Followers

Fan Page Facebook

Wednesday, April 29, 2009

SELSEMA KHINZIR - agak sopan bunyinya... SWINE INFLUENZA

"SELSEMA BABI" "SWINE INFLUENZA" Sebuah isu yang semakin panas dan meningkat naik... agak meletop sejak kebelakangan ini. Isu ini hampir-hampir menguasai pasaran dan mendapat ranking tertinggi. Ambo kurang arif, tapi mengikuti jugak perkembangan virus yang agak membimbangkan....

"Buat masa sekarang sudah 150 jiwa telah menjadi korban akibat selsema babi. Negara-negara yang terjejas ialah Mexico, AS, Kanada, EU, New Zealand dan yang terkini di Thailand. Kebanyakan kes selesema babi yang disebabkan virus H1N1 - yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia, berlaku di kalangan golongan yang berumur 45 tahun ke bawah. "

"
Gejala dan tanda jangkitan virus itu adalah demam, batuk, sakit badan serta susah bernafas, selain dikesan berlaku di kalangan mereka yang mempunyai kaitan dengan ternakan babi. Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi virus babi itu dan belum jelas bagaimana virus selesema manusia sekarang ini dapat melindunginya. Saintis mengatakan ia penemuan sejenis virus baru dan ia boleh merebak daripada manusia kepada manusia."



Persoalanya..
1- Adakah ia Bala diatas kerosakan yang telah dilakukan oleh umat manusia,
2- Ujian/dugaan untuk meningkat tahap iman kita,
3- Atau Proses menghapuskan dosa-dosa.....

Segalanya didunia ini adalah dari Allah s.w.t. dan setiap satu nya ada hikmah yang tersurat dan tersirat untuk kita semua berfikir dan mengkaji. Kita perlu menghadapi setiap yang datang dengan ilmu dan iman. Jika dilihat semula, manusia akan melalui proses pembelajaran secara tidak langsung melalui pemikiran dan kajian setiap yang datang.

Dari satu sudut pemikiran yang jahil...Ia juga merupaka satu komunikasi diantara pencipta dan hambaNya. Rujuk semula karangan Faisal Tehrani "BILA TUHAN BERBICARA". Nukilan yang membawa kita (manusia) berfikir dengan setiap yang berlaku didunia untuk mendekatkan diri kita dengan pencipta. Buku yang sangat menarik penuh dengan monolong 3 orang berlainan yang berbeza. Kisah yang bersandar kan dari Ashabul Kahfi.

Judul : Bila Tuhan Berbicara
Pengarang : Faisal Tehrani
Penerbit : Al-Ameen Serve Sdn. Bhd.
Genre : Novel Drama
Mukasurat : 374 halaman
Cetakan Pertama : 2007
ISBN : 9833991235

P/S: Doa mendepani selsema babi - bersumberkan dari blog FAISAL TEHRANI click sini!
umpama mimpi dalam mimpi

0 Mempunyai Kelembutan Hati:

Kemaskini Senarai Blog 2011 [klik gambar dibawah]

Kemaskini Senarai Blog 2011 [klik gambar dibawah]
Sapa nak nak masuk dalam senari blog saljuhumairah 2011 sila tinggalkan link korang
Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger