Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April 13, 2008

Gambar Buku Baru

....i want it i got it then i found it
if you're there than i guess i'll see you when we get there.....

HARI KE-2 JUMPA FT..SAMBAR SATU LAGI BUKU

Judul : Advencer Si Peniup Ney
Pengarang : Faisal Tehrani
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Genre : Novel
Mukasurat : 243
Cetakan Pertama : 2005
ISBN :9676117625

Hedonis. Begitu definisi kaum di negeri jauh itu. Landas hidup hanya untuk berseronok-seronok, bermewah-mewah, lazat, lazat, lazat. Berpantang arah tujuan, terlarang segala fikiran.

Ya, aliran hedonisme menjunjung kelazatan dan puja-pujaan, emm... cita rasa, cita rasa!
40 remaja berawajah amat berseri-seri mengundang Sulaiman Hilmi yang bermata biru hijau berbalam, yang berwajah cahaya.

Bersama mereka menunggang awan, memacu ombak menuju ke negeri jauh, membawa salam kesejahteraan. Demi menyahut panggilan Cinta.

Menyerah buat dibakar api Cinta. Merawat duka rawan rindu kepada Cinta.
Bahawa yang paling seronok, paling mewah, paling lazat ialah kelazatan menunaikan janji abadi :
Bahawa Dia itu Satu.

Tempat bergantungnya segala sesuatu.
Tumpuan hidup dan mati dan hidup lagi sesudah mati.

Dia Sumber Cinta, Pencipta Segala…