Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 17, 2008

Sekalung Tahniah Kpd Sepupu (Syabli dan Mahfuzah)

Syabli dan Mahfuzah
selamat pengantin baru
ogos 2008






Tahniah kpd sepupu aku sebelah ayah aku..diatas kejayaan majlis perkahwinan mereka...semoga kekal hingga keSyurga abadi...

Satu lagi aktiviti aku balik kampung hari tu..aku pegi kenduri sepupu aku kawin..kat penang...muda 2tahun dari aku...tapi dah kawin. jelesnya sebagai manusia biasa...kan..

Tapi memanga salute lah kat dia..dapat isteri comel..pasti bahagia...insyaAllah...

Nanti dah dapat anak jgn lupa bagitau...

....i want it i got it then i found it
if you're there than i guess i'll see you when we get there.....

Peristiwa Nostalgia Kanak-Kanak Riang Ceria

Keaslian manggis2 nih memang takdapat dipertikai lagi


Dulu..masa sek. rendah darjah enam..ad sorang cikgu bahasa melayu ajar penulisan. Dia selalu bagi soalan kat pelajar2 sebelum cuti sekolah. ad enam soalan pilihan yang boleh dipilih...satu jer soalan yang paling aku ingat.

"Musim buah-buahan di kampung.Ceritakan pengalaman anda semasa bercuti di kampung ketika musim buah-buahan."

Soalan nih memang fav aku..sbb bile cuti sekolah jer aku mesti balik kampung mak aku kat changkat jering perak. aku akan siapkan malam seblum bermulanya persekolahan semula.hehehe...last minutes study..my best habit.

Tapi yang pastinya, semua dah ada dalam kepala hotak aku apa yang aku nak karang. Alah, 120 patah perkataan jer..selalunya merepek jer lebih. Jalan cerita karangan aku hampir sama dalam buku rujukan contoh karangan terbaik SPM terbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd..hahaha..aku ubah tempat jer..

Hampir 80% yang diceritakan dalam karangan aku dulu semua aku buat. Rutin balik kampung semuanya ha…