Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 15, 2009

Resah Sebuah Cerita...Menimba Pelbagai Karenah..

Sambung Semula Kisah Semalam Yang Tertinggal

..............................Aku bergegas bersama-sama en.imran, en.safri dan kimi menuju masjid berhampiran...bagi menunaikan tanggungjawab jumaat..sampai hari ni aku belum pasti nama masjid yang aku ziarah. Selesai solat kami mengisi ruang kosong perut dengan A&W, walaupun kurang berminat dengan fastfood aku terima juga dengan redha..rezeki aku tengah hari tue...

Selesai menyantap, kami menyambung semula tugasan menggantikan petugas-petugas wanita yang belum merehatkan diri lagi...aktiviti petang jumaat berterusan dengan banjiran pelajar dan ibu-bapa yang berpusu-pusu menggegarkan KB Mall seperti yang diimpikan didalam mesyuarat jawatan kuasa ekspo selangkah. Namun, kehadiran yang memenuhi memang diluar jangkaan akal sebelum ini. Tambahan bagi aku yang buat julung-julung kalinya bertugas menggerakkan ekspo seperti ini. Segalanya selesai lebih kurang 6.30 petang walaupun yang tertakluk didalam jadual ekspo tamat pada pukul 5:00 petang…

Kisah Semalam Yang Tertinggal

12 MAC 2008
Khamis (15 Rabiulawal 14300)
8:15 malam

Aku memandu laju..lebih kurang 90 - 100 km kacil putih bernombor pendaftaran kelantan DAD pinjaman dari Kak Ain pengerusi misi akademik uitm kelantan. Menyelit sepantas yang mungkin di jalanan highway Machang - Kota Bharu. Janji temu dengan kakitangan HEA 9:00 mlm di Kampus Kota mengikat aku..tindak mungkin aku mungkiri.... Inilah pertama kalinya aku memandu sendiri di Kelantan.. Jam di screen nokia 5300 aku menunjukkan 8:40 mlm.... Kecamuk dalam benak memikirkan hal Ekspo mengganggu tumpuan...namun masih lagi menghafal jalan untuk ke Kampus Kota.

~~~~~~~

Dengan izin Allah s.w.t. aku tiba di Kampus Kota mencari-cari parkir yang sesuai dengan si comel nie... sukar sikit bagi aku, al-maklumlah..jarang-jarang memandu. Selalunya lebih selesa dengan menunggang unta kesyangan (honda EX5). ZZRRTTtt..xx..tt gelombang walkie talkie mengisyaratkan penerimaan suara

"hisham..hisham..masuk"
"lokasi dimana.." samar-samar suara en.…

Episod sibuk menerjah, menguasai diri, melanda sepi..

Teruja..lega..derita..

Alhamdulillah..episod yang hampir selesai petang sabtu... membuatkan aku berada dlm 'zon selesa' seperti selesainya sebuah hukuman azab yang amat sangat.. Kepulangan aku dari bandar Kota Baru dengan en.imran bersama-sama kancil putih pukul 9.30 malam melelahkan penat 3 hari lepas..sambil borak-borak kosong disebalik pengisian yang diselit-selit mengenai isu-isu pejabat yang selalu aku share bersama dengan nya... Selesai Ekspo membuatkan aku berasa selesai sudah tanggungjawab dunia... tangunggjawab yang hanya sedikit menyentuh..masa. tapi disebaliknya member impak yang amat besar dibelakang tabir yang masih belum tersingkap..


Teruja..lega..derita..


Pagi ahad yang gelap, renyai-renyai titisan hujan menggerakkan jugak badan lesu aku untuk ke pejabat...Tapi berita dari kak ain Ust. menyatakan akan mengadakan lagi Ekspo Selangkah ke UiTM Road Show ke kawasan-kawasan pedalaman Negeri Kelantan dalam tempoh permohonan ke uiniversiti dibuka...ini bertujuan bagi memb…