Followers

Fan Page Facebook

Thursday, March 26, 2009

tugas :sELANGKAH kE uITM dUNGUN -TERENGGANU


Petang ni aku akan bertolak ke Uitm dungun terengganu. Kabarnya indah-indah belaka bagai kayangan sang ratu.. Petang ni aku akan realisasikan.....segala fantasi yang berlegar-legar masih belum pergi. Sebagai pegawai pengiring, tanggungjawab berat sangat....





kawasan penempatan uitm terengganu

Wednesday, March 25, 2009

Pengumpulan Duniawi Memenuhi Ruang Yang Tidak Akan Berhenti Selagi Roh Belum Meninggalkan Jasad Secara Abadi


























Tuesday, March 24, 2009

RUSH HOUR - Peperiksaan dah dekat wahai warga uitm sekalian...tsunami bakal melanda buat staff dan pelajar-pelajar

Jadual Padat Memenatkan....penyakit gigi menyerang kembali kala kesibukan hati


Sila Click Gambar di atas untuk melihat dengan jelas...

Tuesday, March 17, 2009

Resah Sebuah Cerita...Menimba Pelbagai Karenah..

Sambung Semula Kisah Semalam Yang Tertinggal

..............................Aku bergegas bersama-sama en.imran, en.safri dan kimi menuju masjid berhampiran...bagi menunaikan tanggungjawab jumaat..sampai hari ni aku belum pasti nama masjid yang aku ziarah. Selesai solat kami mengisi ruang kosong perut dengan A&W, walaupun kurang berminat dengan fastfood aku terima juga dengan redha..rezeki aku tengah hari tue...

Selesai menyantap, kami menyambung semula tugasan menggantikan petugas-petugas wanita yang belum merehatkan diri lagi...aktiviti petang jumaat berterusan dengan banjiran pelajar dan ibu-bapa yang berpusu-pusu menggegarkan KB Mall seperti yang diimpikan didalam mesyuarat jawatan kuasa ekspo selangkah. Namun, kehadiran yang memenuhi memang diluar jangkaan akal sebelum ini. Tambahan bagi aku yang buat julung-julung kalinya bertugas menggerakkan ekspo seperti ini. Segalanya selesai lebih kurang 6.30 petang walaupun yang tertakluk didalam jadual ekspo tamat pada pukul 5:00 petang. Selesai solat fardhu asar yang kelewatan di surau bazar bersebelahan KB Mall aku kembali semula ke tapak Ekspo berlangsung. Proses mengemaskini flyers-flyers untuk esok bersama-sama beberapa orang kakitangan dijalankan sehingga maghrib dan disambung semula tugas selapas menunaikan tanggungjawab.

Sebaik sahaja bersiap untuk pulang, tapak ekspo yang siap dikemaskini, beberapa pengunjung memohon masa untuk mendapatkan bantuan dan konsultation aku dan en. imran. Selepas sorang, disambung pula sorang, walaupun penat telah menguasai, digagahkan juga dengan bantuan kimi. Tinggal 3 orang kakitangan termasuk aku yang setia melayani pengunjung yang benar-benar memerlukan maklumat. Ada yang datang sekumpulan bersama-sama keluarga meraka dengan pelbagai kerenah manusia dan pelbagai pandangan atau pendapat masing-masing. Masa berlanjutan sehingga lah jam menunjukkan tepat 11:00 malam. Kami cepat-cepat berkemas meninggalkan KB MAll, itu pun disebabkan waktu perniagaan kompleks tersebut telah tamat beroperasi untuk hari jumaat.

Aku melepaskan penat semasa memandu dan ingin segera sampai ke Machang. Malam tu kami terpaksa pulang ke kediaman masing-masing kerana bekalan pakaian hanya cukup untuk sehari semalaman. Sebelum meninggalkan rumah en.imran, beliau sempat mengingatkan aku supaya esok pagi bergerak pukul 7:00 pagi dari rumah, supaya mudah perjalanan untuk sampai ke destinasi tepat waktu kerana highway Machang - Kota Bharu agak sibut pada waktu pagi dan selalunya mengambil masa yang lama, tambahan pula ruang jalan yang selorong melambatkan pergerakan kenderaan.

Aku tidur nyenyak malam tu bertemankan bantal beli di KB Mall bersama-sama cadar baru... melepaskan penat yang masih menguasai diri dari semalam. Tidur yang tidak cukup akan menyebabkan pergerakan di siang hari menjadi perlahan dan lesu....


7:15 pagi
14 MAC 2009 (17 Rabiulawal 1430)

Kenderaan dipacu dengan sederhana laju kerana memikirkan masa yang diperlukan masih banyak untuk sampai ke Kota Bharu. Tambahan pula jalan yang lengang mungkin hari minggu bagi negeri kelantan. Kenderaan di jalanan berkurangan seperti hari-hari selalu, disebabkan pejabat tidak beroperasi. Mata aku masih layu, tanda tidur masih belum mencukupi....

Setibanya di KB Mall, En.Imran menguruskan penerimaan barang dari Shah Alam. Aku terpacak di depan Komplek menanti Tarmizi (Miejie) yang bertolak agak lewat dari Machang. Kami bertiga seterusnya bersarapan di Kedai mamak semalam sebagai bekalan melaksanakan tugasan yang lebih mencabar hari nie..memandangkan hari minggu. Aku terbayang-bayang lautan pengunjung didalam benak..cepat-cepat aku singirkan supaya mindaku tidak mudah kalah dengan segala cabaran bagi menyempurnakan misi hari nie...

Selesai sarapan, cepat-cepat kami ke kompleks semula melalui pintu kecil di sudut kanan yang hanya dibenarkan kepada kakitangan, aku membuat spotcheck sistem untuk hari ini, laporan dan arahan dari Shah Alam semalam membuatkan aku sedikit gemuruh, mengurangkan keyakinan terhadap sistem maklumat yang digunakan semalam.. Kedudukan laptop seperti semalam, cuma penggunaan server bagi setiap 6 laptop yang diperuntukkan di bahagian screening lebih sistematik dari semalam dan kelengkapan printer telah ditambah bagi memudahkan tugasan...

Jam 10:00 pag grill pintu utama kompleks dibuka

Kisah Semalam Yang Tertinggal

12 MAC 2008
Khamis (15 Rabiulawal 14300)
8:15 malam

Aku memandu laju..lebih kurang 90 - 100 km kacil putih bernombor pendaftaran kelantan DAD pinjaman dari Kak Ain pengerusi misi akademik uitm kelantan. Menyelit sepantas yang mungkin di jalanan highway Machang - Kota Bharu. Janji temu dengan kakitangan HEA 9:00 mlm di Kampus Kota mengikat aku..tindak mungkin aku mungkiri.... Inilah pertama kalinya aku memandu sendiri di Kelantan.. Jam di screen nokia 5300 aku menunjukkan 8:40 mlm.... Kecamuk dalam benak memikirkan hal Ekspo mengganggu tumpuan...namun masih lagi menghafal jalan untuk ke Kampus Kota.

~~~~~~~

Dengan izin Allah s.w.t. aku tiba di Kampus Kota mencari-cari parkir yang sesuai dengan si comel nie... sukar sikit bagi aku, al-maklumlah..jarang-jarang memandu. Selalunya lebih selesa dengan menunggang unta kesyangan (honda EX5). ZZRRTTtt..xx..tt gelombang walkie talkie mengisyaratkan penerimaan suara

"hisham..hisham..masuk"
"lokasi dimana.." samar-samar suara en. imran

zzrrtttt..xx..tt...

"parkir lot en.imran.."
"belakang kampus.."

"berkumpul segera..."
zzrrtttt..xx..tt...

"ok..ok..berita terima.."

Perut aku berbunyi minta diisi segera... salah aku menyeksa perut dari pagi lagi..tiada langsung kesempatan untuk bersantap memenuhi permintaan asasi..mana taknya..selesai satu mesyuarat..sambung ke mesyuarat lain plak...aku biarkan..untuk tidak melayan sangat kerenah gangguan tersebut... Kerja-kerja persediaan untuk eksok bermuala..terlewat sikit kerana kelewatan..staff BPF (Bahagian Pengurusan Fasiliti) yang bertanggungjawab membawa peralatan bagi persediaan.......lebih sukar rasanya memimpin kerja-kerja teknikal yang penuh dengan cabaran kerenah kakitangan yang memamirkan pelbagai ragam ...

~~~~~~~~~~~~~


Agak-agak..pukul 3pagi..separuh persediaan selesai dengan pelbagai masalah..namun kerjasama yang dapat dikawal...agak memudahkan pengalaman pertama aku...terutama diatas kepimpinan en.imran yang lebih pengalaman mengurus..
Sentuhan terakhir adalah untuk mengisi dan menghiasi sudut pameran dengan flyers dan pamplet...HEA....aku cuba buat seberapa segera yang mungkin...namun begitu sukar untuk melawan kehendak perut yang sudah meruncing.. mujur masih ada sebiji lebihan burger sumbangan en.Imran tadi..dapat juga melegakan permintaan perut..
en.imran telah membuat tempahan bilik di hotel budget bersebelahan dengan KB MALL betul-betul atas SEVEN ELEVEN untuk penginapan kami...aku ingat-ingat lupa nama perniagaan rumah tumpangan tersebut.. Kurang selesa dengan bilik air nya..tapi cukup sempurna bagi aku untuk bermalam beberapa jam bagi kami berdua sebelum menyambung semula kerja-kerja terbengkalai tadi...

~~~~~~~~~~~~~~~

13hb MAC 2008
Jumaat (16 Rabiulawal 14300)
3:30 pagi

Aku lena dibuai mimpi yang kelam selepas mandi ala kadar kerana terlalu penat hingga subuh menjelmakan dirinya.. Itu pun setelah dikejutkan oleh en.Imran mengingatkan aku dengan tanggungajawab hamba...didunia...

Pagi jumaat, Sarapan yang simple dengan sekeping roti canai, secawan nescafe panas di satu-satu kedai mamak yang aku pernah kunjung di Bandar Kota Bharu sepanjang tempuh aku di Kelantan, cukup sebagi bekalan untuk aku meneruskan tugas-tugas semalam..flyers-flyers disusun mengikut fakulti dan bahagian masing-masing supaya mudah bagi pengunjung mendapatkan maklumat terperinci mengenai bidang-bidang yang mereka minati...


Sekitar jam 10:00pagi..Ekspo diserang pengunjung-pengunjung yang rata-ratanya pencinta ilmu lepasan SPM yang keputusannya baru keluar pada 12hb Mac. Sistem screening yang aku pelajari di bengkel selangkah ke uitm di shah alam tempoh hari berjalan dengan lancar permulaanya..namun mengalami masalah traffic pemperolehan data yang serius selepas beberapa jam beroperasi..mungkin sistem sever yang tersekat disebabkan penggunaan serentak oleh beberapa kampus cawangan yang turut juga melangsungkan Ekspo sebegini di kawasan masing-masing..

Sambutan yang amat menggalakkan membuatkan aku terpaku lama dikerusi melayani pengunjung yang ingin menyemak keputusan peperiksaan masing-masing dengan program-program yang mungkin boleh ditawarkan uitm..sehingga tidak menyedari masa berlalu cepat... En. Safri(juruteknik komputer) mengingatkan aku untuk solat jumaat....

"en.hisham tak pe..kan.... en.hisham musafir kat sini..hehehe"
sempat lagi beliau berseloroh....

"eh..saya dah bermastautin kat sini...dan nak jadi orang sini pun...huhu.." aku melayan juga walaupuan penat badan menguasai diri..

"cari lah cepat-cepat orang sini...buat teman.." memerangkap aku untuk membuntukan diri..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Monday, March 16, 2009

Episod sibuk menerjah, menguasai diri, melanda sepi..

Teruja..lega..derita..

Alhamdulillah..episod yang hampir selesai petang sabtu... membuatkan aku berada dlm 'zon selesa' seperti selesainya sebuah hukuman azab yang amat sangat.. Kepulangan aku dari bandar Kota Baru dengan en.imran bersama-sama kancil putih pukul 9.30 malam melelahkan penat 3 hari lepas..sambil borak-borak kosong disebalik pengisian yang diselit-selit mengenai isu-isu pejabat yang selalu aku share bersama dengan nya... Selesai Ekspo membuatkan aku berasa selesai sudah tanggungjawab dunia... tangunggjawab yang hanya sedikit menyentuh..masa. tapi disebaliknya member impak yang amat besar dibelakang tabir yang masih belum tersingkap..


Teruja..lega..derita..


Pagi ahad yang gelap, renyai-renyai titisan hujan menggerakkan jugak badan lesu aku untuk ke pejabat...Tapi berita dari kak ain Ust. menyatakan akan mengadakan lagi Ekspo Selangkah ke UiTM Road Show ke kawasan-kawasan pedalaman Negeri Kelantan dalam tempoh permohonan ke uiniversiti dibuka...ini bertujuan bagi memberi peluang kepada penduduk-penduduk setempat yang tidak berkemampuan untuk ke KB MAll yang tinggal dikejauhan dan tidak mempunyai perkhidmatan internet dirumah dan dikawasan-kawasan mereka...

Rasanya sebeban tanggungjawab menghentam kepala hotak aku yang semakin tertekan. Kak Ain meneruskan perbincangan kecil dalam bilik aku yang sempit bersama-sama beberapa ahli misi yang lain serta dituru sertakan en. farok koordinator kampus komuniti jeli bagi membincangkan perkara-perkara penting yang melibatkan budget serta kakitangan yang terlibat. Rasanya semua beban diletakkan dikepala benak aku bila perbincangan tersebut diusulkan terus kedalam bilik meeting hea bersebelahan dgn bilik kerja aku....yang terus bertukar menjadi mesyuarat terkejut menghimpunkan beberapa ahli jawatan kuasa seterusnya dilantik secara tidak sengaja. Lebih mengejutkan, kak ain meminta aku mempengerusikan projek yang klasifikasikan sebagai projek terkejut. Mesyuarat dimulakan kak ain bila aku menolak tawaran bagi menghormati pengerusi misi akademik uitm kelantan tersebut...Pelbagi persoalan timbul bila mana ahli-ahli mengutarakan pendapat dan pandangan masing-masing. Membatukan diri tidak lagi membantu aku jika sebelum ini aku berdalih dengan alasan menyendiri kerana kurang pengalaman dan masih lagi baru serta menghormati pendapat orang yang lebih berpengalaman.

Ternyata 'zon seles' ingin capai sering menipu dan melalaikan tumpuan insan untuk hanyut dibawa arus dalam menuju kejayaan dan kemajuan diri. Beberapa aktiviti selepas pulang dari kampung terus menerus menggugat kemampuan aku didalam menguruskan masa yang telah diperuntukkan. Hari demi hari yang ditempuhi jelas menidakkan aku untuk menghadapi realiti kehidupan dimana tiada ruang masa yang diperuntukkan bagi berada didalam keadaan senang lenang dan suka ria. Kesuntukkan berdepan dengan penghujung kehidupan bagi mencari kebahagian tidak dapat dilunaskan jika bekerja hanya untuk kepentingan dia semata-mata. Melainkan bagi menyelesaikan tanggungjawab seorang hamba Ilahi. Mudah perkiraan back to the basic..segala kerana Nya..pekerjaan untuk menuntut kebahagiaan sukar dicapai melaikan 'taqwa'. Ilmu perlu bagi memastikan ia masih lagi di track yang betul.. Kesimpulan kejadianya..aku perlu mecuri-curi ruang mendapatkan ilmu bagi memastikan dunia yang dikendong masih dilandasannya. Supaya di beciciran menuju kemusnahan.. Dunia yang dikejar..betapa perlunya akhirat sebagi landasan yang utama..


Teruja...lega ...derita...


Ilmu pengurusan-Ramai orang boleh memiliki jam tangan yang mahal harganya... tetapi tidak ramai yang dapat menepati masa yang juga lebih mahal nilainya... (tun dr. mahathir) credit for this blog.


Bila Waktu Tlah Berakhir

Artist: Opick

Song Category: Nasyid

Bagaimana kau merasa bangga

Akan dunia yang sementara

Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi

Meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya

Waktu terhenti tak kau sadari

Masikah ada jalan bagimu untuk kembali

Mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan

Semua dan segala yang ada akan

Kembali padaNya

Bila waktu tlah memanggil

Teman sejati hanyalah amal

Bila waktu telah terhenti

Teman sejati tingallah sepi

Sumber:

http://www.ilirik.com/opick_--_bila_waktu_tlah_berakhir.html


Tiada pengakhiran dunia untuk besenang lenang walau hanya ingin kosongakan minda tanpa berfikir apa-apa selagi menjelmanya ajal. Tiada kebahagian dan kejayaan sempurna sebelum tibanya kedalam syurga Allah s.w.t.

"Ya Allah, aku mohon kepada Mu, berikanlah aku petunjuk Mu, terangilah hati gelitaku, Engkau ampunilah dosa-dosa ku, kedua-dua ibu bapa ku, keluargaku, saudara-maraku, saudara-saudara islam ku, kurniakanlah kebahagian hati yang sejati dari Mu, titiskan lah perasaan cinta milik Mu kepada agama Mu kepada ku, Ya Allah, Ya Rahman, yang maha pengasih lagi maha penyanyang..Engkau permudahkan lah segala urusan dunia dan akhirat ku, Engakau permudahkan lah aku untuk beribadat kepada Mu dan pelihara lah aku dan akhidah ku, perkukuhkan dan kuatkan lah iman ku, serta Engkau peliharalah pekerjaan ku untuk berhadapan dengan segala ujian kurniaan Mu....Engkau selamat kan lah aku dari fitnah dan aniya musuh-musuh Mu.. Robbana a...tina fiddun ya hasanah, wafil a qira ti hasanah..waqina a'za bannar..

Thursday, March 12, 2009

POSTER BESOR SIKIT....KASI GEMPAK KAT KB MALL

Mari Beramai-ramai..kita....seluruh warga Kelantan yang berminat untuk mendapatkan ilmu...ke KB MALL

MERABAN KEDUA KALINYA BAGI TITIK PERMULAAN PERJUAANGAN



"berkali-kali dia menggaru kepala, bahagian kiri, hasrat hati supaya terus sampai ke dalam otak....proses menggaru kepala yang sudah menjadi tabiat yang sukar disingkirkan dan menjadi budaya kerja hari-hari sejak kebelakangan ini.. semenjak menukar kerjaya yang sebelum ini menggalakkan semangat menulisnya"

Memang dia akui semangat mengarangnya berkurangan dan semakin menurun hari demi hari.... Sudah puas dia mencari-cari..punca..sudah puas dia mengenal pasti sebab-sebabnya.. meraba-raba merangkak dialam fantasinya.. habis semua dianalisanya.hampir setiap hari muhasabah mengembara, hampir setiap detik dibiarkan dijelajahi diri nya....

namun kesimpulan akhirnya.. "KURANGNYA MEMBACA" pembacaan membuatkan otak berputar ligat dengan sempurna denga kurangnya hasutan musuh azali...tanpa pembacaan otak jadi tepu..muda lupa..mudah alpa..mudah gila lebih tepatnya..

Jika kerjaya sebelum ini memaksa dirinya membaca apa sahaja..
Jika kerjaya sebelum ini menyuntik semangat setiap hari-hari nya..
Jika kerjaya sebelum ini adanya suara-suara meransang otak kiri untuk berpuitis menghiburkan hati..
Jika kerjaya sebelum ini membuat dirinya merungkai sifat menyendiri..
Jika kerjaya sebelum ini adanya masa diluangkan masa merapu cendana..

Namun..diakui jua..dirinya insan lemah..
tersangatlah lemah mengikuti rentak arus perdana..
Dibuatnya alasan pertukaran kerjaya untuk menidakkan kelemahannya..
Ketegasan didalam diri nya...sungguh betul-betul mengecewakan..
Lagi kecewa hati-hati yang sentiasa setia...

Dia cuba merangka-rangka sahaja..
Namun hanya didalam kepala..berputar-putar hingga akhirnya lenyap selepas beberapa ketika..
Tidak diterjemahnya..
Tidak dirungkaikan didalam benak nya..
Sungguh kecewa..
Kecewa sungguh titik permulaan kedua kali nya langsung tiada ruang untuk dibanggakan..
Sekadar merapu merepek untuk lagi mengecewakan..
Mendambakan hanya untuk berfantasi bukan untuk realiti asasi..

Salam untuk kedua kalinya kepada dirinya...sekapur sirih bukan sesuai diterjemahkan minda biasa..

Cerita Terbaru

Kemaskini Senarai Blog 2011 [klik gambar dibawah]

Kemaskini Senarai Blog 2011 [klik gambar dibawah]
Sapa nak nak masuk dalam senari blog saljuhumairah 2011 sila tinggalkan link korang
Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger