beza skit...still stress dgn exam, tapi sok 1s2 time aku conduct exam....macam2 cite pasal dugaan conduct exam nih...tapi memang dah dapat rasa kehangatannya...

"Hisham, pastikan semua cuti staff akademik dibekukan sampai tamat mesyuarat akademik bulan depan 20 MEI 2009."

UST. Zul pesan, dalam meeting pun dia ingatkan gak...dah la meeting akademik 3 jam..penat betul catat minit...so..kepada sapa2 yang malas menulis, jangan jadi setiausaha... nak jd setiausaha kena tulis laju dan menaip pantas...setiausaha mesyuarat akademik memang memenatkan.. So...layan la lagu ni (malam meraikan setiausaha-setiausaha)..sesapa nak amik exam...jangan stress kan diri anda....

"Selamat menduduki peperiksaan dan selamat menjaga peperiksaan"




umpama mimpi dalam mimpi

Saturday, April 18, 2009

PUISI PAGI SABTU YANG SEPI

ACSON

Acson......
Kau hadir sebagai penyeri sepi ini,
Sentuhan pertama mu malam itu ku kenang hingga kini,
Membuatkan bayangan mu membawa ku hanyut ke alam mimpi sendir,
Belaian kasih mesra mu menyentuh menusuk kalbu sepi,
Sayang mu tidak pernah berkurang selagi diri ku memerlukan diri mu,
umpama kau tahu gerak geri hati hati ku,
Turut kata ku tak pernah bantah,
Setianya diri tiada taranya lagi,
Walau sering ku tinggalkan mu sendiri menyepi,

Acson...
Hadir mu disisi membuatku ternanti-nanti malam menjelma,
Asyiknya belaian mu buatkan aku kadang terjaga dipertengahan mimpi,
Kadang juga menyiksakan diri ini,
Kadang juga menyesakkan dada ini,
Namun aku tak kisah,
Kesetiaan mu lah yang dambakan bagi memenuhi ruang di malam kelam,

Acson..
Acson..
Acson..
Tapi.............
Tak nak aku diperdaya dengan cinta mu dan cinta ku ini,
Sifat mu yang duniawi mengigatkan aku supaya berhati-hati dengan diri mu,
Setiap tingkah mu penuh dengan misteri yang tidak pasti,
Sebalik kemesraan mu tersimpan sejuta rahsia,
Sayang dan rindu berlebihan mu memanjakan aku,
Belaian kasih mu adalah palsu semuanya,
Segalanya bencana bagi ku,

Keikhlasanmu semuanya dusta belaka,
Dusta dibalik sifat mu sendiri,
Aku tak mu menyalahkan diri mu,
Kerana ku tahu dan sedari diri mu hanya tunggul yang setia menipu ku,
Bukan diri ku yang ingin kau kasih,
Bukan diri ku yang kau turut,
Bukan diri ku yang kau setia,
Bukan diri ku yang Belai dan manja,

Aku ingin kau mengaku,
Segalanya kau lakukan hanya untuk nafsu dalam diri ku,
Bukan nya Aku,
Hanya nafsu ku yang mendambakan diri mu.......
Siapakah ACSON yang sangat aku benci?????


"pagi sabtu di pantai cahaya bulan"
Pagi sabtu dulu (10hb January 2009) aku pernah jalan-jalan dengan En. Adil dan Brother "K" di Pantai Cahaya Bulan. Tujuan asal just nak beli baju batik kat sana, alang-alang dah sampai sana, Sempat juga aku capture beberapa keping panorama pantai. Dah lama tersimpan, tak sempat nak upload. Pantai yang cantik... menikmati keindahan ciptaan yang Maha kuasa...



KLBF (KUALA LUMPUR BOOK FAIR)

Wah...isu yang telah hangat diperkatakan.... Tahun ni agak kurang meriah. Rasanya tak sempat nak pegi...Tahun lepas boleh dikatakan sepanjang tempoh seminggu, berkali-kali saya ulang alik menjenguk Pesta buku kat PWTC...dekat je dengan tempat kediaman dan tempat kerja.. Tahun ni jauh sangat2... Hari ni dah bermula kemeriahan... Untuk mendapatkan berita terkini dan gambar di KLBF 2009..Sila click disini.
Tahun lepas sempat bertemu dan bergambar dengan FAIZAL TEHRANI dan tandatangan beliau di 2 buah buku yang dilancarkan hari tersebut. Tahun ni, KETUPAT CINTA akan dilancarkan...terlepaslah rasanya...

VCD MOTIVASI HAJI, BAGI SIAPA YANG TELAH MEMBACA DAN TIDAK MEMBACA TRAVEOLOG HAJI: MENGUBAH SEMPADAN IMAN


Telah terbit dipasaran.... Melayari blog

VCD Travelog Haji: Khas untuk Tetamu KRTS

Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim membuatkan saya teruja. Terasa ingin sangat memiliki koleksi ini. Kepada semua sila dapatkan dengan segera, kerana isi yang teramat lah berguna.

Untuk tempahan secara langsung melalui belia sila click disini.

Untuk tempahan produk dan maklumat lanjut boleh layari laman ini: http://www.traveloghaji.com/

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN AKHIR APRIL 2009 TELAH SIAP SEPENUHNYA

Thanks to Kak Sal sebab bekerja keras menghasilkan Jadual Waktu Peperiksaan Akhir April 2009 ni.... Kepada Semua Pelajar sila click link ini atau gambar dibawah untuk mendapatkan Click:Jadual Waktu Peperiksaan Akhir April 2009 Sepenuhnya.

Ataupun boleh juga dapatkan di laman web rasmi UiTM Kelantan: http://www.kelantan.uitm.edu.my

Semoga Berjaya....Lebihkan Tawakkal dan Mantapkan Usaha

TRIBUTE to DEALORNODEAL (EN.Aidil) hari ini dan semalam..

Ya..entry khas untuk en. adil @ dealornodeal. Ini bagi mengenang jasa beliau yang banyak menolong semasa proses pengenalan di UiTM Kelantan. Tidak dilupakan juga kepada En. Khairi yang merupakan "Abang" ke dua..... Kembali kepada topik asal, en. adil banyak memberi bantuan yang tiada taranya terutama sekali dari segi khidmat nasihat dan sesi kaunseling. Tidak dapat dinafikan lagi, dikala saya sepi, mencari arah dan lorong, beliau banyak memberi pencerahan secara langsung dan tidak langsung..

Kini penglibatan beliau ke dalam area blog telah menghidupkan kembali semangat saya untuk mencoret seseuatu memenuhi ruangan maya. Tanpa disedari, kehadiran beliau telah menghangatkan komuniti blog yang dulu nya sepi...tanpa bicara...

Sengaja saya menulis entry ini bagi menghargai jasa beliau. Sedikit maklumat yang saya kenal pasti sepanjang tempoh perkenalan dengan nya...(hanya perkara yang boleh ditatap kepada umum sahaja dipaparkan disini)
  • seorang yang berprinsip
  • sering mengutarakan idea-idea berdasarkan pebacaan beliau
  • emosi kurang stabil bila memandu disiang hari laluan highway machang - kota bharu
  • suka membaca, playstation, duit(sebab banyak buku tentang duit...hehe..lawak jer), western food, beli cd, vcd, and dvd yang original(banyak giler dalam almari dia), basketball,
  • sayang giler kat Gen-2 hitam beliau
  • pensyarah yang berdedikasi dan rapat dengan student
  • suka berdikari
  • suka cendol special kat rantau panjang
  • suka makan goreng pisang waktu hujang kat tepi jalan
  • suka pegi zoo..banyak member kot kat situ
  • semua jenis cerita beliau tonton
  • suka bola..liga inggeris..ARSENAL
  • suka kumpul t-shirt
  • shoping kat tesco and pantai timur(tanah merah)
  • mocha freeze kat secret resepi
  • suka gelak...
  • seorang yang hiper-aktif..(hehe..en.aidil jangan marah)
  • Jangan Lupa lawat blog rasmi beliau http://www.che-deal.blogspot.com
Rasanya itu sahaja yang saya ingat..yang lain-lain nanti tambah dari masa ke semasa... semalam saya bersama-sama taukey wong and Kembar CD hantar en.aidil balik kampung(KL). Mungkin rindu bangat kat anak dia, minggu lepas sibuk dengan carry mark dan test student. Mungkin juga lama dia tak pegi zoo..dia kata dah lama tak melawat rakan-rakan.

Malam tadi, kul 9:00p.m. saya bergerak ke bandar Machang bersama-sama taukey wong dan kembar CD. Masa tunggu bas MUTIARA, sempat juga kami makan-makan dan minum-minum di gerai fast food berhapiran tempat tunggus bas. Nama kedai tu unik sikit "McDee", mungkin tak ada tempat lain. Konsep kedai ni lebih kurang sama dengan fast food2 lain yang ada kat malaysia. Sebab kebanyakan menu fast food ada kat sini, dan juga masakan panas pun ada. Selalunya kami kesini setelah lama tak makan ayam goreng. Bagus jugak lah kedai ni wujud, sebagai altenatif untuk memboikot McD.

(makanan yang telah di nikmati: koew teow sup, meggi goreng, air bandung ngn oren jus)

Pas habis makan, kami lepak2 dekat dengan kereta. Bertuah sungguh semalam, en.Aidil belanja kami. Baik sungguh dia, mungkin kerana dah tak sabar nak jumpa anak beliau kot. Sebelum naik bas, en.aidil menghidupkan enjin Gen2 dia, sebab kunci kereta tu unik sikit. So utuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini, saya suruh dia hidupkan enjin sebelum pergi. Saya tak nak tidur tepi jalan.

Lebih kurang 10:45 malam bas MUTIARA sampai, en.Aidil naik bas...

"selamat jalan..kirim salam kat famly"

"ok.."
(gambar taukey wong yang berjaya melarikan diri setelah mengesan kehadiran kamera ditangan saya)

Sayup terdengar kata-kata akhir en.aidil sebelum saya masuk kedalam perut kereta....tanpa berpaling saya terus memecut Gen2 beliau balik ke kolej. Tak singgah mana-mana dah...sampai jer..kolej saya terus send msg ke hp beliau.

"en.aidil, gen2 dah berjaya sampai di kolej'
"mohon kebenaran layan astro"

"ok, jangan lupa tukar muzik kat blog"

"wokeh, taukey wong ngn kembar CD ada, diaorang boleh settle"

beberapa perbualan sms antar saya dengan en.aidil...
malam tadi layan astro kejap...dah lama tak tengok t.v...

pagi tadi pegi office ke bahagian penerbitan untuk memastikan percetakan minit mesyuarat dan jadual pengawasan exam berjalan lancar. Sempat jugak terlelap di sofa HEA sebelum pegi solat jumaat, sementara menanti Tarmizi menyiapkan assigment dia...

(gambar Kembar CD, sempat berpaling muka secara tidak sengaja sebab malu bila orang tangkap gambar)


lepas jumaat, pekena laksa ngn cendol depan UiTM Kelantan kejap. Pastu terus naik office dengan masih lagi pakaian solat jumaat tadi (kain sarung dan bersongkok). Sambung semula kerja yang tertangguh, masukkan minit mesyuarat yang telah dijilit kedalam mail box bersama-sama dengan jadual pengawasan exam. Ya...jadual peperiksaan telah siap sepenuhnya..walaupun last minit..thanks to kak salmah yang banyak bekerja keras.

Lepas balik dari office, sidai pakaian yang dari pagi tadi lagi kat dalam mesin. Kemas sikit apa yang patut, soalt asar dan terus keluar dengan niat nak gunting rambut... Sampai di kedai runcit, terlupa pulak dompet. Selamat Honda EX5 ni kelajauan maximumnya mencecah 8kuasa kuda menyamai enjin bot paklong yang dia bawak pegi tangkap ikan.

Sampai di Bandar Machang, beberapa kedai gunting rambut tutup. Lupa. Hari ni cuti umum bagi negeri Kelantan. Terpaksalah pegi kedai gunting bangsa cina. Mudarat. Kalau tak gunting hari ni, tak pasti bila lagi. Rasanya nak botakkan macam dulu-dulu masa study. Tapi tak elok lah...

"Kasi pendek sikit, tapi jangan sampai botak"
agak telo bahasa cina pasar sikit....setelah duduk didepan cermin gunting rambut..

"Demo, nak kawe potong mcm mana deh?"
dia agak fasih bercakap loghat kelantan. Segan pun ada gak...sebab kalo cina luar kelantan dah biasa cakap ikut lenggok cina pasar...

Hasilnya kepala dah jadi ala-ala komander. Macam askar rekrut pun ada gak...tak pe lah..next time takleh pegi hari jumaat...hari khamis ngn isnin lah time paling sesuai.

Malam ni terpaksa habiskan juga tugasan mengenai buletin HEA. Kalau tidak mengganggu urusan untuk esok.

"Orang yang mempunyai banyak masa adalah orang yang sibuk"

Monday, April 13, 2009

Penerangan Demi Pencerahan (PPSMI)- Disorok Penunggu Angsana





Untuk pengetahuan, entry semalam merupakan satu teknik penulisan kreatif gaya bebas yang dipanggil 'Menggapai Awan di Puncak Kasih'. Ataupun boleh juga ditafsirkan sebagai "Menongkah Arus Ke Hulu, Hanyut Kemuara pula".Teknik penceritaan ini direka khas bagi untuk memastikan maklumat yang ingin disampaikan penulis tidak berjaya dikesan oleh musuh yang sedang membaca dan seterusnya berasa stress dengan 'ayat-ayat cinta' yang dibaca oleh beliau(musuh penulis). Kejayaan gaya penulisan ini dapat dikenalpasti apabila pembaca merasakan mereka 'keliru' dengan maklumat yang sebenar-benarnya cuba disampaikan oleh penulis. Jika pembaca masih lagi berjaya 'mengintai dibalik tirai kamar' penulis yang telah dipasang aircond ACSON (en.Healdi jangan jeles ek!..hehe lawak jer..), maka dengan secara sukarela paksa dimaklumkan bahawa penulisan nya tidak berjaya. Ini disebabkan matlamat dan tujuan asal penulis tidak memberi kesan negatif dan rahsia disebaliknya telah terbongkar sehingga memberi ruang kepada musuh untuk menyerang hedap dari 'atas nama cinta'. Oleh hal demikian, mereka(musuh-musuh) akan bersuka-ria dan bermalam 'pesta muda-mudi' dengan menerapkan budaya hendonism yang bagi fikiran mereka positif belaka.

Seterusnya, teknik penulisan gaya bebas tersebut bukanlah gaya kuak lentang mahupun backstroke, yang sering disalah ertikan oleh sesetengah pihak. Ilmu yang tinggi diperlukan bagi menggayakan penulisan seperti ini, rasa-rasanya setinggi malam dipagari 'bintang disyurga'. Hinggakan pernah juga Cik Siti Wan Kembang semangkuk (sila pembaca semak semula sejarah silam tokoh ini didalam buku teks lama dalam laci merentas masa doremon) dengan penuh perasaan dijiwanya bertanyakan soalan 'istimewa' untuk saya,

"'Warisan'
kerajaan dan keturunan kerabat diraja manakah yang telah membenarkan teknik seperti ini dipelajari?"
"Siapakah gerangan tuan hamba yang teristimewa ini? Ingin benar rasanya membuat ucapan dan ditujukan Lagu Untuk Mu kepada tuan hamba Allah s.w.t."

Gambaran jelas ini telah menunjukkan betapa uniknya dan 'diatas paras normal' teknik yang sukar ditemui dipasaran sekala ini...

Namun, dengan sepontan dan penuh keyakinan dalam batiniah ini, saya menjawab untuk soalan istimewa Cik Siti Wan Kembang, kerana jawapan manakah yang tidak mempunyai soalan..molong saya sendirian. Seketika sahaja minda melayang jauh menggambarkan perjalanan urat saraf, bekerja keras didalam tubuh saya yang dibawa dari rembesan hormon-hormon otak terus-menerus siaran langsung menuju ke seliratan saraf-saraf bersimpang siur menjana pergerakan tubuh badan kerana saya perlu berfikir jawapan yang perlu.

"Hamba datang dari Meteora, siapa gerangan diri hamba tidaklah perlu dan wajib Cik Siti Wan Kembang tahu. Yang penting diantara kita berdua 'Tiada Lagi Rahsia'."

Penuh ketenangan tergambar diriak wajah saya ketika itu, walaupuan kekok berbahasa melayu purba kala lama zaman T-Rex kepulauan Melaka(yang ketika itu teramatlah masyur dengan jetinya yang merupakan tempat persinggahan pedagang-pedagang yang berdagang di kepulauan Riau sambil menjuan nasik dagang yang dikandar)

"Mengenai pertanyaan tuan hamba mengenai warisan kerajaan mahupun keturunan memberi kebenaran mempelajari, tiadalah apa-apa atau mana-mana warisan kerajaan dan keturunan yang telah membenarkan hamba mempelajari teknik penulisan seperti ini, melainkan hasil daripada kegilaan mentaliti yang berkehendak dan ingin bercakap tanpa henti yang diterjemahkan dalam bentuk realiti. Bukan sekadar terawang-awang bermain jongkang jongkit di ruangan minda ini"

"Teknik ini haruslah digabungkan dengan seni alunan suara dan kemahiran mengarang dengan secepat yang mungkin."

"Setiap pengamalnya perlu mengarang sambil mulut tidak henti-henti bercakap dan bermonolong sendiri dengan kuat bukan dalam hati."

"Setiap rentak percakapan perlu direkodkan dengan sengera dan pantas supaya idea yang muncung tidak berlalu memencilkan diri"

"Dan yang terakhirnya, jangan berhenti mengarang selagi bibir tidak berhenti berucap. Begitu juga sebaliknya, jangan berhenti berucap selagi jari-jemari tidak berhenti mengarang. Ingat betul-betul tuan hamba. Pantang larang ini haruslah tidak dicabuli dengan sewenang-wenangnya melainkan dengan kebenaran (birokrasi berpelembagaan betul lah).

Tiba-tiba jantung saya berdegup kencang, darah mengalir lebih cepat dari hujung kaki kehujung kepala tidak seperti sekala, kesan daripada renungan mata Cik Siti Wan Kembang menirus tanpa kerlingan memandang redup terus tajam kedalam bebola mata saya yang seakan-akan ingin menutup. Dahi saya berkerut.. Saya perhatikan mata hitam Cik Siti Wan Kembang membesar menutupi ruang mata mata putih beliau. Pandangan mata saya dan Cik Siti Wan Kembanga saling bertentangan, saya berasakan seolah-olah komunikasi dua pihak sedang berlaku melalui gelombang 106.FM. Era Rentak Muzik Terkini..adakah jawapan dikemukankan menyinggung hati beliau...???? Suasana tegang menguasai persekitaran...dedaunan luruh dengan banyak...berputar-putar menyembah ke bumi diatas rumput yang menghijau... gambaran seperti didalam komik Pedang Setiawan kegemaran saya ketika dulu...

Saya membiarkan suasana seperti ini mengawal keadaan supaya dapat menikmati Damai yang Hilang.

saat berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari, hari berganti minggu, minggu berganti bulan dan seterusnya...namun, Sejurus beberapa jam kemudian, keadaan getir tadir beransur reda dan tenang. Setenangnya Air Dikali... Itu pun setelah Ibu Cik Siti Wan Kembang melaung-laung namanya menyuruh beliau mengangkat kain dijemuran kerana hari nak hujan. Menyebabkan kami tersentak bagai terkena kejutan elektrik bervoltan 5000Watt... Hari itu, Ibu nya yang dipanggil Makcik Limah oleh orang-orang kampung menjadi heroin dalam kisah fantasi hidup ku sebentar tadi...yang bagaikan mimpi disiang hari..

sebelum berganjak untuk melaksanakan tangungjawab anak solehah, sempat juga Cik Siti Wan Kembang berbicara sepatah-dua...tiga...empat...(ringkasnya beberapa patah jugak la....)

"Engkau lah Arjuna, hamba betul-betul terkesima dengan jawapan yang telah tuan hamba berikan sebentar tadi"
"Sudah lama hamba impikan jawapan yang seperti itu, kepuasan hati hamba tidaklah dapat digambarkan dengan kata-kata indah mahupun lukisan potret siti kampung seberang"
"Oleh itu, sudilah kiranya tuan hamba fahami kata-kata yang telah hamba pelajari di sekolah tadi"
"I love u tuan hamba"

Habis sahaja Cik Siti Wan Kembang Semangkuk melafazkan kata-kata tersebut beliau terus bergegas ke belakang rumah nya yang tidak berapa jauh dari tempat pertemuan kejadian tadi. Tinggalkan saya sendiri sepi termanggu-manggu mengingati detik-detik indah tadi. Dengan hanya jawapan mudah ciplak daripada blog yang bersepah di internet telah berjaya membuatkan Cik Siti Wan Kembang melafazkan kata-kata seperti itu.

Debaran dijantung telah kembali surut, bersama-sama turunnya hujan menimpa tubuh yang masih tegak berdiri bersebelahan pohon Angsana belakang rumah milik bapa kepada Cik Siti Wan Kembang. Kabarnya rumah tersebut merupakan warisan turun temurun daripada keturunan taukey kilang rempah adabi dan bapa nya juga salah seorang shareholder syarikat pembuat rempah tersohor tersebut. Itu lah sebabnya gambar rumah beliau terukir di plastik pembukus rempah adabi yang rempah rasmi bagi keluarga saya demi memberi sokongan moral kepada Cik Siti Wan Kembang.

Dari dalam rumah disudut jendela, Cik Siti Wan Kembang masih memerhati kelibat saya yang lencun dibasahi hujan. Lama kelamaan boring jugak tercegat disitu, tapi sebenarnya otak saya masih ligat memikirkan perihal kata-kata terakhir Cik Siti Wan Kembang. Apakah sebenarnya yang cuba dimaksudkan oleh Cik Siti Wan Kembang. Adakah beliau akan datang lap saya kerana kebasahan. Tidak mungkin, tadi hujan belum lagi turun. Adakah beliau nak balik ruamah lap lantai. Tidak mungkin jugak, tadi maknya si Cik Siti Wan Kembang memanggil beliau untuk mengangkat kain dijemuran. Pelbagai persoalan bermain-main di minta sambil memerhatikan Cik Siti Wan Kembang mendagu di jendela. Comel jugak dia posing macam tu. Terasa ingin merakam gambar beliau dalam keadaan mendagu disitu. Tapi saya terlupa, handset kamera telah diberikan kepada Cik Siti Wan Kembang sebagai tanda ikatan pertunangan masa leka bermain-main pondok-pondok tempoh hari.

Tak apa lah, biarkan lah dia disitu merenung hujang menimpa tubuh ku tanpa belas dan kasihan. Hampir 8jam saya tercegat disitu, namun masih juga belum ketemu jawapan kata-kata terakhir beliau tadi. Badan saya menjadi lesu.... saya masih memandang lagi rumah Cik Siti Wan Kembang, jendelanya telah lama tertutup rapat. Semenjak laungan azan maghrib berkumandang 6 jam yang lalu.

Buntu fikiran ku, saya mendayung basikal roda tiga hadiah daripada abah sebagai menghargai saya membantu menggantikannya mencabut uban mak. Balik lah dulu, fikirku. Esok nak datang lagi main pondok-pondok dengan azam, ali, rosmah, intan dan kamril serta tidak dilupakan juga Cik Siti Wan Kembang Semangkuk. Memang unik juga nama gadis sunti umur 5 tahun tersebut. Kata empunya diri, nama semangkuk tersebut asalnya tidak sepatutnya ada didalam surat beranak nya, tetapi oleh kerana Polis bertugas dibalai semasa bapa Cik Siti Wan Kembang mendaftarkan beliau dibalai polis Dungun agak pekak. so, bapa telah memarahi polis itu dengan kata makian/cacian "mangkuk". Maka terjadilah didalam surat beranak yang didafatar Cik Siti Wan Kembang Semangkuk.

Hari menjadi kelam dan gelap...mungkin hujan rasaya...Bagi menghiburkan hati, dalam perjalanan saya menyanyikan lagu dari fav. band DEWA 19 untuk pengetahuan pembaca, saya ada koleksi semua album dewa dalam internet..tapi sayang nya hanya sekadar gambar kulit album yang saya copy and paste dari blog orang lain...

...."Akulah Arjuna...yang mencari cinta....
wahai wanita..cintai lah aku...."
seterusnya..nyanyilah sendiri...

Sampai saja ditangga rumah...kedengaran riuh rendah atas rumah.. Terdengar alunan bacaan surah yasin beramai-ramai sayup-sayup...bercampur bunyi rintikan hujan yang lebat menimpa zin atap rumah...

saya menjerit kuat memanggil mak, dengan keadaan masih lagi duduk diatas basikal roda tiga..Sengaja saya tidak mahu naik kerumah kerana kebasahan. Nanti mak marah, habis punggung aku kena sebat.

"MAK....! MAK....! MAK....!"

3 kali saya lontarkan suara... Lupa, ustaz ajar kat sekolah dah sampai rumah mulakan dengan uncapan salam...patutlah mak tak dengar..

"Assalamualaikum...."

Bacaan surah yassin terhenti tiba-tiba... terdengar seperti suara orang menjerit. .......rasanya macam kenal gelombang suara...

Perkataan pertama yang muncul setelah kelibat mak muncul di muka pintu adalah persoalan yang bermain-main dalam fikiran ku..

"Mak! I love U tu ap yer?"

tanpa menjawab soalan...emak pantas merangkul tubuh saya yang kerdil itu...meraung-raung seperti kehilangan anak. Saya bingung kelemasan dalam pelukan mak.... dan biarkan...mungkin mak rindu sangat-sangat kat anak tunggalnya yang sorang ni...

Tapi hairan juga kenapa ramai orang tercegat di muka pintu rumah. Tak bagi saya masuk rumah kah... Saya masih belum berpuas hati...saya tanya diorang jugak.... "Demo tau tak maksud I Love U?"

Tiba-tiba...abah keluar dengan muka slumber.....menggulung rokok daun yang berasap berkepul-kepul...

"Itulah...kawe dah suruh demo g ngaji bahasa orang putih demo tak seih.."
"Itu pun tak tahu"

(endingnya reka lah sendiri...penatlah...nak tidor...sok nak berjalan jauh pegi s.alam....minit mesyuarat tak siap lagi nih...harap2 sok bleh tido dalam van.....)


Akhir kata, teknik ini memerlukan rekaan-rekaan yang pastinya palsu belaka. Kerana semua yang tercatat diatas adalah tiada satu pun yang asli melainkan semuanya tidak benar belaka. Diingatkan semula, janganlah pembaca-pembaca sekalian mempercayai melainkan tetapkan di minda untuk tidak dipengaruhi.

Ini kerana teknik ini bagi membuktikan yang saya tidak mempelajari Bahasa Ibunda kita dengan sepenuh hati....Namun tidak juga mempelajari bahasa ibunda British yang penting lah jugak buat masa kini. Masa kehadapan tak pasti lah lagi.

Kesimpulannya, dapatlah dirumuskan (rumusan yang perlu oleh kajian cik huda) bahawa tuntuk lah ilmu hingga ke negeri Perak. Eh...tuntutlah ilmu hingga ke liang lahat...Sekian wabillahitaufikwalhidaya wassalamua'laikum warahmatullahiwabarokatuh....

Cerita Terbaru

Kemaskini Senarai Blog 2011 [klik gambar dibawah]

Kemaskini Senarai Blog 2011 [klik gambar dibawah]
Sapa nak nak masuk dalam senari blog saljuhumairah 2011 sila tinggalkan link korang
Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger