Dicelah-celah runtuhan air hujan yang menjunam kebumi aku memecut laju, merempit cilok-mencilok ditengah-tengah pinggiran bandaraya Kuala Lumpur merentasi lebuhraya Mahameru. Pecutan 120km/h seakan-akan 1200km/h Terasa seperti juara Cup Prix yang gagah mendahului dihadapan, telinga aku seolah-olah terdengar teriakan peminat-peminat yang memekik-terlolong memanggil-manggil nama aku yang realitinya hanyalah jutaan titis-titisan hujan rahmat memercik diatas penghadang angin helmet. Rasa bangga, bongkak deras menyelinap laju disetiap sudut ruang hati aku. Perasaan aku jauh terbang melayang membawa jiwa bertemankan tunggangan kuda kesayangan yang gagah perkasa.
Honda Ex5 bernombor pendaftaran pulau Pinang itu aku beli menggunakan duit gaji bersama-sama bantuan abah tujuh tahun lepas. Kiranya motor abah sebab sumbangan abah lebih dari bahagian aku.Second hand jer...tapi masih bertahan menjadi lagenda sehingga hari ini, buat aku ulang alik ke tempat kerja di Bukit Merah Lake Town resort.Tugas sebagai kakitangan di pusat peranginan memang memenatkan. Terutama ketika menjelangnya musim percutian, kerja-kerja di dapur cafe amat sibuk dan memenatkan bagi menyediakan perkhidmatan makanan yang terbaik, dan aku memerlukan kenderaan untuk pantas bergerak sekiranya ada on-call bagi menggantikan staff yang emergency. Supaya cepat. Erm...kerja swasta....
Dalam kekalutan kelam malam disirami hujan lebat, otak kiri aku mengimbas kembali perjalanan aku dari bekerja dikampung sehingga menjadi mahasiswa UiTM Shah Alam dan seterusnya berkhidmat sebagai pensyarah atau selayaknya tutor disebuah kolej swasta pinggir kota Raya metropolitan. Merata negeri di Malaysia aku jejakkan kaki dalam tempoh tersebut. Perlis, Kedah, Perak (lokasi tertumpahnya darah), Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, N.Sembilan, Melaka, Pahang, Johor dan Sabah. Namun, seumur hidup aku sehingga mencecah 24 tahun belum pernah lagi aku menjejak kaki ke Negeri Kelantan, termasuk juga Sarawak dan Terengganu. Otak aku ligat berpusing semenjak bermulanya perjalanan aku dari Shah Alam ke Gombak.
Khabar berita dari adik di kampung buat perasaan aku bercampur-baur. Mulanya gembira, terharu, sedih, dan berbagai-bagai lagi perasaan yang bermain-main dengan jiwa kelam aku. Surat rasmi yang sampai ke kampung tengah hari tadi masih lagi terngiang-ngiang diminda aku. Satu persatu aku pinta adik baca tadi. Dia baca penuh teliti sehingga titik yang terakhir untuk memuaskan permintaan aku didalam telifon. Mulanya, hanya gurauan berbekas dihati..tapi anak no.3 dari 4 orang adik beradik itu berjaya meyakinkan aku. Walaupun dia sering mempunyai masalah dengan aku atau aku sering memberi masalah kepada beliau. Kali ini dia benar-benar membuat aku percaya dan simpati terhadap apa masalah yang aku beri kerana kejujurann nya...
Aku menambah kelajuan kuda biru tua ku sehingga mencecah 130km/h. Kelajuan luar biasa bagi model kenderaan (kuda lagenda) milikku.. Rasanya mungkin proses pengubahsuaian engin dan penukaran karburator kepada model Modenas telah menambah sedikit percikan petrol semasa omboh menghentam blok seterusnya meningkat kemampuan enjin tunggangan aku ini. Hujan yang semakin menjadi-jadi lebatnya tidak menghalang aku untuk mencilo ditengah-tengah kelajuan kenderaan besar lain. Mana mungkin aku kalah dengan mereka. Ego yang berbaur nafsu lekas merosakkan hati aku. Mungkin kerunsingan otak mengosongkan pemikiran aku. Atau mungkin juga menjadi satu kepuasan nafsu yang teramat sangat ketika minda aku menjadi tepu.
"hang kena kerja di Kelantan" perlahan-lahan adik membaca barisan ayat yang membuat aku terkejut dan terpana seketika. Kerja menaip diteruskan juga, Business Plan yang boss suruh aku siapkan sabtu lepas menambah bebanan kerja aku. Quiz dan Assgmn student tak habis tanda lagi. 2Minggu lagi Kak Intan nak tengok, dan carry mark nak kena tampal kat opis. Budak-budak plak asyik bising-bising. Inbox hp sony ericson aku sentiasa penuh. Tak sempat2 nak delete. Kalau call aku tak jawab. Yelah..tengah merempit memang aku tak peduli. Cuma headphone disebalik topi keledar mendendangkan lagu dari kumpulan Dewa. Lagenda rock Indonesia.
Aku membelok naik ke "fly over" sentul link. Bunyi karburator menderu melantun kembali terkena tembok tepi. Jalan yang lapang memudahkan aku membuat pecutan maximum seolah-olah lap yang terakhir bagi menamatkan perlumbaan ini...
umpama mimpi dalam mimpiumpama mimpi dalam mimpi
0 Mempunyai Kelembutan Hati:
Post a Comment