Followers

Fan Page Facebook

Tuesday, January 31, 2012

ACT 2012 UiTM | Kata Kata Hikmah @ UiTM | Amanah

Assalmualaikum wbt & Salam Sejahtera.  Tahun ini saya rasa sangat bertuah kerana dapat menghadiri Taklimat Perutusan Amanat Tahun Baru 2012 UiTM oleh Naib  Canselor UiTM. Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, FASc. Tema kali ini adalah 'Tranformation Academic'.


Pelbagai perancangan dan strategi bagi pembangunan UiTM dan perjuangan MDAB - Mengubah Destini Anak Bangsa dismpaikan dengan penuh semangat.  Taklimat ini juga disampaikan secara live dari Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alm Ke seluruh sistem kampus-kampus UiTM melalui teknologi 'Tele-Confrence'.  Bermakna, semua warga UiTM seluruh negara berhimpun serentak untuk bersama-sama mendengar amanat boss besar VC. Tahniah untuk bahagian InfoTech.


Sempena amant ini juga, sebuah buku dilancarkan sebagai panduan kepada warga UiTM iaitu NILAI & ETIKA WARGA Universiti Teknologi Mara. Objektif penerbitan buku ini adalah bagi menjadikan UiTM berintegriti tinggi sesuai dengan Dasar Integriti UiTM, iaitu; UiTM beriltixa membudayakan pengurusan yang beritegriti dan berakauntabiliti ke arah menjafi Universiti Bertaraf Duna dan Dasar Pembangunan Pelajar UiTM, iaitu; Melahirkan Modal Insan Kelas Pertama.


Buku ini menyenaraikan 10 Nilai dan Etika dalam 7 prinsip Budaya Perdana oleh Warga UiTM dan saya amat tertarik dengan nilai pertama iaiti; AMANAH.  Warga UiTM yang amanah ialah warga yang mendukug tanggungjawab di dalam bertindak dan berperilaku pelaksanaan tugas dengan amalan yang terbaik serta menggunakan sepenuh keupayaan, potensi dan berhemah bagi mencapai objektif perkara tersebut.


"Wahai oran-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasulnya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)". (Al-Anfal: 37)


p/s: semoga UiTM terus berkembang maju dalam memperjuangkan umat Islam di Malaysia. Kita adalah kita. Di dalam kita ada kita dan ada semua.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Awan Nano Juara AJL26 | Hafiz AF 7



Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera.

Saya bukan peminat muzik tegar. Apatah lagi Anugerah Juara Lagu dan muzik-muzik.  Cuma seni sungguh indah untuk dihayati terutama lirik yang membawa maksud yang mendalam.

Tapi untuk anugerah kali ini saya nak ucap tahniah kepada juara Hafiz dengal vokal yang mantap lirik lagu yang penuh bemakna.  Ini menunjukkan industri Malaysia dah semakin matang dimana tiada lagi stereotaip yang mencorakkan aliran muzik dan vokal yang sama.

'Begitulah awan nano

Setia melindungi diri tika panas mencoba menggores pipi Dan bibirmu....'

p/s: slumber jer Hafiz menyanyi pakai t-shirt dgn seluar track....

satu faktor lagi yang menyebabkan lagu ni jadi best adalah dengan sentuhan Datuk M. Nasir... Sifu terbaik.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, January 28, 2012

GAMBAR MODUL 4 KUMPULAN 18 28 JANUARI 2012 | DALAM KENANGAN

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera... Alhamudulillah, petang tadi tepat jam 6.00 petang selesai modul semester 4 sesi kedua / hari kedua.  28 Januari 2012.

Saya memang telah ditugaskan untuk menjadi fasilitator kumpulan 18 bagi kedua-dua hari sabtu & jumaat.  Semalam saya dah cerita pasal kumpulan 18 untuk hari Jumaat.  Rujuk sini.Video Drama Modul Semester 4 | Kumpulan 18 dalam Kenagan 27 JANUARI 2012 [JUMAAT]

Entry ini khas untuk kumpulan 18 bagi hari sabtu 28 Jan 2012.
Saya akan post gambar-gambar kenangan KUMPULAN 18 BAGI Modul 4 hari sabtu 28 Januari 2012. Hanya entry bergambar.  Penat berlari siang tadi, letih untuk mengarang.  Secara ringkasnya modul 4 ini berkonsepkan Explore race.  Ada 7 checkpoint kesemuanya untuk dilengkapkan yang bermula di Kompleks Akademik D.  Setiap checkpoint ada aktiviti yang tersirat maksudnya.  Hanya kumpulan yang betul-betul fokus dan berfikir dapat merungkaikan maknanya.
Untuk kumpulan 18 hari sabtu, saya paling suka lawak spontan Dato' Maharaja Lela dibunuh dan gelagat orang-orang putih hendak menjajah minda orang islam.  Pelbagai tafsiran pelajar-pelajar nih pasal "Tak kan Melayu Hilang Di Dunia"... Yang penting korang kenal diri sendiri.. Kumplan semalam lain maksud mereka... hari ini lain pulak...hehe..

Apa-apa pun... Let's enjoy all the pic and video. Maaf, handset saya murah, tak berapa nak clear...

Thanks ALIF, ALIYA (yang suka main msg), Zul dan sorang lagi penolong saya tak ingat nama.  Semoga korang menjadi pemimpin yang hebat dan muslim yang profesional.

p/s: Lain kali korang bagi handset sendiri kalau nak lebih qualiti..hehe.... Maaf jugak ingat nak upload semua gambar dan 2 video.. tapi, internet malam ni terlalu laju..nak bukak facebook pun merangkak macam kura-kura.  Kura-kura pun laju lagi kot..hehe.. Jap lagi internet dah ok saya upload kan... yang ni pun dah compile..baru boleh upload...

Klik Gambar untuk lebih kualiti...


InsyaAllah..semua gambar lain saya akan upload kejap lagi...dah nak siap... saya akan letak dalam entry ini jugak....

Ok. Dah siap semua...

Klik gambar bawah ni untuk view di picasa web... boleh download semua gambar kat sana.

baru hp 28 januari 2012 [modul kumpulan 18]

Atau layan jer slide show kat sini:



Video [Penerangan Ringkas tentang binaan]:

video

Video [sebelum drama dan selepas Dato Maharaja Lela dibunuh] :



Share |

Cerita Terbaru

Kemaskini Senarai Blog 2011 [klik gambar dibawah]

Kemaskini Senarai Blog 2011 [klik gambar dibawah]
Sapa nak nak masuk dalam senari blog saljuhumairah 2011 sila tinggalkan link korang
Simple Template edited by Blogger Malaysia :: Powered by Blogger