Followers

Fan Page Facebook

Monday, May 18, 2009

Tribute to WARKAH CINTA BERBAU SYURGA


cover terkini..

Teruja rasanya....

Pernah dulu2 aku review buku "Warkah Cinta Berbau Syurga" yang aku habiskan di Sabah. Thanks to Nurul Huda kerna telah meminjamkan buku berharga tersebut dan turut memperkenalkan aku dengan gaya karangan ala-ala "ayat-ayat cinta" versi Malaysia. Best! Susunan jalan cerita yang menarik sehingga sebaris dengan penulis-penulis ternama. Dulu buku nih cover dia lain, yang terkini cover dia ungu.

cover lama..

Aku bukan nak merepek meraban jalan cerita buku ni, sebab aku dah review dah dulu. Tapi sungguh tidak tersangka. Petang opis yang sibuk tadi, sempat aku menemuramah kakak kepada penulis buku tersebut (a. ubaidillah alias). Dapat jugak tahu serba sedikit tentang beliau secara ringkas. Seorang ust/guru YIK, motivator, aktivis amal, dan pengarang majalah islam RIO untuk sekolah2 setakat ni.......umpama mimpi dalam mimpi.

Karya beliau terkini "Mengintai Cinta Khalifah" bakal diterbit pada 3 June 2009 oleh PTS Litera Sdn Bhd. Sila rujuk web page PTS.

Petikan yg aku cilok dari web page tersebut mengenai buku terbaru dari A. Ubaidillah Alias:

"Imran, remaja yang tercari-cari erti sebuah legasi demi memimpin cintanya menuju syurgawi. Dia cuba menyelami hakikat khalifah yang makin kabur. Dalam diam, jiwanya sentiasa memugar cinta Laila yang prejudis terhadap agamawan. Kerana cinta dia berusaha mengubah persepsi Laila. Namun, Laila tetap dengan pendiriannya. Ketika itu, hadirlah Nanda Gracer iaitu seorang Gadis asing yang mengheretnya ke dalam perdebatan antara kebenaran Islam dan kejahatan orientalis. Imran tekad menghadapi argumentasi itu dan merubah pandangan Nanda. Dalam diam, Nanda terpesona terhadap karisma dan kemantapan ilmu Imran. Dalam menggapai cinta Laila dan hambatan cinta Nanda, adakah Imran akan memperkukuhkan dirinya sebagai Khalifah Tuhan di muka bumi?"

Credit to PTS

3 Blog dibawah naungan beliau:

  1. http://majalahrio.blogspot.com/
  2. http://ustazcinta.blogspot.com/
  3. http://hatiseorangsuami.blogspot.com/
  4. Blog rasmi : http://cairostudent.blogspot.com/
"semoga maju jaya dalam perjuangan"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cerita lain....berkaitan dengan entry semalam.
Thanks to all my friend yang banyak memberi pandangan. Berdasarkan checklist semalam [Persediaan Sebelum Berkahwin], pertama adalah mengenai Persediaan Minda dan Kerohanian:

"Pasangan yang ingin berkahwin perlu bersedia secara ninda untuk memikul tanggungjawab sebagai suami/isteri. Setiap pasangan juga perlu bersifat matang. Dan mempunyai pengetahuan asas hal-ehwal rumah tangga. Begitu juga dengan kemahiran berkomunikasi, menguruskan sumber (masa, wang dan tenaga) dan bersedia menghadapi masalah." - Petikan Majalah Solusi [Isu Perdana] m/s 77.

Related to me: Berdasarkan persediaan minda dan kerohanian rasanya aku belum cukup sedia untuk menikmati syurga "dunia" yang digemparkan oleh ustaz miqdat.

Sudut spiritualnya aku masih lemah untuk menahan marah.

Komunikasi yang kurang mantap terutama untuk menjadi pendengar yang baik.

Dan...masih belum matan secukupnya..seakan-akan kebudak-budakkan terutama didalam membuat keputusan mengejut.

~~so..realiti nya checklist pertama aku dah gagal. Aku masih memerlukan lagi 60% untuk melengkapi apa yang aku ingin capai..So..untuk tidak menjadi jahil selamanya..aku perlu mencari pencerahan bagi kes ini. Kajian selanjut haru disegerakan... Esok kita lihat sejauh mana aku bersedia untuk checklist kedua.

0 Mempunyai Kelembutan Hati:

Kemaskini Senarai Blog 2011 [klik gambar dibawah]

Kemaskini Senarai Blog 2011 [klik gambar dibawah]
Sapa nak nak masuk dalam senari blog saljuhumairah 2011 sila tinggalkan link korang
Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger